Jan 30, 2012

Islam Sebagai Mahar Perkahwinan .

Assalamualaikum. 
Sejarah memberi pengajaran untuk dipelajari .

Berita Ghumaisha' atau Ummu Sulaim menjadi janda menarik perhatian seorang lelaki bernama Abu Talhah. Dia berusaha melamar Ummu Sulaim .

"Wanita mana sekalipun pasti tidak menolak pinanganmu ," balas Ummu Sulaim semasa dilamar. "Tetapi bagaimana saya dapat menerima lamaran kamu sedangkan kamu kafir dan saya wanita Islam ."

"Apa maksud kamu ?"Abu Talhah bertanya.
"Tidak halal saya berkahwin dengan kamu."
"Apakah yang perlu saya lakukan?"
"Sekiranya kamu mahu masuk Islam , itulah mahar bagi saya dan saya tidak meminta yang lain daripada itu."

Kata-kata Ummu Sulaim memberi harapan pada Abu Talhah bagi memperisterikannya . Dia semakin tertarik mengenali Islam dengan lebih dekat selepas mendengar kata-kata Ummu Sulaim . Dalam tempoh itu,dia mengisi masa dengan mendalami Islam .

Akhirnya ,Abu Talhah mengucapkan kalimah syahadah . Pengislamannya itu menjadi mahar baginya mengahwini Ummu Sulaim . Abu Talhah berjaya memperisterikan wanita gigih yang berjaya menambat hatinya itu.

Tindakan Ummu Sulaim yang hanya mahu menerima keislaman Abu Talhah sebagai mahar perkahwinannya dikagumi oleh semua orang. Salah seorang daripadanya adalah sahabat mereka bernama Tsabit al-Banni .Dia berkata ,"Saya tidak pernah melihat seorang perempuan yang lebih mulia maharya dibandingkan dengan Ummu Sulaim."

"Belum pernah kami dengar mahar yang lebih mahal daripda mahar Islam!" tambah salah seorang sahabat pula.

Semua orang tahu Abu Talhah adalah lelaki Ansar yang kaya raya dan memiliki kebun kurma yang luas di Madinah . Salah satu harta yang paling disayanginya adalah sebuah kebun kurma yang dipanggil Bairuha'. Ia terletak betul-betul dihadapan masjid . Dia dapat mengahwini sesiapa sahaja yang diigini tetapi hanya Ummu Sulaim yang benar-benar ingin disunting .

Ummu Sulaim hidup bersama Abu Talhah sebagai isteri yang setia , memberi sepenuh kasih sayang dan menyenangkan hati suaminya . Kebahagiann bertambah apabila mereka sikurniakan seorang anak lelaki yang diberi mana Umair .

Sejak mengiktirafkan dirinya Islam , Abu Talhah menjadi salah seorang sahabat nabi yang menonojol Beliau terkenal sebagai salah seorang yang berani dan pemurah.

Suatu peristiwa berlaku semasa Abu Talhah keluar atas satu urusan. Pada masa itu , anak mereka ,Umair meninggal dunia . Apabila Ummu Sulaim mendapat khabar suaminya dalam perjalanan pulang , beliau mengingatkan orang disekeliling ."Jangan sekali-kali kamu semua memberitahu berkenaan kematian anak kami . Biar saya sendiri memberitahunya."

Sebaik sahaja Abu Talhah masuk ke rumah ,Ummu Sulaim menghidangkan makan malam . Selesai melayan makan minum suaminya ,Ummu Sulaim masuk ke bilik dan berhias diri dengan solekan sebaik mungkin . Apabila Abu Talhah memandang isterinya timbullah keinginannya untuk bersama isteri yang sekian lama ditinggalkan .

Sesudah selesai melayani segala keperluan dan keinginan suaminya , Ummu Sulaim mula mengatur perbualan . "Apa pendapat kamu apabila satu puak meminjamkan satu barang kepada sebuah keluarga kemudian puak itu datang dan minta dipulangkan semula barang yang dipinjamkannya itu? Apakah keluarga itu berhak menolaknya.?"

"Tentulah sekali-kali tidak. Keluarga itu mesti memulangkan barang yang dipinjamkan."
"Sekiranya begitu ,tabahkanlah hatimu."
"Apakah sebenarnya yang berlaku?"

