Apr 30, 2012

BERHIJAB :)

Salam dear bloggie .
Hari ni rasa macam tergerak hati nak berdakwah dan cakap soal hukum .
Sebelum ni Mida memang macam tak kuat nak sentuh isu aurat ni ,sebab mida ramai juga kawan yg tak bertudung ..
Nak dakwah tapi bila renung balik diri sendiri ,terlalu banyak kekurangan .
.Jadi mida langsung tak berani sehingga ke hari ini ...Tapi Mida sentiasa berusaha ke arah yg lebih baik ..cuba melabuhkan apa yg patut  ~cuba dari hari ke hari sampai nanti ...mida berani ..
.I have my own way ? How bout yours? Ummah Way its our way :) 
Ini cara kreatif  Syahiran berdakwah . 
6 Fakta Saintifik Kelebihan Berhijab.


1. Artikel 'The Science Behind The Veil'-Karima Burns ,menjelaskan bahawa 40 hingga 60peratus tahap kepanasan badan seseorang akan hilang melalui kepala. Jadi mereka yg menutup kepala terutamanya pada waktu sejuk mampu mengawal suhu badannya berbanding mereka yg tidak menutup kepala .


2.Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di USA melaporkan hampir 700 orang dinegara tersebut meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh penyakit yg berkaitan suhu panas.Kebanyakannya kerap terdedah dengan cuaca panas tanpa sebarang PERLINDUNGAN .


3.Menurut pakar otak,V.G. Rocine foforus otak akan mencair pada uhu 42.2 darjah celsius. Keadaan ini lazimnya akan berlaku apabila seseorang itu terdedah pada panas terik tanpa menutup kepala. Fosforus yg mencair boleh mengakibatkan  fungsi otak menurun selain menyebabkan beberapa kesan negatif pada otak.


4.Canadian Neuron-Optic Research Intitute Online dalam artikel yg bertajuk 'Highest Phosphorus Food' turut menerangkan perkara yg sama iaitu seseorang itu berada pd tahap kesihatan yg berbahaya jika suhu badannya melebihi 40.5 darjah celsius. Kesannya adalah pd kesihatan otak apabila fosforus mula cair. Justeru, bahagian kepala haruslah ditutup ketika terdedah pada cuaca panas.


5. National Education Centre for Agricultural Safety (NECAS) menyatakan penutup kepala yg terbaik saat terdedah kepada sinaran cahaya matahari (selain menutup bahagian kepala) adalah ia mesti mampu melindungi bahagian leher ,wajah , dan telinga. dan berhijab cara sempurna adalah penyelesaiannya.


6. Pernahkah anda berasa pening sebaik selepas beberapa minit terdedah kpd pancaran cahaya matahari? Sebenarnya,ini adalah perkara lazim yg berlaku seandainya membiarkan kepala tidak ditutup. Haba daripada matahari boleh menyebabkan saluran darah dalam otak mengembang dan meningkatkan suhu pada kulit. Ketika inilah kesakitan akan terasa. Silau pancaran matahari boleh juga menganggu mata anda ,membawa kepada sakit kepala.
*sumber Hijabistamag .


Pengalaman :
-saya yg bertudung pun masih rasa malu dan takut dipandang oleh lelaki bagaimanakah perasaan anda yg bukan sahaja tidak berhijab malah hanya memakai singlet keluar dari rumah?
-Saya sebagai kaum hawa , sangat malu bila golongan Hawa menunjukkan auratnya tanpa segan pada kaum Adam .malu sangat .
-Membuka aurat hanya kerana mahukan perhatian adalah benda paling bodoh yg anda buat dalam hidup anda .
-Ketahuilah AURAT itu wajib ditutupi .
-Ada sebabnya kenapa kita umat akhir zaman dipilih untuk menerima tanggungjawab menunaikan solat malah ada sebabnya kenapa kita juga dipilih untuk menutup aurat . Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Bijaksana .Hukumnya ADIL dan tiada yg sia-sia .


