Review : AJAIB & AWAN

AJAIB - SYAFIQ AIZAT by BUKU FIXI
 Buku ini mengisahkan tentang Izaq. Secara peribadi, bagi aku penulisan cerita sangat perlahan. Aku boleh nampak yang sebenarnya cerita ini banyak pengulangan walaupun dia cuba nak gambarkan dari sudut pandangan pertama yang berbeza bagi setiap watak tapi macam tak kena. Aku boleh tahu penulisan tu perlahan atau laju bila aku boleh tertidur masa baca bukan sebab letih tapi sebab perlahan sangat dan macam aksi dia kurang sikit. Sebab kalau buku tu menarik aku takkan tidur masa membaca sampailah aku rasa okay cukup. Nanti sambung. Tapi penghujung jalan cerita dia bagus. Sebab dia menarik untuk aku baca buku seterusnya AWAN. Cerita buku dalam ni macam tak logic sikit untuk budak umur 12 tahun. Tapi kalau zaman ni tak mustahil rasanya. Aku sedikit hampa bila Izaq kurang jumpa hantu yang lebih menarik. Sebab bagi aku kebolehan yang dia ada ni boleh jadi menarik kalau dia dapat selesaikan lebih banyak misteri, Di mana misteri tu bersambung dalam buku AWAN. Aku tak gemar sangat watak Izaq ni, aku pun tak tahu kenapa. Tapi ini buku FIXI apapun boleh jadi. Kalau nak kata berbaloi baca. Berbaloi. Buku ni jadi Bestseller pun. Cubalah baca. Nilai sendiri. Bukan genre aku sangat tapi OKAY. Nanti aku sambung cerita pasal AWAN sebab separuh pun tak sampai, tapi buat masa ni. Better.
AWAN - SYAFIQ AIZAT by BUKU FIXI
AWAN. Kesinambungan daripada AJAIB. Secara keseluruhannya AWAN better sebab aku lebih suka Faiq sebagai "Aku" dalam cerita ni sebab tak nampak macam fiksyen sangat watak dia. Realistik umur dan gaya bahasanya. Masih lagi slow, tapi jalan cerita dan jawapan bagi setiap persoalan diletakkan pada tempat yang bagus. So, kau akan ada perasaan ingin tahu apa jadi, kenapa, dan kita hanyalah perlukan jawapan sebagai motivasi utk terus membaca, Jawapan yang kau cari dalam AJAIB pun ada dalam ni. Berbaloi baca untuk mendapatkan jawapan. Dan tak silap aku ada sambungan lagi satu, novel Syafiq Aizat ni merupakan trilogi. Lagi satu aku takde, partner aku pun takde. Jadi dua ni je aku mampu tulis, Sesuai bagi fiksyen remaja yang minat perkara mistik tapi novel ni tak seram dia menekankan kepada keremajaan dan persahabatan. 

So, that's it :)

Comments

Popular Posts