Jul 31, 2013

Cerpen: Saja Cuba-cuba :)

Aku melangkahkan kaki selaju mungkin. Sebab awan nampak berarak kelabu. Petir berdentum. Dulu, aku selalu takut hujan. Bila hujan kita mengeluh, bila hujan je kita merungut. Lagi-lagi budak sekolah. Kita risau baju basah, kasut basah, buku basah. Kita lupa hujan itu rahmat. Selepas hujanlah tumbuh pelbagai flora. Kerana hujan itu dunia ini dipenuhi warna. Kini, selepas memahami hujan. Aku hanya mampu berdoa, agar urusan dipermudahkan dan hujan yang turun ini membawa rahmat. Ceh, ayat sangat falsafah. Sampai saja di bank, aku terus tekan nombor. Tapi hari ni ajaib, atau hari bertuah? Selalu hari Isnin ramai orang. Ini kosong. Mudah urusan. Alhamdulillah. 


Lihat jam. Eh, awal lagi. Singgah MPH.
 
Aku nak cari satu majalah ni, majalah Dewan Kosmik. Tapi tiada. Dah berapa kedai aku cari. Memang majalah ni tak jual kat pasaran ke apa?Okay.
Setelah agak penat bermain explorace ,aku berputus asa.

Aku melangkah ke sudut yang terletak buku FIXI dari rak atas sampai bawah. Fuhh, rambang mata rambang. Mana satu ni, mana satu. Keliru, otak celaru. Pergi jalan kat sudut Lejen Press pula. Huargghhh, menjerit dalam hati harap ada orang dengar. Harap duit turun dari langit supaya aku dapat beli semua buku ni. Toleh sebelah, nampak Hlovate. Lagi la meroyan aku dibuatnya sensorang kat situ. Kalau beli satu kedai buku boleh? Boleh. Kalau kau ada duit.



Aku happy giler bila nampak ada orang beli buku yang seangkatan. Macam aku pula penulis. Tapi aku happy sebab ada orang macam aku. Layan benda-benda macam ni waktu dunia tengah bergelut dengan media massa yang berleluasa. Aplikasi telefon pintar yang mampu buat kau hilang etika sosial. Aku dan mereka-mereka, hanya reti membaca. Gila membaca. Membaca karya anarki dan indie bukan cinta semata.

Rambang dan rambang. Hampir semua buku aku belek, akhirnya. Satu pilihan hati. Orang Hodoh Cantik. Sebab harga dia RM 15.00. Aku tak tipu. Aku tengah berjimat. Jadi pilihan paling tepat, yang paling cermat. 

Sampai kaunter pembayaran. 
Abang di kauter pembayaran bersuara, “Orang Hodoh Cantik” dengan nada berakhir tanda soal.
Aku tersenyum. Dia menyambung kata, “Tajuk apa ni? Buku pasal apa ni? Issh, tajuk tak elok. Mana boleh baca buku-buku macam ni” masih lagi dengan nada yang sama tapi terselit nada sakarstik. 
Aku menjawab dengan tersenyum, “Dia ada maksud tersurat dan tersirat” berserta nada penuh yakin lagi meyakinkan. 
Tapi abang tu masih tak puas hati, “Pelik je tajuk. Tak boleh ni baca buku-buku macam ni. Dia mengajar remaja sekarang berfikiran songsang.” Amboi bang, cakap macam pernah baca. Ke memang tak pernah baca. 
Aku masih lagi teguh dengan pendirian, “Best la. Tak mana ada. Dia ada mesej tersendiri. Cuba lah baca.” Walau dengan nada tegas aku masih lagi mampu tersenyum. 
Dan bila aku dah keluarkan duit, dan nak mengambil baki barulah abang tu bertanya, “Sekolah tingkatan berapa?”
Aku sambil mengambil duit, senyum. sambil mengambil resit yang jatuh aku menjawab “Tingkatan enam.”
Dan abang tu masih lagi muka acah-acah serius. Ye, sebab dia tak senyum langsung. Muka sakarstikus gila. “Ouh, takpela. Ingat tingkatan empat ke lima. Tak boleh baca buku macam ni.” Aku macam. Ouh okay. Erk. Keluar dari kedai buku dan meneruskan perjalanan tanpa arah. Dengan senyuman meleret ke telinga. Eh. 


