Apr 28, 2016

Review: Semusim Di Neraka

Semusim Di Neraka oleh Hamka Kereta Mayat terbitan Terfaktab.

Berbeza dari buku-buku sebelum ni, ini kira buku Terfaktab yang pertama aku habis baca. Aku ada November dengan Deifnisi Cinta Infiniti rasanya tapi baca sikit je, lepas stop tak sambung da. Nanti kalau rajin aku sambung, buat masa ni tak berapa nak rajin baca genre gitu. Busy, busy minggu-minggu assignment nak kena hantar dan presentation. Jadi, kalau secara jayanya aku dapat habiskan baca sebuah buku maknanya buku tu sangat menarik sampai aku cari inisiatif untuk habiskan juga baca. 

Secara keseluruhan sebenarnya buku ni bagi aku tarbiah dan satu kesan yang cukup mendalam. Tambah knowledge aku juga buat aku muhasabah diri balik. Banyak juga perkara aku belajar dan lihat dalam buku ni. Aku suka cara Hamka Kereta Mayat sampaikan. Aku beli buku ni secara random sebenarnya tanpa tahu pun pasal Hamka Kereta Mayat atau buku yang ditulis sebelumnya. Mungkin aku pernah tengok tapi rasanya macam cover baru ni. Rupanya Hamka Kereta Mayat adalah nama, lepas dapat BB1M waktu aku pergi booth Terfaktab yang SuperLeplep jaga, aku target nak beli buku Catatan MatLutfhi dengan Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima, nak cukupkan lagi satu buku, aku takde idea, jadi aku tanya la SuperLeplep. "Buku apa eh best?" lepastu dia cadangkan, "Semusim Di Neraka da pernah baca?" Aku pun jawab "belum" dan dia kata "Okay juga ni" lepastu aku pun malasnak fikir da, "okaylah" lepastu SuperLeplep tanya aku balik, "okay" haa "Okay" then aku tanya la "Hamka Kereta Mayat ni nama penulis dia ke" "haah" ohhh okay aku baru tahu. Sorry la lame. Orang kata tak tahu tanya. Okay sekarang aku da tahu. 

Malas nak cerita panjang sebenarnya, tapi aku sarankanlah korang baca. Mana tahu dari bacaan ni Allah SWT ketuk pintu hidayah untuk korang dan aku. Ini beberapa note aku buat masa baca buku ni untuk further reading and research sbb Hamka kata jangan jadikan buku dia sebagai rujukan terakhir. Tapi senang juga nak faham apa dia sampaikan, sebab aku tahu rasanya dididik oleh Ayah yg mengamalkan ilmu tasawuf. Okay. 

Little notes on Semusim Di Neraka by Hamka Kereta Mayat.

1. Kisah nabi yang dilawat malaikat maut.
2. Maksud ilmu? Solat-mencegah maksiat- fahsyah & mungkar. Kalau masih lakukan, solat tak capai maksud. Puasa- rasa kesusahan. Tauhid- tak mensyirikkan Allah SWT dari sebesar-besar syirik hingga sekecil syirik (pangkat, kuasa). MAKSUD vs. MAKNA
3. Bidaah Hasanah(baik) vs Bidaah Dholalah (sesat)
-Bidaah perkara nabi tak buat. 
-Wahabi- tolak semua mazhab hanya ikut cara nabi.
4. Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT. Apa dicintai nabi, dicintai Allah SWT. Apa dibenci nabi, dibenci Allah SWT.
5. Al-Maidah ayat 5.
6. Sejauh mana kita kenal Nabi? Sejauhmana kita amal sunnahnya?
7. Tahap ibadat ada 4. Aku di tahap mana?
8. Modal mengadu pada Allah SWT, mana?
9. Doa anak yang soleh boleh tolong Ibu Ayah di dunia dan akhirat. Dakwah dah buat ke?
10. Dahla kalah urusan dunia, urusan akhirat pun kalah.
11. Haji rukun islam ke lima.
12. 3 bulan malaikat da tiup ketentuan, jodoh, rezeki, ajal maut. Semusim syurga atau neraka?
13. Umat pewaris kerja kenabian. Apa? Dakwah. Ibadat kualiti ahli Badar.
14. Berjaya dakwah: kita amal apa yang kita sampaikan.
15. Jangan malu untuk bertaubat.
16. 3 perkara Rasul suka, sahabat baginda suka, malaikat suka, Allah SWT suka hambaNya lakukan. 
17. Belajar elok-elok.
18. Dakwah& Tertib.
19. Jom imarah masjid/surau. Rindu Jemaah :(
20. Umat terbaik? Buktikan.

