Review: Pengejar Bintang

Tajuk Buku : Pengejar Bintang
Penulis : Nami Cob Nobbler
Terbitan: Lejen Press

Pengejar Bintang – Nami Cob Nobbler
How sweet it is seorang MSL bila belikan hampir semua buku Nami sebab seorang Asmi Asmidar suka pada buku Nami. Terima kasih, sayang.


Pengejar Bintang, aku tak pasti antara Awek Chuck Taylor dengan Pengejar Bintang mana keluar dulu tapi jalan cerita Pengejar Bintang sangatlah dibayangi dengan jalan cerita ACT. Watak-watak utama ACT juga ada bayangan dalam Pengejar Bintang. Macam biasalah Nami banyak bercakap mengenai lagu dan manusia seperti Kurt Cobain. Dalam Pengejar Bintang banyak menentang sebuah konsep yang dinamakan perkahwinan. Gaya penulisan dan jalan cerita kurang kemas berbanding dengan buku Nami yang aku da baca macam ACT, Rokok Nan Sebatang dan Bau Semangat Anak Muda. Tulisan ni nampak mentah. Mungkin terbitan awal buku Nami. Aku pun tak pasti. But Pengejar Bintang bukan antara kegemaran aku. Aku pasti kisah Nami dan skizofrenia ada sesuatu yang perlu dirungkaikan. Sebab sejujurnya susah nak cari fokus dan apa yang nak disampaikan dalam buku ni. Itu je kot untuk buku ni aku bagi 2 bintang je. 

Comments

Popular Posts