Apr 24, 2013

FORM 6. PRO and CONS.

Salam folks .HYE ! PBS saya semua dah siap finally . tapi risau kalau kena buat lagi sekali lagi depan penyelaras . Mapuh aku . aishh Puan Zaharah ajar jangan ckap macam tu, minta tolong Allah SWT . cakap 'Ya Allah tolong aku Ya Allah'.
Tawaran form 6 keluar hari ni yee? So adik-adik siapa yang dapat form 6 ? Saya ada beberapa tips . Jika anda terpaksa memilih atau keliru .here pengalaman saya yang masih duduk kat upper six . dan bakal menerima junior 8 Mei . huehue. siapa yang pilih nak masuk form 6 SMK Gombak Setia . bersabarlah anda kerana akan menghadap muka ni je sepanjang masa. 

Form 6 mesti akan jadi pilihan terakhir kan? Saya tahu . sebab saya pun dulu macam tu . nenanges tak dapat UPU . tak apply matriks . rasa macam noob gila .kengkawan dapat pergi sanasini . kau just kena pergi sekolah balik . I know that feeling . been there done that.
Tapi nak tahu tak . "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"(al-Baqarah:216). Selalu dengar kan ? ini lah kalamullah bukti Allah Maha Mengetahui.

Pro and cons form 6 . semua benda ada pro and cons kan ? kalau pergi mana pun . kalau namanya nak belajar nak berjaya nak senang kena lah struggle . 'Nak senang memang payah , tapi tak payah nak susah'
Orang semua kata STPM ni susah . ada juga yang dah tetap dalam kepala .kalau form 6 je budak-budak terpinggir tak dapat masuk U . mesti dalam kepala ..ala . baju sekolah. sekolah. bangun pagi. rules . jumpa junior cikgu lama balik .alaaaaaaaaaaaaa.

Actually , form 6 tak la seteruk atau seburuk yang dibayangkan . sebenarnya form 6 ni fun . fun sangat walau memang dua tiga hari lepas rasa nak nangis tak cukup tanah tak cukup nafas nak siap PBS .alhamdulillah siap juga hehe .
okay first .
  • sistem STPM . bagi sesiapa yang tak tahu lagi .. tingkatan enam bawah 2012 merupakan kohort pertama yang menggunakan sistem modular iaitu sistem semestar . ada 3 sem . 
sama mcam kat U, matriks . masuk bulan 5 nanti bulan 11 exam sem 1 . sambung sem 2 exam , sambung sem 3 . result untuk ketiga sem akan di CGPA atau di puratakan . sama macam sistem U . dan kalau tak puas hati dgn result exam kita tu ..kita boleh repeat . tapi ada la terma dan syarat .

Jadi kalau tanya saya pengalaman dia macam mana . Kalau dulu masuk lower 6 memang boleh honeymoon masa sistem kakak abang dulu. tapi masuk sistem sekarang yang saya tengah rasa ..memang no la honeymoon . nak berjaya, nak masuk U, nak bersaing . masuk je form 6 kena set . fokus . exam sem 1 tu sekejap sangat ... belajar berapa bulan exam ...memang kalau rasa nak culture shock ke test market cari marka memang bukan masanya la . takde masa nak fikir benda lain . kalau betul rasa nak masuk U just jangan main-main ... 'It's only when you know where the end is that you know how to begin.'
Tapi sistem ni sebenarnya senang kalau anda fokus . sekejap je . belajar exam dah . kalau excel proceed, fail repeat . Itulah kelebihan .bila da dapat sijil STPM, boleh terus ambil degree. 1tahun setengah je. nak score pun senang kalau fokus .

