3 Weeks.

Ada masa kita rasa susah .Ada masa kita rasa serabut. Ada masa semua benda rumit. 
Masa ni lah tiada daya kekuatan dan pertolongan yang kita harapkan melainkan dari Dia. 
Selalu kita rasa perancangan kita dah cukup baik tetapi mana boleh lawan hebatnya pengatur yang di atas sana.
"Kalau Allah SWT nak tolong kita, takde apa dalam dunia boleh halang kita. Tapi kalau Allah SWT tak izinkan, segala jenis macam genius pun takkan mampu nak tolong kita"
Nak Dia tolong waktu sempit, banyak doa waktu lapang . Doa hari-hari moga urusan dipermudahkan . Selalu yakin dan yakin Dia akan tolong. Banyakkan bersabar .

-- 
3 minggu berada di sini. Sedikit sebanyak apa yang aku dapar perhati dan praktis. STPM adalah antara pilihan terbaik sebelum nak lanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. STPM merangkumi semua perkara . Dengan syarat kita kena perform lah masa STPM. Harusnyalah barulah jadi berguna. Terima Kasih cikgu. Dan menjadi bahan eksperimen ada baik buruknya. Ambil lah yg baiknya. Nak jadi hebat. Nak jadi sesuatu . Nak buat jadi luar biasa kenalah buat sesuatu yg luar dari kebiasaan manusia biasa. Kena lah susah payah dahulu . Orang hebat diuji dengan perkara hebat juga . Baru betul. Semoga berjaya dan selamat beramal disamping istiqamah . Doakan saya selamat sentiasa .

Pasal rasa soal hati dan perasaan . Saya belum lagi naikkan antena. Setakat ni masih jalan pandang depan tanpa toleh kiri kanan walaupun budak engineer ke law ke jalan sebelah . Belum ada rasa lagi maybe da tetap dalam hati belum masa. Not the time yet. Not there yet . Stand still heart. So dia steady chill out lagi. Jodoh tu benda boleh tunggu selagi belum waktu, nak gelabah apa.Nak cuba isi masa dengan aktiviti berpekdah . Kurangkan benda lagha dan bergolek dalam bilik. Ahaks.

Lagi...... itu saja laporan saya melaporkan dari Blok 10 Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi . sekian.

Comments

saya baru kat sini ..boleh tolong tunjuk ajar ^_^