Nov 30, 2011

SPM its OVER :> ALHAMDULILLAH.


Assalamualaikum satu Malaysia tersayang. Hari ni adalah hari yang paling menggembirakan saya dan Hari paling menggembirakan buat rakan sebaya seperti saya . Hari apa ? Hari last paper SPM !
Semalam budak ICT dah habis dulu .But just 20 of them so kitorang macam takpe tinggal lagi satu paper.Which the day is TODAY . Selsema yg menganggu buatkan aku terpaksa study sampai jam 3 pagi . Demi BIOLOGY ku relakan jua .hehe.Jadi semua student pure science yg tak ambil subjek tambahan atau ambil subjek tasawwur sebagai subjek  tambahan OFFICIALY habis SPM hari ini :D Jadi Disember is what we call 'ENJOY MONTH' XDD Untuk mereka yg tak habis exam tu teruskan perjuangan anda chaiyokchaiyok .Jangan risau Jangan Jeles .lambat cepat habis juga nanti .Hari kita ambil result pun sama .hehe


Pagi-pagi sumpah tak larat nak bangun wei .study sampai pukul 3 pagi. Buat pertama kali aku tak tutup lampu masa tidur , baca buku punya pasal . Sampai sekolah macam jin aprit , hari last konon .kecoh betul aku ni . Macam biasa Dataran Gemilang Setia menjadi saksi kami mengulang kaji buat kali terakhir.
"Kecermelangan Milik Kami".
The Sejahterians . Aku akan rindukan korang . We had too many memories together , dari hari pertama Form 4 masa kat kabin , masa aku tak kenal sorang pun yg ada dalam kelas tu . Masa aku tak tahu nak duduk dengan siapa, nak cakap dengan siapa . Hari demi hari bermula dengan Shyndi . . dan kemudian dari aku seorang yg korang sangka 'pendiam' terus jadi orang yg paling bising dalam kelas tu .hehe


Too many moments and memories to remember as Sejahtera .dari 57 orang tinggal 33 orang dan now 32 orang .5 orang lelaki 29 orang perempuan . Macam mana kita lalui setiap hari sebagai Sejahterians mmg best . terutama dalam kabin sauna tu kan . Dari awal tahun sampai akhir tahun kita merungut tapi kita tak dapat juga duduk kat bangunan baru tu .haha .Puasa , beraya , berdrama , berparti .oh everything together .tengok je macm mana gambar kelas kita yg berbelon semua tu . oh Sejahterians semua .you all are the best CLASSMATES ever for me .untill forever . I will also miss Cikgu Denan and all teachers yg ajar kami .semua cikgu batch 5Sejahtera 2011 best dan baik . Cikgu Sabariah ,Cikgu ZZ , Cikgu Lela , Cikgu Nooranizah, Teacher Azizah , Cikgu Rosidah , Cikgu Azlinawati , too many cikgu dari tahun lepas sampai sekarang. Terima Kasih Cikgu !
comel tak .hikhik .peace .!
Okay habis exam .tepat 3.30petang . Semua dah buat bunyi . Terutama Zuhri yg duduk sebelah saya .selama ni senyap je .Hari ni lah dengar dia menyanyi sebab selama exam dia serius je padahal selalunya dia lah paling tak normal .haha. Dan bila pengawas peperiksaan dah kutip semua kertas . Apa lagi Ketua Pengawas tu berucap .Dia cakap la Semoga Berjaya blablabla~ sporting cikgu tu . Oh Terima Kasih Cikgu jaga kami 3 minggu ni :D dan buat lek je walaupun saya makan gula-gula masa exam , sengih-sengih dengan Zuhri kat sebelah , toleh kat 'Sumber Inspirasi'.ouh Terima Kasih yaa Cikgu :)


Apa lagi . .tepung la habis exam . Shyndi yg bawak telur dengan tepung tapi Wani dah curi tepung , Inna dah curi telur . Aku antara yg mula-mula kena tapi aku tak kisah pun . Biarlah kena tepung jatuh gomak pun aku rela .
 macam Ayah aku kata bila tengok budak IT main tepung semalam :Its memory to gain .(sporting tak ayah aku)
Inna , Madhi , Shyndi dan Me . Disebabkan Dijah tak mahu gambarnya diambil jadi dia kenalah ambil gambarheheXD
Inilah Sejahterians yang tinggal , yang main hujan . serius macam budak-budak gila .hehe. Rileks la hari terakhir sekolah la . Enjoy the moment ! Shyndi Ayu Pratiwi banyak gila memori dia dengan aku . dulu mula-mula kitorang masing-masing cakap sepatah-sepatah je tapi dah lama-lama .sampai Ustazah complain suruh kitorang pindah tempat sebb bising sangat .HAHA xxD Aku pergi pertandingan roket tahun lepas yg menang tempat ketiga sebab roket warna pink tu pun dengn Shyndi ni :) hehe. Dia juga selalu jadi bahan ekspiremen atau anak patung aku hehe . terutama kalau ada Pertandingan Mengandam .hehxDD rumah dekat je . tapi Shyndi dapat PLKN .Inna pun .hee . so , kepada sesiapa yg dapat PLKN enjoy your Khidmat Negara okay.hehexD
Dari semalam dorang dah cakap nak conteng baju . Aku punya tak la .aku kan ada adik .dorang takde adik bolehla .hehe . aku tumpang sekaki tumpang conteng .heheh .
Dan inilah hari terakhir saya memakai unifrom sekolah . dan lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia . Putih kan ? itulah sebab dah berbedak dengan tepung gandum .
My last memory tadi : Makan tengah hari dengan Zul dan Azmeer :D Bergossip gilalah over .haha
Sempat juga tanya apa first impression dorang kat aku .
Zul: Kau ? Kalau perempuan lain tahu malu , kau tak . Azmeer: Kau jadi diri kau la , mana-mana pun sama . Kau tetap kau . Bukan plastik sebab sekarang kan banyak plastik .
Faizal :Kau ? Tomboi , Otai ..
Haa? Tomboi ? takdelah im girlie you tapi aku Brutal~ hehehe . Macam-macam tanggapan org kat aku tapi kesimpulannya sama . Aku ni boleh la dicop Muka Tembok Cina . Jenis yg peramah , no cover-cover . sebb tu aku takde pakwe? eh tak pe .saya yakin pada Jodoh Allah .Kalau boleh saya nak bercinta lepas kahwin ouh so sweet~ ngehh baru habis SPM dah gatal nak kahwin .nak kena sekeh ?haha
dan the best moment is: masa tengah duduk ready for last paper .Biology paper3 . ada org tu tegur kita .kita kan duduk kat tepi pintu .Dia senyum dan tanya soalan apa yg masuk . Saya pun curi-curi tengok la , saya cakap kat dia .saya masuk dewan awal masa tu ramai yg belum masuk. tapi dlm masa5 minit je nak cek apa kan . Tapi saya sampai habis paper fikir tak percaya dia senyum dan cakp dengan sya pada hari terakhir sekolah .ooemmjeyyyy . Dia tu siapa ? adalah my crush .blueekkkk~


Okaylah SPM dah habis . Memangla kalau menuntut ilmu sampai mati pun kita dituntut menuntut ilmu.tapi SPM dah habis sama dengan 'Welcome to Real World' .Saya dah buat yg TERBAIK , kini hanya mampu berdoa dan tawakal .Bak kata Zhafri: Jumpa lagi 4 bulan .hehe  .nampaknya korang akan nampak saya lebih kerap update .hehe . Kawan-kawan pun tahu kalau nak jumpa saya cari je kat Facebook , Blog dan Twitter .konpem jumpa .hehe . benda pertama saya nak buat tidur lepas Maghrib ni . okay . love mush :D

Nov 29, 2011

SAYA HANYA MEMINATI MUHD NAZMI FAIZ MANSOR Sebagai Pemain Bola Sepak Sahaja:D

(apasal aku dengar lagu jiwang ni . oh perlukan penjelasan. takde masa aku nak menjiwang lah ;p)


Assalamualaikum .hai abang adik kakak. wah kacak anda semua hari ni , lagilagi bila senyum nampak gigi .hehe:D


