Little Notes 1 : Oh Bulan Sampaikan Rinduku

Assalamualaikum and evening people . 
Oh Bulan Sampaikan Rindu .. Oh Bintang Kirimkan Cintaku .. Siapa pernah dengar Izzue Islam nyanyi untuk promo Bunga Merah Punya . Izzue Islam sangat comel berambut panjang , bermisai dan berjanggut ciput ...sebab kalau tak muka dia nampak jambu sangat . Saya tak suka lelaki muka jambu ~
Marilah kita mengaplikasikan teori geografi Imbangan Air +ve dan -ve dengan realiti yang terjadi dalam hidup gua sekarang ini ...
Imbangan Air Hati . +ve Banjir -ve Kemarau .
Tahukah anda sebenarnya yang +ve itu memberi impak yang sangat mendalam berbanding dengan yang -ve .
Jika diaplikasi maksud  banjir bermaksud limpahan 'kasih sayang dan caring' yang melebihi daya tampung  sang hati .. lalu melimpah dan menyebabkan kawasan sekitarnya yang kering tiba-tiba menjadi basah makin teruk ia menjadi banjir .Maklumlah dah lama kering .

Ada beberapa jenis kategori banjir termasuklah yang disebabkan hujan kasih sayang dan kemesraan yg datang dibawa oleh angin monsun ... arus perolakan dikawasan tengah tak pasal-pasal hati gua kena tempias .... arus perolakan kat tengah tu tak efek apa pun .
dan satu lagi jenis termasuk la banjir kilat ..yang datang secara tiba-tiba , dalam masa yang sikngkat , susut juga dalam jangka masa yang singkat ... yang ni rasa dia sakit banyak ...datang sekejap sekejap lepas tu pergi sesuka hati ...dah sebabkan kesesakan semua sesuka hati je nak pergi .... nak suruh aku nyanyi lagu Ramlah Ram sesaat kau datang ke ?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan hal ini terjadi ..antaranya ialah HUJAN . hujan ini pula bergantung pada beberapa perkara antaranya ialah ....kelebatan hujan ..kalau hujan tu lebat ke-possibiliti-an nak banjir tu sangat la tinggi ...yela mana tahu tiba-tiba datang call dan text secara kerap tanpa henti ..erm ...... tempoh masa ... kalau lama la hujan tu turun ......segala lagi kemungkinan untuk banjir amat tinggi berbanding kalau hujan tu turun sekejap je takde la sampai bajir melimpah semua . semua boleh tanggung beres aci tak kisah kalau sekejap ....ni ...lama . alamatnya ~ banjir .....dan pengaruh angin ......kalau angin yang bertiup tu datang bawa wap-wap air makin lebat dan lebat la hujan ni ......

Pencairan salji hati merupakan faktor utama dalam hal ini ....kalau tiba-tiba ada orang nyanyikan lagu ..lagu pula punya la menyentuh hati dan sangat panas suhunya ..pencairan itu akan berlaku dan menyebabkan kawasan tasik melimpah .......yang ini bahaya sebab .........pencairan terlalu mudah berlaku terutama jika anda mengalami musim kemarau tanpa hujan untuk tempoh yang lama .

bla-bla-bla . faktor manusia . aktiviti manusia yang telah me-nyah-kan hati ini menjadi hati yang keras . air nak serap pun susah ............ seterusnya banyak lagi faktor manusia yang boleh dikatakan hampir 60% menyebabkan ...... kemarau-an dan kebanjir-an berlaku tanpa dipinta.

Langkah-langkah nya tidak lah lagi diambil kira bila hati sedang berbunga dan mengalami pencairan ....
mungkin langkah memperluas dan memperdalam ruang hati buat masa ini tidak relevan tetapi ...pembinaan tetambak atau benteng atau tembok konkrit boleh diguna pakai ..... marilah meninggikan tembok yang ada , dan menambah ketebalannya agar tidak mudah mengalami kebanjiran .... semoga nanti....andaipun kebanjiran berlaku langkah penstrukturan telah dilakukan ... kerana ...kebanjiran yang datang seterusnya perlulah kuat untuk merobohkan benteng yang dibina.

sekian , yang tak tahu kenapa dan apa nak buat disamping tak tahu nak rasa apa .

Comments

Popular Posts