Ummu Sulaim pun mengkhabarkan kepada suaminya mengenai kematian anak mereka . Kelewatan Ummu Sulaim memberitahu berita sedih itu membuatkan Abu Talhah marah . "Kamu melayani saya sepenuh hati , kemudian baru kamu beritahu hal ini?"

Abu Talhah sungguh marah atas perbuatan isterinya itu .Dia keluar dari rumah mendapatkan Nabi Muhammad. Segera diceritakan segala hal yang berlaku bermula daripada tibanya dirumah malam tadi . 

Nabi Muhammad mendengar aduan Abu Talhah mengenai perbuatan isterinya itu sehingga habis . "Mudah-mudahan Allah memberi barakah dekapa malam yang kamu berdua lalui."

Dengan izin Allah ,Ummu Sulaim mengandung dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki diberi nama Abdullah bin Abu Talhah . 

Kecerdikan Ummu Sulaim atau Ghumaisha' bukan sahaja membawa Abu Talhah , seorang yang disegani di Madinah menyertai kaum Muslimin , malah mereka sama-sama bergerak aktif dalam urusan dakwah . pasangan ini sama-sama berjuang menegakkan Islam . Mereka juga antara orang Islam yang mengikat perjanjian Aqabah demi memperjuangkan Islam . 

Antara peperengan yang disertai oleh pasangan mulia ini adalah Perang Badar ,Perang Uhud  dan Perang Hunain . Semasa Perang Uhud , Abu Talhah antara orang yang rapat memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad berkata , "Semasa saya masuk ke dalam syurga, saya mendengar bunyi tapak kaki . Saya bertanya kepada para malaikat "Siapa itu?" Mereka menjawab ."Itu adalah al-Ghumaisha' puteri Milhan."

Indahnya Cinta.Kisah-Kisah Kekasih Allah;Ezze Rahmani .

;;Subhanallah . Hebatnya kuasa Allah . Sesungguhnya apa yang kita ada bukanlah milik kita . Kita hanya meminjam . Pemilik sebenarnya adalah Allah SWT . Sampai masa kita harus memulangkan apa yang dipinjamkan,maka redha dan berterima kasihlah . Hargailah peluang yang diberi . Tiada satu pun yang ada pada kita adalah milik kita . segalanya dipinjamkan . Gelaran kita hanya peminjam tidak pernah sekali sebagai pemilik .mungkin sementara bukan selamanya ..Bersyukurlah atas segala nikmat yang diberi ..dan Ya Allah jadikanlah aku sehebat Ghumaisha' ini Ya Allah . AMIN~ 

Jan 27, 2012

Jangan Sia-siakan Zaman Persekolahan Anda :)

Assalamualaikum . Hai :) Ni hao ma ? hee. ceh mentang-mentang tengah belajar bahasa Mandarin segala tempat segala benda yg dibuat nak aplikasi kan apa yg dibelajar . bagusbagus . *dulu masa belajar BIO ke , Fizik ke . Chemistry ke tak nak pula aplikasi . ehhhh . Bila dah sebut pasal sekolah ni tiba-tiba rindu pula . Alamak ....ni yang tak best ni ...dah mula rasa tak best habis sekolah ..rindu sangat kat sekolah . Where's the fire ? hehehe :) sangat rindu . bila dah kerja komitmen lagi ketat sebab kau berkerja dengan orang ,orang bayar khidmat kau...kalau sekolah memang la terikat dengan peraturan sekolah tapi .....ish ...aku tak kisah la kalau asyik kena pindah tempat duduk pasal bising sangat ,bergaduh dengan BFF aku pasal stickers ,gaduh dengan budak lelaki sampai baling kerusi .. kena penalti dengan Pn.Zuraida Pakir sebab main tepung  ..tak kisah la kena kutip sampah pasal lambat pergi sekolah ..gelang kena rampas dengan Puan Nik ..tak kisah la kena usik dengan Cg,Denan pun .

