Jul 23, 2012

Happy Fasting :')

Salam penuh kasih sayang dan keberkatan buat semua pembaca yang dikasihi ..
Saya tahu tiada siapa didunia yag sempurna harapan saya agar ....saya mampu menjadi yang terbaik dimata kalian dan Allah SWT . yaa muslimah sejati a.k.a solehah . kena ingat selalu matlamat tu :)Tolong ingatkan saya juga yee . biasalah manusia ni sifat nya mudah lupa kan :)


Alhamdulillah ... Panjang umur kita untuk merasai nikmat Ramadhan sekali lagi . Bulan yang penuh barakah , dan nikmat kerana satu-satunya bulan yang dalamnya terdapat seribu bulan . Subhanallah . Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir , nikmatila sebaiknya .buat la amal sebanyaknya .ini masa kita nak kumpul saham akhirat .Insya-allah :'D Bulan ini bukan saja bulan beribadah tapi bulan untuk kita melatih diri ke arah menjadi yg lebih baik . Insya-allah :") Istiqamah itu penting ;')
So jangan nak bangga sangat la kalau dapat tiket Malaysia lawan Man City RM10 tu . bak kata kawan saya Fana:Ramadhan kita jumpa setahun sekali je . peduli ahh Man City tu .
Urusan akhirat diutamakan . Beruntunglah bagi mereka yang menggunakan dunia sebagai jambatan untuk ke akirat .Subhanallah .
"Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat." {Asy-Syura'(42): 20}


Bingkai Hello Kitty kesayangan ann ann :P
Jumaat lepas , ada sesi fotografi kelas:') Saya dengan semangatnya la bawa prop . bagus punya ketua tingkatan perangai sangat la keanak-anakkan .Lupa nak berpakat dengan mereka . saya bawa dua spek .tapi saya je yang  guna masa photoshoot tu :D semua dah macam gelak je bila saya keluarkan 'gajet' saya dari poket . dengan Orang Veteran Vogue (OVV) Guru Tingkatan kami Cikgu Laila dah memang lawa dan vogue . mesti lawa gambar kelas . cehhhh .....
My dearie classmates .Yang gegirl la .yang takde sini . Jijah , Syaheera ,Asyiqin , Diana , Alwani , dengan Nadiyah je ...Almost perfect :* Muahhh. Marvellous . Yee saya tahu mereka comel..tengok la siapa ketua ..ngeeee
Gambar saya , Fana dan Nono. kelakar dan comel kan . Yaa kami suka ber-cam whore-ing ni .
Hari Khamis lepas , kami ada buat bacaan Yassin dalam kelas , lepas tu ada jamuan ringan sikit  ...Bacaan Yassin tu sempena nak sambut bulan Ramadhan dan nak STPM .
Syukur Alhamdulillah segalanya dapat dilaksanakan dengan baik...takde la 'tarian tiang' ibarat yang di unjurkan oleh our OVV .LOL.Semua memberi kerjasama . Saya gembira melihat mereka :) Harapan saya agar dimasa akan datang banyak lagi perkara yang boleh kami lakukan bersama . Insya-allah ;)


Gambar ini adalah hasil gabungan semua gambar pada hari Khamis bertarikh 19Julai bersamaan 29Syaaban. bertempat di SMK Gombak Setia. Terima Kasih saya ucapkan pada semua yang sudi beri kerjasama :') Terima Kasih juga pada Cikgu Zaiton .
*Saya tak tahu bagaimana fungsi gambar yg saya dah ani.gif ni . pandai-pandai la tengok  . heee*lambat gila seyh gambar ni tukar .kalau anda sifatnya penyabar sabarla yeee . den tak dapat nak tolong ~