Tapi selalunya ramai yang akan tinggal form 6 bila dapat tawaran lain macam poli , kolej atau tawaran kedua U . yang tinggal ni sama ada yg nekad atau memang rezeki dia kat form 6. Ada juga yg quit sebab tak tahan .
Talking about tak tahan . banyak sebab...
kalau sudut pelajaran mungkin bab nak kejar syllabus dengan tak cukup masa .
kalau sudut lain ..

yela bila dah sekolah balik .... kena pakai uniform . ada je kot jenis kawan yang suka bahan 'Haaa budak sekolah. *gelak perli*

  • memang la kena pakai uniform , ada je hikmahnya . bayangkan kalau pakaian bebas, hari-hari kena fikir nak pakai apa, baju warna apa nak mix dengan tudung warna apa .pakai uniform kan senang sama je tiap hari . neway , kau pergi sekolah nak belajar ke nak jadi ratu cantik . *tanya diri sendiri.

  • Bab bangun pagi . ini merupakan masalah besar yang dialami oleh kebanyakan pelajar yang masuk form 6 , lelaki terutamanya ...perempuan pun ada je . Janganlah anda mengharap nak datang sekolah pukul 8 walaupun anda form 6 .budak arus perdana masuk 7.20 pagi . hang pun sama . takde diskriminasi.bersedia la kembali ke zaman sekolah .

cuma bila form6 cikgu ada la sikit tolak ansur .*tolak ansur segi apa. kena rasa sendiri :D
yang penuh peraturan . bukan nak takutkan tapi kalau rasa nak masuk form 6 kena lah bersedia .kalau nak buat peraturan sendiri sila lah suruh Ayah anda tubuhkan sebuah 'Kolej Yayasan Ayah Anda'. Peraturan menjadikan kita berdisiplin dan , disiplin yang membuatkan kita berjaya .

Pressure memang ada . kat mana-mana pun kena struggle . tapi form 6 fun sebenarnya .. the best part is ...
dapat rasa zaman sekolah senior . lagi rasa bertuah bila kawan-kawan kat U, matriks etc cakap 'kat sini tension weh' 'makan tak cukup' 'kat sini tak macam sekolah' 'rindu nak sekolah'. bertuah la sebab dapat rasa 1tahun setengah yg terakhir menikmati zaman sekolah ..

dan kalau betul-betul menikmati memang laa rasa sayang nak tinggalkan form 6 .. akan rindu form 6 .
masuk form 6 jadi senior besar kat sekolah ... life form 6 dengan arus perdana tak sama .
semua benda buat sendiri , plan sendiri . time belajar, belajar ... bila main, main macam budak sekolah .
still boleh balik rumah tengok muka ibu ayah adik-adik hari hari, makan makanan ibu masak , tidur dengan bantal busuk dan kroni . *bukan semua rasa blast dapat tinggal dengan mak ayah lagi . understand.
cikgucikgu semua havoc lagi kalau masuk SMK Gombak Setia .
above all , aku rasa sedih tak lama lagi nak habis tapi ada juga rasa cepatlah habis . nak pergi jauh *lagilagi kalau time tengah tensyen .

Jadi to adik-adik .fikir la elok-elok . kalau tak dapat peluang kat tempat lain, dapat form 6 je . anggap la macam peluang dan rezeki . Percaya lah pada rancangan Allah SWT . kalau dapat tempat lain dan form 6 . istikharah lah  . fikir apa yang anda nak bukan ikut orang . Ayah saya pernah cakap 'Buat sesuatu jangan ikut orang, sebab takkan bertahan tapi buat sebab minat payah macam mana pun kita akan teruskan'...
dan ..
Kita merancang, Allah SWT juga merancang dan rancangan Allah SWT adalah yang terbaik :)

Apr 16, 2013

Cerebrum Fevret 8 :HLOVATE

Hello folks . guess what ? I'm so eksaited to tell you this people . HLOVATE dah keluar novel baruuuuu.  menjerit sekejap kat dalam kelas .
ada dua . satu Hlovatinta dan satu lagi ANTHEM .tengok cover pun da intriguing.
I'm so eksaited people .
Incoming . Avaible at Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 . dan online kat www.jemariseni.com from 26th April .