*Nota ni nota peribadi. Takde edit. Hanya untuk diri sendiri. Abaikan kalau tak faham. 

Review: KACAU

KACAU tulisan Ariff Adly terbitan Buku Fixi.

Buku Fixi seterusnya yang aku acah power nak review ialah Kacau. Sebenarnya aku bukannya manusia yang suka sangat baca cerita genre seram kalau dia tak cukup mengklasifikasikan seram tu sebagai seram realiti dan mampu terjadi bukan fantasi. Tak faham? Takpe biar aku faham sorang. Buku ni rasanya da lama da diterbitkan, rasalah. Tapi sebab aku bukan jenis yang buku keluar je beli, tapi bila ada duit lebih, ada rasa nak beli baru beli atau pinjam jadi lambat lah sikit. Jadi kalau korang da baca buku ni takpela, abaikan. 

Kisah buku ni boleh tahan power la. Aku suka tema persahabatan yang ada dalam ni. Buat aku ingat member aku bila baca. Persahabatan yang ada juga bagi buku ni jadi sedih, selain tema utama dia seram. Seram dia seram kira power la bila Ariff Adly letak setiap misteri untuk diselesaikan satu demi satu. Aku punya teruja cerita pasal buku ni dekat adik aku, Amin yang umur 9 tahun tu. Tiba-tiba dia nak baca, aku bagila dia baca part best, tapi sebabkan bahasa dan tahap pembacaan dia yang rendah dan buku ni pun bahasa rojak, jadi ada yang perkataan dia sebut tu jadi kelakar. Tapi aku sebagai kakak mithali dan educated aku betulkan jela kan. Baru 9 tahun kot. Dia minat nak baca pun da cukup baik da. Jalan cerita 4/5 aku bagi. Dia akan buat kau nak baca lagi dan lagi. Aku habiskan buku ni dalam masa 1 hari setengah rasanya, yela campur makan, minum, solat, dating lagi. Tak bosan la. Recommended juga la. Aku dengar Ariff Adly memang power, jadi nanti bolehla aku cuba buku dia yang lain. Cuma satu je, dia jadi keliru sikit masa baca bila dia guna kata ganti diri pertama, pada hampir semua watak tapi pada scene berbeza. Maknanya semua watak berpeluang menjadi AKU, cumanya kau kena pick up cepatla siapa aku. 

Cerita ni juga bagi pengajaran untuk kita tahu bahawa kuasa Allah SWT itu paling besar dan hebat. Kau akan tahu waktu kau baca kenapa dan pentingnya pegangan agama yang kuat dalam jiwa kau, dan kesannya jika kau seorang yg lemah. Akhir sekali, janganlah melakukan dosa syirik. Sesungguhnya dosa syirik itu amatlah besar. Sekian. 

Apr 26, 2016

Cerita Nasi Kandaq #NasiKandarApollo

Greetings everybody. Sekarang ni macam rajin nak update walaupun benda remeh macam ni sebab...sebab rajinla. Itu je. Nak kata banyak masa terluang tak juga. Tapi sebab rajin. Ha, rajinla. Phew. 

Hari Selasa, 10pagi-12 biasa kelas Geologi. Okay da gerak pergi kelas. Sampai pukul 10, lepak dalam setengah jam lecturer tak masuk kelas lagi. Ini tanda awal kelas batal ni, dan dan tu classmate kata lecturer email kelas batal pukul 10 sat tadi. Apa lagi gerak lu paper roger la. 
Aku ingat satu je MAKAN. Memandangkan kelas takde ada masa free 1 jam setengah. Takkan nak balik terus makan kat kafe. Bosan betul. Jadi, aku pun mengambil keputusan tunggu bas dan bergerak ke Wisma Unikeb. Turun je bawah tu nampak satu kedai besaq punya banner tulis Nasi Kandaq. Haih, macam tau-tau ja teringin. Tapi air nampak air standard biasa, niat mula nak datang sini nak pergi minum air Lai Chi Kang semangkuk dua kupang. Entah kenapa macam-macam pula tekak aku ni nak. Sebab tengok gambar dengan tengok cerita la ni. Lemah betul. Aku berkira-kira, lepastu aku bungkus Lai Chi Kang dan aku pergi makan Nasi Kandaq. Nalla, punya Nasi Kandaq dia tak pekat macam mamak tapi nais la. Dia bagi hati dengan pedal sekali. Okay la nais. Kali terakhir aku menikmati Nasi Kandar mamak rasanya masa aku kerja part time kat Cash Converters dulu tahun 2014, haa amek kaw. Lama tak lama. Okay la nais la, boleh la recommend kalau nak rasa nasi kandaq tapi nak melayu punya. 
Bungkusan surat khabar je da tahu power. Aha

 Macam tu haa kedai dia, meja panjang tu aku duduk sorang. Orang nengok je gaya aku. Segan pula dibuatnya. Tapi lapar dan sedap sekali teringin punya pasal. Aku kesah apa. 

