Sep 30, 2011

KOMPILASI CERITA MINGGU INI .(Edisi:Dinner dengan PM tak jadi)

Assalamualaikum semua .  .
Ish saya rasa sungguh tidak sihat sejak beberapa hari ni . .bermula dengan sakit kepala kerana equator atau  heat stroke yg terlampau . . diikuti dengan sakit tekak dan berkaitlah dengan hidung dan telinga . . mata mata pun sekali . . .tapi Alhamdulillah . .so far boleh tahan lagi . .bila tak tahan je telan paracetamol akibat kemalasan yg teramat untuk beratur , ambil nombor dan tunggu giliran untuk berjumpa doktor di klinik . .

Terlalu banyak benda yang berlaku dalam minggu ni .. . 
#Berjumpa dengan KAWAN BAIK sejak tadika . . dan terlalu banyak benda untuk bercerita . .

#Berjumpa dengan KAWAN-KAWAN bekas SEK MEN yg aku rindu gila . .tapi bila bertentang 
 mata dengan mereka setelah 4 tahun tak jumpa . .aku jadi segan tak terkata. . (pulak )

#Berjumpa dengan BEKAS KEKASIH HATI yg dah 4 tahun tak jumpa .oh !terlalu banyak benda
yg berubah dan . . aku kelu tak terkata .hanya mampu tersenyum sahaja .

#Dinner bersama Perdana Menteri yang bertukar menjadi dinner di kedai tom yam bersama pengetua . ?

#Majlis GRADUASI yg aku terpaksa pertimbangkan untuk pergi . ?

#Seorang abang dari lower six yg tolong aku tadi . ?

#Mimpi-mimpi yg berganti setiap hari yg meganggu fikiran aku . ?

Yang mana satu harus aku utamakan . ? Yang mana korang nak tahu . ? hoho~

Okay mungkin entri ini agak panjang dan berjela .tapi aku cuma nak bercerita .kalau rasa mampu nak baca silakan .kalau tak . .ikut suka awak la .saya tetap sayang awak .hoho :]

Jumpa kawan-kawan lama .sumpah eksaited tapi kan ada yg dah 4tahun tak jumpa bila jumpa . .aiseyhhman . . .aku tiba-tiba jadi gadis ayu , pemalu . . . pheeewww~ itu dengan kawan-kawan kat SEMAT  masa form 1 .
Kalau dengan Nad and Mon . . takde ayuayu ~ kalau nak kena ketuk bolehla ayuayu .

 berjumpa dengan bekas kekasih hati ni .malas nak ulas panjang-panjang . ~ (no more kontroversi yee )

Bab dinner ni yang lawak sikit la kan . . .sepatutnya tadi saya , Tika , Cg.Pijah , Cg,Faizah dan Pengetua pergi dinner kononya dengan perdana menteri kat MAEPS . Alaa , kat UPM , Serdang sana tuh . . .dah sampai tempat tu ,Ya Allah ,awat crowded sangat . . Ingat adalah tempat reserved kan . . sebab kami biasa kalau ada jemputan yg formal dan penuh protokol . . tapi rupanya majlis ni majlis terbuka . . memandangkan ianya terlampaulah terbuka sehingga penuh dengan manusia. . .so pengetua ajak makan kat luar . .PM ke siapa ke . .dah tak fikir yang penting perut dah laporrr~Makan TOM YAM pun sedap juga . . haaa jadialah dinner di SERDANG yg sangat comel . . dan lawak~pergi Serdang hanya makan malam di kedai tom yam .comel tak .?

Majlis GRADUASI . . hati dah terbuka nak pergi tapi . . keizinan wali tu yg penting . iaitu my dear Ayah . . dia bagi , bagila .dia tak bagi aku tak reti nak pujuk la . . .(sudah kukatakan aku memang tak pandai memujuk orang . . cuma pandai memberontak .hoho~)

Yang abang lower six ni kan kan . . tak tahu nak cerita macam mana .tapi kan tengah aku menyapu kat dewan tadi . .  .sorangsorang . . tiba-tiba ada orang tolong angkatkan kerusi . terkezuut aku  . . serta merta la aku angkat kepala terpandang  abang form six ni . .nak cakap terima kasih tapi tak tahu macma mana .so aku terus jela menunduk dan menyapu . .  .tak beranik dah nak pandang muka abang tu, segan denn . . tapi dalam hati . .
"Terima Kasih " . . *tolong satu row pun bermakna okay .yela dalam banyak-banyak lelaki kat dalam dewan tu . hoho~

Mimpi-mimpi . cukuplah menghantui .!                                 