Zaman sekolah tetap yg terbaik .. lagi-lagi lepas baca [tunas] ..Ya Allah rindunya aku dengan zaman sekolah .rasa macam rugi sebab masuk asrama lepas tu nangis mintak pindah , rindu masa kat  SEMAT jumpa kawan yg ohsem , masuk Gombak Setia buat jenayah lepas tu jadi baik kejap HAHA . Aku dah tak boleh la nak cerita pasal sekolah ni . terlampau banyak sangat kenangan manis ,pahit , masam , masin ..secukup rasa sesedap mee maggi kari berapi ...nak stoli kena tunggu lain kali ... kalau keluar hikayat time nih memang tak cukup papan kekunci la aku nak ketuk kan.....

Tapi alang-alang dah teringat ..HAHA .nanti nak tunggu lain hari lain masa . tak tahu sempat lagi ke tak kan ....buka hikayat sikit la hikayat Asmi sebagai pelajar sekolah rendah paling bising dan bermasalah dengan budak lelaki  . HAHA. Aku tak tahu la gen dari Ayah ke Ibu yg aku dapat degil ,nakal , perasan dan rasa ego tinggi menggunung dengan budak lelaki .Kalau gaduh tak pernah rasa mcm nak kalah ...Nak je menang .nak betul je tak nak rasa salah ... Itulah aku yg sebenarnya ini adalah kali pertama aku mengaku yg aku mcm tu HAHA

Aku tak tahu la korang nak judge aku mcm mana .sebab kalau kau tak hidup sezaman dgn aku .sekelas .satu sekolah kau takkan tahu aku ni sebenarnya mcm mana .walau 3ribu patah perkataan pun aku cuba terangkan aku mcm mana takkan terterang hanya dengan perkataan tanpa pandangan dan persahabatan .

Gaduh sebab nombor dalam kelas . thick. sifat tak nak kalah aku yg sangat terserlah dari tadika . nak top10 je ..kalau kat sekolah kebangsaan aku tak kisah sangat ..tapi kalau kat sekolah agama .pantang je satu kelas dgn org yg bernama Muhd Farhan Affandi . ceh nak gaduh je ...betul lah wei kalau bukan sebab dia demam ke apa ke ..jangan harap dia nak bagi can aku nak dapat nombor satu .dan sejak ambil keputusan UPSRA sampai sekarang aku tak pernah jumpa dia . 

Gaduh sebab benda tah pape . Patut ke tak . dah la mamat tu masuk kelas lambat . buat pulak sekolah mcm Ayah dia punya tajaan . nak datang ke tak ikut suka hati dia je . Masuk kelas pulak tu tak reti nak senyap . bila aku keluar aura membebel boleh pulak dia dgn selamba nyanyi lagu Januari ganti nama aku . cehh ingat aku tergoda la tuh ?Afiq . sejak dia pindah masa darjah4 sampai sekarang aku tak pernah jumpa dia .

Gaduh sebab .. entah pape ntah lagi ...yang penting aku paling pantang la kalau orang buat maruah aku mcm bola basket..memang tak la aku nak mengalah lagi-lagi kalau lelaki . Salam Abdul Aziz ! ini darjah 1 punya kesah .keji tak keji aku ...gaduh dengan anak guru besar .Bila dia kena marah aku gelak . sekali aku ingat lagi muka dia jeling aku .... HAHAH Weih Salam kau apa khabar? dah 11 tahun ni ? kau ingat aku lagi ? cehh kalau aku je yg ingat dia sadis siaaaaa . HAHA. bab ejek mengejek ni biasalah kan . sekolah rendah ... apa lagi aku buat .. banyak wei . sampai gaduh baling kerusi .Masya-allah teruk perangai aku . Agak la mulut aku pun boleh tahan takda insurans dulu .cakap je apa aku suka . dah la aku ni perangai suka selongkar dan tengok tulisan orang tak pernah hilang HAHA .Lelaki mana tak marah wei . suka menyampuk pula tu . memanglah saja cari gaduh ....tak cukup lagi bila Rina kena back-up aku pasal gaduh dengan 'BK' . sampai aku nangis . ceh leleh  . malu je . KALAH with BOYS . is not me masa sekolah rendah .sebenarnya sampai form five ada je cerita pasal aku gaduh dengan budak lelaki .Haaaahhh~ dah cukup la wei dah panjang sangat pun hikayat ni ...len kali kita sambung lagi . heeee~
ini gambar zaman sekolah menengah . masa honeymoon year :D HAHAceh kurusnya aku :P
dan sambung la kemudian hari :D
 
 

Jan 25, 2012

BENZ ALIF SULAIMAN , buat aku tak lalu makan . Whatttt!

