Hope And Fear (Sebelah Sayap)



aku suka video ni.
Sinematografi dia lawa.
Memang superb.
memang tahap seni yang boleh aku bagi tabik toingtoing.

Mesej dari video ini juga sangat kuat.

Pernah tak kau rasa kau terlalu berdosa sampai tiada harapan untuk dapat pengampunan?
Pernah tak kau rasa malu nak menghadap Tuhan kerana rasa diri kau kotor dan jijik?
Pernah tak kau rasa walau air mata darah yang kau keluarkan masih tak cukup nak padam semua dosa?

Pernah kau rasa kecewa dan sedih serta putus asa bila masa kau nak berubah persekitaran tak membantu?
Pernah kau rasa hampa dengan orang keliling yang hanya tahu bercakap bukan menyokong?
Pernah kau rasa sakitnya ditinggalkan orang yang kau peduli dan cipta kenangan hanya kerana kau nak berubah?

Pernah juga tak kau rasa tak layak berada bersama mereka yang terlalu soleh dan solehah?
Pernah tak kau rasa terlalu rendah diri ?
Pernah tak kau rasa terlalu jauh kau perlu berjalan dan berlari untuk mengejar mereka yang makin dekat dengan Tuhan ?

Pernah tak saat kau berjumpa strangers mereka melihat kau sempurna?
Padahal itu hanya diri kau yang ALLAH SWT tutup aibnya.

Pernah juga tak kau rasa kau betul nak berubah.
tetapi persekitaran tak membantu.

Aku Pernah.

Tapi hakikat yang aku belajar.
dari manusia hebat yang aku kagum .
Aku mampu jadi lebih baik .
Penulis hebat kegemaran aku tulis : Allah SWT tengok usaha bukan natijah.

dan hakikat yang haq.
Aku percaya janji Tuhan.
Aku yakin pada hadith Nabi.
dan semua itu kau akan rasa dalam kalamullah.

Hope and Fear.

Comments

Popular Posts