Jul 29, 2013

3 Wishes

Main truth or dare.

Soalan truth berbunyi yang memerlukan jawapan kepada apakah 3 permintaan aku.

1. I want to die before everyone I love dies. (moga dalam husnul khotimah. susulan kepada soalan My worst fear: Hilang orang yang aku sayang)
2. Make everyone that I love happy. (semua. Semua yang aku sayang terutama ibu ayah)
3. Travell all around the world. (melihat kebesaran Allah SWT. belajar dan belajar)

Review: MURTAD

Salam folks.
Ini review buku kedua.
Novel kedua yang aku review.( Konon macam expert) ialah novel MURTAD tulisan Hasrul Rizwan terbitan FIXI.
Buku ni pula gua beli kat MPH dengan lagi 2buku iaitu HEROIN dan Kopi-ah.


sebelum tu aku nak cakap yang buku FIXI kool. Tajuk dia cuma guna satu perkataan je. Tapi aku masih belum beli SUMBAT walaupun cover macaroons yang berwarna-warni tu sangat tempting. Mungkin sebab takut terliur bila baca jadi hajat tu ditunda dulu.
Berdasarkan tajuk hampa rasa MURTAD ni cerita pasai apa?(saja guna loghat Kedah ambik mood)
Cerita tentang si kembar hensem Adam dan Akhil yang kerja mereka membunuh orang yang MURTAD.
Mereka di upah oleh Mr.T yang mereka tak pernah kenal. Mereka dapat duduk kat rumah besaq dan pakai kereta besaq. Bahasa yang digunakan best, dan perbualan antara Adam dan Akhil lagi lah best. Dalam loghat Kedah. Mereka kembar seiras berasal dari Kedah. Cerita mereka bermula bila mereka datang ke kota raya Kuala Lumpur seperti anak muda lain untuk mencari kerja. Dan kisah seterusnya. Hampa kena baca sendiri sebab genre novel ni Eksyen dan Thriller. Tak best dah kalau kami cerita. Dan untuk pengetahuan novel ini ada sambungan. Dalam novel  TUHAN. Cheq belum beli dan belum baca lagi. Yang cheq tahu pasal Joe. Lelaki pengirim kurier.

Dan dalam kelas 6 Atas Murni. Cheq berjaya mempengaruh Mary, Syeera, Syiqin, Diana dan Che Pah. Memang best la. Lagi best kalau cerita ni dibuat movie. Memang boleh terbayang kot aksi-aksi mereka. Serius kool kalau jadi filem.

Hasrul Rizwan juga dikenali sebagai Mat Gorn. Manapiranha.blogspot.com . (blog dah diprivatekan)

buku FIXI yang aku jumpa kat tingkat 7 bangunan baru Perpustakaan Negara Malaysia
Here a bit about FIXI.

Buku FIXI ialah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011. Ia memberi tumpuan kepada karya-karya baru yang bersifat urban dan masakini. Nama syarikat diambil dari perkataan Indonesia ‘fiksi’ yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’ yang diambil dari bahasa Perancis Lama ‘ficcion’ yang diambil dari Bahasa Latin ‘fictionem’…untuk menunjukkan yang tidak apa-apa yang original dalam dunia ini. Sasaran kami ialah untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu novel setiap bulan, dan butiran mengenai semua novel kami boleh dibaca di http://fixi.com.my
____
Yang best. 
Jika anda berminat untuk menulis novel Fixi, inilah syarat-syaratnya. 
dot yang kedua: Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan. 
Boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk, dann sebagainya.
dot ketiga: Fikir ‘pulp’.

*dan masa aku tengah nak publish entri ni, iman aku diganggu dengan bau Big Apple Donut berdekatan. fuhh. sabar. 

Jul 22, 2013

Review : Awek Chuck Taylor by Nami Cob Nobbler


Holla.

Lepas ni gua nak buat review. Nak bagi blog ni lebih berinformatif dan interaktif. Ho ho.



Review buat pertama kali tentang buku Awek Chuck Taylor tulisan Nami Cob Nobbler.
Aku beli buku ni masa Pesta Buku Antarabangsa 1 Mei hari tu. Masa tu lepas beli buku Hlovate, Anthem. Keluar je dari dewan tu terus Nampak booth Lejen Press. Sebelum ni aku ada lah ternampak beberapa buku Lejen Press. Buku-buku dorang menarik perhatian sebab cover dia lawa. Buku yang menarik perhatian aku buat pertama kali kat MPH ialah buku SUMBAT. Tapi masa tu tak dan lah nak beli kan. Sebab macam pelik. Yes. I did judge the book by it's cover. Bukan kita semua buat benda sama ke?