#sangat tak suka bila saya rindukan kekasih hati orang .  Just wish you have a good day :]

Masih bersyukur walau tidak punya kekasih hati atau peminat :D

Sep 27, 2011

GITAR OR MINUS ONE. .?

Saya masih lagi perlukan cadangan tentang 'masquerede' dan lagu yang sesuai . 
Memandangkan tahun ni tahun terakhir peluang sedemikian takkan dilepaskan . . 
Dengan izin Allah . . 

Bila diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan . . 
Cikgu :persembahan nak kena mantap sebab ada pengarah .

Saya ligat memikirkannya . . .lagu apakah . ?
Bagaimanakah nak buat mereka kagum .?
Sebab saya tak pandai main alat muzik . . 
Cuma ada sikit bakat kurniaan Allah untuk menyanyi . . 

Ada sesiapa sudi nak ajar saya main gitar . ?
Dalam masa kurang lebih sebulan . .
untuk satu atau dua lagu . ?
Aduhhh. .gimana nih .
#kalaulah ayah masih bermain gitar . . :/

Nak jadi macam Yunalis Zarai dalam masa sebulan . . 
hoooo , hanya dengan kuasa Allah ianya menjadi tidak mustahil . . 
Nak jemput Yuna memang tak cukup bajet la kan . . hoho .


Adakah saya hanya perlu menyanyi lagu minus one . ?
Seperti saya karoake selalu .  .?
Hemmmm . .sangat memerlukan batuan terutama daripada . . 
Cikgu dan adik-adik PKS :]

BILA MIDA (Edisi : Tumblr.com)

Menjadi seorang blogger tegar dan berusaha untuk jadi yang terbaik di antara yang terbaik adalah dengan menjadi diri sendiri. -Mida-


Bila Mida dah start beli magazine gegirl-gegirl balik . . 
Bila Mida dah start check new look kat LOOKBOOK.nu. .
Bila Mida dah start melukis kembali . . 
Bila Mida dah start reblog dekat Tumblr.com. . 
Bila Mida dah start tengok butik online . . 
Itu adalah tanda-tanda bahawa saya akan menghadapi satu hari yang indah . . 
Hari untuk bergembira dan melawa memandangkan dah lama tak melawa . . 
Ya . seharusnya saya tak sepatutnya obses dengan masa depan .  .
Tapi ini hanyalah satu perancangan yg hanya Tuhan yang menentukan  . .
Dengan izin Allah segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan  . . .




gambar yang dikutip dari Tumblr.com.
Ini saya punya :)

Hari apa yang sedang dinantikan . . 
Bersamalah kita menantikannya ya . . 
Tolong cadangkan 2 lagu untuk saya boleh .?
Lagu yang sweet-sweet untuk saya nyanyi .?
Kalau boleh satu lagu Melayu satu lagu Inggeris .?
Dan boleh cadangkan mana boleh saya dapat kan dress yang bertemakan 'masquerede' ?
Cadangan anda sangatlah dihargai . :]


Sep 26, 2011

Day Ten: 10 FINAL WORDS :) (Final Destination)

Tempoyak udang pucuk ubi + sambal belacan ---> sakit perut sepanjang malam +ponteng sekolah .
Equation yang sangat berbaloi-baloii . . Target untuk mencapai level 110 dalam chicken invanders tergendala kerana ketagihan dalam mengedit gambar sedalam dasar laut yang berkaki-kaki . . khas buat adik-adik tersayang . nak tengok .? next time la heheh . kerana itu bukan tujuan sebenar saya menaip . kachinngkachinngg .(bunyi duit syiling dilagakan)

10 FINAL WORDS:
okay bila terlihat challenge ten days yang kat sidebar tu tiba-tiba teringat hangat-hangat tahi ayam aku dah sejuk .jadi cepat-cepatla aku nak habiskan challenge tu sebelum belog ini disimpan dalam peti besi musang berjanggut memandangkan nak SPM kan .bunyi macam ngeri jeee~

#1 Terima Kasih kepada semua FOLLOWERS , READERS and SILENT READERS. 

