Impian-impian yang tertangguh

Impian atau mimpi atau cita-cita. Apa sahaja sinonim bagi sesuatu yang kau nak capai atau buat dalam hidup. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba kepala aku ligat berfikir dan terfikir mengenai betapa banyaknya impian-impian aku yang tertangguh atau tak pernah tercapai atau sahaja mustahil untuk dicapai. Oleh kerana kemungkinan dan ada kemustahilan untuk mencapai sesetengah impian tapi aku tidak mahu terlalu negatif jadi aku gunakan perkataan tertangguh kerana aku tak tahu mungkin ada impian yang hanya tertangguh menunggu masa untuk menjadi kenyataan.

Sebabkan aku hidup nak hampir 23 tahun banyak je benda aku nak capai tak tercapai, tertangguh atau da pun tercapai. Aku start dari seremeh-remeh impian yang aku ingat dari aku mampu mengingat.

Seawal aku umur 6 tahun, aku diceritakan tentang kisah arwah Opah aku yang ketika itu masih hidup oleh Ayah aku mengenai cita-cita Opah untuk menjadi seorang guru yang tidak pernah tercapai. Orang dulu kan, susah nak sambung belajar. Jadi, harapan yang tak kesampaian itu secara tak langsung disandarkan pada aku. Tapi Ayah tak pernah cakap aku patut jadi seorang guru, tapi dia harap aku dapat jadi seorang pensyarah sebab mungkin pensyarah masih seorang pendidik tapi di level yang berbeza. Mungkin. Tapi itu 17 tahun lalu. Masa tu nampak macam kena belajar pandai je da boleh jadi pensayarah. Tahun 2000, nampak macam mudah. Tapi bukan pada tahun 2017 walaupun aku macam da separuh jalan. Lagi separuh jalan la kiranya. Tak senang nak jadi pensyarah sekarang ni, nak kena ada Master lepastu phD. Nak jadi pensyarah IPTA, degree kena dapat 3.5 dan ke atas. paling koman ah tu.

Lepastu aku takde la impian pelik-pelik sangat. Cuma bila aku naik tingkatan 1 &2 aku mula terjebak dengan benda macam makeup, fashion and so on. Aku start tengok ANTM dari darjah 6 bila ada 8tv makin kebaratan pengaruh aku. Beli majalah bagai, gigih bazirkan duit. Tapi masa tu majalah harga RM2.50 je paling mahal pun RM5.00 , sekarang busuk-busuk pun RM8. So, aku start ada cita-cita nak fashion designer la, photographer la, even a dancer okay. Aku pernah menari masa umur 6 tahun je dengan cheerleading umur 10 tahun. Entahla tak sesuai kot utk aku. So, masa aku PMR aku ada plan nak masuk teknik lepas PMR bidang fesyen dan dandanan. Aku apply tau dan aku ingat aku punya result PMR hancur, tapi dengan izin Allah SWT result aku bagus. Yes. Aku dapat je tawaran pergi sekolah teknik, dalam masa yg sama aku dimasukkan dalam kelas sains tulen. Which is aku takde kawan langsung masa tu. So, aku tak pergi la sekolah teknik. Stay kat kelas sama form 4&5. Ini zaman kejatuhan akademik aku paling teruk sekali. Aku start main dengan kamera dan fotografi thingy. Tapi bila kantoi dengan Ayah aku panjat Cemerlang Height sana untuk tangkap gambar semata dengan partner in crime (Jannah, Syida, Shyndi) aku masa tu. Terus takde dah aku tangkap gambar beriya sangat. So papejela kan. Macam tu jela. Aku still tangkap gambar, aku still buat design dan editing, Tak serious la. Aku dapat peluang belajar betul-betul masa aku mula masuk degree dan join TG2KM, aku jadi exco publisiti, media and so on. So, secara tak langsung nama aku establish as budak media dan publisiti. Aku ada bakat tu, aku tahu tapi tak betul-betul gilap. So, aku pernah ada impian nak buat freelance, I did actually dengan kenalan la. Kepuasan wei bila kau design something orang guna, nampak tergantung, dan orang hargai. Tapi aku tak serious freelance sebab aku takde software power atau tools. Nak suh orang bayar pun segan, tak tau worth ke tak. But maybe one day.

Dalam masa yang sama aku turut simpan impian untuk menulis sebuah buku atau novel. Aku memang ulat buku dari kecik. Takleh buat apa lah. Kalau aku tak start baca okaylah, kalau aku da tenggelam dalam dunia buku. Okay orang lain tak wujud da, tinggal aku dan buku ja. Aku tulis puisi untuk zine GK. Aku perform puisi dekat public, 3 kali tak silap aku. Aku dapat jadi editor majalah masa form 6, majalah 2013 banyak wei coretan aku dalam tu. Aku susun gambar semua. Puas hati aku buat walaupun aku lekeh bab photoshop time tu. Sampai sekarang, kalau ada peluang jadi editor dan menulis aku mau. So, aku tak heran je kalau buat inventori Sidek dapat bahagian seni dan hiburan memang jiwa aku kat situ. Benda seni ni. Benda macam Thinker Studios memang menarik perhatian aku la. Vlog, blog, instagram semua. Pergh, kalau dapat kerja bahagian editing, best ni. Sebab benda aku minat. Kalau aku boleh buat second or third degree, salah satu mesti pasal design or it thingy. Lepas SPM pernah gak nak ambik masscomm. Pun Ayah tak bagi, dia kata too ez for me. Ambik law tak lepas. Takpelah dah lepas. So, tertangguh.

