Event : Art For Grabs

Peace be upon you.
Hi.
Rasanya dah lama juga aku tak update gaya-gaya joyah ni.
sebab sebenarnya takde apa pun nak cerita. Kalau ada pun bentuk puisi perasaan yang perasan.
Life been kind. Study been good. Everything else just fine.
Sekarang ni joyah nak bercerita yaa.

Sejak dua tiga menjak berjinak dengan dunia underground ni macam-macam benda aku explore.
termasuklah event semua. Ada gak la rasa macam budak baru belajar nak lihat dunia, selama ni jadi anak dara pingitan je duduk rumah. uhuksss. haha.

Kalau ikut sejarah hidup, inilah pertama kali aku join event ala-ala underground ni.
Serius. Cakapla aku ni macam katak bawah tempurung ke apa. Tapi hakikatnya gitu.
Umur dah 19 tahun baru nak tengok dunia. Belum dunia lagi, ini baru Kuala Lumpur. Jadi stranger dekat bandar sendiri.

Event: Art For Grabs.
Venue: Annexe Gallery, Central Market.
Date: 28 September 2013


Jadinya inilah muka budak yang baru kali kedua jejak kaki kat Pasar Seni. Buat malu je, agak-agaknya pelancong lagi tahu pasal Kuala Lumpur.

Aku hampir tak mengaku Kuala Lumpur ini sebahagian dari aku. Sebenarnya..........bila cerita dengan Ibu.
Ibu pun buka sejarah.
Me:Ibu, best pergi sana.
Ibu: Memangla best.
Me:Akak rasa maccam nak lepak kat sana hari-hari.
Ibu: Alah, setakat CM, Daya Bumi tu Ibu dengan Ayah punya tempat dulu. Kedai buka pukul berapa semua Ibu hafal.
Me: betul lah bu, nanti akak nak pergi sana. Lepak sana. Tak payah bawa duit. Nak lepak je.
Ibu: Siapa kata pergi sana kena bawa duit. Duduk lepak, cari inspirasi.
Me: Jom Ibu nanti kita pergi sana jejalan.

Sebenarnya Kuala Lumpur ni sebahagian dari aku. Perak tu lagi sebahagian.
Cehhhh.

Sampai sana jadi jakun jap. Tapi apa-apa makan dulu. Inilah geng yang turut sama, menjadi pelancong di bandar raya Kuala Lumpur buat julung kali ini HAHA.
Dan ini adalah salah satu sebab kenapa aku eksaited sangat nak pergi Art For Grabs. Because of her. Kenal tak? She is Azreen Chan. Doodler, blogger. Dan salah seorang sumber inspirasi yang banyakkkkkk memberi inspirasi dekat aku. Through her arts and words. She inspire me a lot. I'm so excited. Bila dapat jumpa dia tiba-tiba jadi speechless. She's so nice, sweet and adorable. Ughh. rasa nak jerit kot kat situ. Finally, dapat jumpa face to face. Hari-hari duk baca blog dia, *I'm not stalker. Finally. Yela, kalau korang minat retis segala benda kpop semua. Aku minat benda lain. Perasaan dia macam peminat Running Man dapat jumpa ahli Running Man. ala-ala la.

I adore her so much. Kalau sebab Hlovate, Tuhan buka pintu hati aku untuk mendekati Dia. Kerana inspirasi dari Azreen Chan, aku start doodle balik, start baca buku english secara serious, dan sebenarnya buatkan aku cari balik sebenarnya apa yang aku nak jadi dan siapa aku sebenarnya. I find a part of me because of her inspiration. I've found what I've been searching for a long time through her art and words. I can't thank her enough for all that.
Dan sebenarnya sebab baca blog dia hari-hari lah aku dapat improve english aku. hue hue. *ini macam bunyi nak bangga pasal result MUET je. pidahhhhh. 


This is her artwork.

Dan ada satu booth nama Four Letr Word. Booth sebenarnya untuk orang yang berminat nak sewa atau beli buku second hand. Interesting kannn. Dan yang menarik dia bagi bookmark bentuk love free. Dan dia ajar kitaorang macam mana nak buat. She so nice. Really nice. Sabar je ajar step by step.

And she also put a lot of card written with a good quotes. It's like a name card. That's so nice. And it's for free. We just take it. And this is what I took.
"Knowledge can change life, and it change the way we think and our wisdom which will influence and change our life."
Dan tempat ni sangat-sangat best. Tempat dia kecil je. Tapi dua-tiga kali pusing pun tak habis jelajah semua kedai. Sangat kool dan penuh dengan seni.

Ada juga kedai zine, jual buku puisi, novel. Semua underground. Dan itu sangat koooolllllllllll.


Dan ini juga salah satu sebab utama kenapa aku semangat nak pergi sana. Ini. buku ini. Puisi Tepi Jalan by Fynn Jamal. Boleh pula Zurina cakap "Siapa Fynn Jamal?" Tapi cheq faham Zurina kenal Aisya Sofea dengan Siti Rosmizah je. LOL .

Dan nak tahu tak yang jaga booth tu Riduan Abdullah, Penulis Tjinta. Tunggu next Art For Grabs. Aku tuju Tjinta tu dulu. Dan sepanjag event tu ramai sangat orang yang sangat kool. writer, illustrator, photographer. Aloy Paradoks, Lucius Maximus pun ada. Mary sempat la tangkap gambar dengan Lucius Maximus sebab dia beli buku Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua. Mary sangat memborong okay. Buku Fixi, Dubook. Jeles gila. 


Ini apa yang aku grab kat sana.
Zine SENORITA dan #Rabak
Kat booth zine collector dapat sticker dan bookmark KLAUSA free.

Yes... Ini apa saya beli dekat booth Azreen Chan. Tapi kan eksaited sangat sampai lupa minta otograf dia. Menyesal tak sudah harap jumpa lagi.


ini dinding yang telah diubah suai. Quotes sendiri yang tulisan buruk semua letak tepi. HAHA.

I also bought a postcard from Le' Gentleman. Beli kad comel dari seorang Illustrator ni. dan button badge Liar&Angkuh from Dubook.

Dan aku sangat sangat gembira sebab dapat pergi sana.
Seronok sangattt sangaatttt.

Aku rasa aku jumpa apa yang aku cari selama ni.
Aku dapat rasa apa sebenarnya makna menjadi diri sendiri.
Aku betul-betul rasa aku dah jumpa sebahagian jiwa aku yang hilang.
Ini sebenarnya jiwa aku.
Ini sebenarnya minat aku.
Dan Terima Kasih Tuhan untuk semua ini.

Dan akhirnya aku berjaya keluar dari kepompong yang aku bina dari ketidakyakinan diri dan tak kenal diri sendiri.

*Maaf percampuran kod terlalu banyak teehee.




Comments

Mrs Mikko said…
bestnyaaa org2 crative..
cantik2 artwork dia...
adik saya pun sgt pngumpul lejn..
satu rak tu lejen saja..
:)
Asmo Mida said…
@Mrs Mikko
sangat best.
lejen best :)))

Popular Posts