Hari ni macam biasa kita nak cerita pasal Nazmi Faiz lagi yeah .wahwahwah , Mida? kata nak kurangkan keobsesan . booo~~ . Memang la dah kurang . kurang lah at least aku takde lah berangan melambung sampai langit konon nak jadikan Nazmi Faiz ni calon bakal suami . oh tidak sesekali . Saya cuma minat dia sebagai pemain bola sepak .yaayaa. Gadis-gadis di luar sana pun kalau nak berangan jangan 'hiperbola' sangat okay . 
Bak kata aku , Peringatan bersama : Jangan terbang terlalu tinggi , kalau jatuh parah . okay n_n --> Based on true experience :D
Sebenarnya aku takde plan pun nak tulis pasal Nazmi Faiz ni lagi dan lagi .tapi.....................
Sampai je kat sekolah , masuk pagar> belum sampai lagi kat dataran dari jauh 
Rudy tegur : Wei Asmi apa cerita?
Aku: Apa cerita apa . Kalah la wei . Nak buat macam mana .Tapi Nazmi gol la wei GOL! Luar kotak penalti tau. 
Rudy:Yelayela aku salute dia  . 
Aku senyum je .haa , mengaku pun kau kehebatan dia , nak debat dengan aku pasal Nazmi Faiz pulak .kalah la kau wei dengan baju Arsenal kau .haha .  Macam biasa budak-budak kelas aku akan tekun mengulangkaji pelajaran kat dataran . Haa  , dah jangan start cerita pasal bola dengan aku .memang aku susah la nak berhenti kan .haha xxD
Syera pulak datang: Mie ,'pakwe' kau gol dari jauh.
Aku :macam .heheheehXDD


Chemistry Paper One . Satu jam lima belas minit .It was fine. Chemistry Paper Two . Dua jam 30 minit . It was better. Apa lagi lapor dah ni .Masa untuk makan . dalam kepala dah terbayang Nasi Goreng Kedai Mak Cik . Masa nak pergi tu depan aku ada budak-budak lelaki kelas IT .dan salah seorangnya Syafiq . kaki bola jugak la . Tiba-tiba dia toleh , 
dia tegur :Tak habis-habis dengan Nazmi kau . 
Aku: Kau tengok la dia gol luar kotak penalti .kau mampu ? 
Syafiq:Okaylah itu aku mengaku dia world class. 
Aku cuma tersenyum lagi . korang perasan berapa kali dah .Dua kan ? 
Okay duduk di kedai Mak Cik .menunggu Nasi Goreng . datang NadZ dengan Shasha . Amekkaw cerita pasal Nazmi Faiz lagi .okay kali ni aku yg bukak cerita . huahuahua . Habis semua cerita dia aku keluar .haha


Sampai pulak my Real Boyfriend's . Gallant . Tiba-tiba si 
Syazmir: Amboi tersenyum jelah HERO dah gol .haha. 
Mirza:Ala nasib je tu . 
Aku: Nasib sikit la . aku tengok banyak kali . blablabla~( aku cerita mcm mana Nazmi gol dari awal sampai masuk . nah tengok video INI :D lawa kan ?)
  Masuk pula cerita Fahmi . sampai sini dorang semua dah dirty mind-,- sengal gila . Bayangkan aku sorang perempuan , lepas tu aku sorang je pulak tu yg ada exam lepas tu . Memang la , gelak punya pasal aku dah baca dah sekilas Soalan no2 Paper Chemistry3 yg gila lah unexpected tu tapi boleh lupa --" .ouh salah sendiri sape suruh duduk dekat dorang . hahaha Itu kali keempat .
Balik je apa lagi baju tak buka , terus online . Tak senonoh oh aku .Adik-adik jangan contohi kakak yeee:D
Tiba-tiba Kak Suri tag: Comel pulak aku tengok Si Nazmi Faiz Mansor ni. .Kat tengah padang boleh tahan hebat ~~(^~^) . (okay sampai situ okay dah .tibatiba) *Jangan risau Asmi Asmidar . .dia masih muda . .Akak minat dengan attitude dia kat tengah padang je .(dengan smiley comel) . hahaha
Sumpah aku terus tergelak .hihihi . Apalah Kak Suri ni malu denn . Nanti ada lah isu berbangkit kalau jumpa nanti . ;p 


Dekat dahi aku ni memang ada tulis nama Nazmi Faiz Mansor ke? . haha . Nasib baik aku takde boifren . huahuahua~ Asyik cerita pasal bola je  lepas ni aku ceita pasal Moto GP Cup Prix ada orang nak baca tak ?haha
Kesimpulannya , dahi aku takde nama Muhd Nazmi Faiz Mansor yee . Cukuplah minat kat dia sebagai pemain bola sepak je , paling jauh pun jadi kawan sebaya dah la . Nak cerita karier dia pasal bola voleh , lebih-lebih aku tak masuk campur :)


Yeahh! Esok last paper Biology ! Aku target A+ ni . so wish me luck . dan sesiapa yg nak ajak aku date tu boleh la berbuat demikian selepas pukul 3.30 petang esok .okay :D jyeahhh . daa sweetietweetie .much love:*



Nov 27, 2011

MALAYSIA v.s BAHRAIN (GOL PERTAMA MALAYSIAN BOY)

Assalamualaikum . Hello my dear readers . You are beautiful . okay cut semua mukadimah, mari kita straight to the point.


Malaysia(HarimauMuda) tewas ditangan Bahrain 3-2 . Oh sedih , nampaknya perjalanan Malaysia untuk mendapat tempat di Kejohanan Olimpik London 2012 brtambah sukar . Team Harimau Muda kena kuatkan lagi semangat , fizikal dan mental . Tapi kalah kali ni kira bermaruah la jugak beza 1 gol je .
Siapa yg tengok , tahulah gol dramatik Bahrain dalam masa 5 minit 3 gol sekali masuk . Gol pertama , okay memang dramatik . Aku tak expect, kalau Fahmi yg duduk depan tu lagi lah tak ,aku rasa . Gol kedua , okay maybe ada  kekeliruan . dan tak sampai satu minit tiba-tiba dari tendangan sudut bertukar ke gol kemenangan buat pasukan Bahrain . So rakyat Malaysia , memang dalam keadaan terkejut like :0 (lalat pun boleh masuk mulut)


Okay.now kita flashback balik macam mana corak permainan kita yg menghasilkan 2 gol bermaruah tu .
Masa mula-mula game start kita boleh nampak cara pemain Bahrain yg memang nak rampas bola je . Pantang pemain Harimau Muda dapat bola . terus lah dia nak kejar . dah la pemain dia tinggitinggi laju pulak tu , perghh bahaya gila waa cakap lu .
First half memang la semua pemain goodgood je .  Muslim tak main dia cedera .kesian gila aku tengok muka dia dapat tengok je .Kesian oh ! Wei Fadhli Shas , Irfan Fazail masuk balik . Fakri pulak takde . Irfan Fazail potong rambut .hensem wei .wah #tetibe. Gila lah wei Thamil Arasu jadi solo striker . tak boleh jadi .memang tak menjadi . dan akhirnyaaaaa. . . . .  . .  .. . .  .. . . . . .. . . . ..   . .silat lihat gambar di bawah hensem tak ?
wei , GOL pertama Muhd Nazmi Faiz Mansor sebagai Harimau Muda ! Gila la wei .Lawa gila gol dia . Kau tak tengok ?rugi! Kalau tengok , korang takkan mampu nafikan Gol dia cantik . Masa tuh aku rasa memang ramai gadis-gadis di luar sana dah menjerit ,melompat dan macam 'wei ,Nazmi gol NAZMI' . haha .makin ramai la peminat dia lepas ni. aku pulak bersituasi.dalam bilik
Adik:Haaa,Nazmi gol .suka letteww:D
Aku:(diam) Aku tak jerit apa pun .kecoh la kau . memandai je .tapi Nazmi mmg hebat kan -,- (orang batukselsema tak larat nak menjerit)harus diingatkan aku hanya meminati Nazmi Faiz sbagai pemain bola sepak.oh SEKIAN . Harap Maklum .
Second half , Nazmi cedera .oh kesian dia . Wan Zack pun dah keluar diganti dengan Syahrul Azwari yg hensem . dan Nazmi diganti dengan Faris Danial . Nazmi mmg la cool tapi bukanlah bermakna dia takde Harimau Muda tak bagus . dan kemudian Gol dramatik dari Mahali Jasuli .ouh Hebat la Mahali .


