'Suami Aku Ustaz' Aku??

Salam readers yang dikasihi ,
Semoga hari anda dirahmati dan diberkati Allah swt . 


Nampaknya minggu kedua berada di tingkatan enam . Aku dah mula rasa yakin nak menduduki STPM ... 
Tapi bila aku dah mula semangat ni laahh datang macam-macam dugaan ...
Di jadikan lagi cerita , kawan baik aku yg sorang Nur Atila Abd Rahman ..siap pinjamkan aku novel lagi ..nak tahu tajuk dia ? 'Suami Aku Ustaz' sekali dengar alahai ..apa punya skema tajuk novel ni ... 
Dengan gagah aku habiskan juga hari ni ..macam biasa aku dah sudahkan muka surat last tu sebenarnya ..
Tapi tahukah anda . The journey is more fun than the ending . Tahu tak ??


Sedikit dan mungkin tak banyak juga ....Novel Suami Aku Ustaz ni mempengaruhi aku ...ahh malangnya . itu novel je . yang best semua cinta lepas kahwin .Subhanallah romantiknya ... itu belum lagi bab betapa Allah swt meredhai kasih sayang suami isteri ...Subhanallah hebatnya bila ia bukan sekadar cerita dalam novel ..Ada di alam realiti ni banyak ..cuma tak banyak yg dapat liputan je mungkin mcm cerita Kak Dena Bahrin .haa lebih kurang la tu ...Subhanallah tidak dapatkah anda lihat ?? Sudah Allah swt tunjukkan kuasa-NYA melalui ciptaan-Nya yg kita lihat .malah pada diri kita sendiri ada tanda kekuasaan Allah swt :)


Sudah terang lagi bersuluh , tapi .....lagi jarang diakui bahwa aku akan terbang sampai Zurah bila bab-bab novel ni ...Nasib baik ada juga pengajaran yg aku boleh ambil dari novel ni kalau tak lagha je .Itu baru bab novel yang buat kerja 'gotong-royong' aku tergendala . hishh tak senonoh betul bertangguh , janganla bawa perangai ni sampai masa dah mula belajar nanti . Janganlah yee Cik Asmidar ~


Part novel selesai..part lain pula ..part sumber inspirasi ni .. haih aku ni senang betul dapat sumber inspirasi ..Muallaf jual 'baby oil' pun kalau aku rasa nak tegur aku tegur je ..itu kalau nak kalau tak .aku buat muka takde perasaan aku ..walau tengok hari-hari ..sampai sekali aku senyum ... dah pandai nak tegur .. dah la tu cara tegur macam berbisik apa tah .memang failed lah .. lepas tu jalan sebelah aku bila aku dah tak senyum kata aku marah . memang la ! awak ingat saya ni apa?? Yang kes mamat arab try nak pickup line aku tak yah cerita la .Kalau ucap Salam tu okay rasanya bagi aku . nampak la manner nya dari main selamba bisik macam hape .itu pun aku seimbas lalu je ! nampak tak keperasantan aku hahahah . haa sumber inspirasi ? tahu kan yg aku ni banyak mulut jadi aku suka lelaki yg tak banyak cakap tapi bila senyum boleh membunuh ..ada seorang aku nampak ada potensi tapi bila ingat balik niat aku belajar kerana Allah SWT terus aku ingat diri jangan nak menggatal ... 'Kalau nak jaga hati ,kena jaga pandangan .Jadi akan aku cuba sedaya upaya dayanya mengelakkan dari bermain mata '. Setakat kawan tegur-tegur macam tu biasalah aku .. tapi aku tak lenggokan suara ke apa . aku rasa aku cakap kasar je gaya macam polis nak saman samseng jalanan HAHA . Sebab tu aku rasa budak lelaki pun macam takde kisah sangat setakat aku nak berkawan dengan dorang ....tapi setakat kawan laa .lebih aku minta dalam doa janganlah . 


Yela mana tahu tiba-tiba ada orang usha dalam diam .tiba-tiba nak masuk meminang takut aku .walau ia nampak tak logik dan terlampau syok sendiri bahawa aku fikir ada orang nak aku ..tapi sebenarnya aku hanya mengambil langkah berhati-hati . pewrgghh bila baca novel tu lagilah aku macam cuak kebebeyh je . benda yg kita tak duga itulah selalu datang . Allah SWT uji kita tapi tetap juga sebab Dia sayangkan kita bukan untuk bebankan kita dan perancangan Allah SWT lah yg paling cantik . Subhanallah .


Tapi entahlah .berdasarkan history yg aku ada ..memang agak mustahil lah kalau aku nak kahwin awal ni ... bukan aku lah tu ...tambah pula aku ada Ayah yg memang jenis bukan mengalakkan kahwin masa belajar ni .... Itulah aku kata tak kenal maka tak cinta .banyak sebenarnya pasal diri aku yg hanya orang tertentu sangat faham dan boleh nilai . kalau tak kenapa ada orang kata aku pelik. tak memahami la tu . tapi okay juga aku kan special hahahaha . 


Jadi sebelum aku terus melaghakan diri menceritakan soal hati yg aku sangat dan minta jauh terjebak sebelum masa jodoh aku datang ...cukuplah sampai sini . *berangan* .ehh jangan orang leka mudah di pengaruhi syaitan . *istighfar* . Barakallah ^^

Comments

Popular Posts