Jun 25, 2014

Analogi Pelik Tentang Kedai,Sesuatu dan Lupa.

Jam menunjukkan waktu Malaysia sekarang ialah 12:46 tengah malam. Punya la lama tak menulis nak tulis ayat bagitahu waktu pun dua tiga kali duk redo.

Patutnya waktu ni aku da selamat da baring atas katil nak tunggu masa mata lelap kemudian diganggu mimpi-mimpi pelik bangun pukul 2, 3 pagi sebab ntahpapa adalah perkara biasa. Tetapi hari ni nak buat rutin luar biasa iaitu mengemaskini blog yang entah la berapa kurun lamanya sunyi je.

Ada tak loyal readers yang masih setia tunggu entri aku? Macam aku ada favourite blogger sendiri. tak la selalu aku pergi blog dorang sebab aku pun jarang nak update tapi sekalisekala bila bosan, rasa rindu . cari jugak favorite blog tu. adakah blog aku menjadi kegemaran untuk sesiapa tiap kali kebosanan menganggu? keberangkalian untuk jawapan tiada tu lebih tinggi dari keberangkalian untuk jawapan ada.

Bahasa bukan main sekarang. bahasa orang-orang sentimental memang gini. erm.

---------------------------------------------------------------------------------------------
untuk post kali ni . nak tulis pasal "Analogi Kedai, Sesuatu dan Lupa"

Analogi ni datangnya dari manager aku. Dia guna analogi ni untuk membandingkan dengan sales sebenarnya tapi analogi ni aku rasa sesuai juga untuk disamaratakan dengan perasaan.

Analoginya mudah,
Okay... begini.... Kau bayangkan satu kedai kegemaran dalam tu ada barang kegemaran. dan barang kegemaran tu hanya boleh dijumpai di kedai kegemaran tu je. cari lah tempat lain tetap tak jumpa. Bila kau perlukan barang kegemaran tu mungkin kerana yang sedia ada dah habis atau rosak. kau tahu hanya kedai tu yang ada . Kau pun pergilah kedai tu untuk mendapatkan kegemaran jiwa. dan bila sampai dikedai tu.... barang kegemaran yang dicari TIADA. dan apa perasaan kau waktu tu? kecewa yang amat bukan? sebab kau tahu harapan kau hanya ada di situ. Kau pun tak mampu berbuat apa-apa tapi balik dengan perasaan hampa.

Tapi masih terselit harapan untuk cari kali kedua, ketiga. tapi untuk kali kedua dan ketiga. masih hampa masih tiada. dan tempoh menunggu semakin lama. Rasa mengharap pula semakin pudar. hanya yang ada rasa kecewa bertambahtambah duka dan hampa mengikis sedikit demi sedikit harapan. mungkin kali keempat , kelima atau keenam kau dah tak mampu bertahan. kau akhirnya mengaku kalah. berputus asa. dan masa pula telah membuatkan kau lupa. tentang barang kegemaran dan kedai kegemaran. bukan lupa langsung-langsung tapi. lupa yang ... tak mengapa. mungkin bukan rezeki aku. dan yaa mungkin takdirnya yang kegemaran itu bukan yang terbaik untuk kau. takpe. Tuhan itu Maha Adil. Takkan Dia ambil sesuatu dari kau kecuali gantikan dengan yang lebih baik. Kau hanya perlu SABAR. dan SABAR.


notakaki: bahasa dan analogi aku semakin pelik. erm. boleh jadi kerana hati masih dalam proses rawatan selepas "kemalangan jiwa yang hampir meragut nyawa". yaa kadang-kadang memang rasa sanggup untuk kemalangan berkali-kali dari rasa sakitnya hati dihancurlumatkan begini.