Assalamualaikum ..okay siapa pulak Benz Alif Sulaiman pulak ni ...Jangan lah serius sangat .hee .he just a fairytale la ...Hanya watak dalam novel aA+bB coretan HLovate . Tapi kan watak dalam novel boleh tinggalkan pengaruh yg sangat besar kat aku tahu tak sampai aku tak lalu nak makan . haha . yes seriously .

He just nobody actually . Nobody . Only one Benz Alif yg berkahwin dengan Nur Addin Shah dalam novel tu .Novel yg hanya rekaan semata . .Novel yg aku dah berapa kali tah aku repeat baca. kat Ummah Way , sampai masa makan kat kedai Laksa tadi pun setengah jam aku habis baca novel tu je . sampai Hajah Zainab tegur; Kenapa hari ni tak happy ke?
Dan pakcik kedai laksa; Awak studi apa ? (memang takde bunyi lelaki tua gatal)
Aku; hee .baca novel je . (sementara bunyi bising tarian singa kat depan OTK tu dah nak habis )
Pak Cik tu ;Orang kata orang yg suka baca novel ni suka berkhayal-khayalan ..betul ke ?
Aku; ngehhhh . sengih saja la . (tapi memang yaa pun .yela sampai mimpi , makan pun berangan.teruk kan ?)

Tapi apakah yg ada dalam novel ni atau lebih tepat lagi pada Benz Alif yg buat aku otak mcm weng je ..
Okay pertama sekali , credit to Hlovate yg ...bahasa novel dia memang kental la meninggalkan kesan ..dan kepada Aqilah Mohd . Oh Aqilah , you pick the right books to let me read . *macam faham-faham je :)
 here some features about HIM . That i really need on someone in reality world ;
-Benz Alif ,seorang yg keras kepala batu ...egomaniac .thrasher .ex-taiko yg muka ganas ..alih-alih bila dah jatuh cinta ..mak aiii romantiknya la haiii tapi mempunyai gaya melindungi dan cara meluahkan perasaan yg pelik sampai boleh digelar romeo heartbreaker kelas satu .haha
-seorang yang penyayang .He means everything he said . He said what he feel and think.
-Seorang yg macam tak berperasaan ...susah nya lah nak senyum .tapi sekali keluar jurus senyuman 9trizillion jutawatt membunuh . *melting .
-Seorang yg boleh dijadikan Sahabat .. yaa sahabat ... ala mcm kawan-kawan kita ..yg kita cerita masalah kita ..yg kita boleh bahana sesedap rasa sirap ..yg memang tak ambil hati kalau disakat ..boleh gurau senda dan cerita segala masalah dunia yg melanda laa :)
dan the most impotant is ...Somebody that I feel comfortable with . Someone that can be my crying shoulder , tempat menyakat ... yg tak kuat merajuk sebab aku tak pandai pujuk orang ...tapi pandai pujuk bila aku merajuk manja ..seseorang yg akan comfort kan aku dan paling penting boleh bersama dgn aku tak kira lah waktu apa sekali pun ..yang rasa muka aku nampak fresh and pure bila aku bangun tidur , yg rasa aku comel masa aku tidur yg hakikat sebenar aku tak suka org tengok aku tidur ..dan yg memang tak makan hati berulam jantung la dengan perangai aku yg natural born PELIK . 

