Oct 24, 2011

Saya dah 'Graduate' sekolah menengah :)

 Holla fellas . .Assalamualaikum :)
Memandangkan ramai yg keysearch pasal Majlis Graduasi SMK Gombak Setia 2011 di google . jadi saya dengan sepantas kilatnya mengupdate entri tentang hari graduasi saya yg berlaku Sabtu lalu.yang saya tawar hati nak pergi tu .hee:)

Mungkin takdir telah tertulis saya pergi graduasi . saya buat keputusan nak pergi pun ,seminggu sebelum majlis berlangsung .maknanya . . .keputusan last minit . .


Memey ar ~ sekolah belum habis . SPM pun belum mula . . kenapa nak graduasi bagai . ?
ala konon macam majlis sambutan dah tamat tingkatan lima . . tingkatan enam atas pun ada . .
Budak kelas Mida 7 orang je yg tak pergi . .kalau pergi semua mesti meriah . bak kata orang puteh 'the more the merrier' kan. . .


Majlis diadakan di Hotel Dynasty, KL .
-okay memang banyak gambar . saya tahu . sila REDHA . kerana anda sedang berada di kawasan jajahan saya-hehe :D

 
 okay . segala kekurangan dan kesulitan dalam kualiti gambar harap dimaafkan .bukan bermakna tuan belog tak comel tapi duit tak cukup nak beli digital single lens reflex .hee :)

 tengah duduk-duduk tengok persembahan multimedia . .tiba-tiba Len dengan Qila datang . .pegang bunga dan teddy bear .ingatkan untuk siapa .rupanya untuk saya . .
Memang diluar jangkaan lahkan . .sebab saya tak beli pun .hehe .(takde pulus) 


Bunga dari koperasi , teddy bear satu dari adik-adik saya ,Qila , Tika , Qayah , Len dan Syidot . lagi satu teddy bear tulis kat situ "KAK ASMI . DULL OF LOVE SECRET ADMIRE" . .

*sumpah terharu masa tu rasa nak nangis . 

Ingat yeela kan secret admire tapi tengok , Adib , Nadzim , Shazree , Adun . .pun dapat benda yg sama . jadi ni mesti kerja adik adik ni .  

Tak kisahla siapa yg bagi . TERIMA KASIH . KAMSAHAMIDA !! 
Awak-awak sentiasa buat saya tersenyum . love you guys a lotttttttt~~~~~





 Kasih sayang akak kat awak-awak semua tak mampu diterjemah dengan kamus dewan bahasa atau ditaip dengan seribu perkataan .terlalu banyakkkk~Cikgu Pijah , MAMA Terima Kasih :)

akhir sekali , saya pulang dengan sejambak bunga .3 ekor teddy bear . mana datang lagi satu .?
Cikgu Denan , iaitu cikgu tingkatan saya belanja . dia belanja satu kelas yg pergi . .jadi kitorang dapat sorang satu . . terharu ~ Terima Kasih Cikgu :)
Insya-allah saya akan cuba sebaik mungkin untuk lulus Fizik dan mendapat keputusan yg cemerlang :)waahh~





Okay .sekian .Sabtu ni satu lagi event kat Dynasty :) event ni special sikit .:) heee

Oct 13, 2011

KARAT (edisi :Lama tak Update)

Assalamualaikum semua . hai hai ~
Eh lama tak nampak , mana tercampak . . .Eksaited ni dah lama tak menulis blog . . 
Dah seminggu lebih jugalah aku menghilang . . eleh , tak menghilang mana pun sebenarnya . . duduk rumah jadi anak mithali memandangkan SPM nak dekat jadi 'NO more online' . .mampu ke~ mampulah selama seminggu . . .
Okay banyak betullah mengarut memandangkan skill yg ada semakin karat . . ngee:'D



Okay sekarang sejujurnya Mida dah tak boleh nak blogwalking dan reply komen-komen anda semua . .
Tak boleh nak update blog hari-hari macam dulu . .Sangat rasa bersalah dan menyesali atas kesulitan yang terjadi  . . Sorry eh :<


Nanti lepas SPM bolehlah menjadi tegar kembali menaip papan kekunci tentang segala yg terjadi . . 
Saat ni masa yg tinggal . . .Mida nak hargai setiap saat yg berlalu . . biar ianya jadi antara kenangan indah dan terbaik :'D 
Supaya satu hari nanti saya boleh cerita pada anak-anak saya tentang zaman sekolah menengah saya .ahakss~

#Yang penting sekarang ni saya perlukan seseorang untuk teman saya ke Sri Pentas esok . . gara-gara haritu saya gatal tangan call 8tvQuickie . . jadi dapatlah passes pergi tengok movie 'Whats Your Number' dengan beberapa merchandise lain . . Masalahnya saya tak tahu boleh ambil ke tak hadiah tu sebab jauh sangat  . . Siapa teman saya ,saya bawa pergi tengok wayang free :') Janji :) *kalau ada rezeki adala . .kalau takde redha jela :)