HLOVATE is one of my beloved writer . Yeah .
Currently reading Contengan Jalanan . I bring the book everywhere . and when people saw me bring and read the book they will ask . FAQ macam
" Siapa HLOVATE?" "Buku melayu ke english?" "Best ke?" "Cerita dia pasal apa?"
"siapa HLOVATE?"
HLOVATE ialah nama Author . nama sebenar unkown . Identiti unknown . Gender also unknown tapi kalau dah tulis novel biasanya perempuan la kan . She is just one of mere story teller yang tak nak diketahui . HLOVATE ialah gabungan antara Hate and Love . Boleh baca dalam salah satu novel dia [tunas] .

"Buku melayu ke english"

Melayu but kebanyakan jargon Hlovate dalam bahasa Inggeris . Jargon dia memang best wa cakap lu . aku boleh kaji jargon dalam setiap novel dia dan aku boleh listkan dalam satu buku . Kalau baca memang menusuk kalbu ke hati semua . Bahasa yang senang nak faham , santai , kool , chill tak ikut tatabahasa dewan dan bukan jenis baku jiwang .

"Best ke?"
sangatttt la best wei . best sangat . kalau best gila pun aku terima sebab memang sangat la best . tapi bukan semua orang boleh faham novel dia . bukan semua orang boleh masuk dalam dunia yang dia create . bukan semua . bukan semua boleh faham bahasa seni yang dia tulis . aku start baca masa 2011 , aA+bB , [tunas] , 5 Tahun 5 Bulan , Rooftop Rant , VERSUS . sedang dibaca Contengan Jalanan , bakal dibaca Gurindam Jiwa: Schrubert Serenade , dan bakal nak beli Pelangi: Ked's Story , Hlovatinta dan ANTHEM .

"Cerita dia pasal apa?"
Background cerita kebanyakan pasal music, life , art , love , friendship, family , education . Kalau rasa nak totally school life ada dalam [tunas] , kalau nak love ada dalam 5 tahun 5 bulan , Versus , Rooftop Rant , Ked's Story .love pun bukan cinta aci redah , tapi cinta yang ikut skema Allah dan Rasul.. art dan music Contengan Jalanan. Dan secara keseluruhan hampir semua based on high education . hampir semua pasal study kat overseas . Kalau nak cari semangat belajar memang la sangat sesuai . kalau nak motivate diri sendiri . dan . most of all it's about CHANGING . changing to be better . changing for good is not a crime . though it'll cost you blood and tears for a start . dan perjalanan mengenal Tuhan. mengenal diri . sangat sesuai untuk aku yang ada self-doubt mencari identiti yang nak berubah dari street life ke arah hidup ke tikar sejadah .

Aqilah Mohd .. yang kenalkan aku pada dunia Hlovate .
dan kalau orang tanya kenapa aku suka sangat novel Hlovate . Jawapannya .. melalui novel Hlovate, Allah SWT gerakkan hati aku untuk berubah . Melalui novel Hlovate, aku belajar banyak benda . Melalui novel Hlovate, aku bina jati diri . Melalui novel Hlovate, juga aku berpegang teguh pada prinsip 'Bercinta lepas kahwin' . Melalui novel Hlovate , aku semangat nak belajar dan nak fly . dan melalui novel Hlovate , aku sedar yang ' Solatku , ibadahku , hidupku , matiku hanyalah untuk Tuhan sekalian Alam'.........

Apr 14, 2013

Cerebrum Memories : Pangkor Day 2

hello folks . jom sambung tengok gambar Pangkor yang bulan 2 haritu .
 silap pusing tudung la  nampak bulat gila muka .nak buat macam mana pakai tudung memang tak tengok cormin.
 tent-mates .

 classmates .