Aku tak ingat umur berapa aku start pula dengan tengok cerita CSI, Criminal Minds, segala yg berkenaan kemudian aku start ada impian nak jadi ahli forensik. But reality hits me bila Ayah kata jadi ahli forensik real life tak semudah macam dalam tivi. So, berpijak pada bumi yang nyata. Aku still lagi into criminal profiling, criminal itself excites me to know why they did what they did. How and everything. So, aku jumpa satu lagi bidang berkaitan dengan forensik iaitu psikologi kriminologi dan forensik. At first, masa masuk form 6 aim aku nak sambung law. But lepas 2 sem result aku baik. Aku terus fokus pada bidang yg lead direct to kriminologi which is Psikologi. Never expect pun. Aku letak je tak fikir banyak. Psikologi jadi pilihan pertama masa UPU. Dapat offer interview UPNM yg masa tu pilihan 5/6. Pilihan UM yg ketiga tapi tak dapat interview. So, aku macam yakin dan doa jelah dapat pilihan pertama sbb aku konfiden je tolak UPNM tu. Yes. Now I'm pursuing my dream as criminologist. Aku punya thesis pun pasal kriminologi or more to profiling. Sbb kriminologi ni gabungan jenayah, undang-undang, penjenayah dan psikologi. I get excited everytime I see something like behavior analysis unit. Tapi lepas aku dapat degree bukan aku boleh terus jadi psychologist atau criminologist. Sad truth. Orang belajar perubatan boleh dipanggil doktor, engineering boleh dipanggil engineer tapi bukan pelajar psikologi, we can't even called ourself psychologist when we only have a degree. Not much we can do with degree in psychology. Nak tak nak aku kena fikir nak sambung master. Part time ke pjj ke. Apa cara aku boleh lakukan dan rezeki aku macam mana. 

Impian aku juga termasuklah memperoleh phD sebenarnya. Dulu mungkin hanya gelaran atau sebab nak tolong Ibu Ayah. But things change, bila orang tanya kenapa. Untuk kepuasan diri. I want to be a philosophy doctor since I was 10. I have no doubt in myself that time. InshaAllah jika diizinkan dan tertulis bahagian aku kat situ, aku akan usahakan. Dulu dlm kepala aku hanya fikir kerjaya dan belajar. But things change di kedewasaan ini. Keadaan dan perasaan semua berubah. Itulah hidup. Tak mudah untuk dilalui. Bukan indah semata perjalanannya. 

Masa aku form 6, aku masih berada dalam kepompong Hlovate dan impian aku terbesar ketika itu ialah untuk menyambung pelajar ke Scotland, or any parts of United Kingdom. Bukan rezeki aku lagi rasanya. Keputusan aku 4.00 masa STPM sebenarnya da cukup baik untuk melayakkan aku untuk apply mana-mana university di UK. Aku hanya perlukan IELTS. Kekurangan sumber kewangan dan pengetahuan. Aku biar sahaja impian aku tertangguh di situ sementara hanya melihat sahaja ada orang yg dapat 3.78 dapat melanjutkan pelajaran ke UK. Mungkin rezeki aku tertangguh, mungkin bukan sekarang, mungkin nanti. Tapi jika diberikan peluang, walaupun terpaksa memikirkan banyak kali aku harap bila masanya tiba aku takkan sia-siakan peluang yang ada. Kalau tak dapat sambung belajar, pergi melancong pun jadilah. 

Banyaknya impian tertangguh, walaubagaimanapun akan ada beberapa yg terus terkubur dan ada beberapa akan aku cuba untuk laksanakan. Antaranya ialah impian untuk belajar bermain muzik, gitar, drum dan piano. 3 tahun lepas selepas berbelas tahun aku impikan untuk memiliki sebuah gitar barulah aku dapat. Walaupun sebuah gitar kapok orang kata. Tapi puas hati. Cuma aku masih lagi membiarkan gitar aku tergantung tanpa dipetik. Sedih. Aku rancang bila aku dah habis belajar ni, aku dapat kerja aku nak peruntukan masa dan wang untuk belajar mengenai gitar secara serious. Seterusnya mungkin drum. 

Impian untuk belajar menjahit pun akan aku cuba laksanakan nanti. Impian untuk memperoleh sebuah rumah. Impian untuk mempunyai dapur sendiri dan boleh deco ikut sedap aku. Ini adalah impian yg perlu aku usahakan. Kita hanya merancang, Tuhan juga menentukan. Berpijak di bumi yang nyata itu pedih dan sakit tidak seperti berimaginasi dan bermimpi secara percuma. 

Mungkin cuma itu sahaja. Tak perlulah aku senaraikan tempat yg aku mahu pergi dlm dunia. Sebab aku sememangnya wanita yg tinggi daya imaginasi. Moga kita semua mempunyai peluang, ruang dan wang untuk melaksanakan impian kita yg tertangguh. Jadi, apa impian tertangguh anda?

Comments