Masa kat booth Lejen Press, pusing-pusing sampai rambang mata nak beli buku apa. Mula-mula nak ambil buku KLCC, tapi bila tengok koleksi cerpen. Tak jadi. Cari lagi. Tengok cover Awek Chuck Taylor menarik. Terselak. Nampak perkataan STPM. Cool! Masa tu terus ambil je. 

Dan selepas baca buku Awek Chuck Taylor, aku mula minat nak kumpul buku Lejen Press dan FIXI. Dan bila tahu ramai yang baca lagi la semangat membara. Dulu buku-buku Lejen Press ni tak femes sangat. Sebab buku indie dan banyak jual online. Tahun ni la aku perasan buku-buku terbitan dorang masuk pasaran mainstream. Dekat MPH tu sikit, cuba pergi Kinokuniya KLCC, lagi lah macam heaven. Memang banyak. Kinokuniya is the best place la nak cari barang yang aku nak. Buku Hlovate, stationery untuk melukis, doodle book pelbagai saiz. Semua kat situ. Cuma nak perginya la payah sikit. Tak payah sebenarnya tapi malaih. 

Awek Chuck Taylor yang pertama.
Cover dia cool. Macam kasut converse punya lambang. Memang smart.
Bila baca cerita dia best, sebab bahasa yang digunakan. Memang agak la banyak bahasa kasar yang digunakan. Tapi sebab terlampau minat, aku tengah buat kajian pasal bahasa slanga dalam novel ni untuk PBS BM STPM penggal 3.

Jalan cerita dia best, boleh buat gelak. Ada juga benda yang aku belajar dari novel ni. Belajar pasal perspektif orang yang anarki. Perkataan anarki tu sendiri bukan semua orang faham. Lagi la aku eksaited. Anarki tu kalau ikut maksud sebijik dalam kamus memang la maksud dia orang yang tak suka law dan kerajaan. Tapi kalau kau meng-senikan dan meng-falsafahkan maksud perkataan tu dalam jiwa dan hidup, perkataan itu boleh jadi pemboleh ubah yang bawa kepada hipotesis yang berbeza.

Berbalik pada cerita Awek Chuck Taylor, cerita pasal Hafiz yang memang desperate, tak boleh single langsung. Dan sebenarnya kat dunia reality ada je lelaki macam tu. Perempuan pun ada. Hafiz ni jumpa dengan macam-macam jenis perempuan yang kuat mengongkong, yang kaki kikis dan akhirnya dia jumpa Mira.

Mira ni cool sebenarnya, dia minat membaca dan dia sangat sayang adik dia Nana. Dia reti capoiera kot. Bagi aku cool la kalau perempuan master dalam martial arts. Dia bercinta dengan Hafiz ni, masa ni la Hafiz kenal family Mira, (benda yang aku tengah study) dalam bab Chuck Taylor dan keluarga. Mira ada seorang abang yang nama Aiman iaitu seorang kaki mat remp-it perangai macam bangang dan minat MU. Bab-bab bola ni kalau baca pasal dorang memang kelakar wei. Dan Mira juga ada seorang adik bernama Nana. Adik dia special. Mira pun sayang sangat kat adik dia. Nana sakit dan gagap.

Mira memang bercinta dengan Hafiz tetapi lama-lama Hafiz tertangkap cintan pulak kat Nana. Bila family Mira dah pindah luar negara, atas krisis-krisis cinta antara dua benua. Hafiz dengan Mira break. Dan kemudian bermulalah pulak kisah cinta Nana dengan Hafiz di Myspace. (Cerita dia memang banyak pasal Myspace yang fofular zaman tu). Kisah Nana yang hampir disailang Faizal kawan baik Hafiz, dan kisah Mira yang sebenarnya sayang lagi kat Hafiz dan cerita abang Mira, Aiman yang eksiden lepas tu bercinta dengan awek Indonesia bernama Citra. 
Aku telah menyebarkan virus membaca buku-buku yang berjiwa anarki ni kat kengkawan sekelas aku. Mula dengan Zurin, Maryam, dan Aqila yang terpaksa sebab PBS. Dan memang hampir nak merebak satu kelas. Memang gaya promosi aku convinience habis la.


