Nov 27, 2012

Tak Tahu Mana nak Mula Mana nak Titik .

Assalamualaikum . Jawab sayang tak jawab tak dapat pahala.
saya ... saya tengah tak tahu nak mula kat mana nak titik kat mana . okay dah titik .
acah je .... otak tengah tak berapa nak betul . fius terbakar . jadi kita mula dengan lagu . Des'ree -You Gotta Be .

Listen as your day unfolds . (I'm listening ) Challenge what the future holds . (How ?)
Try and keep your head up to the sky . (mana boleh kalau jalan dongak langit je jatuh tersungkur la)
Lovers , they may cause you tears (Yes they are)
Go ahead and release your fears ( How can I ? I need help ? Tell me how ? Does it cost much? cause I don't have money right now)
Stand up and be counted don't be shamed to cry . (Nahhhh , nangis ?? don't shamed . Tak mahu ah nangis . Malu . Nanti orang ingat akuni lemah sentimental,emo .huh I'm not . . )

You gotta be ,you gotta be bad( mana boleh )
You gotta be bold, (Tak nak lah bold sangat ) You gotta be wiser (makanya study dan study)
You gotta be hard, ( I want to , I have to. I really need to be HARD)
You gotta be tough , ( I want to . Yaaa I will )
You gotta be stronger (I have no choice)
All I know ,all I know love will save the day . (maybeeee)

Herald what your mother said (Okay done)
Read the books your father read . (Okay I will)
Try to solve the puzzle in your own sweet time( do i have my own sweet time)
Some may have more cash than you (yes they are)
Others take a different view (tell me what it is ?)
Time asks no questions it goes without you ( yes ofcourse cause i will turning to nineteen next year)
Leaving you behind if you can't stand the pace (I'm afraid I can't)
The world keeps on spinning can't stop it if you tried to ( I know it's impossible)
The best part is danger staring you in the face( I think I can feel it right now)

Okay percaya atau tak . mungkin bunyinya agak biasa bagi orang lain tapi gila bagi aku sebab masa aku duk menulis entri ni aku layan semua lagu memang aku takkan layan kecuali atas sebab fius otak aku terbakar tahap hangus bau getah . aku rasa ye kot . sebab ...memang sekarang ni aku rasa macam tu . aku layan metallica , malmsteen . Haih , memang betul la aku rasa aku tak betul .
Aku demam ke? suhu badan rasa okay . Aku penat ? apa yang aku buat ? Aku sakit ? entah la . mungkin kot sakit mental yang memang tak boleh diagnos sebab dan musababnya datang tiba-tiba . cinta ? puihh , mengarut nya . rindu ? kat siapa ? tapi memang sekarang ni duduk rumah rasa sesak . bukan rumah, duduk gombak ni rasa sesak . rasa nak pergi jauh . uh la kenapa la aku ni . 
Takkan la kesan buku Hlovate sampai teruk macam ni . takkan la kot . hok aloh serabut la . 
Takkan la aku teruk sangat duduk dalam dunia berangan Hlovate ;5Tahun5Bulan; Along dan Ana; UK ;Aberdeen . Hoi takkan la sebab tu . mengarutnya .
rasa macam ......entah la . pape la . tak boleh nak fikir otak sekarang . Serius aku tak tahu kenapa ? Serius aku tak main-main . serius . Arghhhh . kacau . apa hal . 

"There's no pain killer as great as du'a and Quran(love letters from Allah )"
Aku rasa memang kot aku kena buat istikharah tiap-tiap malam sampai jumpa jawapan kenapa aku rasa macam serba tak kena sekarang ni . masalah , masalah.

Nov 16, 2012

Boleh Tak Awak Jadi Imam Muda Saya?

Assalamualaikum ya ukhti ya akhi :) 

Nak dengar satu cerita ?? Dekat rumah saya ni ada tinggal seorang 'pak cik' yang tak berapa tua dan tak pula nak berapa muda masih sekitar 20-an . Muka boleh tahan ada tahi lalat . Perangai POYO tahap tak tahu nak cakap . Gelaran ustaz? pakai seluar pendek , boleh timbang tara sebab dekat rumah aje . Kerja jabatan agama . Graduate kolej agama. Alhamdulillah agamanya ?? AKU REDHA . Akhlaknya?? Kami tak pernah bertegur sapa , malangnya saya taklah syok kat dia letihnya bertambah malang setiap kali ibu ayah cerita keluar nama dia . tambah lagi nanah telinga adik-adik , nenek pun cerita pasal dia ?? apa ni ? Bukan nak buruk sangka , nabi ajar kata supaya bersangka baik , bila nak cakap buruk je pasal dia .....Ibu keluar benda baik . macam mana ni macam mana .dia tu tak lah sempurna . Satu kelemahan dah jumpa , eh tak baik gelakkan . Bukan nak gelak tapi kalau semua pandang kelebihan dia , puji dia , macam mana perasaan wanita saya . mudah terusik la gamaknya . berhenti la .Macam mana nak mengelak kalau duduk depan rumah , macam mana nak lari kalau makan asyik sama . Ni yang nak nangis ni . Macam mana tak syok sendiri kalau semua duk puji . Kesian la kat saya .kesian la . Saya budak sekolah lagi . memang dah cukup umur tapi janganlah . 