Tapi malangnya kelekaan dibahagian pertahanan dan kekeliruan Khairul Fahmi telah menghadiahkan kemenangan terkejut Bahrain . Tapi apapun jadi , Kalah Menang Adat Pertandingan . Bola Itu Bulat . Dalam permainan bola sepak kita kena terima hakikat bahawa apa pun kemungkinan boleh terjadi . Tak boleh terleka dan cepat bersuka ria.
Ayah saya cakap: Bahrain main kasar . Main jahat . Dia cederakan pemain kita . 
Ouh memang pun . Nampak sangat . Aku pernah main futsal (bola) kan .dengan budak lelaki . I know how it feel dicederakan . Budak Gallant cakap:Eleh , biasalah Mie kalau main bola kaki mesti cedera . Wah ganas tak aku . haha . 
Satu benda yg aku tak puas hati , aku tak suka lah org yg suka dedahkan aib org lain .Korang tahu kan sekarang org semua heboh cerita pasal privasi life Fahmi . Macam takde life oh dok citer pasal life orang lain .sudah sudahla .dah masuk Tahun Hijrah .berubahla . Sekarang Nazmi dah makin popular. Bila seseorang mula dikenali ramai , mereka akan cuba dikenali sehingga terserlah keburukannya walaupun kecil . Stop it la people .Come on Get A LIFE . like seriously.Terima hakikat mcm aku ni, dalam padang dalam tivi dia pemain bola yg versetaile ,luar padang .. akuilah kau tak kenal siapa pun dia .(beli paper esok mesti ada muka Nazmi.hehe)


Aku selamanya HARIMAU MALAYA . Selamanya HARIMAU MUDA. 
'Kami tetap berdiri teguh ,Demi wira sukan negara, Semangat juang kami teguh .Go MALAYSIA!
'KALAU TAK MAMPU MEYOKONG KETIKA KALAH , JANGAN SORAK KETIKA MENANG'-Cloude Nimbus.

Nov 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433 :)

Hijrah itu permulaan .Hijrah itu perjuangan.Hijrah itu persaudaraan. Hijrah terbentuk perpaduan


Assalamualaikum .hai u olls .i update lagi .mwehehe :D Dah ready ?
Hari ni 30Zulhijjah 1432H . Korang ni jangan ingat 31Disember je .tahun Masihi ingat Tahun Hijrah lupa .malu wei jadi orang Islam kalau tak ingat tarikh atau tahun Hijrah . sebab Nabi Muhammad SAW dulu susah tahu nak berhijrah , bukan satu perkara yg mudah tapi dengan Izin Allah . Hijrah Nabi Muhammad SAW telah membawa kepada satu permulaan baru pada seluruh umat Islam di Madinah dan Makkah ketika itu dan seluruh dunia kini.


kalau tahun baru masihi korang boleh sambut grand grand . gempak-gempak .konsert sana konsert sini .takkan sambut Maal Hijrah tak boleh . bukan susah pun wei . lepas solat Asar baca Doa Akhir Tahun .Lepas Maghrib baca Doa Awal Tahun .tak susah wei . sekejap je . tak payah nak bersesak jalan semua . cuma doa dalam keadaan yg tenang  .Mudah .
Doa Akhir Tahun : (baca sebelum beberapa minit masuk waktu maghrib selepas solat Asar) kalau ikut waktu KL dalam pukul 6.45petang bolehla baca doa akhir tahun . Doalah , Ayah selalu pesan:Doa itu senjata orang Mukmin . dengan doa segalanya boleh jadi , dengan Izin Allah segalanya tidak mustahil .Yang penting doalah agar segala amal kita tahun ini diterima .Doalah agar segala dosa kita diampunkan . dan doalah agar segala perkara yg berlaku pada tahun ni memberi kita hikmah , dan segala cubaan mendekatkan diri kita kepada Allah . Doa agar Allah menjadikan kita orang yg bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan dan hindarkan hati kita daripada terpedaya dengan apa yg Allah hindarkan .Ucaplah TERIMA KASIH pada ALLAH kerana kita mash dipanjangkan umur diberi peluang untuk BERTAUBAT.
Ingat ! Kadang-kadang nikmat yg Allah beri boleh jadikan kita KUFUR atau BERSYUKUR .


Doa Awal Tahun:(baca selepas solat Maghrib) . Lepas solat Maghrib ni bacalah Doa Awal Tahun . Doa agar segala urusan kita pada tahun ini dipermudahkan . Doa agar kita sentiasa dlm golongan yg beriman , doa agar kita menjadi orang yg bersyukur dan berasa cukup . Doa agar tahun ini lebih baik dari tahun lepas . Sebab kita tak tahu apa yg akan berlaku pada masa hadapan . Doa agar dipanjangkan umur untuk beribadah dan bertambah iman dan terhindar dari tergolong dlm golongan yg mempersendakan agama. Doalah yg baikbaik . Doa agar dipermudahkan rezeki dan jangan lupa doa untuk diri kita terutamanya , buat IbuAyah kita , Keluarga kita , Jiran kita ,Sahabat kita , orang yg kita kenal dan MusliminMuslimat yg hidup atau yg telah mati . Kita doakan orang Insya-Allah orang juga akan mendoakan kita .
Ingat! Kejayaan kita hari ini kadang-kadang bukan sebab doa kita tapi doa orang lain .:)


Dalam Buku surah yassin , tahlil dan Doa mesti ada la dua Doa ni .
Marilah kita sama-sama berdoa dan saling mengingatkan . Allah berfirman "Ingatilah AKU , nescaya aku akan mengingati mu " (Surah Al-Baqarah:152)

Bersiaplah pakai lawanlawa .Ayah selalu pesan : Nak sembah Allah pakai lawa-lawa , bersih , wangi . Kalau  pergi jumpa awek/pakwe boleh pulak siap lama-lama ,make-up berejam pakai minyak wangi sampai sebotol .Nak menghadap Allah , kenalah lagi bersih , lawa dan wangi . 

Janganlah malas . Tak ke kita malu . Haiwan berzikir , tumbuh-tumbuhan berzikir . segala yg ada di langit dan bumi berzikir pada Allah .Kita sebaik-baik kejadian lupa pada Allah . Astaghfirullah .Ya Allah , jauhkanlah kami dari lalai dan leka . Sesungguhnya Maha Suci Engkau yg tidak lupa dan tidak tidur . 

Akhir sekali , buat semua pembaca yg disayangi SALAM MAAL HIJRAH ke 1433 :) 

NAZMI FAIZ dalam Akhbar Semalam dan Hari ini.

Assalamualaikum .hello peeps . yeahh again! bosan tak setiap entri ada nama Nazmi Faiz . okay entri lepas ni konfem takde . betul ! tak tipu . (satu entri je lah) haha.


Laa , tak habis lagi ke orang duk view pasal entri Malaysian Boys tu .sanggup betul korang baca entri panjang lebar tu kan .haha
Anyway kan , korang perasan tak sejak semalam . .banyak cerita pasal Nazmi Faiz keluar kat media contoh , Kosmo , Berita Harian .Metro ada jugak kot .(tak tahu sebab tak beli) ..Semua duk cerita pasal perlawanan esok .Harimau Muda (Malaysia) v.s Bahrain . dan pasal Nazmi yg skip SPM sebab Sukan Sea hari tu . Mula-mula Nazmi dilepaskan oleh Ong Kim Swee untuk membantu skuad Harimau Muda B-19 dalam Kelayakan Kejuaraan B-19 Asia di Vietnam tetapi , dia dipanggil semula untuk menyertai skuad SukanSea bagi menggantikan Gary Steven Robart . haih , itulah tak pasal-pasal kena tangguh SPM .tapi orang kata Tuah Ayam nampak dikaki tuah Nazmi nampak di kaki juga . Sebab main bola kan pakai kaki .hahah . Skip SPM pun takpela kan , sebab dah dapat pingat emas . eh ,kalau ada B-19 selain Nazmi maknanya banyak lagilah pemain bolasepak yg berbakat ,muda dan hensem . So korang dan aku rilek ah , ramai lagi kot .mana tahu kat sekolah korang pun mesti ada kan sorang dua. ada tu tipulah takde .


Nazmi Faiz ambil SPM tahun depan . dia kan budak SSBJ (Sekolah Sukan Bukit Jalil) so , senang la nak dapat kelonggaran . tapi tahun depan kena ambil juga . Dia ambil Sains Sukan . Apa-apa pun Nazmi good luck lah dalam pelajarana atau dalam bola sepak :) Ayah Nazmi kata dalam Kosmo! dia nak anak dia berjaya dalam akademik macam mana dia berjaya dlam Bola Sepak . 


Yang comelnya . Dalam Kosmo! semalam under artikel:Nazmi Permata dalam Pembikinan. Ong Kim Swee kata walaupun Nazmi nampak matang tapi sifat kenak-anakan nya masih terserlah . "Semasa orang lain sedikit risau ketika menaiki Barracuda (semasa di Jakarta) ,lain pula ceritanya dengan Nazmi Faiz yg dilihat cukup seronok menaiki kerta perisai itu," kata Kim Swee tertawa . Hahah . comel je , bukan Kim Swee maksud aku , Nazmi la comel .. boleh pulak kan> a'ah kan Nazmi apa macam ? best tak nak Barracuda . haha. dan Nazmi pun dah makin banyak keluar kat tivi aku dengar . *sorry tak tengok tivi .takde masa . Sempat juga kawan aku text:Ehemehem , Nazmi keluar tivi tadi suaranya selembut bahasanya .
haha .lawak jeaa . aku pernah dengar sekali . comel pee . Eh , suara dia biarlah dia .korang ni kecohla . 