Akhir kata: Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yg buruk datangnya dari kesilapan diri saya sendiri.

Apr 24, 2012

HIJABISTA Wanna Be.

Kenapa perlu gambar remp-it sangat ni . isyyyisyyyy . yg penting itu haaa majalah Hijabista.in my hand :D Saya adalah Hijabista dalam pembikinan :D Harga Hijabista agak mahal tetapi berbaloi la cuma ada beberapa benda yg masih boleh diperbaiki bagi Mida,masih ada lagi keinginan mida yg belum dipenuhi . 


Kemudian ,saya juga usahawan muda dalam pembikinan . heee . tetibe kan ada feeling nak meniaga . buat masa ni mida promote kat Facebook kalau ada sambutan baru mida melangkah kepada langkah yg lebih besar . jadi kalau rasa berminat bolehla dan silalah add saya di Facebook :D Asmi Asmidar


Jadilah manusia yang melihat diri sendiri sebagai orang yang perlukan kebajikan kerana ramai manusia yg membuat kebajikan tetapi tidak pernah melihat kebajikan yg mereka buat itu adalah untuk diri mereka sendiri. Mereka melihat kebajikan itu hanya untuk orang lain dan tanpa sedar dalam hati mereka timbul perasaan besar dan agung.


*Sekian satu masa nanti saya akan jadi pengulas berita yg paling cepat sepantas kilat . lol AMBITIOUS ~

Apr 21, 2012

Untuk DIA.

Salam beautiful ,
Saya suka makan , hari ni dah 21aribulan . wei asal aku rasa cepat sangat masa berlalu ni ..aku ingat mimpi tapi rupanya realiti ....
Ni dah kenapa pula dashboard dah jadi canggih semacam ni .... nak buat aku jangan berblogging ke apa?
Yeahhhh !yeahhhh yeahhhh tak kena. saya masih lagi menulis . 


Oleh kerana rindu itu adalah satu perasaan yg datang dari sejarah kemudian menghantui masa kini jadi aku rasa rindu gila kat junior aku . Jadi ....kerana mahu menambah lemak di badan nak menternak belon besar di pipi aku , dan 3 Lampi (Jujue,Fiza,Mafee) pun berdating la di Mc'D . iaitu salah satu restoran makanan segera yg boleh mendatangkan obesiti melampau hekkk :P




kan saya dah kata saya selekeh. siapa tak percaya tu meh saya sekeh sikit . eiiiiii cuba percaya sikit dengan saya , sedih tahu orang tak percaya . Tsskkk tskkkk


sangat senonoh minum coke macam air kopi disebabkan kekurangan straw akibat transformasi straw menjadi pencungkil gigi.
Terserlah dah keselekahan saya awak nak apa lagi?
ishhh . saya ni brutal tahu .
Dengan muka penuh kesangsian dan rasa tak percaya . 
*Jujue, Mafee, Fiza*
Jujue:Akak BRUTAL?
Aku: Yela tak nampak ke kebrutalan akak ni.
Jujue: Tak percaya lah ,.kalau brutal berhati lembut bolehla .
Ouh adakah itu satu penghinaan .. ouh tidak . mungkin kebrutalan dan ke-wacchaaan aku terserlah bila bersama GALLANT.


Pergi Ong Tai Kim membeli-belah dengan Aiee. sekali ....ada pula .. orang ni senyum siap lambai bagi 'signal' yg aku tak faham .. eh ! setakat senyum aku boleh lah balas kan , nak bersedekah.. ni siap bagi isyarat tangan pelik lagi. sembelit eh ? tiba-tiba aku rasa tak kenal dan menyesal bagi senyuman .*maka tergolong la aku dalam orang yg rugi .


dan ..... lagu Untuk Dia sangat menusuk ...
Engkau punya gaya walaupun tak kaya ,bukan paras rupa yg aku pandang sahaja,mungkin kau lihat ku banyak berbelanja,tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja..bertemu di muka buku,ku jatuh hati pada mu ,bukan tak nak mengaku .tapi hati rasa malu.senyummu menawan, menawannnn...kau buat hatiku tertawan ...Ada sesuatu yg kau perlu tahu tentang diri aku dengan lelaki itu ,Meski dia bisa beriku apa saja ,Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia. Itu bukan segalanya.


nota kaki kiri:terima kasih Jujue, Mafee , Fiza . ringkasannya 3LAMPI.