Honestly, aku jenis yang tak kisah pun makan kat warung kecil tepi jalan, makan cendol mamak bawah pokok yang hanya ada satu meja dua kerusi. I'm really okay with that. Paling seronok, kalau makan dengan orang yang kita sayang atau family kita. Makanan tu kekadang simple je, sup kambing satu mangkuk, nasi putih, sambal belacan dengan telur asin dan air teh ois. Tapi sebab makan berbumbungkan langit kat tepi jalan dengan orang yang kita sayang terus rasa nikmat kenyang tu dan bahagia sebab rasa cukup. Bahagia betul. Tak payah makan mahal pun. Benda-benda hipster segala macam ni kejap je. Paling power pun makan sebulan sekali je, fast foods pun, orang akan cari nasi juga untuk makan tiap-tiap hari. Kita orang Malaysia kan. Ada kedai hipster ke takde kedai mamak penuh juga aku tengok. Jadi, hipster hipster ni semua sementara je. Tapi kalau nak cuba ke apa, go on je. Nak pergi cafe beriya pun aku tak boleh minum coffee nanti migrain. Pftt. Sebab ni la gambar insta tak pernah ada cawan stabak tulis nama tu.Sekali-sekala okay la. Aku pun pernah try. Untuk memnuhi nafsu mencuba dan ingin tahu bolehla. Tapi kalau hari-hari nak makan spagheti carbonara harga RM18 jadah dia. Aku cuba sekali-sekala je , lepastu aku google resepi brownies misalnya dan aku cuba buat kat rumah. Lagipun tak elok makan benda manis ni selalu, boleh potong kaki wo. Cakoi Hujan Panas juga sedap. Aha. 

Depa ada instagram rasanya #NasiKandarApollo. Aku tahu ni la kat Wisma Unikeb, Bangi. Tempat lain tatau. Rajin hangpa google la naa. 
Makan sorang ambil layan album Hujan Jika Sempat dekat Spotify. Kalau pakai Maxis, lepastu kau langgan internet untuk sebulan minima 1GB boleh dapat free Spotify Premium. So, aku da dapat. Bolehla kalau pakai internet yang sebulan 3GB tu cuba. Tenang lagu dalam album ni. Tenang lagi dengar sambil makan nasi kandaq dengan Lai Chi Kang. 

Apr 24, 2016

Hasil Kerja : Kejohanan Badminton Piala Pengetua 2016

Hello!


Tetiba rasa macam nak share what I've been learned and doing at collage. Sebenarnya da tahun kedua da buat semua benda ni, ada kot draft cerita how I started tapi tak post sebab tak habis tulis dan takde feeling nak sambung tulis. Wifi connection pun tak bagi support je. 


Masa tahun satu lagi banyak poster aku buat, almost 21++ tak termasuk bunting dan banner. Sekarang da tahun dua(sem dua da pun) masa masuk sem lagi da dapat offer jawatan Publisiti. Out of three I only choose two, satu je publisiti kat kolej. Lagi satu kelab, jadi eksekutif program dan untuk program kat fakulti dapat juga jawatan publisiti but then, bila kena sort out masuk dinner jadi eksekutif tugas-tugas khas dengan cenderamata. Okayla okayla. Untuk kolej bawah Sekretariat Sukan&Rekreasi ada dua event Kejohanan Badminton Piala Pengetua dan  Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah 2016. Jadi tak nak cerita banyak, Ini hasil kerja aku untuk Kejohanan Badminton Piala Pengetua 2016. *logo dengan tulisan timbalan yang buat. Aku design selebihnya.




Apr 23, 2016

Little Note : Rezeki dan Sedekah

Rezeki dan Sedekah.

Rezeki.
Kau rasa rezeki itu hanya harta, wang ringgit, makan sedap dan segala benda materialistik saja ka?
Bagi aku rezeki lebih daripada perkara-perkara materialistik yang kau boleh nilai dengan mata.