 "Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya . Dan hanya kepada-Nyalah (kembali setelah) dibangkitkan ." - al-Mulk:15)
 sejenis binatang yang kalau masuk air dia jadi panjang . Orang sana panggil 'kote keling' . sejenis timun laut . yang sangat ........pelik .
 happy Murnians .
 "Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui"- (ar-Ruum:22)
 tahu tak yang pakai spec tetengah tu cikgu kitorang . Cikgu Laila . vogue tak vogue nampak sebaya je.


 beting pasir . berlari takut dibasahi gigi air.dalam kiraan .satu dua tiga .lari ...selamat ...













 gediknyew titew .
 saya nampak betul macam budak tadika . kenapa nampak kecik sangat dalam baju besar tu .

cikgu eton :)
 Huda: haa tengok macam budak tadika pergi trip . eh , dia bawa kawan .
 makan kat sana sangat la heaven .
 tak yah la nak lompat sangat . haha
 "Dan tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya ? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman "- (az-Zumar:52)
 from radio RTM Perak .
 terima kasih Rudy .

ni baru gambar day 2 uols .ada lagi satu hari .
entah bila pula nak update yang tu .
*gambar di atas dicaptured oleh gua(kecuali yang ada gambar saya tu) . oleh kamera Canon PowerShot A3200 IS. edit kat pixlr.


Nak Buang Tatu di Kulit Sakit? Nak Buang Tatu Dosa Lagi Perit.

dari KL Festival City , ke Plaza Idaman , ke farmasi kembali semula ke Plaza Idaman .
Kan dah agak .. kalau Allah SWT nak gerakkan tu ... mesti ada hikmah .

rezeki . ni semua rezeki . Bila hati dah digerakkan . ikut la .
Ada satu kedai buku ni penuh dengan buku agama . Niat pengakhiran baucar buku 1 Malaysia yang berbaki RM50 tu memang nak beli buku-buku agama .
Ingat nak tunggu Pesta Buku hujung bulan ni . Tapi tak sempat la nak tunggu . Hati ni tak tahan nak beli juga . Nasib kedai ni terima baucar .
"The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"- Hlovate , Contengan Jalanan , I-Fend.

From Pn.Halimaton point of view .
Kalau nak berubah jangan tunggu-tunggu . benda baik kan . Sebab kita bukannya tahu ajal kita bila .

Mahunya kalau tak sempat ,kalau dah masuk alam kubur tu mana boleh hidup balik.
Mana tahu nak tunggu hujung bulan aku tak sempat nak pergi pesta buku . Baik lah aku beli sekarang .

Mati . Kita ni memang konfem bakal jenazah . Pasti . Bukan dicapati tapi PASTI akan dilalui .
Belum tentu kita akan jadi bakal pengantin .tapi pasti akan jadi bakal jenazah .

Masa nak pergi solat asar tadi . jenjalan la . kalau dah namanya mall mestilah ada baju yang menarik hati nak beli . Tapi bila fikir balik nanti la tak penting pun membazir je .
Lagi hati berkata , pakai lelawa mana pun , tribal ke polka ke , semahal mana pun , uniqlo ke H&M ke .. nanti sudahnya pakai kain kapan yang suci tu je nanti .

Sungguhla aku rasa mati tu makin dekat je . Tak boleh nak lari walau sedetik .
Maka cukupkah bekalan aku nanti ? husnul khotimah ke keadaan aku nanti ?
Cukupkah apa yang aku dah buat untuk jawab soalan kat Mahsyar nanti ?
Adakah Allah SWT ampunkan dosa-dosa aku ??
Andai ada soalan aku tak boleh jawab . Apakah alasan aku nak bagi ?
Sesiapa yang rasa aku ada hutang dengan dia bagi tahu yee . kalau nak halalkan pun takpe :)
Kalau ada aku buat salah aku minta maaf sangat .
Bukan apa . takut tak sempat .


'Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit , nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit'- Hlovate ,Contengan Jalanan,I-Fend .

P/s: nampaknya aku mempengaruhi orang keliling untuk baca Hlovate . 

SUSYI .

alhamdulillah . hutang aku kat inche Aizuddin dah setel . uh yeahh .
Terima Kasih kat Inche Aizuddin untuk semua benda . 

ada makanan ni abang tu kata sejenis siput sedut tapi lagi besau .
nampak macam pelik ..
Tapi dah makan sekali sampai dua plate Din ambil .
Sedap . serius rasa dia macam sotong kangkung tu .
onomm nomm .
sejak bila aku jadi hantu susyi ?
Inche Aizuddin ajar .
dan ...
rasanya susyi tuna Cik Fend lagi sedap . 