#2 Saya Sayang Kamu .

#3 Tak perlu ragu pada takdirmu .

#4 Allah juga yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buatmu .

#5 Betapa pemurahnya Allah . begitu banyak nikmat berbanding dugaan . 

#6 Tiada apa yg FREE di dunia melainkan nikmat yg Allah Taala beri pada kita . 

#7 Saya tak perlu memilih kerana masa akan menentukan .

#8 Sentiasa yakin dan sayang pada diri sendiri .

#9 Mereka yg melupai sejarah akan mengulangi sejarah .

#10 Pilihan kita semalam menjadikan kita siapa hari ni

Okay . dah Finish my 10 days 10 challenge . Tapi 10 hari tak berturut . janji cabaran telah diselesaikan . Semoga anda semua lena tidur dimalam yg sejuk ini .  
Assalamualaikum :)

Sep 25, 2011

MENCUBA SEDAYA MUNGKIN .

#menghitung hari menanti waktu untuk menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal menentukan masa depan . kena struggle habeh-habeh ni !waktu berlalu dengan pantas .memey ar~
okay stop! no memey ar~ membayangkan menempuhi hari tanpa belog .okay .redah je~
okay .belog saya semakin membosankan . okay takde idea nih nak tulis bombastik fantastik . maaf .
(bajet macam ada orang baca blog dia la tu )

Terlalu banyak makan membuatkan saya gemuk dan sakit perut , jadi semua silalah sedia untuk berdiet yaa .
Berfikiran positip . .saya tak gemuk tapi chubby . haha . sangat positif . saya bukan diet untuk kurus atau cantik tapi untuk menjadikan saya seorang yang SIHAT . okay .nampak benor menipunyee . ~bedeahh je atenye yeee . jadi siapa sudi nak temankan saya jogging tiap hujung minggu .? (sila hubungi saya)

Bila Ibu dah tak boleh pakai bajunya jadi sayalah yg memakainya . nasib baik muat :)


#What would life be if we had no courage to attempt anything?
#And she'll continue to smile no matter how hurt she is . 

Mencuba sedaya mungkin untuk sentiasa menjadi diri sendiri dan tidak menzalimi diri sendiri .
Mencuba sedaya mungkin untuk sentiasa tersenyum walau dugaan besar melanda .
Mencuba sedaya mungkin untuk menjadi yang terbaik .
Mencuba sedaya mungkin untuk menggembirakan dan membuat orang yang sayang tersenyum.
Mencuba sedaya mungkin untuk mencintai diri sendiri .
Mencuba sedaya mungkin untuk menjayakan segala percubaan . 
Tak cuba tak tahu . 

#Orang yang tidak belajar dari kesilapan dan tidak menjadi lebih baik dari semalam adalah orang yang rugi dan lemah . 


Sep 24, 2011

KEBIASAAN GADIS BIASA .(Edisi:RAYA lagi)

Hello peeps . obvious kalau tengok kalendar kuda hari ni masih lagi dalam bulan Syawal . . jadi sempat lagilah nak beraya sana raya sini . walaupun ada setengah rumah yang kuih raya dah takde pun .tak kurang juga yang buat rumah terbuka . . 
ada yang dah macam kenduri kahwin dah meriahnya . setahun sekali katanyaa~

Tiada apa yang lebih menyakitkan bagi aku melainkan perkongsian tanpa rela . 
Perkongsian apakah .? biarlah menjadi persoalan ~
Sedih hati tak dapat terbendung . .  tersedu-sedan menahan esak tangis . .
Kesimpulannya aku masih dihujani dengan tanda tanya . . 
Dan aku hanyalah manusia biasa yang melakukan perkara biasa dan melakukan kesalahan tanpa sengaja !.
(okay ayat aku memang sangat sentimental seperti orangnya )
Untuk menjadi seorang kakak yang baik dan sempurna takkan termampu untuk aku lakukan . 
walau banyak mana pengorbanan aku lakukan . . 
Aku tetap menjadi manusia biasa yang punya perasaan dan air muka .
Ahhh! Persentankan segalanya !
-tutup cerita-

Main suis mood sudah menjadi kebiasaan apatah lagi bila aku perlu sentiasa mempunyai motivasi diri dan sentiasa kelihatan cool seperti ais beku kutub utara yang mencecah negative darjah kelvin .untuk menjaga air muka aku yg comel ni dan untuk membuatkan aku sentiasa kuat dan tabah .kental tak .?

