Event: Kaed Fest, UIA

Assalamualaikum. Hai.
Selepas Art For Grabs, 2 hari lepastu kita orang pergi event lain pula.
Sebab ada FIXI dengan Lejen Press. Lagipun UIA tu takdela jauh mana pun dengan tempat kita orang. Hee.
Event: Kaed Fest
Venue: Kaed Gallery, UIA
Date: 1-5 Oktober 2013

Pengalaman best sepanjang di Art for Grabs yang aku takkan lupakan ialah, orang-orang yang kami jumpa sangat peramah dan sporting. They so cool and nice. Hampir semua, takde orang yang sombong. Tak kisah la walaupun mereka seorang penulis hebat ke apa. They so humble.
Kita orang pergi Kaed Fest semata-mata nak beli FIXI dan Lejen Press.

Sampai sana terus pergi booth FIXI, lepas tu aku rasa macam kenal je abang pakai spek yang jaga booth tu. Eh, macam abang yang kat Art For Grabs hari tu je.
Aku kan peramah sikit, aku  pun tegurla.
“Hi bang.” Gaya macam dah lama kenal je.  “Ingat kita orang lagi tak? Yang kat Art For Grabs tu?”
“Eh, korang. Bukan haritu korang dah borong ke?”
“Tak habis lagi kot. Hari tu dia*Mary , sekarang saya pula.”
“Dahsyat korang ni. Korang dari mana?”

Aku dengan pakaian sekolah yang sangat kelabu itu meneruskan perbualan. “SMK Gombak Setia.”
“Maka betullah korang ni form 6”
“Betullah.”
Hahah

Lepas tu kita orang pergi pula booth Lejen Press. Eh, akak ni bukan akak haritu juga ke.
Aku sekali lagi menjadi peramah.
“Hi kak. Ingat kitaorang lagi tak?” Ulang ayat sama dengan panggilan berbeza. Bila tengok akak tu akak loading aku pun terus cakap “Ala, yang kat Art For Grabs haritu.”
“Ahhh, korang. Eh, korang buat apa kat sini?”
“Beli buku laa.”
“Bagusnya.”
Aku memang tak beli pape kat Lejen, sebab kat rumah Lejen dah ada tiga. Button dah ada, ingat nak beli bookmark magnet tapi takde. Sedih. Haritu kat Art for Grabs takde, kat sini pun takde.
Sebelum memborong kami pun jejalan la dulu, sebelah booth Lejen, booth Jemari Seni. Kat situ semua buku Hlovate ada. Tah bila la aku nak complete-kan buku Hlovate yang takde tu. Baca dah. Macam mana nak mengaku peminat tegar Hlovate tapi koleksi dia tak cukup. Ishhh.

Sebelum kembali kat FIXI, sempat aku singgah kat booth yang jual button islamik comel ni. Aku ada beli satu button comel ni. Tulis HENSHIN dalam bahasa jepun, akak tu kata berubah. Yela kot. Hehe.
HENSHIN!
 Kat FIXI, aku berjaya mendapatkan 3 buah buku. SAMAR, Dayang Noor. KL NOIR. Dan Kombo: Tabu+Kougar, Shaz Johar. Beli guna Baucar Buku 1 Malaysia. Chopp! Heheh BB1M aku dah habis dah bulan Mei haritu. Ini BB1M adik comel aku Aqilah Mohd. Aqilah beli buku sem 2 aku guna BB1M, so aku guna BB1M beli buku FIXI. Comel tak kita orang . LOL.

 Terima Kasih Aqilah comel. Boleh pula masa kat situ, buka cerita dengan abang tu pasal buku. Terbaiklah abang tu layan kitaorang. FIXI ni satu je aku tak baca, cerita hantu. Itu aku slow sikit. Aku taknak otak aku yang suci ni dicemari dengan cerita hantu yang penuh dengan imaginasi. Lepas tu dia tangkap gambar kita orang. Kita orang pun macam jakun, seronok semacam . “Upload kat insta tau” Tak malu betul.





Comel kan



 Kat luar kami jejalan. Kaed Gallery ni sangat lawa. Nama pun Kulliyah of Architecture Environmental kan. 

Aku jumpa booth Buku Jalanan. Booth zine. Semua macam loading macam mana la budak Gombak Setia boleh lepas sampai Kaed Fest ni. Alah, kita orang kat sekolah je skema. Twitter, FB ni kita orang pegang kot. *pebenda aku ni.

Lepas kita orang jejak kaki kat situ. Ramai pula pengikut. Berbondong pelajar gombak setia pergi sana. *Bangga jap sebab aku mula trend baca FIXI ,Lejen ni. LOL




Aku beli zine Bidadari Patah Sayap by Niya Adriane. Aku tak tahu lah kenapa aku minat sangat dengan zine. Mungkin sebab aku nak belajar. Aku ada la simpan cecita nak tulis zine. Kalau jadi, korang beli tau. Haha. Dan kebetulan writer ada kat situ, aku mintak la otograf. Sebab haritu menyesal tak sudah, bukan senang nak jumpa lejenlejen ni. Haha.
Dan dia tulis “Asmi Asmidar, Terbang tinggi-tinggi. Janganlupa pulang lagi. Tuhan rahmati kamu. Terima Kasih cinta.”

Awwwww. Sangat deep. Memang cheq nak terbang tinggi-tinggi. Dan kali ni rasa macam sayap dah kuat walau terbang seorang diri. Okay bye. Terima Kasihla abang kakak semua yang sudi layan kita orang. Lepastu follow balik kat twitter pula tu terima kasih la. 




Comments