Tell me honestly would you still love me the same.


Tell me honestly would you still love me the same?
If I showed my flaws. If I couldn't be strong.
Tell me honestly would you still love me the same?

Dalam hidup ini, ketika manusia hadir dan pergi apa yang kau benar perlu ialah mereka dan dia yang menerima kau seadanya. walau bagaimana buruk keadaan kau. kurangnya kau. kau hanya mahu mereka yang tetap berada di sisi dan menyokong. Mereka yang mampu menerima kau luar dalam. kecelaan dan segala ketidaksempurnaan disamping segala kelebihan yang kau mampu perlihatkan dan aib yang disembunyi rapi. Ada masa kita berada di atas. yang waktunya segala kebahagiaan adalah milik kita. dan ada masanya, kita berada di bawah dan kekurangan terlihat jelas. Di waktu itulah saat kau melihat keliling melihat siapa yang masih mahu berdiri disisi dan menyayangi. 

Ada masa kau terlalu memberi. sehingga terlalu kecewa. bukan kerana tak dihargai. tapi tak pernah disedari. ada masa kau terlalu menjaga hati orang lain sehingga hati sendiri kau korbankan. terlalu menjaga. kata mereka kau jaga dan jaga seperti dia dikeliling kereta kebal. tak seekor nyamuk pun kau biar untuk menyakitinya. dan persoalan sekarang. adakah benda itu terjelas dimata. atau hanya buta sahaja usaha kau tak dilihat?

Kata mereka lagi. sebab tak melihat bagaimana sengsara dan kecewanya kau. bagaimana susah dan risaunya kau. 

Pernah aku katakan satu buat peringatan. sayang aku tak pernah main-main dan bukan mainan. 

Aku tak sempurna. Tak mampu menjadi yang sempurna. Segala yang aku mampu hanyalah lakukan yang terbaik. Usaha yang terbaik untuk memberi dan membahagiakan. Masihkah belum cukup baik dan cukup membahagiakan? Harus bagaimana lagi aku lakukan? 

Comments

aiman mania said…
AYAT DIA TUHHH...KEMAIN ERBUNGA DAAA MACAM Pakar psikologi ....apa pon wish u all the best dan semoga dikelilingi oleh jiwa jiwa yg sellu berfikiran positif!

Popular Posts