Saya suka gambar ni . Sila la suka juga :') Semakin terserlah kematangan saya kan . ouh saya tahu .saya memang dah boleh kahwin .tapi ....okbai .
Yaa .ini pula gambar-gambar sepanjang perancangan program Kasih Ramadhan .dari hari Khamis , Sabtu ,sampailah hari Ahad ni . Program ini anjuran JPS (Jabatan Pelajaran Selangor ) dengan kerjasama MPPU(Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti)  ..Program ni bertujuan mengumpul derma untuk membeli baju raya baru dan untuk disumbangkan pada mereka yg kurang berkemampuan .
Kami ada buat pementasan pentomin dan saya menyumbangkan suara untuk suara anak yatim hee hee :D
Alhamdulillah . Rabbi Yassir wala Tuassir . Rabbi Thamim bil Khair . dengan limpah kurnianya , segala nya dapat disempurnakan tadi . best la masa pagi tu , tapi bila dah buat pementasan petang budak-budak tu gelakkkan kami ?? ada ke patut , hishhh .memang suara saya macam menangis , dengarnya ada yg nangis tapi ..saya nak nangis tapi tak boleh. saya kan kebal . saya ni ego . saya takut orang ingat saya lemah kalau orang tengok saya nangis . Saya tak nak jadi orang yg lemah .

Kalau nak cerita masuk gambar memang tak cukup satu entri :) Benda-benda macam ni akan jadi kenangan yg terindah buat saya satu hari nanti . akan jadi pengalaman yang sangat bermakna buat saya :) Alhamdulillah .saya pernah janji pada diri saya . pahit manis kekecewaan dan kegagalan akan jadi saat yang paling indah dalam hidup saya :) 10Tahun Akan Datang perkara seperti ini adalah perkara yang saya rasa tak sia-sia saya lakukan pada waktu remaja saya :) Mesti best kan :) Yeahhh . 
Apapun exam lagi seminggu . keputusan pilihanraya MPPU tak tahu lagi .

Belum terlambat lagi untuk saya ucap . Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak . Selamat Menunaikan rukun Islam yang ke-3 :) Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik kerana ia mungkin juga yang terakhir n,n

Jul 15, 2012

To LOVE and To CARE So Much . Sakit Sangat :)

Salam dearie my bushuk macem ...
Heyy baby , cepatnya masa berlalu tak lama lagi kita nak berpuasa . nak sambut ramadhan lepas tu raya  ,lepas raya exam ... fuhhhhh ......malangnya masa tu tak kan berubah .. tak kira la aku menangis air mata darah sebanyak dan sebesar laut mati pun .tetap 24 Jam tetap 1 jam 60minit . 7 hari seminggu . Jadi seharusnya masa haruslah di rancang dengan sebaik-baiknya . fuhhh . selagi kita hidup , hidup kita hanya tentang masa jeeee.masa silam , masa sekarang , masa depan . fuhhh ... gila kental . 


Papejela ..yang penting akibat ketenggilingan yang melampau semalam .. saya telah berniat untuk berjogging buat pertama kalinya . lol . patutla badan berisi huahhhhhhhhhh . pemalas :P sebenarnya niat saya untuk bekpes kat mc'd ....... haaa haaa . sebab next week dah puasa ... tiba-tiba dengan suka rela hati PaesSu menawarkan diri nak teman saya .. ceh baiknya awak :D 


Penat juga la saya missed call sampai 37kali nasib baik gay awak tu bangun.
Tak tahu mana kucing ni datang . secara tiba-tiba je .. manja bukan main pula tu , kucing ni sangat la comel awak tahu . dia datang kat kami masa kami nak bekpes . hee hee . Kucing ni ada satu tabiat yg semua kucing sama , bila kita makan dia minta , kalau kita tak bagi dia minta minta dan minta .. tapi bila kita da bagi , dia nak lagi dan lagi dan lagi .....
Kalau la boleh saya bawa balik je kucing ni tadi .... geram sebab comell sangat -_- kucing ni stay je teman aku dengan faiz sampai kitorang nak balik :D

