Jatuh gedebuk.

Holla

Betul la macam kata Diana dengan Syiqin aku dah macam orang mati laki. Jumpa cikgu je nangis. Kelakar pun ada rasanya. Tapi memang betul pun, orang lain takde la teruk macam aku walaupun keputusan aku taklah teruk mana pun. Tak teruk tapi tak memenuhi apa yang diharapkan. Itu teruk. Tak kisah pun bila orang kata macam mati laki sebab… aku bukannya ada boifren yang aku nak tangisi kalau klash, aku pun bukannya ada kerash yang aku rasa remuk jiwa raga andai kata orang tu berpunya. Hidup aku kisah aku . Hanya sebagai devoted student. Hidup aku sekolah, rumah. Kawan-kawan ,cikgu, Family. Jadi kalau cakap mati laki pun aku redha je. Sebab aku memang ada rasa separuh jiwakuuuu pergiii. Ini life aku kot, cinta hati pengarang jantung, harapan untuk terbang tinggi. Memang la da macam zombie berjalan tengah bazaar pun ada tadi. Memang dah tak tengok orang.  Memang dah macam orang meroyan. Ngeri kalau tengok. Aku tengok diri sendiri pun takut.


“Kalau kita berharap terlalu tinggi, terlalu banyak, berusaha terlalu kuat tetapi bila tak dapat itu yang paling sakit”- Julia,HEROIN by Amal Hassan.

Gilalah. Cereberum tak mampu nak berfungsi menahan kalenjar stress yang dirangsang oleh hypothalamus. Aku main hentam promo je istilah bio aku ni. Haha. Sakit beb jatuh, sakit. Sakit lagi bila kau tak dapat penuhi harapan orang yang mengharap. Pergh, hancur luluh baq hang.  Hang dah terbang tinggi dah . Tapi bila jatuh terhempas. Bommm . efek bunyi pun dah tahu tragedi. Hampir juga meragut nyawa.

Bukan tak bersyukur,bukan tak redha. Alhamdulillah. Bila tengok kawan lain, aku sangat bersyukur. Tapi Allah SWT menguji mengikut kemampuan kan ? kemampuan kita tak sama. Mungkin kau kuat dari aku. Mungkin kau lagi bermotivasi dan positif berbanding aku ni haa. Baru jatuh sikit dah macam kena gelek trailer . nanes nanes. Haish. Aku terima ini ujian Allah SWT . Aku bersyukur juga dengan nikmat Allah. Budak cenggeng ni pernah tweet ‘ Kalau tak dapat apa yang kita nak, itu ujian kesabaran. Kalau dapat apa yang kita nak, itu ujian nikmat’ . Oi mida, have you ever listening to yourself?  Jadi at the end, Alhamdulillah. I still be grateful. Still did my sujud syukur.

Maapla sesiapa yg  nampak air mata cik mida yg hepi selalu ni jatuh hari ni.
Empangan Pedu ni dah tak mampu tampung dah. Akhirnya pecah dan banjir juga. Huargh.

Maaf kerana tak dapat memenuhi harapan. Maaf kerana mengecewakan. Maaf saya bukan yang terbaik lagi. Maaf kengkawan aku tak dapat ajar dengan baik. Maaf.
Terima kasih kepada pemberi semangat. Peminjam bahu-bahu. Pemberi pelukan. Terharu tahu. Tsktsk. Ada lagi orang prihatin kat gua. Walau gua bukan budak ‘pandai’ kat sekolah lagi.
Terima kasih kepada mereka yang yakin pada gua, bila gua sendiri tak yakin pada diri sendiri.
Terima Kasih. Maaf.

Hati gua hati tisu. Mudah koyak mudah hancur.
Gua sedih sangat hari ni mengenangkan banyak benda.
Tapi gua tak jumpa mana silapnya.
Ujian Allah. Gua pasti ada hikmahnya.
Gua redha.

Aqilah Mohd: Hujan datang dulu sebelum pelangi.
Fatin Huda : La Tahzan Innalahama’ana. Allah sedang merancang sesuatu. *sambil tersenyum
Cikgu: Ada keberkatan. Aim university, tok sah fikir orang.
Aku ada 4 aim.
1. Buat apepun Lillahitaaala. Buat semua kerana Allah Taala, bukan manusia. Sebab Allah pemberi nikmat , sebaik penolong, pelindung , penjaga. Ingat. Solat, Ibadah, hidup, mati hanya untuk Dia.
2. Make people proud. Aku nak buat orang yg aku sayang happy. Nak buat ayah ibu, adik-adik,kawan-kawan, cikgu, pakcik-makcik, orang yang aku sayang bangga ada anak, kakak, kawan,anak murid macam aku.
3.Make yourself happy. Bila orang yang aku sayang bahagia, itu dah cukup.
4. Go to University. Nak degree. Nak master. Nak pergi overseas.
Dan 4 tu hanya based pada yang 1 Lillahitaala.

dan semoga aku lebih kuat. Dan moga aku redha dengan perancanganNya. Moga aku dapat menggapai cita menjadi adamantium.  Dan juga moga aku dapat menjadi sang pelangi kekal yang disenangi.

Me: be miserable or motivate yourself. Live well or Live well You choose.
Barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesunggunya Allah Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Sem 3 4.00 ye.4.00. Chaiyok.

Comments

Popular Posts