BERHIJAB :)

Salam dear bloggie .
Hari ni rasa macam tergerak hati nak berdakwah dan cakap soal hukum .
Sebelum ni Mida memang macam tak kuat nak sentuh isu aurat ni ,sebab mida ramai juga kawan yg tak bertudung ..
Nak dakwah tapi bila renung balik diri sendiri ,terlalu banyak kekurangan .
.Jadi mida langsung tak berani sehingga ke hari ini ...Tapi Mida sentiasa berusaha ke arah yg lebih baik ..cuba melabuhkan apa yg patut  ~cuba dari hari ke hari sampai nanti ...mida berani ..
.I have my own way ? How bout yours? Ummah Way its our way :) 
Ini cara kreatif  Syahiran berdakwah . 
6 Fakta Saintifik Kelebihan Berhijab.


1. Artikel 'The Science Behind The Veil'-Karima Burns ,menjelaskan bahawa 40 hingga 60peratus tahap kepanasan badan seseorang akan hilang melalui kepala. Jadi mereka yg menutup kepala terutamanya pada waktu sejuk mampu mengawal suhu badannya berbanding mereka yg tidak menutup kepala .


2.Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di USA melaporkan hampir 700 orang dinegara tersebut meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh penyakit yg berkaitan suhu panas.Kebanyakannya kerap terdedah dengan cuaca panas tanpa sebarang PERLINDUNGAN .


3.Menurut pakar otak,V.G. Rocine foforus otak akan mencair pada uhu 42.2 darjah celsius. Keadaan ini lazimnya akan berlaku apabila seseorang itu terdedah pada panas terik tanpa menutup kepala. Fosforus yg mencair boleh mengakibatkan  fungsi otak menurun selain menyebabkan beberapa kesan negatif pada otak.


4.Canadian Neuron-Optic Research Intitute Online dalam artikel yg bertajuk 'Highest Phosphorus Food' turut menerangkan perkara yg sama iaitu seseorang itu berada pd tahap kesihatan yg berbahaya jika suhu badannya melebihi 40.5 darjah celsius. Kesannya adalah pd kesihatan otak apabila fosforus mula cair. Justeru, bahagian kepala haruslah ditutup ketika terdedah pada cuaca panas.


5. National Education Centre for Agricultural Safety (NECAS) menyatakan penutup kepala yg terbaik saat terdedah kepada sinaran cahaya matahari (selain menutup bahagian kepala) adalah ia mesti mampu melindungi bahagian leher ,wajah , dan telinga. dan berhijab cara sempurna adalah penyelesaiannya.


6. Pernahkah anda berasa pening sebaik selepas beberapa minit terdedah kpd pancaran cahaya matahari? Sebenarnya,ini adalah perkara lazim yg berlaku seandainya membiarkan kepala tidak ditutup. Haba daripada matahari boleh menyebabkan saluran darah dalam otak mengembang dan meningkatkan suhu pada kulit. Ketika inilah kesakitan akan terasa. Silau pancaran matahari boleh juga menganggu mata anda ,membawa kepada sakit kepala.
*sumber Hijabistamag .


Pengalaman :
-saya yg bertudung pun masih rasa malu dan takut dipandang oleh lelaki bagaimanakah perasaan anda yg bukan sahaja tidak berhijab malah hanya memakai singlet keluar dari rumah?
-Saya sebagai kaum hawa , sangat malu bila golongan Hawa menunjukkan auratnya tanpa segan pada kaum Adam .malu sangat .
-Membuka aurat hanya kerana mahukan perhatian adalah benda paling bodoh yg anda buat dalam hidup anda .
-Ketahuilah AURAT itu wajib ditutupi .
-Ada sebabnya kenapa kita umat akhir zaman dipilih untuk menerima tanggungjawab menunaikan solat malah ada sebabnya kenapa kita juga dipilih untuk menutup aurat . Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Bijaksana .Hukumnya ADIL dan tiada yg sia-sia .


Akhir kata: Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yg buruk datangnya dari kesilapan diri saya sendiri.

Comments