Alhamdulillah .

"Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ketentuan pada setiap perkara"

Nak bangga sangat pun tak boleh sebab ini pinjaman dari Allah SWT . Takut tu ada . Sebab nikmat Allah SWT bagi sebagai ujian takut nanti jadi riya' ,takbur . 

 Alhamdulillah .Alhamdulillah . Alhamdulillah .
Terima Kasih kat semua . secara langsung atau tak langsung .
Terutama Ibu Ayah  ,Cikgu , Kawan-kawan dan semua yang mendoakan .
Terima Kasih Ibu Ayah , adik-adik kecik yang sanggup datang .
Buat pertama kali Ayah datang event formal sekolah .
dan .. saya dengar Ayah berdiri masa saya naik pentas .
This is for both of you Ibu Ayah .
Doakan mida . Ada lagi dua sem . Ada lagi dua sem . 

Me and Nisa .
Insha Allah .sem seterusnya semua naik pentas .
Untuk kawan-kawan yang dapat pointer bagus tapi tak dapat naik pentas .
Janganlah sedih , kita usaha sama-sama .
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita .
Ada lagi 2 sem . Kalau tak kat sini mungkin masa kat Universiti ,
Insha Allah . Trust Him . Allah Maha Tahu yang Terbaik
Ini ujian dan nikmat bagi aku .
Rezeki orang kita tak tahu .
Tapi ni nak bagitahu ... korang pun ekselen juga !
Teruskan Usaha . Buat yang terbaik !
Ingat matlamat dan niat .
Kerana Allah SWT nak masuk universiti .
Insha Allah . Man Jadda Wajada .



Beger KawKaw Begembira

Seperti yang telah dijanjikan oleh Cik cantik molek Herza Farhana untuk membelanja saya makan sempena result semestar 1 hari tu . maka inilah hasilnya ...

Di malam sabtu yang indah lagi nian , dua orang anak dara pergi makan di Wangsa Maju , Seksyen 2 .
Beger ini adalah sejenis beger yang membuat saya bergembira memakannya . yaa . saya macam raksasa lapau makan benda ni sensorang sebab dari petang tak makan ....
rasa beger ni .sangat la sedap dari Mc'Donald . serius .
Jus daging dan lemaknya terasa di dalam mulut ... errr. sangat la sedap ... makan kat sini takde cover ayu ke apa .
Walau keliling memang ramai jejaka , walau makan memang stail pakai klasik guna tangan takde garpu , pisau atau sudu .
Tapi keenakan dan kenikmatannya ...
Jus dagingnya ...
errr..........Jom pergi lagi .... he he he.

Apr 6, 2013

Little Notes 4 : Dear, Future Husbeng .

Assalamualaikum folks . 
Future  husbeng mida? Why you have to write this mushy lovey dovey entri? Hang tak sedaq ke pekse lagi bapa minggu jek ? memang la hang ni gatai .

eh .suketi la cheq nak tulih apa pun . tumbok kang tahu la .

Encik bakal suami yang saya tak tahu siapa , dimana , tengah buat apa.
Semoga hidup awak sentiasa diredhai, diberkati,dilindungi , disayangi , dirahmati .
Saya harap kita dipertemukan dalam keadaan diredhai dan diberkati :)
Rindu saya tak ?
Jaga hati awak. Jaga Iman awak .Jaga pandangan awak .
Jangan pegang bakal isteri orang lain !
Saya tak suka . saya kuat cemburu .
Saya kat sini sedang usaha nak jadi yang terbaik untuk awak.
Saya pun tengah usaha agar tak terjatuh hati dengan bakal suami orang.
Sedang usaha jaga aurat dan ikhtilat ....
Nak jadi yang terakhir untuk awak .
Saat lafaz sakinah nanti ..... saya nak awaklah yang jadi pertama dan terakhir untuk saya .
Sayang saya tak ?