Yaaa.kawan-kawan satu kelas , kelas sebelah dan budak-budak Gallant semua dah tahu tahap keobsesan aku kat Nazmi so . . .biarlah kan .sekejap jee pun Rabu dah habis exam . kejap je Nazmi Faiz Feverr~ ni . haha cuma bezanya dia orang Malaysia .typical Malaysian boy bukan macam Bieber Fever or Greyson Chance Fever .alah , benda remeh je ni .Biasalah kalau lelaki suka tengok perempuan cantik ,perempuan suka tengok lelaki hensem . Tapi kena faham maksud minat, suka dan sebagainya . jangan mudah untuk menafsirkan, menghukum  kata-kata orang . . okay ?adili dulu . 
So people people . esok adalah perlawanan Malaysia(Harimau Muda B-23 ) v.s Bahrain . Game kat Stadium Bukit Jalil . 8.45malam . siapa rajin pergilah .aku memang tak lah kan selagi tak habis SPM nih . Live kat TV! .jadi sokong kat depan tivi pun jadilah . Perlawanan ni perlawanan hidupmati ni .sangatlah penting wokkk . 

GO MALAYSIA! GO HARIMAU MUDA!

Nov 25, 2011

Hi YOU.Yes YOU.YOU reading this .YOU're BEAUTIFUL:>

Assalamualaikum. hello peeps ;> ouh saya tak berapa nak sihat.dan ouh tidak paper Chemistry dan Biology menanti .


Pertamanya , saya tulis pasal Nazmi Faiz tu sekadar suka-suka jee .Saya kan blogger, saya tulislah apa yg saya suka . Tak jangka pun ada orang nak baca .apa-apa pun Terima Kasih okay .Walaupun gambar Muhd Nazmi Faiz Mansor dah tak melekat di sidebar---> tapi cerita pasal dia , kerjaya Nazmi dalam bola sepak , cerita bola ada lagi .kat bawah gambar Harimau Muda tu ada link. jadi kalau korang nak baca dan nak tahu pasal Harimau Muda bolehlah klik kat ayat-ayat bawah gambar tuh . :}


Keduanya, eh sukati saya lah nak letak gambar dia ke nak delete ke . hee, takde gurau . sebenarnya saya rasa rimas la pulak letak gambar buah hati orang kat blog ni .melekat pulak tu kat situ . (siapa suruh letak samdoll) .haha.Jadi saya delete la tapi itu tak bermakna saya dah tak minat Nazmi Faiz lagi tapi , dia tak cukup istimewa lagi lah nak duduk situ lama-lama .haha . Pemain bola je kot .watlek dah :>
-Sometimes ,I wish you'd pay more attention to my favourite songs because the lyrics sing words i'm too scared to say-credit to the song :Carta Hati by Najwa Latif .
Sampai satu tahap , sebrutal mana pun aku , setembok mana pun aku , sejujur mana pun aku , sematang mana pun aku , sekental mana pun aku , sekering mana pun aku . .Aku masih lagi mempunyai perasaan suka dalam diam pada seseorang . dalam bahasa penjajahnya CRUSH on someone(hanya seseorang biasa bukan Nazmi Faiz semestinya) . lolz. 


Pertama aku tak harap dia tahu .Kedua aku tak ingin ambil perhatian dia dengan cara gedik dan anoyying .Ketiga aku lebih suka keadaan mcm ni . Dia senyum aku tengok . cukup .haha~
kalau dia tak suka aku balik ke , aku syok sendiri ke , perasan ke .aku pedulik apa bukan dia tahu pun . Aku tahu aku ni outspoken , gila-gila  ,sengal , selekeh , gemuk dan comel(merepek) .dan macam-macam lagi yg rasanya tak macam perempuan idaman mana-mana lelaki pun tapi lantakla .yg penting aku bukan plastik yg mengambil masa beribu tahun untuk lupus tu ^^ haha . Serius wei aku cakap betul , kebanyakan budak lelaki  suka kawan dengan aku  , lepak , luahkan masalah dan segalanya lah kat aku . tapi jadi awek sumpah kalau dia tak tahan 'Makan hati berulam jantung' (kalau kawan lelaki aku, faham lah). Kalau Syazmir kata :Aku ni satu dalam seribu . (cehh poyo) maknanya Soulmates aku nanti satu dalam seribu jugak lah kan .haha
"Jodoh tu macam rezeki juga .Kita kena usaha dan doa barulah dapat .Bukannya jodoh turun dari langit"-TentangDhia 


Anyway aku lebih suka cara . follow the flow . Beryukur dan hargai apa yg kita ada. Nikmati setiap momen .dan paling penting percaya dan yakin kepada Allah SWT. yaa , thats my way ;>


Oleh kerana itu , sumber inspirasi teruslah jadi sumber inspirasi . Senyum dan teruslah senyum . dan akhir sekali Saya suka tengok Awak tunjuk gigi :D ngeeee~

Nov 24, 2011

KAMI TETAP BERDIRI TEGUH DEMI WIRA SUKAN NEGARA (MALAYSIA tewas ditangan SYRIA)

Kami tetap berdiri teguh . Demi wira sukan negara . Semangat juang kami teguh . Go MALAYSIA !




Huyyyooo . Tengok tu muka Nazmi main bola kental tak kental .Bila dah dalam padang kan semua benda kosong ,fikir pasal game jeeee .tengok muka pun tahu wei . lagipun takkan korang tak pernah bersukan .kalau org bersukan jadi wakil sekolah ke hape ke faham lah maksud aku .hehe


Semalam aku tak fokus sangat tengok game Malaysia lawan Syria sebab Fizik wei hari ni Fizik .Alhamdullilah dapat lah juga jawab . nak tahu tak komen jujur aku .Fizik lagi susah dari Add Math beb betul .sekian .haha


Tengok lah jugak kan .tipu aku tak tengok .haha .
First sekali , apa lagi yg aku nampak .Muhd Nazmi Faiz Mansor la . nampaknya malam tadi mereka pakai jersi bukan nombor dan nama mereka . contoh Nazmi memakai jersi no.12 .
ramai yg tak turun semalam . Fadhli Shas demam panas . ouh Fadhli Shas semoga cepat sembuh sebelum Ahad .Amin . Pemain Syria ? hei , nama pun orang Arab gila kau tak hensem ? hidung mancung ,tinggitinggi , putih lagi . memang hensem .hahaha.


Nampak sangat wei , pemain Harimau Muda kita kepenatan .kalau ikut memang tak boleh main pun kurang dari 48jam . tapi nak buat macam mana Malaysia punya pasaii . hampahampa punya pasai .aku punya pasai duk gila kat bola sepak .kalau depa kalah jee kutuk maki . tapi itu bukan aku yaa.adalah setengah rakyat Malaysia ni . adalah bukan kau org lain .haha Tapi kalau menang dapat RM30 ribu sorang . haaa , dia tak kongsi pun kat kita .nak buat apa kongsi ngn kita , siapalah kita? setakat jerit kat depan tivi ,kedai mamak pakai jersi Malaysia bukan dorang kenal pun .Aku duk tulis pujipuji ni pun bukan dorang baca tapi sebab apa kita masih menyokong mereka? Sebab kita ANAK MALAYSIA !! okay keluar topik sat.
Kesimpulan dari  game semalam , ni JUJUR yaa takde unsur biass . Memang bola banyak dimainkan kat bahagian tengah . Nazmi , Wan Zack , Nazmi , Wan Zack dua nama tu jee yg aku dengar si pengulas tu sebut . bila sampai kat striker patah balik ke tengah lepas tu ke belakang balik . Dan sudahnya Syria jugak yg GOLL~Banyak cubaan yg dilakukan Wan Zack Haikal tapi tak berjaya . Nazmi cuba sekali pun tinggi sangat pulak . Fakri pun cuba .A.Thamil Arasu dengan K.Gurusamy mcm semua tak menjadi pula semalam .Lucky us ada Khairul Fahmi . Hero Malaya ni tak boleh disangkal lagi .memang gelaran HERO untuk dia .