Jogging tak seberapa pun . sempat pula nye pun jumpe dengan abang yang tegur aku tanya pasai boifren pastu suruh aku kahwin ... tahu cerita tak ?? alaaa..
ni haa cite dia . satu hari yg sangat tenang tiba-tiba masuk dua orang jejaka dalam kelas aku apatah dia membebel . tiba-tiba seorang daripadanya ...
Abang Botak Tak Tahu Nama: Masuk form6 sebab apa?
Aku: Sebab nak belajar la . 
ABTTN: Tak payah belajar la . berhenti . 
Aku: Whaaattt ???
ABTTN: Ada boifren ??
Aku:Takde .
ABTTN : Cari boifren . kahwin . (dengan selamber dan muka takde rasa bersalah blah je camtu)

Ehh tolong sikit , silap orang la nak cakap macam tu . what the chicken ouh dia ni~
Tadi bila nampak dia jogging ~ aku buat tak kenal je~

Eh muka aku dengan Faiz ada macam adik beradik tak ?? hooo hoooo 
Hai Kucing .... awak sangat la comel :D sangat manja . Be mine please ??
Haaa ,sementara tunggu Faiz .. saya jogging lepas tu jumpa Aiee :Ddengan hasben dia and my two chinesse sibling .dear Taudiha and Taufiq ...
Saya dah agak dah , Aiee memang selalu bersenam kat sini weekend .
Aiee selalu cakap: Exercise exercise. 
Yelaaa nak jaga badan ..... saya tak mahu la melebar lagi ~dah la saya tak boleh meninggi lagi ..soobbsboobbb .
Mereka comel kan ?? Saya rindu sangat mereka :(


Okay dan kemudian ..... itu saja lah ...
Ouh yupp . Faiz ni senang sikit ajak dia berborak sebab saya tak payah cover memandangkan dia dah tahu dari dulu kan kan ............
aku serius macam mak nenek cakap tak berhenti si Faiz ni layan jee . Terima Kasih la Faiz :*
'Only us understand the pain behind the smile . To love and to care so much . but then we hurt '
Sakitnya .........biarlah hanya kami yang faham ... biarlah perasaan itu berlalu dengan cepat .
Yaa kami di situasi di mana hanya kami yg faham . At least , Faiz pernah terluah aku ?? biarlah sampai bila-bila dia tak tahu . weiii aku nak BELAJAR nak STPM . kbai . 

Eh jap ada orang tu pergi tanpa ucap selamat tinggal . sedihnya . :( Takpela Semoga Awak Berjaya .Jangan Lupakan saya . Nanti kalau rindu kita jumpa yee :) 


Ehhh , minggu depan nak puasa :Dاللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan
AMIN .


Jul 14, 2012

GUA Kental . GUA Kebal . Tapi Gua blablabla :D

Assalamualaikum . 


Akibat pentegaran yg semakin berkurang , entri juga semakin jarang , gaya penulisan juga semakin lemau ..dah tak se'gila' entri lama ...dah tak se'vogue' dulu dah blog ni ...blogwalking pun gua dah tak buat ... life gua sebagai blogger tegar dah tak setegar dan tak se'fun' dulu dah ...alasan yang buat gua macam ni adalah kerana gua dah sedar bahawa gua nak STPM . SPM gua dah kantoi , tiap-tiap hari gua boleh syok update blog bukan nak studi .. sesungguhnya laghooo semua itu ... cettttt .Jadi oleh sebab yang demikian , seharusnya pengalaman dijadikan pengajaran .. walaupun saya tahu tahap kegianan dan kecintaan terhadap blog tersangat la menusuk kalbu tapi apa boleh buat ..belum sampai jodoh .