Dan hari ni adik-adik comel lagi lawa tersayang telah sudi menjejakkan kaki kerumah kak asmi yang comot lagi comel ni .heheh .saya perasan~

Atikah yang comel lagi comel :) Aqilah yang sangat prihatin dan caring lagi me'nyenyet' :') saya yang bertudung bawal merah jambu dan tidak bershawl belit-belit . dan Azliana lagi manis ala ala gula merah lagi bermadu tualang :D

Ruqayyah yang matang lagi bersifat seorang kakak :) Saya yang ditengah dan kelihatan pendek sentiasa bila bersama mereka . akibat kurang kalsium masa kecil kerana tidak suka minum susu lembu tapi lebih suka isap puting plastik .hikhik :P Azliana yang lagi sekali kelihatan manis menjadi idaman 'abang-abang' :) 

#okay akak guraugurau .jangan terasa hati .iloveyou .

Aqilah yang sangat-sangat mengambil berat tentang saya . the person who makes me smile when im about to cry . .kalau saya nangis dia akan nangis bersama .  . okay bukan Qilah je  TAPI mereka semua . Atikot , Qayot , Len , Syidot pun . ucapan terima kasih dan rasa sayang yang tak terhingga kepada kamu semua . 
We just love each other so much ! 

#dan selepas mereka balik saya bergegas ke rumah sedara selaku kawan baik  saya . tolong masak sikit je . hehe . sorry din tak dapat tolong masak . Takpe kau masak sedap .terima kasih Aizuddin . lama dah tak membebel kat kau . HAHA .
*jalan-jalan ternampak motor sexy yang berbunyi sedap !aiseyyhhman .tergoda i ! dan berbual kembali dengan Syida  bergelak tawa , bergurau dengan Shira membrutalkan dan menggilakan serta melonggarkan skru kepala aku kejap .HAHA .
terima kasih :)

#kepada Jujue : nanti next time Jujue datang rumah akak ye . sekarang focus PMR i wish you all the best ! 
untuk adik-adik yg ambil PMR yang lain , Fiza , Mafika , Izzat , Farhan , Dieba . dan adik kandung saya . Selamat menduduki penilaian menengah rendah . semoga berjaya :) Buat yang terbaik . Berdoa dan bertawakal :)

#Saya sayang kamu semua sangat-sangat sampai bila-bila .Terima kasih kerana menjadi kenangan terindah dan perkara terbaik yg pernah saya ada dalam hidup saya :)


PERUBAHAN SATU PENGHIJRAHAN . (Edisi :Bersabar dan Bertabahlah)

Bila masa berlalu . . 
Manusia akan berubah . .keadaan akan berubah . . segalanya akan berubah . .
Tapi hidup perlu diteruskan walau sebesar manapun perubahan yang kita kena terima . . 
Perubahan boleh jadi sesuatu yang baik boleh juga jadi sesuatu yang memedihkan . . 
segalanya bergantung pada cara kita mengatasi dan mengharunginya . . .

Cara kita nak terima perubahan itu dan teruskannya tanpa menjejaskan diri kita . . 
Mungkin ada perubahan yang boleh kita harungi dengan gelak tawa dengan bahagia . .
Namun tak kurang ada juga perubahan yang mampu buat kita menangis , sakit kepala memikirnya . . 
Sebab esok masih ada . .  Semalam telah berlalu . . 
Dan pilihan kita semalam telah menjadikan siapa kita hari ini . 
Esok pula sesuatu yang belum pasti . .sesuatu yg dipanggil masa depan . . 
Yang hanya mampu dipenuhi dengan perancangan tanpa kepastian . . 

