Warkah

Terlalu leka dan alpa. Hati menjadi keras dan gelap tanpa sedar kerana dosa. Kerana keangkuhan kepadaNya. Bagaimana untuk mengaku beriman jika belum diuji? Terlalu yakin tentang dosa dan pahala sendiri. Sehingga tak sedar hati semakin keras. Malam-malam istikharah memohon pentunjuk - kosong-. Sangkaan cuma.
 Namun petunjukNya datang dalam cara yang hebat sekali. Satu petang yang berakhir dengan titisan air mata. Air mata yang tak tertahan. Entah dari mana hati rasa sebak amat. Sebak. Yang sebelum ini susah untuk mengalir air mata.

From the start it just feel so wrong in so many level. Dosa itu perkara yang bergetar dalam hatimu. Aku takut dengan kenyataan yang dunia hadapkan tanpa sedar membelakangkan kenyataan dan janji Tuhan. Yang benar hanya janji Dia. Kenyataan dariNya. JanjiNya. Dan pandangan manusia itu lagi hebat? Allahu. Aku takut untuk menyakiti tanpa sedar terus menzalimi diri sendiri. Mungkin ini jalan yang betul. Biar sakit biar kecewa tapi mungkin akhirnya Dia datangkan yang terbaik. Di hujung jalan buntu hanya mengharap pertolongan dan pentujukNya. Aku terlalu lemah. Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulit ya Allah sempurnakan dengan kebaikan. Bimbing hati-hati kami ke jalan lurusMu. Aku terlalu leka dan alpa ya Allah. beri aku hidayah dan pentunjukMu. sungguh aku tak mampu. 


Asmi Asmidar degil. Bagus sangat, sekarang da tersepit. Macam mana nak keluar? Baru nak minta tolong Dia. Kenapa dari awal tak ditetapkan hati?


Dan akulah yang bersalah. LUPA leka dan ALPA. Lupa pada Tuhan yang memegang hati mampu membolak-balikkan hati. Tapi tidak pada hidayahNya. Selemeh-lemah lutut bersujud, serendah hati memohon pertolonganNya. Moga diselesaikan urusan ini. Moga baik akhirnya. Moga teguh. Lain kali beringat. Lain kali beringat. Kita ada Tuhan kita ada iman perlu dijaga. Hati milik Dia. Dengar kata orang tua. Mujahidah itu sakit tapi akhirnya manis. Berkorban sikit. Lain kali ingat. Kita ada agama. Kita ada doa. Minta pada Dia. Minta pada Dia bukan suka-suka . Takut dapat murkaNya. Ingat kita ada tali agama Allah. Berpegang selalu padanya. Ingat hukum-hakam ! Allahu. 

Comments