Jadi beb-beb yang gua cintai semua , teruslah setia menyetalk gua . sesungguhnya ia bukanlah dalam golongan dosa besar ... Gua rela andai itu takdirnya . gelak la gua buat lawak ni . adoiiiyaiiiiiiii semua pun tak boleh pun macam mana ni pun .......sudah la kau mida berdrama pula kat sini . dah orang tak sudi janganlah nak diharapkan lagi .... sudah cukupcukup sudah mengarut .... karangan bm 600 patah perkataan pun kau buat 546 patah je banyak pula kau cakap kat sini ~ APPTB.




Mendee lu minah . haha . eh, semalam 13 Julai 2012 . ada program Aku Janji . haaahhh dah macam kes Neelofa dengan Anzalna la pulak .....cehhh sumpah takde kena mengena dorang salam ke peluk cium muahh muahh ke tak ... Ini adalah tentang STPM saya tahu ..... Ini pasal exam sems 1 , 5 November 2012 nanti ..... saya 6 bawah lagi la .. itulah ramai yang tak tahu yang form 6 ini dah tukar sistem modular.... siap nanti nak penjenamaan semula lagi . haaahhh konon nak asingkan pra-u atau tingkatan 6 ke satu institusi baru .. yanggg ado la tunggu lagi beberapa tahun kemudian ..........zzzz


IKRAR AKU JANJI .
Bahawasanya kami berjanji akan patuh kepada peraturan sekolah dan taat kepada arahan guru .Kami juga berjanji akan mengikut setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik diri kami dan seterusnya akan menaikkan peratus pencapaian keputusan peperiksaan STPM bagi Penggal Pertama tahun 2012.

Kami sedar sebagai pelajar kohort pertama sistem modular kami semestinya menunjukkan kecermelangan kepada pelajar PraU seterusnya .

Maka kami , dengan ini , berikrar akan berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya saya untuk memperolehi 4PRINSIPAL dalam peperiksaan STPM Penggal Pertama yang akan kami duduki pada tahu 2012.
seronok gila main anigif ni . thats me , Fana dan PaesSu :D
Yaaa Fana ngan Paes sanad la tomeiii :D 

Ini masa stay back kat kelas... buat MUET ... 
esoknya kena speaking , cehhh gua bajet bagus je .. grammar hancusssssss ..... nebeessss tahu .... tapi , lepas ni boleh buat lagi ...... :D
Heyyyyyoooo , ini la semalam punya cerita yang buat gua nak hapdate blog ni sebenarnya .. gua bosan tahap sakai duk kat rumah ni . patutnya gua pergi jamuan rumah ungu tapi sebab gua malas tahap tenuk ... gua telah transform jadi tenggiling bulat kat rumah ni jadi gila sebab langsung tak dapat keluar. ahhhhh .....

Berbalik semula pada cerita semalam , semalam kan gelpreng gua Mary J baek hati nak belanja gua makan Subway . Mary J sebenarnya tak tahu nak beli apa untuk besday gua , jadi dia kata jom kita pergi makan jom .. gua pun okay je ... TERIMA KASIH sayang .. terima kasih banyak-banyak . muahh muahhh . :* 
dan TERIMA KASIH kat my another gelpreng dear Aqila Liyana , sebab hadiahkan saya beg Hello Kitty yg sangat comel . muahhh :* much love ...


Sementara kengkawan gua yang lain majoritinya pergi kuliah pakai baju biasa , gua still pakai baju sekolah ... best siottt sekolah walaupun dah 18tahun . haha . gua nampak muda sentiasa. 
Memang betul lah orang kata masuk form 6 ni susah , bukan susah dari segi akademik semata  tapi lebih kepada mentaliti , emosi dan segala benda yang susah gua nak explain ... tapi gua tetap berdiri teguh sebagai satu-satunya ketua tingkatan berjantina perempuan bagi pra-u kat Gombak Setia ni .... Apa pun yang gua buat sebab gua sayang kat semua kengkawan gua , gua tegur semua sebab gua sayang ... Tak kisah la apa mereka buat , mereka tetap kawan gua .Apa yang penting gua nak semua sama berjaya , gua tak nak ada yg ketinggalan nanti .
Hari tu gua terlaghooo kejap dengan mainan perasaan yg sementara tapi sekarang gua dah okay , gua dah ingat balik apa yg gua nak . apa sebenarnya matlamat gua masuk form 6 ni ! kerush gua pun dah jadi kawan , so .... apedahal . haha

