Review : Momen2 MatLuthfi

I just finished my first book ever in 2016. MOMEN2 MATLUTHFI.

Another great book from him. Sebelum ni Catatan MatLuthfi. Aku ada buku tu, habis da baca. Takde review la tapi sebab dulu aku malas. Buku ni aku pinjam Maryam. tunggu BB1M baru nak beli, buku Catatan MatLuthfi aku preorder lagi. Punya la eksaited.

Nak cakap MatLuthfi ni penulis baguih. I would not literally called him as a writer but more to A good story teller. Dia bercerita tentang pengalaman-pengalamannya. Berbanding dengan buku sebelum ini, benar buku ini lebih membuka akal fikiran menjadikan anda lebih cakna. Lawak pun lebih deep dan punchline lagi power. Ini adalah sebuah perkongsian intelektual yang funeh(baca funny)
Aku belajar beberapa perkara. Cakna tentang beberapa perkara. Untuk menulis dan berkongsi kau perlu melalui hidup dengan belajar dan melalui dahulu sebuah ( atau beberapa buah)erti pengalaman. Pengalaman yang lebih nilainya dari wang ringgit, pengalaman yang mampu kau peroleh dimana sahaja selagi kau berpijak di atas bumi Tuhan yang luas ini. Ilmu boleh kau peroleh dimana-mana. Benarlah kata rappers Malique kot ke Joe "pengalaman terbaik datang nya dari jalanan" ke Altimet? Hee Akal kau guna untuk nilai mana yang baik mana yang buruk.

Aku rasa menjadi funeh dengan menyampaikan apa yang cuba disampaikan adalah tersampai. Like what I learned in social psychology, salah satu cara pemujukan yang berjaya dimulakan dengan sense of humour. Lawak jenaka juga boleh strengthen bonds between people. Yakni dalam situasi ini antara penulis (MatLuthfi) dan pembaca macam aku. (Maafla bahasa campoq. Ukeyyemm kan belajar bahasa melayu)

Dan ulasan aku untuk buku MatLuthfi. He still have the sense of humour guys. Go buy or borrow and read this book. And, be open minded! Hang nak belajar hang kena terbuka, mendengar pendapat orang lain yang bercanggah dengan hang bukanlah bermaksud hang kena setuju dan ikut pendapat dia. Tapi hormat dengan bersetuju untuk tidak bersetuju.
Overall sis bagi 5 bintang sebab MatLuthfi berjaya buat sis gelak guling-guling dan ada part rasa nak nangis dan juga insaf dan juga CAKNA. MAHASISWA CAKNA, MAHASISWA BERAKAL :)

Comments