Dan rupa-rupanya, cerita I hampir 80% pengalaman sebenar penulis. Dan watak Mira, Nana, Aiman dan family dorang memang wujud. 

Nana(Sherina Ellyana Sulaiman) memang meninggal sebab choking allergy pada tahun 2007. 
dan Mira(Ezreen Emira Sulaiman) meninggal pada tahun 2012 sebab kanser payu dara.
Al-Fatihah.
Dan Aiman, abang Mira atau nama sebenar Shahril memang berkahwin dengan Citra. 
Kitaorang tahu sebab kitaorang google habisan. 
Ini link blog Mira.(http://ezreenemira.blogspot.com/) Tumblr Hafiz(Nami) (http://tehtarikgelasbesar.tumblr.com/) *aku boleh klasifikasikan Nami satu league dengan Hlovate cuma ayat mereka berbeza. :)
Dan itu sajaJ

Jul 21, 2013

Adamantium.

Salam folks.
Da 12 Ramadan 1434.
Cepat kan.
Zaman Sahabat, bila Ramadan nak pergi semua nangis.
Zaman akhir ni, orang duk kira bila nak raya.
Orang lagi sibuk nak beli baju raya, berebut beli tudung fareeda.
dari berebut nak dapat pahala berganda.
Allah SWT dah kabulkan permintaan kita untuk merasa Ramadan.
Tugas kita? Hargailah :)
Selamat Beramal :'D

--

"Apa adamantium?"
"Google la. I dapat perkataan tu dari novel Hlovate Anthem."
From wikipedia, the free encyclopedia
Adamantium is an indestructible metal alloy in the Marvel Comics Universe. It is best known for being the substance bonded to character Wolverine's skeleton and bone claws.

Ouh. Okay.

Adamantium : adj adamant(the derived adjective adamantine)

The adjective has long been used to refer to the property of impregnable, diamondlike hardness, or to describe a very firm/resolute position (e.g. He adamantly refused to leave). The noun adamant has long been used to designate any impenetrably or unyieldingly hard substance and, formerly, a legendary stone/rock or mineral of impenetrable hardness and with many other properties, often identified with diamond or lodestone.

It is almost impossible to destroy or fracture in this state and when crafted to a razor edge, it can penetrate most lesser materials with minimal application of strength. It is partially magnetic, as Magneto has manipulated it on multiple occasions.
Despite its utility in armament and armature, adamantium is rarely used due to its high cost and inability to be reshaped.
Kenapa nak belajar dan berusaha jadi adamantium.
Sebab.

Benda adamantium ni kuat. indestructible.impossible to destroy or  fracture. Aku nak jadi kuat. nak jadi teguh macam adamantium .
yang bukan senang nak dihancurkan walau apapun keadaan, atau dengan kata-kata yang lebih tajam dari pedang.
yang tahan segala ancaman dan serangan anasir jahat atau parasit.
 adamantium is highly durable and is able to effectively protect a person's mind from telepathic probing or attacks.Yang mampu jadi perisai kepada hati dan perasaan sendiri. Macam shield Captain America dan mampu mempertahankan diri macam claws dan skeleton Wolverine.  

Dan nak jadi adamantium juga bukan mudah.
Before molding, the components of the alloy are kept in separate batches, typically in blocks of resin. Adamantium is prepared by melting the blocks together, mixing the components while the resin evaporates. The alloy must then be cast within eight minutes. 
Jadi aku kena melalui beberapa proses menggabungkan dan mengumpulkan segala kekuatan yang dipinjamkanNya, inspirasi dan semangat serta ion-ion positif dalam badan untuk merealisasikan kekuatan adamantium ini.  extremely stable molecular structure prevents it from being further molded even if the temperature is high enough to keep it in its liquified form. In its solid form, it is colorless, shiny, and resembles high-grade steel or titanium.
Gua juga bertekad untuk menjadi semahal adamantium. As true adamantium is extremely difficult and expensive to create or manipulate, some parties found a way to duplicate it on a larger and more cost-effective scale at the expense of quality and durability.