Wei , paling best kan semalam .... akhirnya gua dapat buku 'Cinta High Class dan Cintaku kerana Agamamu' oleh Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi . gila kental lama gua nak buku tu . akhirnya ada juga rezeki gua . hee hee . lepas ni boleh la suruh abang dot tu masuk meminang gua sebab parents gua , nenek gua ta habis -habis duk puji dia . ishhhhhh ~  
dan ini dia gambar sebahagian dari KAMI . pelajar perempuan 6Bawah Murni yang penuh dengan kontroversi . cehhhh hehe sukati gua la nak pakai tudung putih ke kelabu .. hahah .
1 Sukan 1 Murid 1 Malaysia . ceh bersenamrobik ... konon boleh jadi sihat lettteww . langsi gila gua , haha ampun . no heart feeling . saya gurau hiiii hiii ..



'Rabbi yasir wala tu asir '
Ya Allah ,Kau permudahkanlah jangan kau susahkan . Ya Allah Kau akhirilah dengan kebaikan .AMIN>.<

Jul 5, 2012

SAYA DAH 18TAHUN :'D

Salam lovely :) I don't know how to start but the thing was I miss you :)
3rd of July was my eight-teen birthday .. EH , saya dah 18 dah boleh kahwin ..
Ni apa ni asyik cakap pasal kahwin jeee ......epic fail --"
Here some's my eight-teen birthday epic moment :'D
I'm eight-teen but still ........I'm childish . I'm only 155cm height . I'm fat . I'm still hurt ..I'm still insane . I guess number is nothing . LOL .. And the most FUN fact was I'm still going to school and wearing uniform . ohsem . 
With Fareena at Sakae Sushi , KL Festival City .
Here Amzani . Okay ..  nampak macam dia dah 'matang' sekarang ... mulut dah tak 'bau longkang' dah ... Tiba-tiba aku rasa Am kiutttt .hahah failed . aku gurau je :P Terima Kasih Am kerana telah menceriakan hari ulangtahun aku . ecehh haha ... Terima Kasih belanja 'roti goreng' lol .. Terima Kasih tumpangkan aku .. dan bebanyak terima kasih sebab duduk sebelah aku dalam panggung dan gelak kuat-kuat HAHA ...
Tapi kan , orang yang duduk belakang kita orang lagi laa . orang belum gelak dia dah gelak .. lepas tu tetiba jerit ... bak kata Din ' macam kena raba' .. serious .. *ehh mak jemah ouh aku ni ..

And special thanks ... for the one and only Aizuddin ... saudara merangkap kawan baik :) Dia la yang bermurah hati nak belanja saya sushi hari tu :') Sakae Sushi ni tempat dia kerja , dan tempat bekas Am kerja ....
Kami ni give and take .. aku ada duit aku belanja dia , dia ada duit dia pula belanja ...
Masa sweet sixteen sambut dengan Din juga ..tahun lepas pun sama rasanya . entah tak ingat .. tahun ni yang penting memang konfem la ..... sambut dengan dia .Terima Kasih Aizuddin :D Terima Kasih banyak-banyak :'D 

'Lelaki baik untuk perempuan yang baik ' .. Aku tahu kau kecewa . Kalau aku kecewa kau lagi la kan .tapi aku respect kau sebab kau dah tak jiwa kacau macam dulu ... sekarang nampak lagi kool . teruskan lah dengan apa yang kau buat . aku sokong je :") Terima Kasih juga sebab sepanjang 3tahun kenal kau sentiasa rela hati melayan ke-Joyahan aku kan hahah .Ramai lagi amoi chantek untuk kau ....

