Cerpen: Saja Cuba-cuba :)

Aku melangkahkan kaki selaju mungkin. Sebab awan nampak berarak kelabu. Petir berdentum. Dulu, aku selalu takut hujan. Bila hujan kita mengeluh, bila hujan je kita merungut. Lagi-lagi budak sekolah. Kita risau baju basah, kasut basah, buku basah. Kita lupa hujan itu rahmat. Selepas hujanlah tumbuh pelbagai flora. Kerana hujan itu dunia ini dipenuhi warna. Kini, selepas memahami hujan. Aku hanya mampu berdoa, agar urusan dipermudahkan dan hujan yang turun ini membawa rahmat. Ceh, ayat sangat falsafah. Sampai saja di bank, aku terus tekan nombor. Tapi hari ni ajaib, atau hari bertuah? Selalu hari Isnin ramai orang. Ini kosong. Mudah urusan. Alhamdulillah. 


Lihat jam. Eh, awal lagi. Singgah MPH.
 
Aku nak cari satu majalah ni, majalah Dewan Kosmik. Tapi tiada. Dah berapa kedai aku cari. Memang majalah ni tak jual kat pasaran ke apa?Okay.
Setelah agak penat bermain explorace ,aku berputus asa.

Aku melangkah ke sudut yang terletak buku FIXI dari rak atas sampai bawah. Fuhh, rambang mata rambang. Mana satu ni, mana satu. Keliru, otak celaru. Pergi jalan kat sudut Lejen Press pula. Huargghhh, menjerit dalam hati harap ada orang dengar. Harap duit turun dari langit supaya aku dapat beli semua buku ni. Toleh sebelah, nampak Hlovate. Lagi la meroyan aku dibuatnya sensorang kat situ. Kalau beli satu kedai buku boleh? Boleh. Kalau kau ada duit.



Aku happy giler bila nampak ada orang beli buku yang seangkatan. Macam aku pula penulis. Tapi aku happy sebab ada orang macam aku. Layan benda-benda macam ni waktu dunia tengah bergelut dengan media massa yang berleluasa. Aplikasi telefon pintar yang mampu buat kau hilang etika sosial. Aku dan mereka-mereka, hanya reti membaca. Gila membaca. Membaca karya anarki dan indie bukan cinta semata.

Rambang dan rambang. Hampir semua buku aku belek, akhirnya. Satu pilihan hati. Orang Hodoh Cantik. Sebab harga dia RM 15.00. Aku tak tipu. Aku tengah berjimat. Jadi pilihan paling tepat, yang paling cermat. 

Sampai kaunter pembayaran. 
Abang di kauter pembayaran bersuara, “Orang Hodoh Cantik” dengan nada berakhir tanda soal.
Aku tersenyum. Dia menyambung kata, “Tajuk apa ni? Buku pasal apa ni? Issh, tajuk tak elok. Mana boleh baca buku-buku macam ni” masih lagi dengan nada yang sama tapi terselit nada sakarstik. 
Aku menjawab dengan tersenyum, “Dia ada maksud tersurat dan tersirat” berserta nada penuh yakin lagi meyakinkan. 
Tapi abang tu masih tak puas hati, “Pelik je tajuk. Tak boleh ni baca buku-buku macam ni. Dia mengajar remaja sekarang berfikiran songsang.” Amboi bang, cakap macam pernah baca. Ke memang tak pernah baca. 
Aku masih lagi teguh dengan pendirian, “Best la. Tak mana ada. Dia ada mesej tersendiri. Cuba lah baca.” Walau dengan nada tegas aku masih lagi mampu tersenyum. 
Dan bila aku dah keluarkan duit, dan nak mengambil baki barulah abang tu bertanya, “Sekolah tingkatan berapa?”
Aku sambil mengambil duit, senyum. sambil mengambil resit yang jatuh aku menjawab “Tingkatan enam.”
Dan abang tu masih lagi muka acah-acah serius. Ye, sebab dia tak senyum langsung. Muka sakarstikus gila. “Ouh, takpela. Ingat tingkatan empat ke lima. Tak boleh baca buku macam ni.” Aku macam. Ouh okay. Erk. Keluar dari kedai buku dan meneruskan perjalanan tanpa arah. Dengan senyuman meleret ke telinga. Eh. 


Comments

Popular Posts