Apr 19, 2012

Edisi Patut Baca

Salam dearies ..
Ouwww ..my handphone tak keluar bengkel lagi .. Hey Jeff nasib baik muka kau ala-ala macam model seluar dalam kalau tak dah lama dah Ayah aku keluar parang panjang dari belakang bonet tu . 
Aku ni sebenarnya dah tak tahu nak mengarut apa ... semua yg keluau dari mulut aku mcm tak kena . Jadi pesan Rasulullah SAW: Diam la jika berkata-kata membuatkan kamu berdosa . okay saya diam.


Tapi masih juga hati tak tenang . Apa sebenarnya yg aku cari? Awang 'Friday Im In Love' ? atau kasih sayang dari seekor patung monyet yg tak bernyawa? Nampaknya telah jelas dan nyata aku menunjukkan kelonggaran skru  yg berada di otak . Mungkin masalah penghadaman .


Atau mungkin aku telebih berfikir sampai mimpi dengan mata yg celik dan kaki berjalan . Mungkin sedikit sebanyak kisah Kak Fijra dan Abang Ramli semalam telah menganggu fikiran ...bila mengenangkan betapa sweetnya cerita mereka .Mungkin aku menempah cubitan sayang akibat teroverdose menyakat orang . 


dan aku masih tak dapat cari kesimpulan kenapa . mungkin aku kurang gula atau terlebih garam . atau mungkin juga aku mendapat kasih sayang yg secukupnya sampai aku rasa ..... betapa rumitnya kisah cinta monyet anak remaja zaman sekarang yg ....aku menyerah kalah bab itu .


Dan kerana terlampau banyak perkataan dan mungkin dan atau ... berakhirlah episod gila seorang anak dara. 


yang mengalami masalah pencernaan otak : Mida tak cukup kalsium terlebih lemak . 

Apr 18, 2012

Bersangka Baik pada ALLAH SWT.

Salam readers .
Fuhhh tolong jangan bagi saya baca buku cintan-cinta-an ..sebab saya seorang yg kuat berangan ....
agak boleh dikategorikan dalam golongan sakit mental bila tiba-tiba tersenyum dan tergelak masa baca novel . pftt I hate that . Kalau lah ada pakwe hensem tengok malu aku . kantoi semua kebrutalan aku bila baca novel cintan . Lagi tak tahan bila novel cintan ayat bunga-bunga sakura ....perghhhh masak la masak ..... dan lagu jiwang ..sila jangan menyapa telinga ...... rasa mcam nak muntah hijau pun ada . teruk tak perangai .maaflah kepada mereka yg tengah hangat bernafsu cinta ...Sesungguhnya telah aku nyatakan cinta ini hanya kerana Allah dan Rasulullah ... jadi jika pintu hati ini dibuka harapnya kepada yg selayaknya . ecehhhhh . tapi pada yang bercinta untuk kahwin dan menjaga segala batas saya respect . dan kepada mereka yg bercinta untuk mendapatkeredhaan Allah saya respect . dan kepada mereka yg bercinta selepas kahwin . ouh anda sangat awesome :D

Ada sebab kenapa Allah SWT menjadikan Hawa daripada Adam a.s
Ada sebab kenapa perempuan diwajibkan menutup auratnya keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan ..
Ada sebab kenapa ada surah tentang perempuan dalam al-Quran (Surah An-Nisa) bukan surah lelaki (Ar-Rijal)
Ada sebab juga kenapa yg dimaksudkan Rasul dan Nabi itu adalah LELAKI yg diutus oleh Allah swt.
Ada sebab kenapa tahap merajuk perempuan complicated dan sama juga kenapa tahap untuk memahami lelaki juga sama complicated ..
Ada sebab kenapa lelaki dibenarkan berkahwin sehingga empat isteri ..
Ada sebab juga kenapa wanita yg melahirkan dan menyusukan ..
Ada sebab kenapa wanita dan lelaki itu berbeza ..
Ada sebab kenapa perbezaan itu menyempurnakan ..