Moga hati ini terus kuat.
Moga terus kukuh untuk menjadi adamantium.
Moga tahan segala dugaan , cacian atau makian.
Juga ujian perasaan atau hati yang datang tanpa diundang dengan kad jemputan.
Moga tiada kuasa yang dapat menhancur lumatkan jiwa dan jantung aku lagi
Melainkan kuasa Dia. Melainkan itu kehendakNya.
Kekuatan ini juga dipinjam dariNya, dengan belas kasihanNya.
UntukNya. Datang dariNya, kembali padaNya.

Jul 18, 2013

Dah Okay :)

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) ,jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imran:139)

Cikgu Azhar: Dah puas hati dah?
Me: La hawla wa la quwatta illa billah cikgu. Takkan saya nak nangis je.

Most everyone : dah okay dah ?
Cikgu Laila bagi tahu Ibu : Hari ni saya masuk kelas tengok dia dah okay dah.
Cikgu Zaiton : dah dah tak payah fikir . Hidup perlu diteruskan.

Terima Kasih la semua. Terharu nih.
Sangat terharu.
Tak saya tak nanges dah.
Malu sebenarnya nanges depan orang.
tapi sedih sangat.

Terima Kasih yang tak putus beri semangat.
Cikgu Zai ku sayang, Aqila, Aqilah, Maryam.
Semua la. kalau nak sebut nama ni penuh satu blog :P
Terima Kasih Atila sebab call. Sebab kenal betul kawan kau ni hehe:)

"Tengoklah, aku habis bulan 12. sebab nak repeat. awal bulan 12."
"Then, aku nak curik kau. jadi lao she' aku untuk buat blog"
"Insha Allah. lepas tu aku nak cari kerja. jadi cikgu sekolah rendah, kalau tadika pun okay la"
"Okay la. tadika Mie? biar betul?"
"Kenapa?"
"Habislah. Kau kan garang. erm. takla garang mana tapi tegas"
"Erk?"

"Eh, tadi aku kan jaga budak form 1 form 2. aku dapat buat tazkirah:D"
"Oh yeee?"
"Aah dah lama aku nak buat. Aku tengok budak-budak ni main-main solat......"(bersambung entri lain insha Allah)
"Takpela atleast kau dapat sampaikan"
"Itulah. mungkin setiap orang menerima hidayah cara berbeza. dan aku harap apa yang aku cakap tak dapat banyak, sikit pun lekat kat hati dorang pun takpe"


dan ucapan terima kasih .
kepada Tuhan Pencipta Alam.
Allah SWT . Azza wajala:)

Dengan pertolonganNya juga lah aku kuat.
Dengan janjiNya juga lah aku kuat untuk kembali berdiri.
Rasa sakit tu ada.
Tapi terubat dengan mengingatiNya.

Pujuk hati sendiri.
Positifan diri.
Takkan nak bawa kecewa sampai mati.
Aku kena kuat.
Allah uji sebab Allah sayang.
Sebab Allah nak tengok hambaNya berusaha dan berdoa lagi kuat.

Nak buktikan yang sebenarnya.
Otak bawah sedar aku mampu bekerja lebih kuat dari apa yang aku sangka.
Cuma ianya perlu didorong.

Dah ada semangat balik.
Boleh senyum ketawa :)

'Disebalik sesuatu ada sesuatu. Redha . Senyum ^_^'
'Sesungguhnya kebahagiaan itu setelah kesusahan'
'Jika anda hendak berputus asa, ketahuilah bahawa pertolongan itu amat hampir kepadamu. datang dari Yang Maha Lembut lagi Maha Memberi'
'Apa jua musibah yang datang menimpa, pada akhirnya ia akan menuju kelapangan hati jua.'
"..supaya engkau tidak berputus asa dengan apa yang hilang darimu, dan tidak terlalu gembira menerima apa yang dianugerahkan kepadamu.."

"ALLAH HAS BEATIFUL PLAN FOR EVERY WOMAN AND MAN, TRUST ALLAH AND PRAY, AND HE WILL LIGHT THE WAY."Wael Abdelgawad.

Jatuh gedebuk.

