TAKKAN DAPAT HILANGKAN RASA RINDU !



Assalamualaikum . Malam ni mari kita beremosianal memandangkan esok saya cuti . yeahhhh !
Malam ni saya nak berindu-rinduan . nak bersedihan ,nak mengenang kenangan tapi tak nak menangis sebab saya ROCK jyeahhhh :D


Dulu Ayah memang suka rakam-merakam ni . tak kira lah apa pun ...Ayah memang suka merakam dan tangkap gambar selagi ada kamera tak kisah la kamera apa . kamera telefon pun jadi asal ada. Itu pasal gambar aku masa kecik-kecik sangat lah banyak . tapi itu pun Ayah kata masa tu Ayah pinjam kamera Pak Cik Saiful . sangat terharu . 'Hutang budi memang akan dikenang sampai mati' .Okayy sambung balik tajuk asal...(mukadimah)


Dan sekarang ni dah tak main dah filem Kodak .. semua main hard disk je . so , tadi adik-adik aku pun bukalah video lama tak lama dalam tahun 2008 atau 2009 *aku tak ingat . mungkin masa tu aku form2  atau form 3. masa perangai memang aku sendiri malu nak tengok ..... dan dengan pakai selekeh tahap tak hengat punya lah ... dan ada satu video kitorang satu family masa tu balik dari kampung , pergi Cameron Highland . masa tu aku sangat ingat dengan jelas aku form 3 ~*(mukadimah)


Dan dalam video tu ada semua gambar adik-beradik aku yg 8 orang tu .. masa tu adik aku yg paling kecil Amin baru pandai cakap ..cakap pun pelat lagi 'Ayah nak ngok ' maksud sebenar 'Ayah nak tengok'..masa tu semua kecik lagi...Tapi sekarang bila masing-masing dah besar ~ semua dah lain mcm lain sangat ..(permulaan)


Dan aku rindu semua tu ..yang paling aku rindu adalah adik lelaki aku yg paling rapat dengan aku ...adik aku yg nombor dua,muda setahun je dari aku .nama dia Amirul Azri ..sekarang dia 17 tahun ..okay lebih cerita lain-lain aku rasa aku tak perlu cerita ..Tapi aku rindu sangat dengan dia ,sangat rindu .rindu dia yg dulu .rindu macam mana dia selalu cerita masalah kat aku .. sekarang semua dah lain .dan aku rasa sedih sangat ..ouh nak nanges , .............(kemuncak)
Dulu masa kecil ...dia lah kawan aku ..kawan gaduh kawan peluk gurau ..
Masa tadika ...dialah penyebab Ibu dan Ayah selalu ada kat sekolah dan buat aku rasa malu.
Masa sekolah rendah dia akan ikut kemana saja aku pergi ..dan ada sekali bila aku takut aku suruh dia temankan ..
Dia selalu teman aku dulu pergi mana je . tapi sejak dia dah jadi anak bujang semua dah lain ..
Dah ada kawan , dah ada life's selain family :( Arghhhhh aku benci betul bila keadaan berubah BENCI!!


Cakap pasal kentut dengan Abang Heiji pun tak dapat hilangkan rasa sedih .aku sedih tapi aku tak nak nanges ,aku terasa tapi tak pernah luahkan itu lah sebenarnya masalah besar orang mcm aku..yg sentiasa nak jadi happy dan happykan orang . Semulajadi . sangat susah nak ubah dan aku tak minta untuk berubah walau ia menyakitkan tapi aku tetap tak pandai nak meluah. Jadi bertuahla malam ni aku rasa nak meluah sebab lama sangat pendam . tapi tetap tak dapat hilangkan rasa rindu sampai aku dapat semua kenangan tu balik ! sampai aku dapat gelak tawa dan bergurau dan gaduh dengan dia balik ! *(THE END)


*takde gambar aku dengan dia sebab scanner problem plus telefon masuk bengkel.
*masalah paling lawak bila adik-beradik ramai ..semua jiwa nak kental nak rock.. nak cakap sayang semua malu padahal ~~~~~ Tengok aku ! sungguh aku tak pandai luahkan kata sayang . FAILED !

Comments