"When she is daughter,she opens a door of Jannah for her father . When she is a wife, she completes half of Deen of her husband. When she is a mother,Jannah lies under her feet-If everyone knew the the true status of a Muslim woman in Islam ,even the men would want to be a women." [Sheikh Akram Nadawi] 
*Bukan senang nak jadi perempuan .wlaupun kebanyakan lelaki akan ckp 'Sampai bila-bila aku takkan faham orang perempuan' .

Sesungguhnya tiada yg benar melainkan yg benar belaka dan Sesungguhnya Allah SWT Maha Bijaksana.Setiap apa yg dijadikannya takkan pernah sia-sia . Hikmahnya terlalu luas . Apa lgi yg kita mahu? nikmat apa yg kita nak nafikan ?hanya kerana dugaan kecil kita sudah berburuk sangka pada Allah swt. Ya Allah, nauzubillahiminzalik ..bak kata abang heiji: kadang-kadang kerana dugaan sedikit ,kerana kesalahan sikit kita mudah membesarkan sifat mazmumah diri kita sendiri.

Kita nak apa? satu kita kena ingat selalu : Dunia bukan syurga untuk orang yg beriman , dunia bukan tempat yg kekal , ia hanya persinggahan . dunia bukan yg aman tanpa peperangan atau selesa tanpa bencana . setiap terjadi hanya kerana ini adalah dunia tempat kita diduga , dan akhirnya Syurga itu yg hakiki yg kekal abadi . Jadi sentiasa lah bersangka baik dengan Allah swt.

Apr 17, 2012

Ada Sebabnya.

Assalamualaikum.....Huyeahhhh hari ni cuti .. Fuhh penat aku bergusti dengan adik aku yg bulat sorang tu .. kelemahan dia kat perut .... geletek sikit gelak-gelak lepas tu nanges.nanges pula tu macam trak bomba kuat nya ....Masya-allah memang boleh pekak telinga . Sorry la Kin pecah rahsia hekhek


Okay . semalam dah habis cerita pasal adik aku .sumpah aku tak tipu aku betul sedih dan betul memang aku langsung tak jatuh kan airmata ..Tapi malam tadi aku mimpi dia . Ya Allah aku ni terlebih fikir ke apa sampai mimpi dan dalam mimpi tu aku rasa aku dapat adik aku balik dan aku nanges ..tanpa aku sedar bila aku bangun ... memang aku masih menanges .Aku  tak nak nanges sebenarnya


Komen Abang Heiji memang dalam lah .. Abang Heiji pun blogger juga . Bahasa dia sangat lah kesasteraan ...untunglah Jujue ada abang yg boleh jadi pendorong semangat hehehe .*sila klik gambar untuk tumbesaran .


Aku dah kata aku tak nak nanges ..memang la menanges tu bukan menunjuk kita ni lemah TETAPI ..aku berpegang pada prinsip......iaitu dan dimana ..'Airmata yang mengalir bukan kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah sia-sia' ...sebab pada aku selama ini dah terlalu banyak airmata aku yg mengalir adalah sia-sia . ishh rasa membazir je ..Tapi kadang-kadang memang mengalir juga tanpa diduga. 


