Event: Tempatan Fest 3.0 & Exhibition Zanubah Hamzah

Hello folks. 

Aku tak habis lagi cerita pasal event. 
Memang gaya aku dah macam tulis diari dah. Heeehh. 
Tak habis lagi nak menjoyah ni. 
Sabtu lepas, ada dua event aku nak pergi. Memula tak sangka nak dapat pergi. Dah takdir Tuhan kan. Rezeki aku nak pergi Alhamdulillah. Kalau Tuhan nak beri nikmat, macam-macam cara dia bagi. Kalau dia nak bagi dugaan pun boleh datang pelbagai cara, dan kalau dia nak selesaikan pun selalu dalam cara tak kita sangka. Apa kita kena buat. Minta pada Dia. Dia mesti bagi. Allah SWT berfirman bermaksud : Mintalah padaKu nescaya akan Aku perkenankan. 


Ada dua event aku pergi. 
Event: Tempatan Fest 3.0 & Solo Exhibition Zanubah Hamzah
Venue: Dataran DDEC, Jalan Kia Peng & MaTic Art Gallery

Date: 5&6 Oktober & 1-30 Oktober



Aku tak sangka dapat pergi. Juja dan Zack yang bawa. Jadi sepanjang hari Sabtu aku spend masa dengan dia orang. Terima Kasih la Juja sayang sebab jadi savior waktu I dah habis semua kutu atas kepala nak bunuh. Mati kutu betul. Terima Kasih sudi bawa saya jejalan hehe. Terima Kasih juga kepada Zack yang sudi je jadi driver. Thank you guys. I sangat-sangat happy hari tu.

Mula-mula kita orang pergi  Tempatan Fest 3.0. Banyak clothing yang jual kat situ. Untuk support local brand. Event ni sangat cool untuk anak-anak muda yang berjiwa ranggi. Respek la korang sebab support local. Aku pun support juga. Kalau nak beli duit kena banyak. Itu jee. Kalau setakat beli button, sticker lepaslah. Event macam ni bagus. Tapi sayang tempat tak strategik. Sempit gila. Sesak la kan sebab ramai orang. Kita orang singgah pusing je . Sebab Juja kata sangat menakutkan dia tengok orang kat situ. Dia kata tempat tu sangat tak sesuai untuk orang comel macam kita orang. Dengan gaya sangat comel. Juja sangat funny dan suci. Suka jee aku tengok dia. 


Malaysia Tourism Centre. Jadi tourist sekali sekala
Kemudian, ingat nak pergi Pusat Kraf Jalan Conlay, tapi tak jadi sebab aku kata kat MaTiC ada art exhibition. Kita orang pun terus tuju situ. Memang sangat sangat seronok. Akhirnya dapat juga aku pergi. Kebetulan hari tu lauching exhibition tu rezeki kita orang la kan. *actually, aku dah tahu dari insta dan FB kak Azreen Chan. Oh ya. Zanubah Hamzah ni, mama kak Azreen Chan. *I prefer to call her akak. She seems fine with that. I hope she is. Mama kak Azreen Chan, Zanubah Hamzah ni a Malaysian artist yang lukis batik. Sangat sangat cantik. Seriously you guys, kalau minat seni dan batik pergila MaTiC Art Gallery, betul-betul sebelah Saloma Bistro Jalan Ampang. Pameran sampai hujung bulan ni. Berbaloi sangat kalau nak cari inspirasi. 

Sampai je, I greet kak Azreen. “Hai.” “Hai, kita jumpa lagi.” That time, I was so happy because she remembered me. “Tengok la ni exhibition ma akak.” “hee Okay.” 


Lepas tengok-tengok dengan Juja dengan Zack aku jumpa Kak Azreen lagi. Kita orang isi guest book dan ambil brochure. Lepas tu Kak Azreen suruh kita orang makan sebelum makanan habis. Dan ini sangat seronok. Makanan kat situ semua nampak tempting. Rasa macam nak rasa semua. Terima Kasih banyak-banyak. Semoga murah rezeki dan ramai yang datang exhibition nanti.Amin. 

