KASUT.

Semua yang ada di media sosial  terlalu kejam
untuk ambil peduli dan bertanya.
Tak pernah cuba faham situasi sebelum berkata-kata.
Apa yang cuba disampaikan
Tak sama dengan penerimaan.
Kadang-kadang ia sekadar perkongsian.
tak berniat nak kenakan sesiapa.

Disebalik sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah dan pengajaran untuk dipelajari.
Disebalik sesuatu luahan pasti ada sebuah cerita yang tak pernah dikongsi.
Daripada bertanya "apa yang jadi?"
orang akan berkata dan bermonolog sendiri.
cuba fikir kembali.
berhenti sekejap .
renung sebentar.
"Mungkin dia mengalami hari yang buruk." "mungkin ada sesuatu yang mengusik hatinya."
Jangan mudah buat kesimpulan tanpa bertanya.

Cuba fikir dan letak situasi kita dalam keadaan apa yang mereka lalui.
Kita pakai kasut tak sama.
Kasut kau mungkin tapak tebal.
mungkin kulit atau kalis air.
kalau yee pun kasut sama.
tempat jalan mungkin tak sama.
tapak yang dipijak setiap hari mungkin berbeza.
Pernah fikir tak?

Berbeza dengan apa yg dilihat dari pemerhatian
dengan merasa.
Sampai masa kasut yang kita pakai haus.
Tercabut tapak,
koyak.Rabak.
Bocor. Basah. Kotor.
Mungkin sebab melalui denai..
Jalan berlumpur.
Jalan tar berbatu jauh.
melalui hujan panas.
terdedah sekian lama.
dan sampai masa kasut itu berganti.

kasut kau mungkin teguh lagi.
sebab jarak kita jalan tak sama.
liku kita lalu tak sama.
jejak kita langkah tak sama.
Apa yang sama mungkin destinasi.
Cuba dan cuba.
Cuba kau faham situasi ini.
Sebab mungkin satu hari kasut kau pula yang berlubang.
koyak, rabak.
Mungkin tengah kau berjalan,
mungkin masa kau tengah berkejar.
Mungkin masa kau diuji.
cuba fikir dan rasa.
bukan hanya lihat dan berkata.

*

Comments

Azim Aris said…
kasut bru ye heheh.

tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek,nk exchange bloglist ngan sy bgtau la :)

Tak Mungkin Benar

Popular Posts