Aku ni nak sangat kalau ada kembar ... tapi takde nak tahu tak kenapa .. dan sekarang aku tahu kenapa .. Aku ni susah nak terima perubahan lagi-lagi kalau menyakitkan dan aku tak kuat nak terima...mungkin agaknya kalau aku ada kembar aku tak bagi kembar aku tu berpisah dengan aku .. Aku memang tak suka orang lain ambil hak milik aku . kecuali yg mengambil adalah Tuan yg punya iaitu ALLAH SWT . Dan dengan itu biarlah segalanya aku serahkan hanya kepada ALLAH SWT . Sesungguhnya segala yg aku ada hanya pinjaman tak berbayar ..dan aku harap aku dapat memperhambakan diri sebaik-baiknya ..walau aku cuma manusia biasa dan....aku juga berharap bahawa hati aku sentiasa redha dengan ketentuan-Nya . AMIN.



Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Apr 16, 2012

TAKKAN DAPAT HILANGKAN RASA RINDU !



Assalamualaikum . Malam ni mari kita beremosianal memandangkan esok saya cuti . yeahhhh !
Malam ni saya nak berindu-rinduan . nak bersedihan ,nak mengenang kenangan tapi tak nak menangis sebab saya ROCK jyeahhhh :D


Dulu Ayah memang suka rakam-merakam ni . tak kira lah apa pun ...Ayah memang suka merakam dan tangkap gambar selagi ada kamera tak kisah la kamera apa . kamera telefon pun jadi asal ada. Itu pasal gambar aku masa kecik-kecik sangat lah banyak . tapi itu pun Ayah kata masa tu Ayah pinjam kamera Pak Cik Saiful . sangat terharu . 'Hutang budi memang akan dikenang sampai mati' .Okayy sambung balik tajuk asal...(mukadimah)


Dan sekarang ni dah tak main dah filem Kodak .. semua main hard disk je . so , tadi adik-adik aku pun bukalah video lama tak lama dalam tahun 2008 atau 2009 *aku tak ingat . mungkin masa tu aku form2  atau form 3. masa perangai memang aku sendiri malu nak tengok ..... dan dengan pakai selekeh tahap tak hengat punya lah ... dan ada satu video kitorang satu family masa tu balik dari kampung , pergi Cameron Highland . masa tu aku sangat ingat dengan jelas aku form 3 ~*(mukadimah)


Dan dalam video tu ada semua gambar adik-beradik aku yg 8 orang tu .. masa tu adik aku yg paling kecil Amin baru pandai cakap ..cakap pun pelat lagi 'Ayah nak ngok ' maksud sebenar 'Ayah nak tengok'..masa tu semua kecik lagi...Tapi sekarang bila masing-masing dah besar ~ semua dah lain mcm lain sangat ..(permulaan)


Dan aku rindu semua tu ..yang paling aku rindu adalah adik lelaki aku yg paling rapat dengan aku ...adik aku yg nombor dua,muda setahun je dari aku .nama dia Amirul Azri ..sekarang dia 17 tahun ..okay lebih cerita lain-lain aku rasa aku tak perlu cerita ..Tapi aku rindu sangat dengan dia ,sangat rindu .rindu dia yg dulu .rindu macam mana dia selalu cerita masalah kat aku .. sekarang semua dah lain .dan aku rasa sedih sangat ..ouh nak nanges , .............(kemuncak)
Dulu masa kecil ...dia lah kawan aku ..kawan gaduh kawan peluk gurau ..
Masa tadika ...dialah penyebab Ibu dan Ayah selalu ada kat sekolah dan buat aku rasa malu.
Masa sekolah rendah dia akan ikut kemana saja aku pergi ..dan ada sekali bila aku takut aku suruh dia temankan ..
Dia selalu teman aku dulu pergi mana je . tapi sejak dia dah jadi anak bujang semua dah lain ..
Dah ada kawan , dah ada life's selain family :( Arghhhhh aku benci betul bila keadaan berubah BENCI!!