Aku sentiasa ada untuk kau kawan:")

Beberapa hari sebelum , aku dengan Din ada lepak kat Mc'd Taman Melati . Ouh akhirnya merasa juga aku chicken foldover . sedap :D 
Aku: Din kau ingat tak birthday aku ?
Din: entah ada tujuh aku ingat ... 
Aku: Serius kau lupa ??
Din: 27 ??28 ?? entah 

Aku: Selasa minggu depan tu 3 julai la . 
Din: OUH ..OUH .... aku beli kek eh Mi ??
Aku: Din kau betul-betul lupa ke ???
Din: kau rasa? 
Entah laa . apa yang penting takde kek . ada TIRAMISU . huhu .sedap :D
Sedap KOT serius . SEDAP . Bak kata Am : Lagi sedap kalau orang belanja . HAHA
Lepas tu jumpa Ain . Ain kerja kat sini juga , kat kedai baju ... Kebetulan kan ... rindu dengan dia hee :)
Okay ini kek karot ibu buat:D Terima Kasih Ibu ... Sedap . betul tak tipu .
Ini cupcake kecik . hehe . Ibu dengan Ina buat .....TERIMA KASIH IBU , ADIK-ADIK :) 
The next day saya dapat kad . Dari Ira , Lyla , Myra , Azwani , Nisa ... sangat awesome .. dan boleh pula ada ucapan tulis . 'Kitorang harap sangat-sangat kau akan belanja kita orang' haha . okay itu lawak ... Insya-allah nanti la eh :)
The day before ... I meet my dear lovely sistar at Ummahway .Najma Hu . She just come back from China ... rindu sangat dia . jumpa dia dengan Aiman .. And she gave me scarf . *the red one that i wore on my birthday .. 
Thanks Najma . Thank you very much ... We talk too much .... O Allah , blessed her and her family ... Permudahkan segala urusannya . Amin :) I love you :'D

Segala Pujian hanya bagi Allah SWT yang telah menghidupkan dan mematikan .Yang telah memberi nikmat yang tak terhitung terutama nikmat IMAN &ISLAM ... Ya Allah . Terima Kasih Ya Allah ... Sesungguhnya hidup dan matiku hanya lah untukMu . Hidup dan matikan lah aku dalam IMAN ... Ya Allah .... Ampunilah dosaku ... Umur ku berkurang tetapi dosaku bertambah . Ampuni aku Ya Allah ...Semoga ..hari yang mendatang membuatku makin kuat IMAN dan IBADAH ku kepada-MU . AMIN . Terima Kasih kepada IBU dan AYAH yang telah melahirkan dan membesarkan Kakak . Terima Kasih banyak . tiada apa yang dapat membalas jasa Ibu dan Ayah . Saya sayang Ibu dan Ayah saya ... Bukan senang tahu nak besarkan , lahirkan dan didik anak . lagi-lagi anak dara dari kecik sampai da besar ... Hanya mampu aku berdoa sentiasa . 'Ya ALLAH , Kau ampunilah dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa aku kecil ' ...AMIN . Aku ingin jadi anak yang membawa Ibu dan Ayah ke syurga ... Aku ingin menjadi anak yang membahagiakan .TERIMA KASIH lagi dan lagi .....Redha Allah SWT bergantung pada redha ibu bapa . AMIN :)

TERIMA KASIH semua yang wish .. kat TWITTER , FACEBOOK , TEXT , BBM ... WHATSAPP . Kawan kelas , kawan sekolah . semua la ....tahun ni takde orang call macam dulu , aku pun call Atila dengan Nad je . tak tahu nak call siapa .... rugi je dapat call free huuu . Terima Kasih yaa . Sesungguhnya hadiah terbaik ialah DOA :)

TERIMA KASIH SEMUA. SAYANG SEMUA . xoxo