I dont know where he is . I mean MY 'Benz Alif' version MINE . I don't have any idea how he looks but maybe look like Sharnaaz Ahmad kalau nak dilabel ROMEO kelas satu .I don't know where , who..whatever he is doing now . seriously .I don't have any idea . Sebab jodoh itukan rahsia Allah .yaa i mean my 'future husband' . Aku dah lupa apa tu lah rasa fall in love dgn insan bergelar lelaki .dah tak tahu apa rasanya ..apa nak buat semua . Yaa .aku tak ingat dah . semua sejarah aku tu ...semua dah aku delete dari kotak memori aku .Jadi maaflah pada yg terasa . Janganlah suka-suka nak mengaku ada apa-apa ngn aku . sebab aku takkan mengaku .Jadi bila dah sah bergelar 'suami' aku itulah yg aku namakan CINTA SEJATI ...so whatever ...cinta pertama-terakhir aku . okay its so geliman . aku dah mengarut blabla dah sebab aku tak tahu ayat buku mana yg aku nak ambil . fail.

For sure , aku akan doa ...doa dan doa . tak kisah la jodoh tu datang dari mana pun tapi aku sebagai hambaNya hanya mampu berusaha ,berdoa dan bertawakal . 

p/s; GALLANT; Asmi kau satu dalam sejuta . Aku ;Kalau dah begitu thats mean .My love ones also ONE IN A MILLION kan .the only one yg boleh terima aku yg otak weng ni huahuahuahua . Hai awak ! Assalamualaikum .one day if you read this . Don't laugh . I  tahu i berangan overbroad but thats just me . so Take care of yourself ;)

Jan 24, 2012

Im Living in HLOVATE ;aA+bB World .

Assalamualaikum ....warah .....matullah ....hi..... wabarakatu semua !!
Lamanya rasanya jari ni tak menari atas papan kekunci untuk blog terchenta ni .. rindunya rindu ...kesian dah penuh sawang dah .. sorry la buah hati .saya busy . kesian awak . Im sorry :)

okay .lamakan lamakan aku tak update blog . dah macam orang putus fius dah menaip .tak tahu mana hujung mana pangkal main redah je . HAHA . minggu ni genap la sebulan aku kerja kat Ummah Way . wah banyak penat wa cakap sama lu orang ..10 pagi dah keluar 8malam baru balik .. itu pun penat kalau 12 jam kerja . pengsan la aku jawabnya ...Upside down hidup aku hanya dengan family ->rumah -> Ummah Way->customer . itulah yg aku lalui sepanjang 2012 yg tak sampai sebulan lagi pun ...' Start the year with something sweet and end it with something sweeter' . Whatever happens . I just wish and hope also pray ofcourse ,agar segala urusan dunia akhirat kita dipermudahkan . Amin. Insya-allah :)

so yesterday , aku janji nak jumpa Aqilah .nak pinjam novel sebab bila takde customer aku tak tahu nak buat apa .nak main henset . main 5 minit bateri habis . menci je . Nak buat apa lagi , takkan nak tidur makan gaji buta .tak senonohnya la haiii . kurang-kurang kalau baca novel takdelah aku bosan sangat kan ...kematian kutu hari-hari ...tak best la .

Tahun Baru Cina 2 hari je cuti .semalam hari ni .. Semalam satu hari suntuk aku menghabiskan masa tergolek atas katil tu membaca novel . sekejap menelentang ,sekejap meniarap dah tu duduk dah tu ~macam macam rupa la ... aku tahu aku dah tak boleh berganjak mata dari baca novel ni ...kejap aku gelak ..lepas tu berdebar ..tiba-tiba rasa sedih ..lepas tu senyum dah tu berangan tiba-tiba tengah cerita aku teringat kat seseorang . Haru ....sampai mimpi pula tu lagi haru . Tak boleh aku terima kenapalah dia ~ FAIL la aku bab emosi ni . Fail . Tak boleh langsung nak jadi Prof.Love . konon bagus bab nasihat orang sampai perasaan sendiri .FAIL betul . Lepas tu mulalah hidup dalam dunia anganan di siang hari ...dan dunia novel yg macam jauh sangat dengan realiti . Haru Haru Malaya betul . Itu pasal lah sebelum SPM aku dijauhkan dari novel ..sebab nanti angau tak berkesudahan .HAHA nothing muchier . bilik aku bersepah . Ni yg nak berpijak atas dunia realiti balik ni ..Nak berangan sweet lepas kahwin la minah deyyy .result tak keluar lagi ...impian tak tercapai lagi berangan sampai mata naik juling pirahhhhh~ lol.