Jadi disebabkan saya tak menulis blog . . saya banyak mentweet . . kalau nak tahu apa-apa tengok la sidebar ada :) saya akan mentweet almost 24/7 sebab . . .tweet via text message . . FOC :)

 Yang sentiasa merindui dan menyayangi : Cik Mida Midot .Terima Kasih :')


Oct 2, 2011

I Jumpa Retis You ~

Waahhh . .mengantuk dah ni . . penat satu hari tanpa rehat . . .ditambahtambah lagi dengan pergi sekolah dengan mood yg tak berapa nak baik . . kerana masih menjalani proses perubahan . . .bukan perubahan hormon tapi keadaan . . lawak juga bila difikir kembali . .  MAAFLAH bagi sesiapa yg menjadi mangsa pagi tadi . sesungguhnya saya tak sengaja . .  Biasalah kan semua orang ada waktu naik turun walaupun saya yg selalu act cool and string :'D Aqilah. Len . Syida . Tika . Qayah .  I love you :]

Habis mesyuarat koperasi memang aku tak buang masa dah duduk sekolah terus straight call Ibu ,balik rumah . Sebelum bom atom meletup baik aku balik dulu sejukkan badan . kebetulan Ummi ajak pergi kenduri adik dia kahwin kat Restoran Sri Melayu . . Pergi malam tapi Ummi ambil awal sebab nak pergi ambil Abang afi kat IPB (Institut Profesional Baitulmal) . . okay tak perlu detail sangat ~

Untung-untung sampai dapat jadi usher bidan terjun . . untung-untung dapat pakai bunga penanggah . wahh banggo ~

Okay sampai sini dah best dah . .  I jumpa ramai gila retis you . sumpah i tak tipu . You tahu yg jadi MC untuk malam tu Pian Cecupak & Teh Syuhada . .okay . ada pak cik kat situ tanya .
Pak Cik: Adik , siapa yang kahwin tu . Pelakon ke . ?
Aku: A'ah . Pelakon .
Pak Cik : Apa nama samaran dia .?
Aku: Tak tahulah .(memang tak sebab ni first time jumpa adik Ummi)
Pak Cik:Ouh patutla ramai artis .

Okay then . lepas pengantin sampai laaa, baru aku tahu nama adik Ummi tu .Nasha Hassan kahwin dengan orang Brunei you .Takdela popular sangat tapi . . . ramai jugalah retis terkenal yg adaa . . macam Sharifah Shahora , Adam Corrie , Aida Aris , Shida Dangdut . . .ouh itu je yg saya tahu nama mereka . .yang lain . . . tak berapa nak 'HOT' untuk saya ingati .hihi :'D

Macam-macam gaya mereka ni . (sejak bila belog mida ni jadi blog gossip) . haaa . belasaahhh jela .
Ada yg sombong tu sombong . .terus terang cakap la kan sebab saya jadi usher kan . .
contoh :Tanpa senyum .Meja I mana .  .? huhuu(tak pandang muka i pun tahulah i pendek .haha :D)
Tapi ada juga yang okay . . .
contoh: Sampai je senyum :) contoh Aida Aris , Adam Corrie , Sharifah Shahora pun okay juga :)

Main gitar pun tak reti . . nak main piano pulak .yang adooo~
(gambar sangat dalam very bad bad quality sebab ala biasala 2.0 Megapixels je tak boleh tanding dengan Digital Single Lens Reflex). . 

lagi . yang adooo . . .~
Yang datang semua baju liplapliplap nokk~
Mekap . . huhhh . . memang dah macam anak patung ~
Okayla okayla . Banyak betul dosa aku kumpul nih :p

Okay saya tahu saya paling comel .huahua . maksud saya paling rendah . ehemm . somel pe rendah .awet muda sentiasa .hukhuk . .
Okay mungkin retis ni agak familiar dalam drama melayu tapi secara jujurnya saya tak tahu nama dia .hihi :D
Ummi yg ajak tangkap gambar ni .
Ummi:Mida jakgi dah habis ,nak tangkap gambar tangkap la . .dorang semua sporting . .
Mida:Senyum je .
(dah Ummi ajak .ikut jela .hihi .boleh jadi bahan dalam belog .:D)
Ynag pakai baju hijau berspek mata tulah Ummi saya :)

Aida Aris  ni lawa okay ! Sumpah tak tipu . dan tinggi . dan suami dia sangat low profile . . .hidung mancung . .rupa macam orang Arab . quite handsome laa . .
Anak dia nanti mesti comel-comel .

Ini abang sepupu aku . Abang Afi . alalalalal~ bolehla dia main piano ade la bunyi takdela bunyi treeettttt je .HAHA . . .
Nak berose-rose pulak doh . . .Romantik la konon .
Jadi bagi sesiapa berminat bolehlah cari dia di Facebook .berumur 18 tahun . belum mampu menanggung anak daro ore . . so nanti-nanti jela yeahhh minat kat dia balik .huhu~

Okay sekian . nak makan ubat dan berehat .tidur dan tidur :D ~