Ala, puisi lama.

Ini adalah puisi yang aku jumpa semalam. Aku tulis sekitar 2013. Aku hanya nak kongsi itu je. Tiada kena mengena antara yang hidup atau mati. Hanya tulisan rasa yang lalu. aicee

***

Saat sakit tak mampu diucap,
Perit tak ternampak luka,
Pedih, bisa,
Pecah juga empangan air mata,
Walau kesian kali aku bilang takkan menangis kerana engkau,
Akhirnya,
pecah tak tertahan.
Tak tertanggung.
Sebak tak terkata,
Hampir hancur punah semua harapan dan rasa,
Mana harus aku pergi?
Pada siapa perlu aku luah.
Teman berpesan,
"Nanti sujud lama-lama mengadu pada Dia"
Aku dengar
Aku buat.
Aku teresak,
Fikir engkau, fikir semua rasa, masa menghadap Dia.
Khusyuk aku entah kemana.
Dan selepas doa, aku sujud lama.
Mengadu, Esak aku esak,
Bagai orang taubat selepas membuat dosa besar,
Aku mengadu semua,
Aku minta kekuatan dari Dia,
Aku jerit dalam hati,
Tuhan tolong aku.

--

Aku penat, lelah,
Akhirkan semua ini cepat,
Wahai Tuhan pemilik hati pemegang rasa,
Dan aku duduk,
Duduk-
Sesak aku  hilang,
Esak jadi diam,
Dan aku sedar,
Perasaan tadi hilang,
Keajaiban dari Dia,
Dua tahun 10 bulan,
Dan semua rasa , harapan,
Hilang,
di ambil Tuhan.
dan tentang kau,
syukur,
sayang dah hilang,
dan aku sedar,
hanya Dia mampu,
mengubat duka dan lara.

puisi bertarikh 26 Nov 2013.


eh main tarik-tarik pula. benda kalau nak lepas. lepas je. jangan ditarik lagi, haha

Comments