Awak ..
Saya ada wish ni .

Dear, future husbeng , no matter who you are, where you from ,what you do .
I just want to love you .. I just want to miss you .
I want to be the one who you love , the one you miss ,the one you really love.
Dear ,
Saya nak .. future husbeng .. yang bukan sahaja
boleh ajak hang sesama , ajak mapley sesama , ajak karok sama-sama , tengok wayang sesama , berjimba bersama , bersuka ria gelak tawa bersama...
yang bukan sahaja ..
boleh cari nafkah zahir dan batin , pandai masak , tough , ada kereta ,ada rumah ..ada kerja..
yang bukan sahaja pandai ...
pandai berkata-kata , pandai main alat muzik , pandai tangkap gambaq , pandai repair-merepair , pandai memujuk , pandai berlawan , pandai mengambil hati , pandai menjaga ...
tapi saya nak awak ada foundation in faith yg kuat ..
supaya ayah cheq tak reject hang awal-awal ..
yang penting ... yang boleh .
jadi Imam dalam solat , jadi qari check kan bacaan Al-Qura'an , check bacaan saya bila saya nak buat hafazan ,yang boleh tolong kejut saya qiyam , teman saya qiyam sama-sama .. yang boleh tolong kejut saya sahur , puasa sunat sama-sama , buka sama-sama .... pergi majlis ilmu sama-sama , hantar saya pergi usrah .. 
Saya nak baitul muslim ... yang terbaik untuk bakal anak-anak kita :)
Sappy , but true .
Awak , kalau awak tak tahu boleh belajar ..
Macam mana pun cara hidup awak sekarang ..
I believe and trust  Him
'Perempuan baik untuk lelaki yg baik begitu juga sebaliknya'. 
so , sekarang ni saya bukan cakap awak je ...
saya tengah usaha ni ..
budak street yang berubah .
saya tengah usaha perbaiki diri .
saya tengah usaha kejar cinta Ilahi ...
tengah usaha perbaiki dan kukuhkan foundation in faith saya ...
tengah usaha menjadi rajin , belajar masak , menuntut ilmu ..
menjadi wanita yang dihormati .menjadi wanita yang berjaya . menjadi wanita yang berdikari .
Saya tengah usaha awak .
saya bukan nya baik . tengah berusaha nak menjadi baik untuk Allah SWT , keluarga , awak , agama , negara dan bangsa .
'When you become right man , the right woman will find her way to you'

Ya Allah, 

jaga dia untuk diriku .. 
bimbing dirinya ke jalan yang lurus ..
bantu dia mencari cintaMU ..
bantu dia mencari cintaku.
bantu dia memperkukuhkan imannya padaMu ..
Ya Allah , 
aku memohon padaMu ..
Tuhan yang Maha Tahu ..
bantulah diriku ..menjadi terbaik untuk dirinya .
Ampunkan dosa laluku .. 
Ya Allah , kepadaMu aku berserah . 
ku sandarkan impian dan harapan padaMu .
Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau .
Yang mengetahui apa yang terbaik buatku.

Saya akan sayang awak sebab agama awak tahu .
Saya akan terima kekurangan awak .
Sayang awak kerana ALLAH SWT :)
Kita bermujahadah dulu yee :)
Sampai masa ....
Allah SWT akan tentukan segalanya .
May your life be blessed , dear future husbeng ,
No matter what .
 


Apr 5, 2013

MANDIKAN JENAZAH . FARDHU KIFAYAH boleh jadi FARDHU AIN.

Assalamualaikum ente enti . entri ini mungkin panjang . 

What if aku meninggal dunia .?
Siapa yang akan mandikan jenazah aku . Ibu ? Adik-adik ? Kawan ??