Sebelum balik, saya jumpa dia lagi. To say goodbye. Lepas tu tangkap gambar lagi. Kak Azreen pun layan je. Lepas tu dapat salam dan dapat peluk cium sekali. Awwwwwwww. I’m so happy. Really happy. Saya tak sempat nak minta otograf lagi. Harap-harap dapat jumpa lagi. Next kalau jumpa lagi saya pastikan saya bawa doodle book. Mungkin saya akan pergi lagi bila-bila free sebab saya sangat suka pergi situ. 


Dan sempat juga aku cakap, “Terima Kasih untuk semua inspirasi. Saya dah jumpa minat saya sekarang” She said “baguslah”
One of my favourite quote from her : “We will forever in debt with everyone and everything around us. For those inspirations. For ideas and indirect lessons, for new thoughts and opinions, for never-ending fire that burns in our soul. We can’t say thank you enough.”  I can’t thank you enough Kak. And for that May your life be blessed no matter what.



me and Jujaa the great.

Dan, masa makan juga saya jumpa orang-orang cool yang sudi kongsi pengalaman dan inspirasi dengan saya. Apa yang saya ingat akak tu orang Perak. Which is I’m so proud with that. Walau sebenarnya lahir je kat sana, besar kat KL tapi still darah Perak tu mengalir dalam tubuh. Aku just cakap “Saya baru jumpa minat saya lepas 19 tahun.”
Dia pun  bagi nasihat. “Doodle pun bagus. Tak penting lawa ke tak. Kalau dah stress belajar melukis atau tulis puisi dari duk update facebook status . Akak dulu time belajar dah stress tu melukis. Rajinkan diri. Orang-orang hebat ni mula dorang sebab rajin. Rugi ada setengah orang ada talent tapi tak develop. Kadang-kadang dia tak tahu pun dia ada talent.”
 Dan sebelum tu ada seorang pak cik, older than my dad bercerita dengan akak-akak tu.
*tak elok dengar perbualan orang. Tapi dah sebelah, kalau aku pekak yela aku tak dengar. Akak tu cakap “tengok otai-otai ni humble. Sedar-sedar dah duduk sebelah kita. Seni melukis dan belajar melukis tu berbeza. Orang tu mungkin belajar melukis tapi belum tentu dia tahu seni melukis tu.” Sama la macam seni memasak. Seni suara. Ramai je orang boleh masak, lagi ramai boleh nyanyi. Tapi seni tu terlalu luas, subjektif dan abstrak. Dan akak tu pesan “Jangan melukis sebab nak cantik. Jangan stress buat art. Buat je lepas tu baru kita letak value dekat hasil tu” Terima Kasih kak kerana sudi berkongsi dengan saya budak baru belajar dan stranger ni. 


Terima Kasih semua orang. Dua-tiga minggu ni banyak sangat yang saya jumpa, yang saya belajar. Dan Terima Kasih Allah. Terima Kasih. Allah SWT kabulkan doa aku. Ya Allah, bersyukur sangat.
Aku akan belajar dan belajar lagi. Dan belajar. Betullah bila kita belajar kenal Allah SWT kita akan kenal diri kita. Banyak lagi saya kena belajar. Siapa kata seni tak boleh bawa kita dekat dengan Allah SWT? Bukankah Allah SWT itu cantik dan suka benda yang cantik. 






Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum,kak Asmi
Saya budak lower six.Jadi anonymous bukan apa sebab takde blog.Saya nak minta tips dari akak.Cemana akak boleh dapat pointer 3.5 ke atas.Tengok akak pegang macam-macam jawatan.Tapi,reult gempak.Kagum rasanya :)
Kalau boleh,kongsikan rahsia kejayaan.Terima kasih ^^

Yang benar ;
Mi.Munshi Abdullah.Melaka.
Mida said…
Waalaikumussalam akak baru perasan comment awak .. kalau ada fb/ twitter boleh follow akak.? cari je asmi asmidar nanti kita berbual lagi panjang hehe