Cakap pasal kentut dengan Abang Heiji pun tak dapat hilangkan rasa sedih .aku sedih tapi aku tak nak nanges ,aku terasa tapi tak pernah luahkan itu lah sebenarnya masalah besar orang mcm aku..yg sentiasa nak jadi happy dan happykan orang . Semulajadi . sangat susah nak ubah dan aku tak minta untuk berubah walau ia menyakitkan tapi aku tetap tak pandai nak meluah. Jadi bertuahla malam ni aku rasa nak meluah sebab lama sangat pendam . tapi tetap tak dapat hilangkan rasa rindu sampai aku dapat semua kenangan tu balik ! sampai aku dapat gelak tawa dan bergurau dan gaduh dengan dia balik ! *(THE END)


*takde gambar aku dengan dia sebab scanner problem plus telefon masuk bengkel.
*masalah paling lawak bila adik-beradik ramai ..semua jiwa nak kental nak rock.. nak cakap sayang semua malu padahal ~~~~~ Tengok aku ! sungguh aku tak pandai luahkan kata sayang . FAILED !

Apr 15, 2012

RANDOM.


  • Don't ever stop to listening to your heart . 
  • and don't ever failed to use your brain ...Just do if you not longer a human .
  • Change to better because of yourself ...because your own good not because of someone else.
  • Stop be a followers and just following but start to be a leader and making your own history.
  • Are so called artist this sensitive?
  • Not to point a problem unless you have a solution.
  • What you do speaks louder that I cannot hear what you say .
  • Be confident and people will give you their respect.
  • We learn important lesson outside the classroom.
  • Hidayah itu datang sekali ..kalau kita tak lepaskan apa yg datang mungkin lepas ni kita dah tak dapat peluang tu lagi 

upupherewego :D

Apr 14, 2012

Go For What You Want .

Assalamualaikum ..yeah aku dah dapat inspirasi untuk menulis balik . ada orang baca ke tak macam dah tak jadi keutamaan yg penting ... aku PUAS .hehe dan walaupun sebenarnya aku tahu je ada orang still baca walau tak comment kan kan :D



  • 2 hari lepas ..Lyla post kat wall Facebook aku pasal KIPSAS.. woww Thanks Lyla sebab ingat kat Asmi . dan Lyla cadangkan pasal Pengajian Media Islam . sounds really interesting ..Sedia maklum siapa yg kenali aku memang tahu aku berpontensi besar dalam Bidang Multimedia dan Komunikasi Massa ..(bukan riak tapi berdasarkan apa orang kata) tapi bila difikirkan balik ..itu bukanlah perkara sebenar yg aku nak buat dalam hidup ..ada beberapa perkara tentang Multimedia dan Komunikasi Massa yang aku tak berapa nak masuk. dan Pengajian Media Islam sesuatu yg baru ..tapi benda yg sangat bagus untuk aku . walau tak secara pakaian tapi jiwa dan raga aku memang sangat ke arah islamik . dan Lyla juga ada cakap 'mana tahu satu hari nanti Asmi boleh jadi pengacara TV Al-Hijrah' .okay dan aku anggap itu macam doa .Insya-ALLAH . satu hari nanti AMIN .
  • Sangat tak awesome sebab aku bantai beli 'Planner 2012' bukan diari yg .....'hilang' bulan MEI ..like a wasted .tapi sebabkan aku ni sikap memang pemalas dan sangat malas nak pergi tukar balik aku ambil jalan mudah menukar bulan MARCH ke bulan MEI okay solve.
  • Dan sangat AWESOMEEEE ..bila aku jumpa satu video UmmahWay kat dalam Youtube.
mula-mula aku hairan juga siapa la yg masukkan ... dan selepas aku teliti tarikh tu ..bulan Februari ..maknanya masa tu aku dah kerja dan bila aku ingat balik aku tahu siapa ..This AWESOME BEAUTIFUL girl .. I remember her .Hi Girls thanks for promoting us. Nice to meet you:D


#FUNFACT Tiada siapa yg terlalu muda untuk mencipta sejarah. Seorang pelajar perempuan Tionghua berusia 14tahun telah menerbitkan 8buah buku tentang alat muzik tradisional Melayu. Dan anda tidak terlalu tua juga untuk melakar sejarah sendiri. Seorang usahawan Jepun berusia 56tahun telah jatuh bangun dalam dunia perniagaan bertekad tidak akan menoleh kebelakang. Dia memulakan perniagaan baru. walau sebahagian kawannya mentertawakannya dia tetap teruskan . dan sekarang dalam usia 80tahun dia adalah salah seorang jutawan terkaya di Jepun.


