Islam Sebagai Mahar Perkahwinan .

Assalamualaikum. 
Sejarah memberi pengajaran untuk dipelajari .

Berita Ghumaisha' atau Ummu Sulaim menjadi janda menarik perhatian seorang lelaki bernama Abu Talhah. Dia berusaha melamar Ummu Sulaim .

"Wanita mana sekalipun pasti tidak menolak pinanganmu ," balas Ummu Sulaim semasa dilamar. "Tetapi bagaimana saya dapat menerima lamaran kamu sedangkan kamu kafir dan saya wanita Islam ."

"Apa maksud kamu ?"Abu Talhah bertanya.
"Tidak halal saya berkahwin dengan kamu."
"Apakah yang perlu saya lakukan?"
"Sekiranya kamu mahu masuk Islam , itulah mahar bagi saya dan saya tidak meminta yang lain daripada itu."

Kata-kata Ummu Sulaim memberi harapan pada Abu Talhah bagi memperisterikannya . Dia semakin tertarik mengenali Islam dengan lebih dekat selepas mendengar kata-kata Ummu Sulaim . Dalam tempoh itu,dia mengisi masa dengan mendalami Islam .

Akhirnya ,Abu Talhah mengucapkan kalimah syahadah . Pengislamannya itu menjadi mahar baginya mengahwini Ummu Sulaim . Abu Talhah berjaya memperisterikan wanita gigih yang berjaya menambat hatinya itu.

Tindakan Ummu Sulaim yang hanya mahu menerima keislaman Abu Talhah sebagai mahar perkahwinannya dikagumi oleh semua orang. Salah seorang daripadanya adalah sahabat mereka bernama Tsabit al-Banni .Dia berkata ,"Saya tidak pernah melihat seorang perempuan yang lebih mulia maharya dibandingkan dengan Ummu Sulaim."

"Belum pernah kami dengar mahar yang lebih mahal daripda mahar Islam!" tambah salah seorang sahabat pula.

Semua orang tahu Abu Talhah adalah lelaki Ansar yang kaya raya dan memiliki kebun kurma yang luas di Madinah . Salah satu harta yang paling disayanginya adalah sebuah kebun kurma yang dipanggil Bairuha'. Ia terletak betul-betul dihadapan masjid . Dia dapat mengahwini sesiapa sahaja yang diigini tetapi hanya Ummu Sulaim yang benar-benar ingin disunting .

Ummu Sulaim hidup bersama Abu Talhah sebagai isteri yang setia , memberi sepenuh kasih sayang dan menyenangkan hati suaminya . Kebahagiann bertambah apabila mereka sikurniakan seorang anak lelaki yang diberi mana Umair .

Sejak mengiktirafkan dirinya Islam , Abu Talhah menjadi salah seorang sahabat nabi yang menonojol Beliau terkenal sebagai salah seorang yang berani dan pemurah.

Suatu peristiwa berlaku semasa Abu Talhah keluar atas satu urusan. Pada masa itu , anak mereka ,Umair meninggal dunia . Apabila Ummu Sulaim mendapat khabar suaminya dalam perjalanan pulang , beliau mengingatkan orang disekeliling ."Jangan sekali-kali kamu semua memberitahu berkenaan kematian anak kami . Biar saya sendiri memberitahunya."

Sebaik sahaja Abu Talhah masuk ke rumah ,Ummu Sulaim menghidangkan makan malam . Selesai melayan makan minum suaminya ,Ummu Sulaim masuk ke bilik dan berhias diri dengan solekan sebaik mungkin . Apabila Abu Talhah memandang isterinya timbullah keinginannya untuk bersama isteri yang sekian lama ditinggalkan .

Sesudah selesai melayani segala keperluan dan keinginan suaminya , Ummu Sulaim mula mengatur perbualan . "Apa pendapat kamu apabila satu puak meminjamkan satu barang kepada sebuah keluarga kemudian puak itu datang dan minta dipulangkan semula barang yang dipinjamkannya itu? Apakah keluarga itu berhak menolaknya.?"

"Tentulah sekali-kali tidak. Keluarga itu mesti memulangkan barang yang dipinjamkan."
"Sekiranya begitu ,tabahkanlah hatimu."
"Apakah sebenarnya yang berlaku?"

Ummu Sulaim pun mengkhabarkan kepada suaminya mengenai kematian anak mereka . Kelewatan Ummu Sulaim memberitahu berita sedih itu membuatkan Abu Talhah marah . "Kamu melayani saya sepenuh hati , kemudian baru kamu beritahu hal ini?"

Abu Talhah sungguh marah atas perbuatan isterinya itu .Dia keluar dari rumah mendapatkan Nabi Muhammad. Segera diceritakan segala hal yang berlaku bermula daripada tibanya dirumah malam tadi . 

Nabi Muhammad mendengar aduan Abu Talhah mengenai perbuatan isterinya itu sehingga habis . "Mudah-mudahan Allah memberi barakah dekapa malam yang kamu berdua lalui."

Dengan izin Allah ,Ummu Sulaim mengandung dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki diberi nama Abdullah bin Abu Talhah . 

Kecerdikan Ummu Sulaim atau Ghumaisha' bukan sahaja membawa Abu Talhah , seorang yang disegani di Madinah menyertai kaum Muslimin , malah mereka sama-sama bergerak aktif dalam urusan dakwah . pasangan ini sama-sama berjuang menegakkan Islam . Mereka juga antara orang Islam yang mengikat perjanjian Aqabah demi memperjuangkan Islam . 

Antara peperengan yang disertai oleh pasangan mulia ini adalah Perang Badar ,Perang Uhud  dan Perang Hunain . Semasa Perang Uhud , Abu Talhah antara orang yang rapat memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad berkata , "Semasa saya masuk ke dalam syurga, saya mendengar bunyi tapak kaki . Saya bertanya kepada para malaikat "Siapa itu?" Mereka menjawab ."Itu adalah al-Ghumaisha' puteri Milhan."

Indahnya Cinta.Kisah-Kisah Kekasih Allah;Ezze Rahmani .

;;Subhanallah . Hebatnya kuasa Allah . Sesungguhnya apa yang kita ada bukanlah milik kita . Kita hanya meminjam . Pemilik sebenarnya adalah Allah SWT . Sampai masa kita harus memulangkan apa yang dipinjamkan,maka redha dan berterima kasihlah . Hargailah peluang yang diberi . Tiada satu pun yang ada pada kita adalah milik kita . segalanya dipinjamkan . Gelaran kita hanya peminjam tidak pernah sekali sebagai pemilik .mungkin sementara bukan selamanya ..Bersyukurlah atas segala nikmat yang diberi ..dan Ya Allah jadikanlah aku sehebat Ghumaisha' ini Ya Allah . AMIN~ 

Comments

ZWAN SABRI said…
mulia sungguh ummi sulaim.. :)

Popular Posts