Demi untuk segala cita-cita . Ingin menjadi naqibah yang berjaya . Jadi saya mohon setiap doa, agar dikuatkan hati , tabahkan hati malah ditambah perisai bom cili , bawang semua nya macam dalam plants vs zombies untuk melindungi rumah hati dan cinta dari diserang zombie .syuhhh sana .tak kisah la hang tu zombi pakai tangga ,kepala ada baldi , bawa budak kecik , jentera , michael jackson , hahhhh nyah kau dengan benteng doa dan kekuatan dan azam . Ya Allah ,Kaulah sebaik-baik pelindung , sebaik-baik penolong . Kau Yang Maha Tahu Terbaik untukku , ku serahkan segalanya padaMU . Aku sedang berusaha menjadi yang terbaik padaMU ya Allah SWT , janganlah Kau persulitkanya , permudahkanlah jalanku ... Aku takut akan azab siksaMu . Maka tunjukkanlah aku jalan yang terbaik :) Inna solati wanusuki wa mahyahya wa mamati lillahirabbilalamin ,Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan Sekalian Alam .

Guys , btw LET'S PRAY FOR GAZA ! Doa itu senjata orang mukmin . Ya Allah Kau berilah bantuan kepada hambaMu yang berjuang di jalanMu . Sesungguhnya hanya kepadaMu kami Menyembah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan . Bantulah kami Ya Allah . Demi AgamaMu .

Let's meet . At Masjid Saad Abi Waqqas Gombak . Tautan Hati 2 bersama Ustazah Fatimah Syarha . Selasa 20November 2012 Lepas Isyak :) 

'Iaitu jalan mereka yang Kau kurniakan , dan bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat' Surah Al-Fatihah ayat 7 :) 

Nov 8, 2012

KUMPUL RINDU BUAT JERUK .

Assalamualaikum dan salam sayang . wahai sayang ku sayang .wahai cinta wahai rindu wahai kasih .
Awak semua . saya dah habis penggal satu pra-universiti tahun 2012 . Maknanya ada lagi dua sem . Semoga semua berjalan lancar semoga pointer lebih baik dari percubaan . Saya harap saya tak perlu resit mana-mana paper . "Jika saya gagal bermakna usaha saya masih belum cukup dan jika saya berjaya itu semua milik Allah datang dari Allah SWT" . Cepatnya penggal satu dah habis yee?? eh rasa macam cepat semuanya berlalu . 
Terlalu banyak yang berlaku . Soal hati yang tak pernah ada tanda BERHENTI , soal rindu yang tak pernah kenal erti JEMU , soal airmata yang terlalu mudah untuk JATUH . Namun sebab aku bukan manusia yang lemah aku masih tegak berdiri dan gagah berlari:)

Terlalu banyak yang berlalu . rasa sakit tak tahu nak lari mana .ada lagi lima minit apa harus aku taip . Arghhh inilah akibat dah lama tak menulis . otak dah beku hanya mampu ingat apa itu fonologi , tranformasi desa dan seterusnya sejarah tentang Cavour yang tak keluar pun dalam paper sejarah tadi :P


Dah kumpul rindu . Ouh awak saya rindu . Saya tahu awak tak rindu . eleh , cakap besar konon jangan sampai sudah terkencing dalam seluar baru menyesal lambat tak pergi tandas . Nasib baik hujan bolehla auta basah kena hujan . Takpelah sekurang-kurangnya malu simpan sendiri . Allah SWT tahu lah awak . Jangan nak simpan sangat cepuk karang tahu lah . Eh awak , awak juga yang kata kalau suka simpan tahan , bagitahu Allah SWT sebab perasaan kita kan milik DIA >< Bye Awak . Sorry. Nak apa ? Oligo . mehh :P Ceh mana boleh sweet-sweet . Sweet , romantik ,jiwang saya hanya untuk yang halal je tahu . Dah-dah jangan nak perasan jangan nak berangan itu semua hanya gurauan semata, takut nanti jadi Hanyutan Benua . Maafkan saya budak yang masih mentah , terpekik buat bising macam beruk nyanyi lagu Muara Hati . Maaf Ustaz . kirim salam sama Ustazah . Jangan toleh belakang , kalau nak bagi tumpang Kawasaki boleh juga haha :P

p/s: Jom tengok Istanbul Aku Datang . Ouh Maaf BIS masih tak ON :) Sila cuba lain hari untuk whatsapp dan bbm :)