Anyway , aku tertanya lah kan why lahh Wan Zack ni tak ikut pergi Jakarta .haiyaaa , kalau tak mesti aku minat kat dia .hahaha^^ Memang lah dia hensem . betul aku tak tipu . Tapi kesian dia semalam kan . dia cedera ,mungkin belum baik sepenuhnya tu yg asyik jatuh jee . kesian aku tengok kesian .Tapi semangat dia fuuhhhh~ . credit juga kepada Pemain Harimau Muda yg lain .! tetap bersemangat walaupun penat . Ni kali pertama Nazmi main full time .selalu separuh masa kedua dia dah diganti dengan org lain .maybe semalam sebab dia mmg bagus .lepas tu banyak pemain kita yg tak boleh main . 


Tapi takpelah kalah dengan Syria dari Indonesia . Tak de lah macam jadi bahan sangat kan .sebab dorang pun dah penat dan paling menyejukkan hati . paling menyayukan dan paling aku suka tengok bila pemain Syria sujud syukur meraikan gol pertama mereka dan juga kemenangan mereka . Ya Allah , Subhannallah .sejuknya hati tengok dah la hensem sujud syukur lagi tu . Semua sujud sekali pulak tu . Korang nampak tak ? Lepas ni pemain Harimau Muda yg beragama Islam tu contohilah mereka .sejuk hati tengok . yg baik yg elok kita jadikan teladan apa salahnya kan .


Keputusannya , Malaysia tewas ditangan Syria 2 gol berbalas kosong . jadi pemain Harimau Muda kena berusaha kuat lagilah untuk perlawanan hari Ahad ni menentang Bahrain jika mereka mahu bermain di sukan Olimpik London 2012 Julai . Insya-ALLAH .Malaysia BOLEH ! Sekarang semua pun dah bangga sarung jersi Harimau Muda walaupun dalam bilik jee . Semua pun rakyat Malaysia bersatu kerana bola sepak ! Ini mungkin juga titik permulaan kegemilangan dan kebangkitan  pasukan bola sepak negara kita :)




 dan kesian saya  , page views pasal Nazmi Faiz dah lebih seribu malangnya lah kan Muhd Nazmi Faiz bukan salah seorang darinya .oh sedih .heheeh;D



Nov 23, 2011

PEMAIN HARIMAU MUDA :) FINAL SUKAN SEA 2011 :)

Assalamualaikum :) Hai awak-awak . Saya gembira ni dah habis paper add math tadi .fuuhhh lega .Lega sebab tadi saya dah buat sehabis baik :) Puas hati dan segalanya kini saya berserah di tangan Tuhan . 9paper akan datang 3 subjek akan datang lebih mencabar dan fuhhhh~ berpeluh dahi nak cakap .hehe . Fizik , Chemistry dan Biology . jyeahhhh~ Fighting Mida!!


Okay ,saya akan terus update entrientri tentang skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda .sampailah saya dapat life saya balik .hehe . Malangnya lah kan , sebab esok ada paper Fizik malam ni tak dapat tengok Harimau Muda lawan dengan Syria .fuhh~sedih . Game kat Bukit Jalil malam ni LIVE kat RTM dan AstroArena pukul 8.45malam.


Satu Malaysia dah tahu . Merekalah hero-hero Malaya yang telah berjaya membuktikan Malaysia BOLEH!! dan maruah rakyat Malaysia bukan mudah diperkotakkatikkan ! Sampai hari ni dah habis lagi demam bola ! haha . Demam kat Nazmi Faiz ? haaa .makin ramai yg minat dia .tapi sebagai pemain bola sepak .tak boleh lebih-lebih .Ingat ! Dia dah ada awek .hehehe.


Anyway sebenarnya Mida nak tulis pasal semua pemain Harimau Muda yg kita banggakan . sikit jelah secara ringkas . . setakat yg aku tahu . Tak aci lah kan kata penyokong Harimau Muda tapi cerita pasal Nazmi Faiz jee .eh , Nazmi Faiz tu lain okay . hahaha. anyway , klik kat nama Nazmi Faiz nanti terus pergi kat fanpage dia .anyway Im really sure yang ni real punyaa .Like okay :DD


Ong Kim Swee -Jurulatih Pemain Bola Sepak Kebangsaan B23.
“They don’t respect you, they don’t respect our flag, they   don’t respect our King and they don’t respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about. We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds. We showed them how it is done.”-ONG KIM SWEE
Khairul Fahmi Che Mat (1)- Penjaga Gol Skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya . semua tahu dia berasal dari Kelantan .nama panggilan Apek (tengok mata la). Sejak menjadi penjaga gol pasukan Harimau Malaya pada kejohanan piala AFF hari tu macam-macam kontroversi melanda Apek . tapi apapun Apek masih lagi hebat ! walaupun sekarang dia lebih TOP dari artis kat Malaysia ni.
Baddrol Baktiar(10)- (penjaring gol terbanyak Harimau Muda sukan sea: 4)Kapten pasukan Harimau Muda .Nickname Bad . Asal Kedah . Baddrol Bakhtiar juga hebat dan hensem .ahakss . yaa .tengok jelah rembatan nya . memang layak la dia dilantik menjadi Kapten . Seorang yg sangat professional wlaupun cuba dicederakan 'pihak lawan' banyak kali masa Final Sukan Sea 2011 .
Syahrul Azwari Ibrahim (18) - Penjaring Gol tunggal Malaysia pada perlawanan menentang Indonesia hari tu. posisi Striker . final SukanSea hari tu Syahrul Azwari tak trun sebab cedera .anyway dia baru je berumur 18tahun .tak kurang hebat juga penangan dia . asal Kelantan.
Mohd Irfan Fazail (7)-Posisi Midfield . Ouh dia ni memang COOL apa-apa pun dia senyum jee .hehe .asal Johor . Tengok cara dia main .kalau lah nasib dia baik masa Final haritu konfem Malaysia akan menang tanpa masa tambahan .
Ahmad Fakri Sa'arani (13)- posisi striker dan sayap kanan .asal Kelantan . ngehh .Penjaring gol tunggal Malaysia menentang Myanmmar dan dialah yg mejaringkan gol yg melayakkan Malaysia ke Final .heeh , janganlah kutuk dia .korang ni masa bagus pujipuji dah tak bagus kejikeji. Dia bukannya tak bagus sepanjang game dia main dengan BAIK tahu ! cuma mungkin dia penat dan nasib tak menyebelahi dia .kau org inagt senang nak main 120minit tu . dah jangan kejikeji dia !
Mohd Muslim Ahmad (24)-posisi centre back,striker. Salah seorang pemain Harimau Muda yg menjadi kegilaan ramai gadis diluar sana.Betul! aku tak tipu ! Asal Terengganu . huih , tak boleh disangkal lagi kehebatan dia menjaga benteng pertahanan .Dah la tinggi hensem pulak tu ! memang cool ! Dan ada ke patut Syazmir kata: Dia boleh jadi model seluardalam .tak senonoh nye Mir -,- .haha
Fandi Othman (17)- Left Back, sayap kiri .Asal Johor . Haaa, Fandi Othman ni kau jangan mainmain . bisa dia tu hebat jugak tahu !Ramai juga peminat dia ni .
Mohd Asraruddin Putra Omar (6) -posisi left centre back , sayap kiri . okay salah seorang pemain yg boleh tahan lah hensemnya . dan paling membanggakan Asra lah yg telah menyamakan kedudukan gol kita dengan Indonesia pada separuh masa pertama final hari tu . Asra cakap dlm TV3 semalam"Makan tanah jugak la" .haha
Mohd Fadhli Shas (4)- posisi centre back .haaa ini sama negeri lahir dengan saya Perak ! atenya satu kampung yee kite . hehehe. Eh , di bahagian pertahanan Fadhli Shas memainkan peranan yg penting juga tahu! Kalau tak kerana barisan pertahanan yg kuat . senanglah lawan nak masukkan gol .Jangan kate orang perak ni tak hensem ! Ayah i hensem tau .haha .tetibe ~
Izzaq Faris Ramlan (12)- posisi striker . Sedia maklum yg Izzaq tak main masa Final SukanSea sebab kecederaan kat lutut . Izzaq memang kontroversi tapi dia tak kurang hebatnya.sepanjang sukan sea dia jaringkan dua gol untuk Malaysia . sampai bertongkat mcm teruk jee . Hope cepat sembuh yaa^^
Mahali Jasuli (2) -posisi right back. Ini anak Selangor . heee . Salah seorang barisan pertahanan yg memainkan peranan penting !Salah seorang yg telah menjaringkan gol masa penalti dengan Indonesia hari tu.
K.Gurusamy (15) -posisi MidField . Juga nak Selangor .heey , jangan pandang K.Gurusamy sebelah mata okay . Dia ni antara yg berpengalaman . masa Sukan Sea 2009 di Laos pun dia juga yg main . so , wlaupun beberapa game SukanSea2011 dia bukan kesebelasan utama tapi sebenarnya dia hebat.
A.Thamil Arasu (9)-posisi forward. Anak Selangor lagi . pun hebat juga membantu kawan-kawan dia yg lain . Dia cool gila bergandingan dengan K.Gurusamy .
Yong Kuong Yong (19) -posisi Midfield ,winger. Ini anak Negeri Sembilan . Memang hesem muka chinesse kan .sebelum ni dia main untuk KL .ini kali pertama dia mendapat kepercayaan untuk mewakili skuad kebangsaan :) His good :)
Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria(8) -posisi winger .Salah seorang penjaring gol Malaysia menentang Kemboja di SukanSea2011 . malangnya Kecik tercedera dan tak dapat teruskan permainan kesian dia .
Muhd Nazmi Faiz Mansor (21) -posisi Midfield. umur 17 tahun .Ini anak Kuala Lumpur .pemain paling muda dlm skuad Harimau Muda .Dia skip SPM dan akan mengambil SPM pada tahun hadapan. 2008-2011 bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil . (itu pasal lah dia dpt kelonggaran) . Pertama kali mewakili skuad negara ke SukanSea2011 .okay dia telah mendapat kepercayaan Ong Kim Swee beberapa kali kerana tlah menjadi kesebelasan utama .tapi kebanyakan game separuh masa kedua 60minit gitu mesti Nazmi Faiz diganti dgn org lain .yela dia muda lagikan . Masa final pulak, dia tak disenaraikan sbgai kesebelasan utama tapi dia turun waktu separuh masa kedua . okay kalau nak cerita pasal dia meleret la.cerah masa depan dia dlm sukan bola sepak .itu je kesimpulannya.
Mohd Zubir Mohd Azmi (3) - Hampir terlupa saya . sebab saya nampak Zubir ni masa Final je .sebagai pertahanan . pun antara peranan yg penting :)