Sedekah.
Ada masa kau ragu-ragu. Betul ke orang yang aku nak bagi duit ni betul takde duit atau sekadar agensi yang cuba ambil kesempatan atas rasa empati dan simpati rakyat Malaysia yang tinggi.
Ada pula masa yang kau rasa, bagi jelah. RM 1 je. 
Atau masa yang "Jom kita beli makanan bagi kat orang"
Dan ada pula "Takpela hari ni aku belanja"

Tanpa kita sedar, sedekah-sedekah kecil kita itu yang menolong kita dengan urusa-urusan dunia. Baru dunia belum sampai akhirat. 
Sedekah-sedekah kecil yang kita beri kerana tidak mengharap apa-apa dan kerana Allah SWT semata yang menyelamatkan kita dari sekecil sehingga sebesar bencana. 


Mungkin,
kerana duit  yang kau sedekah RM 1 pada mak cik buta yang datang meja kau waktu makan di mamak itu, duit RM 1 itu yang menjumpakan kembali dompet dan barangan kau yang hilang.
Mungkin juga, 
kerana nasi bungkus yang kau beli dan sedekah pada mak cik yang duduk atas kerusi roda di tengah sesak Masjid Jamek itu, itu yang menyelamatkan kau daripada kemalangan tempoh hari. 
Mungkin, kerana RM 25 yang kau keluarkan tempoh hari untuk membeli donut big apple dan diberi untuk seisi keluarga kau makan, mungkin kerana itu yang membantu kau dapat ilham ketika menjawab soalan peperiksaan kelmarin. 

Dan mungkin, 
Kerana sifat kau yang tak pernah berkira, pada kawan-kawan hanya kerana belanja air RM 1 dan RM 2 , mungkin kerana itu Tuhan selalu hantarkan pertolongan dan ringankan beban urusan duniawi kau. 

Mungkin. 

Jangan pernah pandang rendah pada pahala sedekah dan rezeki yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang mampu beri pada kau hanya kerana20 sen yang kau sumbang dalam tabung masjid.
Jangan pernah mengharap balasan besar tapi cukuplah sekadar kerana Allah SWT. 
Cukuplah, kau memberi kerana kau mahu bahagia. Cukuplah bahagia yang kau peroleh kerana RM10 kau belanja kawan kau tadi buat dia tersenyum kerana dalam dompetnya hanya tinggal RM 5 cukup untuk belanja makan esok.
Biarlah hanya tangan kanan yang mengetahui. 
Cukuplah hanya sekadar mahu lihat senyum bahagia manusia lain kerana sifat pemurah kau dan doa yang baik-baik yang mungkin nilainya kecil dimata kau hari ini, tapi mungkin itulah yang mampu menyelamatkan dari azab kubur dan azab api neraka di akhirat nanti. 

Mana tahu?
Mungkin. 
Kerana Allah SWT berjanji, biar sekecil zarah kebaikan atau kejahatan akan dibalas. Kerana kau tahukan, Dia Maha Melihat dan tiada satu pun tersembunyi dari pengetahuanNya. 

Sudah. Sudahlah berkira. Kerana hakikat di dunia sementara. Cukuplah sekadar cukup maka kau akan rasa bahagia. 

Moga bahagia dengan rahmatNya buat insan-insan mulia dan pemurah hatinya.

Apr 22, 2016

Preview: LAKNAT

LAKNAT oleh Fahmi Mustaffa terbitan BUKU FIXI.

Laknat sebenarnya telah di recommend kan oleh coursemate aku, Syazwi. Dia kata buku tu interesting untuk bakal ahli psikologi macam kitorang since banyak term psikologi so aku pun belilah buku tu sejurus dapat BB1M. 

Kandungan buku sangat padat dan sarat. Penuh dengan informasi yang memerlukan pembaca yang berfikiran matang dan sangat terbuka. Jalan cerita yang sentiasa disertai maksud. Pada mulanya, akan pening la, tapi akhirnya kau akan figure it out satu demi satu perkara. Aku banyak juga debate atau having a deep conversations pasal LGBT(Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender) dengan member-member. Well I never been teached to judge them, sekarang bila aku direzekikan dengan mengambil ijazah dalam kursus Psikologi it makes me realize more that, this is our job and responsibilities to help people like them and our community need to be educated about Psychology. Semalam pun masa buka web APA(America Psychology Association) sebab nak tengok DSM IV pasal criteria ADHD(Attention Deficit Hyperactivity Disorder) jumpa macam news la yg doctor boleh choose nak rawat orang LGBT ni ke tak sbb dorang mostly agree yg LGBT bukan penyakit. It is sensitive issue. Tapi bila baca buku ni, it kind of refreshing and new knowledge la lagi bila kau seorang Muslim. 


