Bersangka Baik pada ALLAH SWT.

Salam readers .
Fuhhh tolong jangan bagi saya baca buku cintan-cinta-an ..sebab saya seorang yg kuat berangan ....
agak boleh dikategorikan dalam golongan sakit mental bila tiba-tiba tersenyum dan tergelak masa baca novel . pftt I hate that . Kalau lah ada pakwe hensem tengok malu aku . kantoi semua kebrutalan aku bila baca novel cintan . Lagi tak tahan bila novel cintan ayat bunga-bunga sakura ....perghhhh masak la masak ..... dan lagu jiwang ..sila jangan menyapa telinga ...... rasa mcam nak muntah hijau pun ada . teruk tak perangai .maaflah kepada mereka yg tengah hangat bernafsu cinta ...Sesungguhnya telah aku nyatakan cinta ini hanya kerana Allah dan Rasulullah ... jadi jika pintu hati ini dibuka harapnya kepada yg selayaknya . ecehhhhh . tapi pada yang bercinta untuk kahwin dan menjaga segala batas saya respect . dan kepada mereka yg bercinta untuk mendapatkeredhaan Allah saya respect . dan kepada mereka yg bercinta selepas kahwin . ouh anda sangat awesome :D

Ada sebab kenapa Allah SWT menjadikan Hawa daripada Adam a.s
Ada sebab kenapa perempuan diwajibkan menutup auratnya keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan ..
Ada sebab kenapa ada surah tentang perempuan dalam al-Quran (Surah An-Nisa) bukan surah lelaki (Ar-Rijal)
Ada sebab juga kenapa yg dimaksudkan Rasul dan Nabi itu adalah LELAKI yg diutus oleh Allah swt.
Ada sebab kenapa tahap merajuk perempuan complicated dan sama juga kenapa tahap untuk memahami lelaki juga sama complicated ..
Ada sebab kenapa lelaki dibenarkan berkahwin sehingga empat isteri ..
Ada sebab juga kenapa wanita yg melahirkan dan menyusukan ..
Ada sebab kenapa wanita dan lelaki itu berbeza ..
Ada sebab kenapa perbezaan itu menyempurnakan ..

"When she is daughter,she opens a door of Jannah for her father . When she is a wife, she completes half of Deen of her husband. When she is a mother,Jannah lies under her feet-If everyone knew the the true status of a Muslim woman in Islam ,even the men would want to be a women." [Sheikh Akram Nadawi] 
*Bukan senang nak jadi perempuan .wlaupun kebanyakan lelaki akan ckp 'Sampai bila-bila aku takkan faham orang perempuan' .

Sesungguhnya tiada yg benar melainkan yg benar belaka dan Sesungguhnya Allah SWT Maha Bijaksana.Setiap apa yg dijadikannya takkan pernah sia-sia . Hikmahnya terlalu luas . Apa lgi yg kita mahu? nikmat apa yg kita nak nafikan ?hanya kerana dugaan kecil kita sudah berburuk sangka pada Allah swt. Ya Allah, nauzubillahiminzalik ..bak kata abang heiji: kadang-kadang kerana dugaan sedikit ,kerana kesalahan sikit kita mudah membesarkan sifat mazmumah diri kita sendiri.

Kita nak apa? satu kita kena ingat selalu : Dunia bukan syurga untuk orang yg beriman , dunia bukan tempat yg kekal , ia hanya persinggahan . dunia bukan yg aman tanpa peperangan atau selesa tanpa bencana . setiap terjadi hanya kerana ini adalah dunia tempat kita diduga , dan akhirnya Syurga itu yg hakiki yg kekal abadi . Jadi sentiasa lah bersangka baik dengan Allah swt.

Comments

thats true...ada sebab disebalik sesuatu kejadian...tiada kejadian berlaku secara tidak sengaja....

Thanks for sharing..bersyukurlah dengan nikmat yg telah diberikan kpd kita