Aku terfikir benda ni sebab pasal sejadah mulanya ..
Ada sesetengah orang , bagi dia ..bila kita bagi benda macam sejadah , telekung , tafsir , tasbih atau seumpamanya dia akan fikir kita perli dia .dia akan rasa rendah diri .
tapi sebenarnya .....
kalau aku ......aku sangat la suka kalau orang bagi benda-benda macam tu kat aku .. kalau bagi buku pun aku dah bersyukur sangat ... bagi tudung , jubah atau seumpamanya .
Rasa dihargai sangat . serious .
Bagi aku benda tu tanda sayang . Aku tak tahu niat orang .
Tapi kalau aku bagi benda-benda macam tu . Tak lain tak bukan sebab aku sayang .sayang kerana Allah.
aku nak dia jadi lebih baik. aku nak dia pergi straight to syurga . aku nak orang ingat aku dalam doa .
selagi dia guna aku dapat pahala pula tu ! kan . pernah terfikir tak ??

Sejak tahun lepas the only thing yang aku nak sangat sebagai hadiah hari lahir ialah telekung . Telekung warna tu .
Ini tahun kedua . tak tahu la dapat ke tak .
Balik kepada mandikan jenazah tadi .
Lately I've been thinking about it a lot .
Betul lah aku ni seronok sangat dengan dunia ni sampai tak sedar yang mati tu akan datang bila-bila masa . Imam Ghazali pernah berkata 'mati itu benda yang paling dekat dengan kita '
Sangat dekat . Mungkin sebab umur aku baru 19tahun aku rasa mati tu jauh , tapi sebenarnya mati tu tak kira umur tua ke muda . Allah SWT boleh tarik nyawa kita bila-bila masa je dalam keadaan apa pun .Sungguh la mati itu rahsia Allah . Takut kah aku pada mati ? Cukup bersediakah aku ?
Tanya iman .
Cukup ke ibadat aku , amal aku yang aku nak bawa masuk kubur nanti , yang aku nak jawab kat akhirat nanti . Ya Allah . betul lah leka sangat aku ni sampai tak sedar kita ni manusia matlamat hidup kat akhirat sana . Yang pasti kita akan mati . Tapi kenapa cara hidup macam mati tu jauh ?
'Beribadat la seperti kamu akan mati esok dan bekerjalah seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi'
kalau aku mati adakah orang yang gelak ketawa , berkongsi rahsia , yang aku sayang akan mandikan jenazah aku  . Dan andai kata sebaliknya , jika orang yg aku sayang pula pergi..
Reti ke aku nak mandikan jenazah ? atau aku lagi sanggup tengok dan biar orang lain mandikan .


when I was 2 years old
when I was 12.
Pengalaman masa 12tahun ...pengalaman masa hilang arwah opah yang sangat aku sayang . masa arwah sakit aku sempat jaga 2minggu kat Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping .sanggup tak pergi sekolah . Arwah yang jaga aku masa aku baby...Arwah lah yang paling faham aku . Bila arwah pergi ...aku sedih sangat .............sedih sampai nangis pun tak boleh. semua orang tahu aku lah yang jaga arwah, paling rapat dengan arwah.. bila orang jumpa aku senyum buat macam takde apa . Achik Khair siap bawa pergi sungai sebab nak buat aku happy tapi sebenarnya .............aku rindu sangat dengan arwah .bila arwah pergi aku hilang someone yang aku betul-betul sayang  . 'Sungguhla opah mida rindu sangat dengan opah . ' tapi ...masa arwah meninggal ,masa tu aku tak tengok pun orang mandikan jenazah.
sebelum tu ,Ayah kat kampung. suruh tunggu mida sampai  dulu baru mandikan arwah . dalam perjalanan 3 jam  yg sangat lama masa tu memang la aku menangis .bila dah sampai dah tak boleh nangis .....lepas aku tengok je arwah terus orang mandikan jenazah . Aku ingat lagi kali terakhir tu .semua tanya mida nak mandikan arwah tak? budak umur 12tahun pada waktu tu tak cukup kuat , cakap tak . bila dah besar ni ada rasa menyesal sikit .. tapi aku rasa masa tu itulah keputusan paling baik . masa arwah sakit makan , mandi , tukar diapers semua aku dah rasa . budak umur 12 tahun yg tak tahu apa-apa . tapi sebab kan orang yg dia sayang dia sanggup buat apa saja .