Rasanya itu jelah pemain Harimau Muda yg bermain untuk Malaysia di Sukan Sea 2011 Palembang . Yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia . Teruskan menyokong mereka okay :) Alhamdulillah .Subhanallah Segala puji hanya bagi Allah .bakat kurniaan Allah ini harap dapat mereka gunakan dengan sebaiknya :)
Kalau nak tahu lebih klik kat nama mereka .nanti ke link en.wikipedia yaa . Saya minat mereka jee .MU,MC ,Liverpool ke Arsenal .maaf saya tak layan .kecuali kalau dia lawan dengan Malaysia .hehe
Maaf kalau tersalah info .boleh lah KLIK SINI dan SINI :)


GO HARIMAU MALAYA !GO HARIMAU MUDA! MALAYSIA BOLEH!!

MUHD NAZMI FAIZ MANSOR(DAH ADA BUAH HATI la jadi SELAMAT JALAN KEOBSESAN) :D

Okay .fine .hai korang semua . Ramai orang dah tahu aku ni 'Hard Die Fan of Nazmi Faiz' . . yela , semua googlesearch pasal dia masuk dalam aku punya blog  . . haha .Kesian korang .mesti rasa nak muntah kan lepas baca setiap entri pasal bola ada cerita pasal Nazmi Faiz .oh tidak. Dah latu semua entri panjangpanjang lak tu .habis penuh dengan nama Nazmi Faiz jee .dan sekarang aku rasa nak booo~ diri sendiri . .sebab obses gila dengan 'rakan' sebaya .huahuahua .lawak kan aku .tahu dah :D


Dan entri aku yg sebelum ni , telah mendapat ramai gila viewers .setakat petang tadi aku tengok 555 page views .kental tak kental .Hanya kerana dia sekarang dah bergelar Malaysian Boys. Dan antara isi kandungan entri yg panjang lebar tersebut . .saya mahu konfemkan tentang Nazmi Faiz ni ada aweks ke tidak . .
Dan thanks . .baru tadi aku baca comment dari Nurul Ainaa . yes .nampaknya betullah dia dah ada awekss~ Aku rasa semua dah tahu . Nadia Ismail . heboh dah kat twitter. okay awek dia memang comel . Lucky you babe~ . oh Terima Kasih Nurul Ainaa. awak memang telah membantu saya :) terima kasih terima kasih nanti saya belanja awak gula-gula hacks .hihi.gurau:) Membantu saya dari terus-terusan perasan dah bertambah obses dan mungkin akan menyakiti hati   orang lain . dan macam yg saya tulis dlm entri sebelum ni juga .Saya perlu menjaga batas dan tahap keobsesan saya dari mengundang sebarang rasa tidak senang oleh mana-mana pihak .(wahh statement kau mcm artis)


Betul lah cakap Ibu:Ramai lagi lelaki kat dunia ni. patutlah Ibu tak nak doakan saya jumpa dgn Nazmi Faiz .rupanya Ibu dah tahu Nazmi dah berpunyaa .ish  Ibu ni kenapa tak bagitahu awalawal .hahah~
jadi oleh itu dengan rasminya Saya Asmi Asmidar mengumumkan Muhd Nazmi Faiz Mansor telah terkeluar dari kedudukan pertama di 'Carta Hati' .wargghh , sedihnya . . .sedih tak tengok drama aku? haha
nampaknya lepas ni Nazmi Faiz bukanlah lagi Sumber Inspirasi .hanyalah sekadar pemain bola sepak yg saya kagumi dan juga rakan sebaya yg ohsem .hehe (masih lagi memuji) Wei , aku minat dia lagi lah tapi dah tak obses sangat kot .sekelip mata boleh jadi obses banyak kepada obses sikit kan .hebat tak aku? haha.kau mampu? Sumpah aku kelakar wei! 


Yaa .byebye Muhd Nazmi Faiz . huarrgggh~ nak buat macam mana saya kenal awak lambat sangat . Itulahkan dunia ni sfera tapi kita tak dapat jumpa awal-awal dulu .haha .maknanya takde jodoh la tu (sengal nya aku) .Bukannya byebye apa .byebye kat keobsesan je .entri aku semua yg aku dah taip panjang-panjang tu aku nak delete .takde masa .lagipun semua tu aku tulis sebelum aku tahu dia ada aweks . jadi sekarang memandangkan awak dah ada aweks .Takdelah lagi entri yg MENGUNDANG .haha. dan ada lah lagi kot pasal awak mugkin hanya sebab Game Bola .tak mungkin lebih dari tu .macam sebelumsebelum ni sebab ia mengundang rasa malu dan bodoh kpd diri saya sendiri .(statement jujur) . Setialah dengan aweks awak .tapi jangan lupa eh .Gelaran sebagai 'ketua fan club' masih lagi saya bersedia untuk terima .hikhik .mana tahu lepas ni kita boleh jadi kawan ke kan . kan rakan sebaya lagipun saya ni memang senang nak kamcing dgn budak lelaki so jangan risau lah .heheh. 


Kecik tak nampak silalah klik gambar untuk tumbesaran .hehe .

Kan dah cakap entri Nazmi leading . pecah rekod .baru post satu hari entri tu . .Cool tak dia .cool kan .Terima Kasih la yeahh bagi sesiapa yg sudi baca blog saya dan segalanya tentang keobsesan dan kemarukan  saya terhadap Muhd Nazmi Faiz Mansor pemain HarimauMuda berjersi no.21 . .Lepas ni terusteruskanlah sudikan diri anda baca blog saya .  Terima Kasih yg like , yang follow nanti saya follow balik .Terima Kasih lagi dan lagi .


Jadi nampaknya lepas ni saya akan kembali kepada Sumber Inspirasi yg dulu .yang duduk satu dewan periksa dengan saya .hehe .yang ala , yang tu . yang suka motor dengan kamera tu .upsss .mampus la aku .yang ni sumpah tak boleh bagi tahu sebab dia bukan public figure cuma budak sekolah saya .kalau budak sekolah saya yg kenal dia tahu matilamati . .Nanti dia cakap saya GILA pulak . Anyway , blog saya ni sangt lah gatal! Setiap kali cerita pasal lelaki je .amekkaw , tulis pasal budak '15 tahun tu' satu sekolah tahu , tulis pasal 'budak tu' satu batch tahu , sekarang tulis pasal Nazmi Faiz satu Malaysia tahu ! Ouh sangat bahaya .Bahaya buat diri sendiri dan hbungan saya dgn orang itu.Mahunya ada ke patut hubungan saya dgn anu bin polan boleh renggang hanya kerana dia pemes diblog saya .oh tidak .Sejarah takkan berulang walaupun kebanyakan nya memang berulang !


