MANDIKAN JENAZAH . FARDHU KIFAYAH boleh jadi FARDHU AIN.

Assalamualaikum ente enti . entri ini mungkin panjang . 

What if aku meninggal dunia .?
Siapa yang akan mandikan jenazah aku . Ibu ? Adik-adik ? Kawan ??

Aku terfikir benda ni sebab pasal sejadah mulanya ..
Ada sesetengah orang , bagi dia ..bila kita bagi benda macam sejadah , telekung , tafsir , tasbih atau seumpamanya dia akan fikir kita perli dia .dia akan rasa rendah diri .
tapi sebenarnya .....
kalau aku ......aku sangat la suka kalau orang bagi benda-benda macam tu kat aku .. kalau bagi buku pun aku dah bersyukur sangat ... bagi tudung , jubah atau seumpamanya .
Rasa dihargai sangat . serious .
Bagi aku benda tu tanda sayang . Aku tak tahu niat orang .
Tapi kalau aku bagi benda-benda macam tu . Tak lain tak bukan sebab aku sayang .sayang kerana Allah.
aku nak dia jadi lebih baik. aku nak dia pergi straight to syurga . aku nak orang ingat aku dalam doa .
selagi dia guna aku dapat pahala pula tu ! kan . pernah terfikir tak ??

Sejak tahun lepas the only thing yang aku nak sangat sebagai hadiah hari lahir ialah telekung . Telekung warna tu .
Ini tahun kedua . tak tahu la dapat ke tak .
Balik kepada mandikan jenazah tadi .
Lately I've been thinking about it a lot .
Betul lah aku ni seronok sangat dengan dunia ni sampai tak sedar yang mati tu akan datang bila-bila masa . Imam Ghazali pernah berkata 'mati itu benda yang paling dekat dengan kita '
Sangat dekat . Mungkin sebab umur aku baru 19tahun aku rasa mati tu jauh , tapi sebenarnya mati tu tak kira umur tua ke muda . Allah SWT boleh tarik nyawa kita bila-bila masa je dalam keadaan apa pun .Sungguh la mati itu rahsia Allah . Takut kah aku pada mati ? Cukup bersediakah aku ?
Tanya iman .
Cukup ke ibadat aku , amal aku yang aku nak bawa masuk kubur nanti , yang aku nak jawab kat akhirat nanti . Ya Allah . betul lah leka sangat aku ni sampai tak sedar kita ni manusia matlamat hidup kat akhirat sana . Yang pasti kita akan mati . Tapi kenapa cara hidup macam mati tu jauh ?
'Beribadat la seperti kamu akan mati esok dan bekerjalah seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi'
kalau aku mati adakah orang yang gelak ketawa , berkongsi rahsia , yang aku sayang akan mandikan jenazah aku  . Dan andai kata sebaliknya , jika orang yg aku sayang pula pergi..
Reti ke aku nak mandikan jenazah ? atau aku lagi sanggup tengok dan biar orang lain mandikan .


when I was 2 years old
when I was 12.
Pengalaman masa 12tahun ...pengalaman masa hilang arwah opah yang sangat aku sayang . masa arwah sakit aku sempat jaga 2minggu kat Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping .sanggup tak pergi sekolah . Arwah yang jaga aku masa aku baby...Arwah lah yang paling faham aku . Bila arwah pergi ...aku sedih sangat .............sedih sampai nangis pun tak boleh. semua orang tahu aku lah yang jaga arwah, paling rapat dengan arwah.. bila orang jumpa aku senyum buat macam takde apa . Achik Khair siap bawa pergi sungai sebab nak buat aku happy tapi sebenarnya .............aku rindu sangat dengan arwah .bila arwah pergi aku hilang someone yang aku betul-betul sayang  . 'Sungguhla opah mida rindu sangat dengan opah . ' tapi ...masa arwah meninggal ,masa tu aku tak tengok pun orang mandikan jenazah.
sebelum tu ,Ayah kat kampung. suruh tunggu mida sampai  dulu baru mandikan arwah . dalam perjalanan 3 jam  yg sangat lama masa tu memang la aku menangis .bila dah sampai dah tak boleh nangis .....lepas aku tengok je arwah terus orang mandikan jenazah . Aku ingat lagi kali terakhir tu .semua tanya mida nak mandikan arwah tak? budak umur 12tahun pada waktu tu tak cukup kuat , cakap tak . bila dah besar ni ada rasa menyesal sikit .. tapi aku rasa masa tu itulah keputusan paling baik . masa arwah sakit makan , mandi , tukar diapers semua aku dah rasa . budak umur 12 tahun yg tak tahu apa-apa . tapi sebab kan orang yg dia sayang dia sanggup buat apa saja .


dan.......
kali ni ..andai kata orang yg aku sayang pergi aku nak sangat mandikan jenazah mereka .
Sebab yang hidup pasti akan mati  .
Niat nak belajar tu dah ada. Insha Allah moga dipermudahkan .
dan ...ada juga aku terfikir berapa orang je yang tahu cara mandikan jenazah . berapa orang yg care pasal benda ni ? aku pun baru sedar ...
baru ingat yang fardhu kifayah tu boleh jadi fardhu ain .


Lihat keadaan yang berlaku . realitinya .

" Jom pergi kursus mandikan jenazah?"
" Haa?? Apa ? Ajak la pergi kursus kahwin."
"kau tak terfikir ke kalau kau mati siapa nak mandikan ? kalau mak kita ke mati siapa nak mandikan ? nak biar je strangers?"
"Yela biarlah orang masjid mandikan "
"Tahu tak yang fardhu kifayah tu boleh jadi fardhu ain"
Kalau macam ni zaman ni semua yang sebaya aku dan generasi akan datang anggap benda ni remeh hanya benda remeh . apa akan jadi kalau satu hari , satu tempat , ada jenazah takde siapa pun tahu uruskan jenazah ? benda fardhu kifayah macam ni kena ingat kalau dah takde orang nak buat akan jadi fardhu ain . sampai bila kita hanya nak biarkan orang masjid je buat semua ni ??
"Ya Allah ,ampunkanlah mereka kerana tidak mengetahui" Amin.


Comments

DLatum said…
nice reminder ^^

Popular Posts