Sep 21, 2013

KASUT.

Semua yang ada di media sosial  terlalu kejam
untuk ambil peduli dan bertanya.
Tak pernah cuba faham situasi sebelum berkata-kata.
Apa yang cuba disampaikan
Tak sama dengan penerimaan.
Kadang-kadang ia sekadar perkongsian.
tak berniat nak kenakan sesiapa.

Disebalik sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah dan pengajaran untuk dipelajari.
Disebalik sesuatu luahan pasti ada sebuah cerita yang tak pernah dikongsi.
Daripada bertanya "apa yang jadi?"
orang akan berkata dan bermonolog sendiri.
cuba fikir kembali.
berhenti sekejap .
renung sebentar.
"Mungkin dia mengalami hari yang buruk." "mungkin ada sesuatu yang mengusik hatinya."
Jangan mudah buat kesimpulan tanpa bertanya.

Cuba fikir dan letak situasi kita dalam keadaan apa yang mereka lalui.
Kita pakai kasut tak sama.
Kasut kau mungkin tapak tebal.
mungkin kulit atau kalis air.
kalau yee pun kasut sama.
tempat jalan mungkin tak sama.
tapak yang dipijak setiap hari mungkin berbeza.
Pernah fikir tak?

Berbeza dengan apa yg dilihat dari pemerhatian
dengan merasa.
Sampai masa kasut yang kita pakai haus.
Tercabut tapak,
koyak.Rabak.
Bocor. Basah. Kotor.
Mungkin sebab melalui denai..
Jalan berlumpur.
Jalan tar berbatu jauh.
melalui hujan panas.
terdedah sekian lama.
dan sampai masa kasut itu berganti.

kasut kau mungkin teguh lagi.
sebab jarak kita jalan tak sama.
liku kita lalu tak sama.
jejak kita langkah tak sama.
Apa yang sama mungkin destinasi.
Cuba dan cuba.
Cuba kau faham situasi ini.
Sebab mungkin satu hari kasut kau pula yang berlubang.
koyak, rabak.
Mungkin tengah kau berjalan,
mungkin masa kau tengah berkejar.
Mungkin masa kau diuji.
cuba fikir dan rasa.
bukan hanya lihat dan berkata.

*

Sep 15, 2013

BILA

Bila dah hilang nanti baru kau tahu bersyukur.
Bila dikhianati baru kau tahu sakitnya hati.
Bila dikecewakan baru kau tahu baiknya mati.
Bila kau jatuh baru kau tahu sakitnya berparut.
Bila kau gagal baru kau tahu hilangnya asa.
sakitnya jatuh.
sakitnya kehilangan.
sakitnya kecewa.
sakitnya gagal.
Kemudian baru kau rasa BERSYUKUR.
Baru kau tahu BERTERIMA KASIH.
dan kemudian baru kau sedar yang kau dah terlambat.


Sep 14, 2013

PERCAYA & BODOH

bodoh ke aku kalau percaya orang yang aku percaya.
bodoh ke kalau aku

percaya.
aku rasa aku tak lah bodoh sangat.
dan bukanlah jenis yang mudah percaya.
tapi kenapa aku masih rasa

dikianati.
*
kenapa bila aku ulang-ulang perkataan percaya ni.
aku rasa perkataan percaya itu sendiri tak logik.
erm.





SORANG.

"tak nak ikut kita orang?"
"takpela"
"takpeke kau duduk sorang je kat sini?"
"aku dah biasa dah sorang."
--


PENDAM


kadang-kadang.
pendam itu yang terbaik.
dan selalunya.
itu yang terbaik.



Sep 9, 2013

MASA


masa tu selalu dengki dengan aku.
selalu kejam. 
tak pernah simpati.
aku takde peluang nak berbasi-basi.
sebab masa.
semua kena kejar.
semua tak sempat.
semua tak nyempat-nyempat.
tapi ada masa , 
aku masih tak tahu hargai.

--
kesimpulan.
aku takde masa nak update blog.
walau dah berderet entri aku draft dalam kepala. 
biarla simpan. 
dalam bahagian cereberum paling dalam.
heh.


HARU.

bestnya tengok orang kahwin.
bestnya bila bercinta atas hubungan halal.
bestnyaaaaa....
kenapa dengan aku ni?
novel melayu chessy chesse cake punya pasal.
--
ini sebab aku baca buku FIXI, Lejen Press & Puisi.

ah sudah..
macam mana ni??
Haru.haru.



Sep 1, 2013

MAHAR .


"Bila kau nak kahwin?"
" Entah. Lagi 10 tahun kot. lebih kurang la."
"Hoi, lamanya."
"Yela aku nak belajar sampai dapat phD. Kalau aku jumpa someone pun masa master ke, aku akan pastikan bakal suami aku tu bagi aku belajar sampai phD. "
"mesti hantaran kau tinggi."
"Tak juga."
"Kenapa pulak? bukan selalu perempuan kalau dah belajar tinggi hantaran tinggi?"
"Macam ni eh. kau dengar. Di antara kebaikan wanita ialah memudahkan maharnya. Dan Al-Khawarizmi ada buat teori, kalau perempuan tu solehah letak 1. kalau cantik tambah 0. kalau kaya tambah 0, dan kalau keturunan yang baik tambah 0. jadi 1000 kan, tapi kalau yang 1 tu takde. yang kosong semua tu takde makna kan? Kan Nabi kata kalau nak pilih bakal suami atau isteri tengok agama dulu. Kalau perempuan tu betul solehah tak kira lah dia belajar tinggi macam mana dia akan mudahkan maharnya." membebel panjang sambil tunggu orang kat kaunter pejabat. 
"Haa, aku kahwin dengan kau jelah kalau macam tu senang."
"mengarut la kau. sanggup ke kau tunggu? aku nak jejak kaki kat Aberdeen dulu."
" Aberdeen kat mana?"
" UK."
"fuhhh. jauhnya."
"Aku ada cita-cita, aku ada impian, aku ada tanggungjawab."
"Takpela. kalau dah susah sangat dengan orang lain. aku kahwin dengan kau jela.""
"......"
--
"Sebaik-baik pernikahan ialah yang paling mudah" - Hadis Riwayat Abu Daud.
"Pernikahan yang paling besar keberkahannya ialah yang paling mudah maharnya"- Hadis Riwayat Ahmad

Mudah tak bermakna murah.
Berpatutan dan jangan membebankan.
Biar ikut kemampuan si pengantin.
Faham hadis. Jangan salah tafsir.
Mahar tak semestinya berbentuk wang ringgit atau material.
Ada orang jadikan surah al-Quran sebagai mahar.
Kalau zaman nabi Saidina Ali guna baju besi sebagai mahar.
Keberkatan sesuatu perkahwinan bukanlah terletak pada sebesar mana walimatul urusnya atau setinggi mana wang hantarannya.
Tapi niat.
untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.