dan.......
kali ni ..andai kata orang yg aku sayang pergi aku nak sangat mandikan jenazah mereka .
Sebab yang hidup pasti akan mati  .
Niat nak belajar tu dah ada. Insha Allah moga dipermudahkan .
dan ...ada juga aku terfikir berapa orang je yang tahu cara mandikan jenazah . berapa orang yg care pasal benda ni ? aku pun baru sedar ...
baru ingat yang fardhu kifayah tu boleh jadi fardhu ain .


Lihat keadaan yang berlaku . realitinya .

" Jom pergi kursus mandikan jenazah?"
" Haa?? Apa ? Ajak la pergi kursus kahwin."
"kau tak terfikir ke kalau kau mati siapa nak mandikan ? kalau mak kita ke mati siapa nak mandikan ? nak biar je strangers?"
"Yela biarlah orang masjid mandikan "
"Tahu tak yang fardhu kifayah tu boleh jadi fardhu ain"
Kalau macam ni zaman ni semua yang sebaya aku dan generasi akan datang anggap benda ni remeh hanya benda remeh . apa akan jadi kalau satu hari , satu tempat , ada jenazah takde siapa pun tahu uruskan jenazah ? benda fardhu kifayah macam ni kena ingat kalau dah takde orang nak buat akan jadi fardhu ain . sampai bila kita hanya nak biarkan orang masjid je buat semua ni ??
"Ya Allah ,ampunkanlah mereka kerana tidak mengetahui" Amin.


Apr 2, 2013

CHARITY EVENT : BRIDGING THE GAP , Charity Dinner

Salam evelibadi . Tonight I want to share a charity event with you guys . Help me spread this . I'm helping my primary school best friend who's currently study at Kolej MARA Banting :")
May Allah bless you :)
*click the picture
like this page Bridging The Gap

click the page for more detail . 
Nora will be the guest for this event and she'll be performing during this event .
For more information here . 

Background history for this project . read this .
Bridging The Gap tengah bergiat usaha untuk mengumpul dana untuk membina sebuah perigi berdekatan dengan Masjid Al-Isla di perkampungan Kirinda , Hambantota , Sri Lanka .

Untuk pengetahuan semua , daerah ini dilanda kerosakan yang teruk akibat Tsunami pada tahun 2004 dan bertambah lebih buruk padaa tahun lalu akibat banjir besar yang menimpa Sri Lanka . Mereka tidak dapat bekalan air yang bersih lagi suci untuk dijadikan sebagai bekalan minuman , termasuk wudu' mereka terganggu .

Kos untuk membina perigi tersebut ialah sebanyak RS 142 000(RM 12 000) , dan setakat ini kami telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM 6000. Oleh itu , saya ingin memohon saudara dan saudari sekalian untuk membantu saudara se-islam kita di Sri Lanka sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah yang bermaksud :

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa , dan jangan tolong-menolong berbuat dosa dan pelanggaran . (Al-Maidah ayat 2 )

OLeh itu , tolong sebarkan mengenai projek ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan agar projek kami mendapat perhatian .

Sumbangan melalui cek , kiriman wang atau wang pos boleh disalurkan kepada akaun bank Koperasi Koleh Mara Banting Bhd :-
Nama: Koperasi Kolej Mara Banting Bhd
Num. Akaun Bank Islam : 12074010001594
(sila tulis Bridging The Gap Project (Malaysia-Sri Lanka 2013) di belakang cek /bank draf/ bank-in slip dan faks kepada : 03-31491445 sebagai bukti transaksi )

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :-
i) Muhamad Syahir Bin Mohammed Khalil (Ketua Biro Tajaan dan Sumbangan )
Emel : bridgingthegaproject@gmail.com
Tel : 017-8844805

That's all . Spread this with love guys :) Thanks .
May your life be blessed .