Bila perubahan berlaku . . . keadaan menjadi terlalu berbeza . . .
Memang agak sukar untuk memulakan sesuatu yang baru . . .
Kerana segalanya sudah tidak sama . . kerana segalanya mungkin sudah berpusing 90 darjah , atau 180 pasti lebih sukar jika 360 . .
Kerana kita sudah terbiasa . . .tapi kerana masa . . 
kerana keadaan dan mungkin juga kerana TAKDIR . . 
Perubahan seumpama penghijrahan . . 
yang kita tak tahu apa akan menanti di hadapan . .
Tapi selalunya ia menjanjikan sesuatu yang lebih baik . .
Mungkin perit dan memerlukan pengorbanan . . 
Namun ia pasti sesuatu yang manis di penghujung ceritanya . . 

Hanya Allah yang mendengar segala cerita kita . .tidak kira masa atau sebesar mana dosa kita . .
Pintu taubat sentiasa terbuka luas buat kita selagi nyawa tidak dikerongkong . .
Allah sentiasa bersama kita . .tak kira bila . .tak kira turun naiknya kita . .
Tak kira ketika kita miskin atau kaya , bijak atau bodoh , diatas atau dibawah , 
Hanya Allah . . ketika dia memberi dugaan . .takkan dia biarkan hambaNya keseorangan  . .
Allah sentiasa dekat dengan kita  . .sentiasa bersama kita . . 
Kerana manusia takkan mampu . . 
Walau dia seorang isteri atau suami , anak atau Ibu Ayah , keluarga mahupun teman . .apatah lagi seorang sahabat . . takkan mampu bersama kita sentiasa . .
Kerana mereka juga hanyalah hamba . .hanya pinjaman semata . .
Takkan kekal selamanya . . takkan bersama kita setiap masa . . .
Takkan mampu . .Kerana Allah MAHA PENCIPTA .MAHA BERKUASA . 
Jadi walau apapun tejadi tetaplah beriman padaNya . .tetaplah berdoa dan percaya padaNya.
cepat atau lambat yakinlah kau pasti mendapat jawapannya :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah menjawab doa kita dengan tiga cara :
1. Ya .Doa itu akan dikabulkan . (Jadi bersyukurlah kerana nikmat boleh mejadikan kita seorang yang bersyukur dan nikmat boleh juga jadikan kita seorang yang kufur)

2. Ya tapi belum sampai masanya . Mungkin mahu menguji tahap kesabaran dan keimanan kita padaNya . tetaplah berpegang dan yakin . Saat kita mendapatkan jawapannya , segala yang kita lalui boleh menjadi sesuatu yang amat indah :)

3. Tidak , ini bukan yang terbaik untukmu . Boleh jadi kita terlalu inginkan sesuatu yang tidak baik untuk kita .Sesungguhnya Allah MAHA MENGETAHUI sesuatu yang lebih baik untuk kita . Allah takkan menganaya hambaNya . hanya kita yang menganaya diri kita sendiri .


#Masa berlalu .manusia dan keadaan mungkin berubah . namun gambar ini tak pernah berubah ;)
Adik-adik tersayang :) 
Moga ukhuwah ini kekal selamanya . Andai itu yang dapat akak minta :)

Sep 22, 2011

DUNIA AKHIR ZAMAN.

Dunia ni bulat , Jauh mana pun kita pergi kita akan kembali ke tempat asal juga.

Makin ramai orang kita kenal , makin kecil dunia kita rasa.

Makin banyak kita belajar , makin banyak yang kita tak tahu.

Makin jauh kita berjalan , makin luas pemandangan .

Makin banyak kita lalui , makin banyak pengalaman .

Makin banyak yang kita lihat , makin kagum kita pada kebesaran Allah .
Makin lama masa berlalu , makin dekat kita dengan kematian ,

Semakin dekat matahari ke Barat .

Itu tanda dunia akhir zaman ,maknanya kiamat dah dekat.


#Akhlak dan Iman sesuatu yang tidak boleh diwarisi .

AIRMATA KEBERKATAN .

Okay . hari ini aku sangat bersyukur  kerana masih bernafas dan dengan itu bermakna aku masih perlu mengambil kertas Kimia terakhir .iaitu kertas tiga . haahh , berserah jela , apa mampu aku buat .buku dah baca , segalanya telah ku usahakan . .  akhirnya 1 jam 15 minit berakhir dengan pantas . .sepantas angin lalu. . .

