Ada Sebabnya.

Assalamualaikum.....Huyeahhhh hari ni cuti .. Fuhh penat aku bergusti dengan adik aku yg bulat sorang tu .. kelemahan dia kat perut .... geletek sikit gelak-gelak lepas tu nanges.nanges pula tu macam trak bomba kuat nya ....Masya-allah memang boleh pekak telinga . Sorry la Kin pecah rahsia hekhek


Okay . semalam dah habis cerita pasal adik aku .sumpah aku tak tipu aku betul sedih dan betul memang aku langsung tak jatuh kan airmata ..Tapi malam tadi aku mimpi dia . Ya Allah aku ni terlebih fikir ke apa sampai mimpi dan dalam mimpi tu aku rasa aku dapat adik aku balik dan aku nanges ..tanpa aku sedar bila aku bangun ... memang aku masih menanges .Aku  tak nak nanges sebenarnya


Komen Abang Heiji memang dalam lah .. Abang Heiji pun blogger juga . Bahasa dia sangat lah kesasteraan ...untunglah Jujue ada abang yg boleh jadi pendorong semangat hehehe .*sila klik gambar untuk tumbesaran .


Aku dah kata aku tak nak nanges ..memang la menanges tu bukan menunjuk kita ni lemah TETAPI ..aku berpegang pada prinsip......iaitu dan dimana ..'Airmata yang mengalir bukan kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah sia-sia' ...sebab pada aku selama ini dah terlalu banyak airmata aku yg mengalir adalah sia-sia . ishh rasa membazir je ..Tapi kadang-kadang memang mengalir juga tanpa diduga. 


Aku ni nak sangat kalau ada kembar ... tapi takde nak tahu tak kenapa .. dan sekarang aku tahu kenapa .. Aku ni susah nak terima perubahan lagi-lagi kalau menyakitkan dan aku tak kuat nak terima...mungkin agaknya kalau aku ada kembar aku tak bagi kembar aku tu berpisah dengan aku .. Aku memang tak suka orang lain ambil hak milik aku . kecuali yg mengambil adalah Tuan yg punya iaitu ALLAH SWT . Dan dengan itu biarlah segalanya aku serahkan hanya kepada ALLAH SWT . Sesungguhnya segala yg aku ada hanya pinjaman tak berbayar ..dan aku harap aku dapat memperhambakan diri sebaik-baiknya ..walau aku cuma manusia biasa dan....aku juga berharap bahawa hati aku sentiasa redha dengan ketentuan-Nya . AMIN.



Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Comments

Shazwina said…
teringin nak ada kembar eh? hehe anything happen. bersabar and always ingat kita selalu ada DIA yang sebenarnya tk penah tinggal kita pun. Btw, boleh bg pendapat ttg unikl ? :)
sugar rush said…
Hye dear, feel free to visit our blog with latest fashion trends we can find in store! :)) http://alsugarrush.blogspot.com/