Hikayat 415 .

kalau entri ni aku post .maknanya ini post ke 415 .
empat ratus lima belas dalam masa 3tahun . dalam masa 3 tahun tu banyak benda yang aku dah kongsi dalam blog ni .
segala cerita , kenangan , mimpi , impian , luahan perasaan .
manusia , yang aku benci , yg aku sayang , yang aku rindu , yang aku jumpa dan yg aku kenal.
semua nya ada dalam ni . aku rasa 415 tu dah boleh buka hikayat tentang siapa aku .
kalau baca boleh tengok perkembangan aku .macam mana aku berubah .
berubah dalam banyak benda . jauh beza aku dulu dan sekarang .

dalam 415 yg masih ada . sebenarnya ada belasan atau puluhan yg aku dah buang .
dan hanya 378 yang boleh dibaca umum ..

ada antaranya yang aku tak nak ingat mungkin , yang aku tak nak orang persoalkan dan yg aku rasa benda tu patut aku buang .
tapi yang belasan dan puluhan tu lah benda yang paling terkesan dalam hidup aku .
 dalam 415 post yang sedia ada , ada antaranya yang terlalu kebudak-budakan , terlalu keperempuanan , terlalu jiwang , terlalu terbuka dan ada yang keterlaluan .
dan aku juga tak tahu apa yang aku rasa 2 atau 3 tahun akan datang kalau aku baca post ni .

dalam 415 post itu ada antaranya yg membina , yg memberi kenangan manis , yg memberi semangat dan motivasi .
415 yg ada menunjukkan kedewasaan aku , kematangan aku .
415 itu semua hanya separuh yang aku lalu ...yang aku rasa .
415 itu yang aku rasa aku selesa nak tulis .

dan antara 415 ada yang menyebabkan aku rasa putus asa . tak nak tulis lagi . ada yang menyebabkan aku rasa nak delete je blog yang ada . tapi sebab kan kekuatan yg ada . aku teruskan juga .
dan sampai sekarang da 415.

 sebab 415 ni juga aku dapat banyak pengalaman baru , aku masuk dalam dunia baru , aku kenal dengan orang baru .
sebab 415 ni aku belajar dari pengalaman orang lain , aku belajar dari kesalahan orang lain, aku belajar tentang hidup orang lain dan belajar bersyukur .belajar menjadi dewasa .belajar menjadi matang .belajar berfikir .belajar buka mata melalui akal minda dan hati.  .
kalau kau nak tahu pasal aku ,
siapa aku ?siapa Asmi Asmidar.415 ni boleh cerita hampir 70 peratus .
lagi 10peratus kau kena duduk dan luangkan masa dengan aku .
lagi 10 peratus kau kena tanya orang keliling aku dan lagi 10 peratus tambah tambah untuk aku simpan sampai mati jadi rahsia hati .

415 cerita tentang aku. apa yang aku suka . apa yang aku takut  .apa yang aku buat . apa yg aku rasa . siapa keluarga aku . siapa kawan aku . apa minat aku . apa pengalaman aku .
415 . aku nak bagitahu yang aku dah berubah . aku nak bagi tahu yg aku dah besar walaupun tak tinggi.
aku nak bagi tahu aku tengah perbaiki diri . aku nak bagi tahu aku masih merangkak untuk dapatkan cinta Ilahi .

aku nak minta maaf kalau dalam 415 aku ada terkasar bahasa , tersalah kata . terlebih perasan , terlebih rasa , terlebih garam dan gula , terlebih pedas , terlebih dan melebih-lebih .
dan . angka 415 ini akan bertambah .
aku nak berterima kasih .sebab dalam 415.
ada yang baca .ada yang mengikuti . ada yang setia .ada yang memerhati .ada yang memberi motivasi .ada yang membenci . ada yang mengata .ada yang terinspirasi . ada yang belajar sesuatu .
terima kasih Ya Allah untuk 415 ni .
aku mohon kekuatan yang ada tak terhenti pada 415 .dan aku harap angka seterusnya .
akan menunjukkan kematangan aku . akan memberi ilmu . akan menyedarkan sesuatu . 

Mahatma Gandhi : Be the change you want to see in the world .
maaf dengan penggunaan aku sebagai kanta ganti diri pada yang lebih tua . mungkin aku kata ganti diri pertama . lebih dekat dihati dan sanubari ^_^



Comments

Popular Posts