Okay .cukup dah cukup .Angau ke langau boleh pergi khidmat anda terhenti di sini .huahuahua . Dan kepada pasukan Harimau Muda .Semoga Berjaya Menentang Syria  dalam siri kelayakan Olimpik .Go Harimau Muda GO!! Teruskan perjuangan yaa :) Harumkan lagi nama Malaysia di persada DUNIA .cheeewahhh.


kbai.

Nov 22, 2011

MALAYSIAN BOYs! MUHD NAZMI FAIZ MANSOR :)

Semalam aku update .hari ni aku updated .Kalau tak gara-gara penangan Bola Sepak atau lebih tepat penangan Nazmi Faiz Mansor mesti aku tak sekerap ini updated blog lagi-lagi esok aku ada paper add math.
Lagi satu lupa , game semalam BEST dan nak tahu aku suka pengadil dia ADIL dari pengadil dari UAE tu kan .nampak sgt biasss~


Nampak tak Nazmi .?kalau tak nampak biar aku tunjuk . .yg paling comel tu tangan dia keatas pegang maskot SukanSean2011 tu. . .Dulu kalau aku cakap maybe lah ada yg tak kenal kan tapi sekarang tak payah cakap .Ouh Nazmi sana , Nazmi sini , Nazmi itu , Nazmi ini , Nazmi blablablablabzz~ semua pun nak post gambar Nazmi nak cakap pasal Nazmi . . aku lagilah memang dah parah lama dah . . 
Jap chhoop! nampak tak pemain Harimau Malaya luar game pakai seluar panjang .tgok Syahrul Azwari :) jersi18 .
Dulu takde siapa kenal Nazmi sekarang semua pun nak minat Nazmi Faiz termasuk la saya terutamanya .
Biasalah bila seseorang tu berjaya je . . semua orang nak .


'Disebalik kejayaan seseorang lelaki mesti ada seorang perempuan' .ini nak cakap ni berdasarkan statistik blog ni . .semua sibuk GoogleSearch pasal siapa awek Nazmi Faiz dan blablabla~ .tapi takde siapa pun cari Ibu Nazmi Faiz ? I wonder whyy~ em .

Tapi memang lahkan dah seorang lelaki berjaya macam tu , comel pulak tu .gaya memang nampak macam da ada aweks kankan .tapi korang cari lah , stalk lah sampai jumpa dah jumpa gitahu aku eh .aku org pertama yg akan post entri , tweet kat twitter cakap 'Nazmi Faiz Mansor' dengan rasminya dah terkeluar dari 'Carta Hati' .dan kini hanya peminat tegar dia .akan kembali kpd sumber inspirasi dulu . ITU kalau konpemkonpem dia ada aweks .kalau tak konpem selagi itu la aku akan terus syok sendiri macam ni .hhuuu~. . (Macam Apek(KhairulFahmiCheMat) memula dulu pun bila dah top semua wanita-wanita menggilai dia , bila tahu dia dah ada awek penuh blog awek dia dgn followers) Sekarang pun hidup privasi Apek dah jadi salah satu bahan gossip .


Credit kat Official Fanpage Nazmi Faiz . Jangan tanya aku yg original ke fake .tapi macam Original .dalam satu malam 5K orang like sekarang dah 9K .kental tak kental .


Dan sekarang semua sibuk cari real FB dan twitter Nazmi Faiz .dan semakin banyak lak org buat akaun fake dia . .Itu maknanya memang dia dah sangat pemes lah tu kan .Jadi worldwide trend dalam satu malam ,tipu la tak pemes kan . .dan semua pun berharap dapat jumpa dengan Nazmi . .dapat kenal dengan the true Muhd Nazmi Faiz Mansor yg ohsem ni . Aku tak tahulah kan apa perasaan orang sekeliling dia .mesti rasa mcam BANGGA gila .Itu kawan aku , Itu budak kampung aku , Itu Abang aku ,Itu budak sekolah rendah aku .Maaflah selain sebagai pemain bola sepak aku tak kenal siapa Nazmi Faiz :) 
Semua pun gadis-gadis di Malaysia ni makin menggilai Muhd Nazmi Faiz Mansor .kalau kakak-kakak yg dah 20-an mesti dah cakap terlepas .tapi kalau budak-budak baya aku  dan belas-belasan Ouh Nazmi sana , Ouh Nazmi sini . . Semua pun nak mengaku Nazmi ni boifren dia . .sumpah wei aku tak tipu .Aku pun tak tahu mana satu aweks dia . sebab ramai gila orang tweet pasal dia . .Semua dah tangkap cintan kat Nazmi .Perempuanperempuan yg ada boifren pun berharap boifren dia sehebat Nazmi Faiz .
Tapi kan kau agak-agak lah bila dia dah pemes cenggini mesti dan aku sangat pasti bahawa banyak majalah yg nak jadikan dia COVER , atau apa-apa rancangan temubual kat tivi nak temubual dia(kalau ada konpem aku beli dan tengok) . Gila kau tak nak , mesti nak ouh untung-untung majalah kau laku , ranking rancangan tivi kau bertambah .Itupun kalau editor dan penerbit tivi pandai tackle penonton lah kan .dan aku teka mesti dia org dah tahu . Lepas ni nampaknya Nazmi Faiz akan semakin pemes dan semakin pemes sampailah satu hari nanti dia jadi kapten Pasukan Kebangsaan .aku agak yakin tentang itu .~


Dan kau orang agak-agak lah kan orang dah pemes mesti hidup privasi dia menjadi highlight kan .tak yah cakap pun dah tahu .yg aweks dia tu semua bukan hidup privasi dia? semua pun nak cari biodata dia .gambar dia nak buat wallpaper henset . (buatlah.aku tak buat kot sebab aku tahu semua ni sementara kecuali aku dapat jumpa dia dapat kenal dia bukan lagi sebagai pemain bola sepak masa tu mungkin segalanya akan berubah. dan aku tahu itu MUSTAHIL
Dan kau orang agak-agak jugak lah kan .kalau dia ada aweks ke , dia ke ,nak ke cakap pasal hidup privasi dorang? kecuali aweks dia blogger tegar . .Itupun aku rasa KALAULAH aku ni awek dia aku takkan post pasal dia sekerap dan sebanyak ni .mungkin sebagai kekasih hati yg aku banggakan dan tak mungkin kerana dia pemain bola sepak yg ohsem dan digilai ramai . kecuali aku minat dia sebagai pemain BOLASEPAK. dan kalau lah aweks dia kan , mestilah bangga dengan dia sebagai kekasih dan sebab siapa dia .aku rasa kalau betul-betul aweks dia kan , dia tak main bola sepak wakil kebangsaan pun dah cukup bangga dgn siapa dia .walaupun aku dah lama tak bercinta , aku tanya siapa yg ada boifren ni 'Kau tak bangga dengan boifren kau?' mesti kau bangga kan walau siapa pun dia sebb kau syg dia sebagai DIA .aku yg tak de boifren ni pun faham kalau kau tak bangga dan syg dgn boifren kau sebab DIA ADALAH DIA .baik tak yah bercinta.


Tak kisahla siapa aweks dia ke hape ke . mcm aku cakap tadi kalau kau boleh konfem sekonfemnya dia dah ada aweks bagitahu aku . ini soal hidup mati (soal hati sebenarnya) .hahaxDD.joke .kalau dah ade aweks takdelah aku nak seobses ni , aku jagalah batas-batas aku .jaga perasaan aweks dia , mungkin aweks dia faham tapi kalau dah obses macam aku tipu lah tak jelous .TIPU .!