So..Jika anda rasa ingin buat sesuatu jangan tunggu nanti kalau Tuhan permudahkan jalan teruskan .Jangan toleh ke belakang . Go for what you want . 'If you don't write your goals, it just a dream' . *I already write down a few of my goals ..gonna write more later . okay bye:D

HUNGRY make you ANGRY and lead you to be CRAZY.

Assalamualaikum . Sunat memberi salam wajib menjawabnya :)



  • Okay . Im finished reading my first english novel for the rest of my eighteen-years old life. The book cover design  has nachos on it..nyumnyummm. The tittle is 'Free Thaddeus' .. and it was soooooo AWESOME for my first ever english  novel besides ...english comprehension text book in my english class. lol.

  • Still not make my BI result changes from A-to an A+ ...even my grammar still like disaster which I still confused where I supposed to use has and had, or in what circumstances that I should put the word 's or without 's . .but at least I practice.. a lot also at my work place . May my efforts will help me in the future.

  • No preview related available. Saya perkenan nak letak gambar saya dalam cube box ni kat sini tetapi memandangkan ia terlalu terangan menunjukkan bahawa saya seorang yg sangat obses pada diri sendiri jadi niat itu tidak diteruskan . 

  • Dan terfikir untuk membeli sebuah diari that  not-so-called diary but more to 'A PLANNER'. Cause diary is so-called for someone who in love which is Im not into that situation but more to 'IN LOVE' with my life's and things I do rather than busy-ing thinking about how complicated my opposite sex that also known as MALE or MAN or BOY .... when they are in love or thinking and bothering about 'anak orang'. ouh maybe not now for me at least.*Do you understand what I mean ?

  • Hingus meleleh adalah keadaan yang tak pernah disukai sesiapa kecuali kartun jepun bangang namanya Shin Chan ~

  • Dan akan meneruskan membaca dengan buku yg berharga RM28.00 berjudul 'Wadah Cinta Solehah' .. 



last but not least , its look like I will buy more and more English novel no matter how much ringgit it takes from my pockets. Gonna share this pictures just for FUN . kbai.



Apr 3, 2012

Glad To Find Me?



Saya harap saya dapat jadi seseorang dalam hidup seseorang ... dan seseorang akan jadi seseorang dalam hidup saya....
Seseorang yang berupa orang ... Orang yg berupa manusia , manusia biasa bukan adiwira ...
Saya dah jumpa ramai orang yang sangat bermakna dalam hidup saya ..Ada yang datang sementara ,ada yang kekal ..tapi tak selamanya .....
Tapi setiap seorang dari mereka memberi kesan mendalam dan banyak membuat saya bertambah matang ,kuat dan tabah :)
TERIMA KASIH atas segalanya ..Pengalaman adalah guru yang paling bernilai , dan kamu semua adalah di antara pengalaman itu ....
Mungkin saya bukan sesiapa dalam hidup kamu ..Tapi kamu amat bermakna dsalam hidup saya ....walau apa pun yg kamu lakukan ..cuma bukan semua yang datang itu saya nak simpan dalam hati .....Mungkin dalam ingatan sebagai pengajaran ...dan saya harap kamu yg berkenaan tak kembali lagi dalam hidup atau mimpi atau apa saja yg berkaitan dengan saya...

Yang dalam hati tu ... biarlah kekal sebagai memori ..Jangan pergi ... Jangan sesekali pergi ...kekal lah sebagai mereka yg aku kasihi walau apa yg terjadi :)Boleh ?


Assalamualaikum . Ma'assalamah.