Perginya Seorang Adik dan Sahabat.

Tanggal 30 Disember 2013 bersamaan 26 Safar 1435 hari Isnin. Seorang yang aku anggap adik pergi meninggalkan aku dan semua isi dunia buat selama-lamanya. 
Godek fail 2012 jumpa gambar ni. Ini gambar 2012 masa aku mula masuk tingkatan 6. Masa tu kamera yang aku ada sekarang baru lagi.. Jumpa Diba dekat kantin. Terus tangkap gambar dengan dia..
 Adibah Nor Khairy.. Seorang kawan yang dihormati, seorang pelajar yang disenangi, seorang adik yang disayangi dan seorang mujahidah yang dirindui. Adibah was a very good girl and strong mujahidah. Nak kata kami rapat bolehla. sebagai seorang kakak. Adibah aku anggap macam adik. Dia salah seorang antara ramai adik aku yg kat sekolah yg jumpa.akan tegur... "Kak Asmi, lama tak jumpa" dan terus peluk.. Adibah dulu selalu call atau text.. "Akak free tak..I need to talk to you" bila dia rasa down atau rasa berat sangat ..ada masanya dia cari aku cerita dan minta pendapat.. Dan dia tak pernah jemu sampaikan dakwah dia.. Setiap kali update blog Adibah mesti IM atau text "Akak, Diba da update blog, bacalah"...sebab Adibah pun salah seorang pembaca blog ni juga. Adibah juga salah seorang hamba Allah SWT yang Dia hadirkan untuk aku waktu aku nak berubah dahulu. Waktu aku rasa malu nak menghadap Dia. Adibah salah seorang yg ada disisi. She's a good dai'e too!
 Walaupun hati sedih.. tapi redha sebab di akhir umurnya dia tak pernah jemu menyampaikan dakwah.mengajak orang ke arah kebaikan. Tengok la twitter dan blognya. http://adibahkhairys.blogspot.com/ ilmunya masih bermanfaat dan boleh diamalkan dan dijadikan ingatan sepanjang hidup. Allah.. Moga terus-terusan dakwahnya dikira oleh-Nya dan memberikan kelapangan kepadanya di dalam kubur. Dan moga urusan dakwahnya dibalas Allah SWT. Ramai yang doakan dia. Terima Kasih semua. Sebagai kawan, kakak , dan kenalan teruskanlah doa untuknya.. Orang yang beriman itu hidup di alam sana dan sentiasa hidup di dalam hati kami. Benda-benda yang kita buat, amal dan tulis masa hidup lah akan menjadi ingatan orang lain bila kita pergi nanti.

Kawan-kawan kita tak tahu bila-bila sahaja orang yang kita sayang atau kenal akan diambil Dia. Sentiasalah menghargai mereka sementara mereka masih ada.Semua yang ada pada kita pun datang dari Dia, jadi Dia boleh ambil dengan cara-Nya sendiri.

Bagi sesiapa nak tahu Adibah Nor Khairy meninggal disebabkan kemalangan bersama keluarganya. Ibu dan Ayahnya juga meninggal dunia. Dua adiknya cedera parah, seorang patah kaki dan seorang koma. http://www.hmetro.com.my/articles/Tigasekeluargamautkemalangan/Article?mutakhir

Gambar last dengan Diba. Masa graduasi. Ingat lagi dia cakap "Akak pinjam scroll" hehe. "Pinjamlah" :)


Adibah akak rindu awak. Akak rasa macam boleh tak akak nak peluk awak kali terakhir..Akak tahu tak boleh. Moga doa akak sampai pada awak. Akak sayang awak. InshaAllah selagi akak ingat akak akan selalu doakan awak sayang. Moga menjadi bidadari syurga. Moga akak dapat menjadi mujahidah yang kuat macam awak satu hari nanti. Kami sayangkan awak tapi ALLAH SWT lebih sayangkan awak dan kedua ibubapa awak. Semoga awak tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin Allahumma Amin.

Salah satu ubat hati ialah mengambil pengajaran daripada kematian. Selama-lamanya mati adalah pengajaran paling baik. Sekurang-kurangnya kita dah tahu pengakhiran Adibah. Kita pula bagaimana. Walau diberi seribu tahun pun cukupkah taubat kita? Bersediakah kita saat Malaikat Izrail datang memanggil kita menghadap Dia. Cukupkah amal kita untuk menjawab soalan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Daripada Dia kita datang kepadaNya kita kembali.Ya Allah.. Moga kita semua mati dalam husnul khatimah AMIN.


Comments

Hana Faris said…
assalamualaikum,saya baru tahu tentang kematian arwah adibah khairy.walaupun saya tak kenal dia saya hnya follow dia di twiter shja ttpi bila dpat tahu tntang kematian dia mbuatkan saya rasa sedih sngat2.ntah kematian dia mcam mberikan saya perubahan ke arah kebaikan....semoga beliau ditempatkan bersama org2 yang beriman,Amin.....
Mida said…
Waalaikumussalam Hana Faris.
Selama-lamanya kematian adalah penagajaran yang paling baik.
Amin. Terima Kasih.

Popular Posts