Holla

Betul la macam kata Diana dengan Syiqin aku dah macam orang mati laki. Jumpa cikgu je nangis. Kelakar pun ada rasanya. Tapi memang betul pun, orang lain takde la teruk macam aku walaupun keputusan aku taklah teruk mana pun. Tak teruk tapi tak memenuhi apa yang diharapkan. Itu teruk. Tak kisah pun bila orang kata macam mati laki sebab… aku bukannya ada boifren yang aku nak tangisi kalau klash, aku pun bukannya ada kerash yang aku rasa remuk jiwa raga andai kata orang tu berpunya. Hidup aku kisah aku . Hanya sebagai devoted student. Hidup aku sekolah, rumah. Kawan-kawan ,cikgu, Family. Jadi kalau cakap mati laki pun aku redha je. Sebab aku memang ada rasa separuh jiwakuuuu pergiii. Ini life aku kot, cinta hati pengarang jantung, harapan untuk terbang tinggi. Memang la da macam zombie berjalan tengah bazaar pun ada tadi. Memang dah tak tengok orang.  Memang dah macam orang meroyan. Ngeri kalau tengok. Aku tengok diri sendiri pun takut.


“Kalau kita berharap terlalu tinggi, terlalu banyak, berusaha terlalu kuat tetapi bila tak dapat itu yang paling sakit”- Julia,HEROIN by Amal Hassan.

Gilalah. Cereberum tak mampu nak berfungsi menahan kalenjar stress yang dirangsang oleh hypothalamus. Aku main hentam promo je istilah bio aku ni. Haha. Sakit beb jatuh, sakit. Sakit lagi bila kau tak dapat penuhi harapan orang yang mengharap. Pergh, hancur luluh baq hang.  Hang dah terbang tinggi dah . Tapi bila jatuh terhempas. Bommm . efek bunyi pun dah tahu tragedi. Hampir juga meragut nyawa.

Bukan tak bersyukur,bukan tak redha. Alhamdulillah. Bila tengok kawan lain, aku sangat bersyukur. Tapi Allah SWT menguji mengikut kemampuan kan ? kemampuan kita tak sama. Mungkin kau kuat dari aku. Mungkin kau lagi bermotivasi dan positif berbanding aku ni haa. Baru jatuh sikit dah macam kena gelek trailer . nanes nanes. Haish. Aku terima ini ujian Allah SWT . Aku bersyukur juga dengan nikmat Allah. Budak cenggeng ni pernah tweet ‘ Kalau tak dapat apa yang kita nak, itu ujian kesabaran. Kalau dapat apa yang kita nak, itu ujian nikmat’ . Oi mida, have you ever listening to yourself?  Jadi at the end, Alhamdulillah. I still be grateful. Still did my sujud syukur.

Maapla sesiapa yg  nampak air mata cik mida yg hepi selalu ni jatuh hari ni.
Empangan Pedu ni dah tak mampu tampung dah. Akhirnya pecah dan banjir juga. Huargh.

Maaf kerana tak dapat memenuhi harapan. Maaf kerana mengecewakan. Maaf saya bukan yang terbaik lagi. Maaf kengkawan aku tak dapat ajar dengan baik. Maaf.
Terima kasih kepada pemberi semangat. Peminjam bahu-bahu. Pemberi pelukan. Terharu tahu. Tsktsk. Ada lagi orang prihatin kat gua. Walau gua bukan budak ‘pandai’ kat sekolah lagi.
Terima kasih kepada mereka yang yakin pada gua, bila gua sendiri tak yakin pada diri sendiri.
Terima Kasih. Maaf.

Hati gua hati tisu. Mudah koyak mudah hancur.
Gua sedih sangat hari ni mengenangkan banyak benda.
Tapi gua tak jumpa mana silapnya.
Ujian Allah. Gua pasti ada hikmahnya.
Gua redha.

Aqilah Mohd: Hujan datang dulu sebelum pelangi.
Fatin Huda : La Tahzan Innalahama’ana. Allah sedang merancang sesuatu. *sambil tersenyum
Cikgu: Ada keberkatan. Aim university, tok sah fikir orang.
Aku ada 4 aim.
1. Buat apepun Lillahitaaala. Buat semua kerana Allah Taala, bukan manusia. Sebab Allah pemberi nikmat , sebaik penolong, pelindung , penjaga. Ingat. Solat, Ibadah, hidup, mati hanya untuk Dia.
2. Make people proud. Aku nak buat orang yg aku sayang happy. Nak buat ayah ibu, adik-adik,kawan-kawan, cikgu, pakcik-makcik, orang yang aku sayang bangga ada anak, kakak, kawan,anak murid macam aku.
3.Make yourself happy. Bila orang yang aku sayang bahagia, itu dah cukup.
4. Go to University. Nak degree. Nak master. Nak pergi overseas.
Dan 4 tu hanya based pada yang 1 Lillahitaala.

dan semoga aku lebih kuat. Dan moga aku redha dengan perancanganNya. Moga aku dapat menggapai cita menjadi adamantium.  Dan juga moga aku dapat menjadi sang pelangi kekal yang disenangi.