Dan dalam masa 1 jam 15 minit yang berlalu itu , aku telah menulis sesuatu . .di atas kertas kajang Hak Milik Kerajaan Malaysia yang aku dah bayar dalam yuran tambahan awal tahun dulu . okay aku bayar okay yuran peperiksaan bukan free . okay , bukan aku sorang jeee tapi semua pelajar sekolah kat Malaysia ni .hihi.

Sesuatu yang datang secara tiba-tiba , lalu aku terus tulis di atas lembaran kertas yang ada .ecehhhcehh . dan idea itu telah berkembang dari satu benda kepada tiga . dan itu adalah kerana aku seorang blogger tegar yang sangat tegar dan siang dan malamku hanya dihantui blog aku :) memang semua blogger tegar rasa macam tu ke .?

Sesuatu aku tulis , yang kadang-kadang aku tak terfikir pun tentang itu .nak tahu apa . ? tunggulah entri seterusnya ;)

Dan masa pun berlalu , exam dah habis buat hari ni . maka bertenanglah kami kerana exam Fizik pada 29 sept bermakna seminggu lagi . jadi buat masa ni kita lepak-lepak dulu tenangkan minda . Kononnya aku nak jadi pelajar rajin baca buku Fizik , tapi gangguan alam sekitar yg terlalu banyak sehingga buku tinggal atas meja , kerusi tah kemana aku mula membuat group bersembang bersama rakan sekelas Safwan , Muzaffar , Azhar , Nad Zaki dan Amirah . 

Dan akhirnya bermula dari tajuk skirt dan malu sebelum rehat dan disambung kepada permainan game seperti DOTA dan sebagainya , kepada filem Inggeris hingga la Hindustan . sangat universal . seronok tahu . mereka bercerita dengan gaya-gayanya sekali betul betul mendalami watak .

Dan bila sampai waktu dah nak balik . Cikgu Kimia , Cikgu Lela namanya pun masuk kelas . Kertas Kimia 1 aku masih lemah :( . tiba-tiba cikgu berkata tentang keberkatan bila semua pelajar dah balik yang tinggal aku , Safwan , Muzaffar ,  Adli , Safwan , Adibah , Farhan .Sebab Safwan berjaya membuat peningkatan dalam markahnya  .Tahniah Safwan.

Cikgu berdiri sebelah aku dan menepuk belakang aku seumpama seorang ibu menepuk belakang anaknya , suara cikgu tiba-tiba berubah . .menjadi sebak , kami seolah tak percaya cikgu mengalirkan airmata . 
Cikgu kata :Kadang-kadang keberkatan tu yang lebih . Saya risau sebab awak periksa anak saya pun periksa . . .dia duduk SBP saya tak dapat nak tolong dia . 
Saat itu aku turut merasa sebak tapi tak mampu mengalirkan airmata cuma mendengar apa yg cikgu luahkan pada kami . Dalam hati aku rasa macam nak peluk je cikgu . .
Dan terbayang wajah Ibu Ayah . terfikir inikah yang mereka rasa. ? ouh aku mahu buktikannya !
Doa seorang Ibu dan Guru itu makbul . pesan cikgu :Jaga keberkatan ilmu .saat ini itulah yang paling awak perlukan.

#okay ini sijil Penilaian Menengah Rendah saya , baru tadi ambil. 2009 maknanya dah dua tahun . tahun ni dalam masa beberapa hari dan lebih kurang sebulan saya akan menduduki SPM pula . penentu masa depan .wah , cepat betul masa berlalu . Saya akan menduduki SPM bermula 14 November - 29 November . Harap keputusan SPM seindah keputusan PMR dan UPSR . Insya-allah . Usaha yang penting ! 

#Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali dia sendiri yang mengubahnya .

#Maafla . karangan BM yang membosankan .hee ;)

Sep 21, 2011

Subjek PERCAMPURAN yang MENGECEWAKAN .

Haahh . orang kata mengeluh itu tanda kita tak bersyukur tapi apa mahu buat . .keluhan ini dah terlepas tanpa sengaja tak mampu ditahan . .bukan tanda tak bersyukur cuma rasa argghhhhhh macam mahu dead and gone . Kertas Kimia tadi seriously serupa ayam susah mati !