whatsoever lah kan .ini tempat aku kerja .haa singgah la ..kot ada yg nak cari selendang,tudung ,jubah lelaki atau perempuan ..barang nak pergi haji atau umrah .Silalah . Nak live tutorial pun boleh . HEHEXD kat Jalan Jernai ,Setapak . Sebelah restoran Khan Baba . So I may start my dream to have owm boutique here ;) Gain and learn more experience :) Meet awesome people like Najma , Ishak , Osman , Musa ,Jahida , Hj.Hassan ,Hajah Zainab , Taufiq ,Taudiha . dan segala yg berkenaan .termasuk la customer sekali .

pstt:kalaulah ...........................argh ! shoot . saya nak jadi Addin dalam buku aA+bB boleh ? nak kahwin dengan Benz boleh .boleh la . nwm,always remember whatever happens it is the best for us .

till then ,bye xoxo . 
Haa ...awat aku punya update kali ni ala-ala~ .entah aku tak tahu apa nak update .masih lagi dlm dunia awang-awangan .FAIL .jadi nak tengok lagi update next time . *internet dah laju wei .no hal la * :D

Jan 2, 2012

I AM TRUE BELIEVER on FIRST SIGHT LOVE :)

Assalamualaikum ! Hai .Selamat Tahun Baru Masihi 2012 eh? cepatnya masa berlalu :) Dengan bangganya saya mengatakan ..sejak saya kecil sampai lah sekarang not official eight-teen saya tak pernah sambut tahun baru atau keluar malam tahun baru ...saya duduk rumah je . lagi-lagi tahun ni saya dah kerja kan . jadi malam tahun baru ...TIDUR ..Zzzzzz -__-


Pengalaman kerja dah 4 hari ? best la . Ishak yg mula-mula nampak macam sombong ..sekarang jadi yg paling kecoh .. kerja berdua dengan Kak Zarina sekarang dah tinggal sorang ...Hajida dah start cakap dengan aku . tempat simpan stok dah mahir sikit ...Dah start jumpa mcam-macam pelanggan :) Yang paling best jumpa pelanggan yg muda-muda dah jadi tetamu Allah . Subhanallah ... lepas tu ,jump adik tu yg buat aku nak nangis dan rasa bersyukur sangat .. Jumpa orang yg comel-comel ..jumpa junior , jumpa bekas cikgu kaunselor ...ada org belanja makan tiba-tiba .. jumpa mamat jual laksa yg charming .. nampak abang badan otot-otot .hahaxD bru 4 hari belum 4 bulan :) Saya rasa mcam-macam orng dan pengalaman lagi yg saya akan dapat lepas ni . 'Dalam proses pembelajaran ' :)
Bulan Julai tahun ni .Insya-allah kalau panjang umur . umur saya 18 tahun lah .Tahun pertama tak bersekolah ..lain... lain rasanya .bagi adik-adik yg bersekolah akak nasihatkan rajin kan diri eh :) Jangan merungut , bersyukur enjoy the moment being a student . sejujurnya aku dah mula rindu zaman persekolahan .bagi adik-adik koperasi ..yg nak ambil exam PMR dan SPM good luck ! untuk semualah junior yg kenal 'Kak Asmi' kepochi ni okay .doakan result akak baik , doakan kerja akk pun baik :) Insya-allah . ada rezeki ada jodoh kita sentiasa boleh jumpa lagi okay .Paling penting doakan akak dapat tawaran sambung belajar dlm bidang yg akak minat  ..Doa akak akan sentiasa mengiringi korang :) Insya-allah .



baiklah . Selamat Kembali ke Sekolah :) Selamat Tahun Baru :D Semoga segala urusan kita dipermudahkan .yg penting tak perlu nak tunggu tahun baru ,baru nak berubah , baru nak perbaiki diri .Tiap hari kita boleh berusaha menjadi yg lebih baik , berazam untuk menjadi manusia berguna :)tTahun baru hanya mengingatkan kita tentang umur kita yg semakin singkat .Insya-allah :)

p/s ;semalam Ayah cerita pasal Dajjal . Tiba-tiba aku rasa takut yg teramat ... terngiang-ngiang . Wahai manusia akhir zaman tidak kah kamu takut pada hari kiamat yg makin dekat .