Short Stories 2 : SURAT

Salam alaik.

"Hey monitor, ada admire bagi surat cinta" Abe masuk kelas tiba-tiba bagi sampul surat .
"Apakah ? bila masa aku ada admire dan bila masa aku bercinta?" Kot yee pun nak kenakan aku kan .
"Tak tahu . Haaa . apa kau buat haa sampai ada orang angau siap bagi surat . ?" buat muka tak bersalah pula mamat ni.
"Banyak cakap .mana suratnya meh aku tengok ." pelik.
Mak ai … ada bedak .zaman bila orang bagi surat letak bedak ni . Bagi la minyak wangi enchanted kea pa ke … bedak siapa lah dia ni ambik.. fuhhh . warna pink . parah ni ..
"Rai .. tolong jangan tunjuk orang lain . Aku tak nak ‘dia’ malu" dah tiba-tiba ni kenapa bertukar aura life saver orang ni .
"ermmmmmm……" papela.

Isi surat tu tak banyak sangat .. Tapi satu je yang penting . Dan nama pengirim buat aku rasa nak pengsan. Serious.
“Kita berubah bersama-sama . Kita lalui semua ni bersama . Saya sanggup .Kita bermujahadah sama-sama .Tapi ini perasaan saya. Saya tahu saya tak patut cakap . Tapi ... saya nak awak tahu ..saya tak harapkan apa-apa ,perjalanan kita masih panjang .. Mujahadah pilihan saya . Cukuplah awak tahu . Insha Allah saya doa dan berharap awak akan jadi bakal ma'mum dalam baitul muslim saya satu hari nanti .”
'Dia'  siap bagi lirik lagu nasyid UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu .
berubah bersama? Pada mata aku dia bakal imam yang sempurna .. Sifat malu aku pun tak setanding dia . Dugaan apakah ini Ya Allah , dia ….terlalu sempurna . Aku tak layak untuk dia.

"Abe …biar betul dia yang bagi ni?"
"Betul lah . Tapi tolonglah wei janji jangan bagitahu orang lain . Kau tahu kan dia jenis macam mana "
"Ermmmm. Apa dia nak sebenarnya… aku ……Tak faham la ."
"Dia suka kau .Itu je aku boleh cakap . "
Aku rasa nak pengsan . Dia ni biar betul . Dengan aku ?? Raihanna ? Ya Allah , layakkah aku untuknya ? Tahu kah dia siapa aku ?
“Abe tolong aku "
"I'm ready to be your knight in shinning armour miss Rai"
"Aku tak tahu nak balas apa .Tapi kau bagi lagu ni kat dia. Demi Cinta Suci-UNIC . Pas juga surat ni ."
……Salam alaik …………Ke hadapan ke belakang  Encik Bakal Imam Baitul Muslim yang saya hormati ..
Awak.. saya tak faham . Awak … saya tak layak untuk awak ..Awak ..saya tak sempurna …dan Awak … dengar lagu ni Demi Cinta Suci …sedarilah yang saya ….bukanlah mutiara yang dicari tapi hanya sebutir pasir tak berharga …..Kalau betul jodoh antara kita… Bermujahadalah buat sementara .. Biar saya usaha perbaiki diri saya … Saya masih merangkak . Biarlah saya kejar cinta Ilahi , saya belum puas. Banyak lagi kita perlu belajar dan tempuhi . Bermujahadah dulu ?? Let’s fate fare you better . May Allah bless you . Berdoalah :) 


Comments

Syaza Syfa said…
Love this entry so much !

Popular Posts