Me: be miserable or motivate yourself. Live well or Live well You choose.
Barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesunggunya Allah Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Sem 3 4.00 ye.4.00. Chaiyok.

Jul 4, 2013

19.

9- belas.
angka belas yang terakhir.
lepas ni takde teen lagi .. semua puluh.
usia da nak menjejak angka puluh.
19 .
yang tak tahu Allah SWT terima tak taubat.
yang tak tahu . ada ke umur puluhan.
yang tak tahu banyak dosa ke pahala.


Apa aku nak buat ? da 19 kan.
baca 19 buku .
nak cuba 19 makanan baru.
nak pergi 19 tempat baru.
nak buat apa lagi yang 19.
cadangan? masuk dalam peti.

Semoga.
Semoga bertambah iman.
Semoga sihat selalu.
Semoga dipermudahkan urusan.
Semoga istiqamah.
Semoga zuhud.
Semoga tercapai cita-cita 4 flat.
Semoga tercapai cita-cita menjadi wanita solehah.
Semoga menjadi adamantium.
Semoga tercapai segala yang semoga.

Syukur.
Masih diberi nafas.
Syukur.
Dipanjangkan umur.
Syukur dengan segala nikmat.
Syukur.
Jadilah orang yang bersyukur.

Terima Kasih.
kepada cikgu Zaiton, cikgu Laila,cikgu Azu yang nyanyi pagi-pagi.
kepada adik-adik yang nyanyi lagu ritma U dibelakang termasuk ubi kayu dan lembu.
kepada murnians yang nyanyi "Allah selamatkan Timun"
kepada yang tukar tweethandle kepada "Mentimun"
kepada Maryam yang memberi hadiah awal 2bulan.
kepada Aqila Liyana yang menghadiahkan 2potong kek resipi rahsia yang tertulis diatasnya "Happy 19th Timun"
kepada Zubair yang call pukul 1:30 pagi dan bagi hadiah 2 frame .satu Happy Birthday satu Friendship.
kepada cik Juwin yang tulis entri spesial http://storymorryhere.blogspot.com/2013/07/timuns-birthday.html
kepada adik-adik 6 bawah murni yang nyanyi lagu.
kepada yang wish di twitter, mahupun esemes, wechat, fesbuk dll
kepada Aqilah Mohd, Faiz yang jerit hampir satu kantin.
kepada Izzat yang call waktu mamai.
kepada peluk cium.
kepada IBU AYAH .yang membesarkan, melahirkan, mendidik, membimbing. untuk hadiah Ikan yang diberi nama MENTIMUN. untuk pasta sup yang sedap.
kepada maxis sebab free call.
kepada Amirul Azri yang bagi pinjam samsung untuk main instagram.
kepada Zurina yang konon nak jadi orang terakhir wish.
kepada Nono, Huda, Yasin. dan warga rakyat timun.
kepada Nadhirah, Atila, Aizuddin dan Cik Su yang sudi bercakap sempena free call.
kepada Nazmi juga yang meluangkan masa selama sejam untuk catch up semua benda.
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.
dan segala puji kepada Allah Yang Maha Esa.
Doa itu hadiah yang terbaik. Baik daripada yang tak ingat langsung.
dan kepada encik peneman setia setiap kali birthday sejak tiga tahun lalu yang dah pergi jauh tinggalkan mak cik ni kat Sg.Mulia. "Kau balik kena bawa aku keluar !"

Alhamdulillah.Barakallahufiq.
#countdown Ramadhan

"Jangan salahkan air timun" : kata penggemar air timun yang high. Sesungguhnya air timun ini Halal dan dijamin tidak memabukkan.

3 Julai jumpa lagi tahun depan kalau panjang umur.