A really good friend of mine.

Dari jauh Sarah sudah meyumpah seranah menuju ke meja yang diduduki John. John bukan nama sebenar, mamat ni perasan je nak jadi John Lennon dengan shades bulat dia. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari hidung dan mulutnya.
John hanya melihat Sarah meletakkan begnya di kerusi yang ada di meja Taman Ilmu tempat mereka selalu melepak, membuat kerja, ambil angin petang dan segala seumpama.

Dalam kepala John memang sudah mengagak masalah minah ni. Tak bendera Jepun naik , assignment banyak, lapar atau gaduh dengan pakwe dia.

"Kau pahal?" John dengan gaya cool asap masih berkepul keluar dari mulut dan hidungnya.
Sarah menghempas buku ada di tangannya di atas meja tersebut "jadah betul ah. Assignment aku banyak nak bagi settle. Stress. Arghhh. Gua nak pergi jauh ah. Serabut"
"duduk la dulu. Cite"
"Entah la wei"
"Entah pula? Perempuan memang macam ni ke?"
"Aku perlukan perhatian. Intensive care tahu."
"tahpape. Tunggu sini jap"
"Mana?"

John terus berlalu meninggalkan Sarah. John menuju ke kafe yang jarak hanya lima minit dari tempat lepak mereka. "Minah ni ubat dia makanan je" John membeli goreng pisang dan keropok lekor. Dan kembali ke meja lepak mereka.

"Nah. Fried banana dan kepok" John menghulur plastik kepada Sarah.
"geez food. Tahu je kau kan" Sarah terus membuka plastik tersebut dan makan pisang goreng dan keropok lekor yang dibeli John dengan penuh nikmat.
Suasana senyap seketika sebelum John memulakan bicara.
"Wei, Gee text aku balik" masih dengan gaya coolnya.
Sarah berhenti mengunyah. "Really wow. Wait, aku lupa asal you guys shut off each other"
"Ada yang that one time she keep spamming me on whatsapp and I blocked her"
"And why she spam you and why you blocked her dude?" Sambung mengunyah.
"She feels some changes about us, aku malas nak layan, malas nak fikir, serabut, so aku block dia"

"Kejamnya kau. Kau tak kesian dia ke? Communication. Don't you think you guys should talk to each other? block dia settle masalah ke? Don't you love her? Tak rindu dia?"
"Kau ni kan. Makan tu senonoh sikit boleh tak. kalau aku jadi pakwe kau aku da blah"
"But you are not my boyfriend and... he should accept me as who I am. Jawab  je soalan aku boleh tak gila"
"Sebab aku sayang dia la aku block dia"
"why? Englighten me. Doesn't it make the situation more complicated?"
"Sebab aku tak nak sakitkan hati dia. Kau tahu kan bila aku marah macam mana. Aku cakap lepas je. Dengan member pun aku maki"
"Ooohhhh. I get it. But don't you miss her? Berapa lama tak contact?"
"Almost 3months. Rindu la"
"Bukan main ego memasing. And...does your feeling change bro?"

"Not. Not a bit Sarah. You know what, if you truly love someone. No one can ever replace the place in your heart. No one. Even with full perfection. I still love her. Even after a few months, even if I don't talk to her. I still love her. Nothing change when I see that face again"
"Hmmm" Sarah terdiam dan berfikir. Kemudian dia bersuara semula. "So what now?"
"Macam biasa."
"Macam tu je"
"Macam tu jela"
"Hmm okay"
"Kau pula kenapa?"
"Takde pape ah. Kejap je tadi. Aku iron lady kan."

"Ha ha . Ya you are" gelak sakarstik tapi masih menyatakan persetujuan dalam hati. Ya she is. My best friend really an Iron Lady. She survive in many broken heart. She stay to the guy she loved no matter what happen. Her trust is so hard to gain. But when she love she love hard. She can be your bestfriend, a lovely partner, someone you can talk about everything, she is tough and really one in a million. Even she seems weak about love but actually the person she loved make her become stronger. She fight for the one she loved. She become stronger when people need her. She is truly gem. I hope whoever the person she fell with he will take a good care of her. Because she is a really good friend of mine.

Comments