Jadi , Muhd Nazmi Faiz Mansor . macam-macam gelaran awak dapat sekarang . Justin Bieber Malaysia lah , Greyson Chance Malaysia lah  yg saya tahu . gelaran awak sekarang MALAYSIAN BOYS.saya cakap awal-awal yaa , saya ni tak berapa ambil port pasal lelaki luar negara ni (mungkin lelaki korea sikit, pelumba motor atau F1 sikit,pelakon filem sikit) tapi kau orang takkan jumpa dlm blog , kat FB atau twitter terpampang aku cerita pasal lelaki luar negara .kebanyakan nya lelaki Malaysia sebab apa ? sebab senang nak jadikan calon suami .haha . Sebab takde la Mustahil sangat walaupun mustahil sikit . sekurang-kurannya tempat lahir , warna kulit , adat dan agama sama .Takdelah banyak kerja kalau nak cari calon suami luar negara yg warna kulit lain , adat dan agama lain .banyak kerja kau boleh bayangkan tak ? Tapi cinta tak kenal siapa tak kenal usia . Tak kenal maka tak cinta .puihh~ hahah Apa aku cerita pasal cinta nih .kentot betulla~ Takpe Dunia Ini bentuknya SFERA ,bola itu BULAT .mana tahu ada jodoh ada rezeki boleh jumpa awak kan .^^ (angkatkeningangkatkening) Saya sanggup jadi Ketua Fan Club awak .kelakar tak?(silalh gelak)


Jadi wahai JEJAKA-JEJAKA MALAYA diluar sana . Kalau nak disayangi dan digilai jadilah pemain BOLASEPAK .haha .takdelah rahsianya untuk menjadi kegilaan gadis-gadis seperti saya ialah JADI DIRI anda sendiri . Kejar IMPIAN awak buktikan awak seorang LELAKI yg boleh dibanggakan dan seorang LELAKI yg mampu MELINDUNGI dan MENJAGA DIRI SENDIRI .kerana perempuan hanya mahu dilindungi dan disayangi dengn baik .kalau diri awak pun tak boleh jaga .jangan harap perempuan nak pandang.


okay.sekian.

TAHNIAH HARIMAU MUDA! (NOTA EKSKLUSIF:no.21)

Yaayyyyy.Hoorrayyyy.ALHAMDULLILAH. TERIMA KASIH ALLAH :) 
Tahniah ! 
Tahniah diucapkan kepada pasukan HARIMAU MUDA ! Tahniah buat Ong Kim Swee dan anak-anak buahnya . Tahniah . Seluruh rakyat Malaysia amat berbangga di atas kejayaan anda. 
(macm la Ong Kim Swee nanti baca blog aku.haih, sedih betul .haha)




Kan gambar Nazmi Faiz lagi .maaf la semua . maaf dia sangat comel dan charming sehingga mampu menakluki Facebook ,Twitter dan Blog saya terutamanya .Anyway , ini gambar masa lawan Indonesia haritu bukan malam ni punya yaa ;)


Hari ni semua bersungguh .saya pun siap pakai jersi hitam kuning saya walaupun tak ori .hehe. 
Pukul 8 malam dah cop tempat duduk depan tivi . 
Nampaknya malam ni Nazmi Faiz Mansor bukanlah pemain kesebelas utama macam selalu .
Banyak yg dirombak oleh jurulatih pasukan Harimau Muda ini. Thamil Arasu dan K.Gurusamy pula menjadi pemain kesebelas utama .(ouh memang sedih tak dapat tengok Nazmi)
Baru 5 minit permainan bermula skuad Indonesia telah berjaya menjaringkan gol. baru 5 minit rileks dulu takpe awal lagi . .Dengan kesungguhan dan semangat yg tinggi Harimau Muda berjaya menjaringkan gol penyamaan pada saat-saat terakhir separuh masa pertama .
Sepakan dari Baddrol Bakhtiar berakhir dengan tandukan Asra :) masa ni aku dah menjerit dah , melompat sampai terseliuh lah kaki .nasib baik sikit je .


Masuk separuh masa kedua .Yeayy  , Nazmi masuk . Nazmi masuk . Nazmi masuk .ouh lega~
Tapi sampai kesudah kedua-dua pasukan seri satu sama 1-1. jadi masa tambahan diberikan .
Nampaknya kedua-dua pasukan sama hebat
Saya suka tengok pasukan Malaysia bermain ouh sangat professional , Fakri Saarani nampak muka hati kering gila , Irfan cool macam selalu mungkin nasib dia tak berapa baik malam ni sebab dia bnyak kali dapat shoot sayangnya tak masuk . Baddrol Bakhtiar walaupun dikasari namun dia tetap tetap cool ! Dan satu-satunya pemain Indonesia yg saya respect Diego . dia nampak professional . Tapi masa tambahan masih tak cukup .Masih sama hebat .
Pasukan pertahanan kita sangat bagus Muslim Ahmad tidak diragui lagi , Fadhli Shas , Mahali Jasuli gandingan yg hebat :)
Apa yg menentukan PENALTI . nampaknya kini ia bergantung pada takdir , kecekapan Gol Keeper dan rezeki . Semua menanti dengan debaran dan doa .Cehhh :)
Alhamdullilah , sepakan terakhir Baddrol Bakhtiar telah menobatkan kita(MALAYSIA) sebagai JUARA .Sebagai pemenang Pingat Emas 'Ibu' segala pingat ,iaitu pingat emas sukan bola sepak .
Semestinya rakyat Malaysia cukup gembira dan bangga dengan kejayaan mereka .Tak lupa juga Khairul Fahmi Che Mat yg cekap. ouh gadingan , corak permainan dan kerjasama mereka cukup baik . 
Sekali lagi TAHNIAH buat pasukan HARIMAU MUDA kerana berjaya mempertahankan pingat emas bola sepak 2009 dan kini 2011. Semoga Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari dan Wan Zaharul Nizam cepat sembuh yaa .kesian Izzaq bertongkat.
Menang Kalah adat pertandingan BOLA itu bulat :)


AMARAN :Ini EKSKLUSIF :) hanya untuk yg MEMAHAMI.
Tak lengkap entri saya kalau takde cerita ekslusif pasal Muhd Nazmi Faiz Mansor. Oh Nazmi .Awak nak tahu tak dalam sekelip mata awak jadi trend worldwide di Twitter . Sedia maklum kini semua orang tahu awak pemain termuda dalam skuad Harimau Muda  iaitu sebaya dengan saya . dan saat kami semua sibuk  ambil SPM ,study awak jadi wakil negara .awal-awal lagi saya dah kata awak COOL !
lagilah bila Malaysia dah menjadi JUARA bagi sukan bola sepak SukanSea 2011 dan awak salah seorang pemainnya .(Midfield pulak tu) semua mata tertumpu kat awak .Semua perempuan bercakap pasal awak dan saya salah seorang darinya . Semua nak jadi kekasih hati awak .


Saya akui awak memang comel , rambut awak tu yg paling menawan , gaya awak pass bola ada yg samakan awak macam Kaka , macam Silva(MC) dan ramai lagilah .awak tengok la sendiri kat twitter . Penuh dengan mana Nazmi itu , Nazmi ini , Nazmi hebat , Nazmi skip SPM . betul saya tak tipu ~


Tu pun kalau awak sempat tengok la kan .mesti awak penat dan perlukan rest .training lagi tu . banyak komitmen awak kan .saya boleh bayangkan .
Saya mungkin digelar dan dah dikenali sebagai Die Hard Fan of Nazmi Faiz .tapi saya tak kisah tapi saya bangga. Mungkin kalau awak baca awak kata saya desperate atau kemaruk .biasa dah~ Tapi sekarang awak dah jadi public figure dah popular .dulu mungkin hanya org yg terdekat , keluarga , atlet sekolah sukan Bukit Jalil , kawan je yg kenal awak tapi sekarang satu Malaysia .satu Asia Tenggara kenal awak . Semua pun sekarang nak minat kat awak lagi-lagi girls baya kita-kita ni.yelah .biasalah tu kan ~
Dan oleh itu sekarang saya jelous .haha (itu kelakar) .nasib baik awak hanya pemain bola sepak yg tak kenal saya .Kalaulah awak ade awek mesti awek awak bangga , family awak tak yah cakaplah kan .untung ada anak macm awak. 
Dan dan . apa pun .saya akan minat awak selama yg saya boleh .ahakss :) walaupun 
Mak saya kata:Banyak lagi lelaki lain kat dunia ni selain awak . 
tapi buat sementara waktu ni , awak seorang je yg saya nampak .haha .(kemaruk kan) dan awak awak sangat comel .masa ambik gold medal tadi .haha ...terimalah 
Muhd Nazmi Faiz .nampaknya kehidupan awak akan berubah selepas ni :) dan saya tak peduli apa orang kata .Peace ~  Mungkin satu hari nanti awak akn jumpa seseorg yg minat awak mungkin dari bola sepak , mugkin juga dari mana saya tak tahu. tapi semoga awak BERJAYA dan terus mengukir nama di arena bola sepak ni:)
(Minat je pun . obses sikit , tapi ada je org lain yg obses juga kat dia .watlek dah)
Tahniah juga kerana telah menawan Blog , FB , Twitter dan mimpi saya .hee :DD


Sekali lagi TAHNIAH buat SKUAD HARIMAU MUDA atas kejayaan ANDA ! TAHNIAH !! Semoga selamat kembali ke Tanah Air :) Kami doakan keselamatan anda semua HERO-HERO MALAYA :)