Aku suka cara Fahmi Mustaffa tulis buku ni jadi intriguing bila baca dan rasa macam wei "Ini macam mak dia je" ...........ha betul! dan kau mencarut dalam minda kau atau orang hipster panggil Mind F***. Macam apa yang FIXI da letak label kat buku, buku ini untuk Pembaca Matang. Kalau kau rasa tak matang dan tak terbuka tayah la baca nanti kau kata buku ni merosakkan minda kau yang suci. Buku ni tak kotor pun tapi dia banyak mesej tersirat yang kalau kau punya neuron boleh berfungsi dengan baik bolehla kau hadam. Itu je la kot. Kepada Fahmi Mustafa *kalau dia baca* Good job. Teruskan menulis. Aiseyhman. 

Apr 19, 2016

Review : Budak Hostel Otaknya Sewel & QISAS

Budak Hostel Otaknya Sewel(BHOS) tulisan Hasrul Rizwan (Mat Gorn) terbitan Dubook Press.

Aku baca novel ni mulanya dekat Wattpad, tapi tengah part sedap kena potong pula. Hasrul Rizwan kata dia akan terbitkan buku, jadi memandangkan BB1M pun tak lama lagi (masa tu lah bulan Mac macam tu) nak keluar, aku pun tunggu, list terus buku pertama nak beli BHOS nak tahu ending dia macam mana. And yeah I got it. Hari dapat BB1M tu aku terus pergi beli. Power tak power nak tahu ending cerita ni macam mana.



What makes me interested to read this book? Sebab ada Adam dan Akhil. Jeng jeng jeng. Ini kira Mat Gorn tulis zaman depa sekolah lah. Lepas tu dah la funeh. Mat Gorn tulis kan. Macam bengong-bengong sikit kalau baca boleh gelak sendiri.



Mat Gorn punya jalan cerita biasalah power. Plot twist dia boleh tahan juga. Ini membuatkan beliau menjadi salah seorang penulis kegemaran aku selepas Hlovate, dan Nami. Mungkin lepas ni aku target nak beli buku Bercakap Dengan Jun pula. Ada satu malam tu macam biasa la kan duk scroll twitter, lepastu Mat Gorn kata kalau nak tanya soalan kat dia, dia akan jawab, Jadi aku pun tanyalah, "Sejauhmanakah cerita BHOS itu betul?" Kemudian dia reply, "Semua benar kecuali watak Adam dan Akhil" kahkah. Jadi bolehla recommend buku ni kalau nak rasa fun. Kalau kau jenis yang tak serious, muka tak ketat okay la. Kalau nak baca kat wattpad boleh lagi, aku rasa ada je lagi kat profile dia tapi separuh je la, boleh bikin panas beb. Baik kau beli je buku terus baca. Nikmat sikit.



Jadi itu jela, Sedikit ulasan buku kedua aku baca untuk tahun ni.


Buku seterusnya ialah QISAS oleh Hasrul Rizwan terbitan Buku FIXI. 

Buku ni adalah trilogi novel MURTAD. Aku da pernah cakap da pasal MURTAD sebab novel MURTAD buku fixi pertama aku baca, dan di situlah merebaknya wabak Fixi dalam kalangan rakan-rakan form 6(zaman form 6). TUHAN yang kedua aku da baca da, tapi pinjam dekat Maryam.



Part paling best QISAS ialah kira pengakhiran riwayat cerita Adam dan Akhil dalam novel. Puas hati lah aku dapat baca dari zaman depa sekolah (dalam BHOS), sampai habis. Manaleh cerita apa ada dalam QISAS tapi kalau kau baca MURTAD dan TUHAN, kau jatuh hukum wajib baca QISAS. QISAS tu ada maksud dia tersendiri. Apa yang aku belajar ialah masa depan tu kita yang pilih, kita yang tentukan walaupun telah tertulis. Tapi ianya mampu diubah. Qada' dan Qadar mesej yang paling jelas dalam buku ni. 



TUHAN dia macam complicated sikit, aku suka QISAS lagi. Macam biasala Mat Gorn memang power kan. Toksah cakapla dia boleh buat kau berimaginasi luar alam sampai ada filem dalam kepala. Haa, aku hiperbola. Okay itu je sekali dua buku! Adios!