Pergi sekolah dengan muka serupa apa pun tak tahu sebab aku memang tak tengok cermin masa pergi sekolah . janji tudung tak senget udahla , sebab Cikgu Rosmawati cakap lagi lama kita tengok cermin lagi terserlah kekurangan . Jadi aku tak mahu hilang keyakinan di pagi hari yang indah  .huahuahua . ;) 

#Walaupun budak-budak sekolah sekarang ramai yg pergi sekolah macam nak pergi pertandingan ratu cantik .lagi-lagi yg nak carik stok bakal suami kat sekolah .
-babe sekolah je pun ! tak yah nak rasa macam duduk kat Upper East Side sangat la .


#. .Jangan takut jika wajahmu tidak cantik tapi takutla jika akhlakmu tidak secantik wajahmu . 

Okay sambung cerita kat atas tu yang tergendala akibat tuan belog nak tunjuk muka . 
Turun dari kereta pandang kiri kanan lepas tu lintas jalan . jalan jalan , langkah demi langkah haa , sampai juga kat pintu pagar . jalan lagi masuk dewan . . duduklah kat tempat biasa dengan menahan sejuk yang teramat memandangkan koordinasi kipas betul-betul diatas kepala .

Kertas satu kimia akan bermula dalam beberapa minit saja . arghh ! masa aku tak mampu mengejarmu kau terlalu pantas berlalu . !
Dan dalam masa satu jam 15 minit . okay dah . ouh sangat susah ! soalannya luar dugaan dan tak tercapai oleh akal aku yang ouh tak berapa nak berjiwa kimia .

Okay . lagi satu jam dan 50 minit kertas dua pula bermula . segala formula , percampuran , garam , bases . apa saja semampunya aku cuba membacanya , memahami dan simpan dalam cerebellum biar kekal sampai SPM nanti. malangnya tepat 10.50 pagi , apa jadi . .okay soalan struktur harapan yang cerah .  eleh tajuk senang je kot . sampai soalan essay . 

okay .harapan aku mula pudar . dunia yg nampak cerah kembali pudar . 
eh you ! soalan apa yang you buat ni .? Lepas ni dah tak nak kawan dengan you la . busuk !
Okay saya mula bertawar hati dengan subjek percampuran ni namun apakan daya SPM tinggal lagi sebulan .tempuh sajalah ~ untuk percubaan tinggal kertas tiga .
dengan harapan yg penuh untuk terus fokus ke jalan yg lurus . denganizin Allah permudahkan segalanya . 

#manjaddawajadda .

Sep 20, 2011

My Real 'BOYFRIENDS' . (Second Date Raya )

Selesai sudah kertas biologi , yang tinggal kertas kimia dan fizik . #Sesungguhnya saya bukanlah seorang yg bercita-cita mahu jadi doktor bedah , atau ahli farmasi atau jurutera . Hanya mahu jadi seorang Doktor Falsafah :)

Jumaat lepas 16 september . Hari MALAYSIA . ouh cuti ! memandangkan mood raya masih belum habis , jadi banyak lah rumah yg terbuka dengan hidangan makanan percuma lagi sedap dan menggemukkan . Saya hanya memenuhi jemputan ;) dan menambah lemak tepu .oucchh!

Pergi dengan orang lain balik dengan orang lain .plan lain jadi lain . Kita hanya mampu merancang ,Benarlah hanya Tuhan yg menentukan
#Dulu masa kecik-kecik beraya dengan ibubapa je ,mana mereka pergi ikut jela .
#Masa Form 1 form2 mula belajar raya rumah orang , rumah kawankawan tingkatan semualah .
#Bila dah form 5 . rumah mak mentua la , rumah skandal lah , semua nak pergi  .takde dah naik bas ,masing-masing bawa kereta tajaan ibu ayah atau motor tajaan sepenuhnya ibu ayah juga .

Okay . gambar semua credit to Muhd Nazmi ! Dia je yang bawa kamera mahal kan . Setelah beberapa hari aku menghantui hidup dia suruh upload gambar baru hari ni dia upload . Terima Kasih Mi . sayang kau lah ;')

Baju Kebaya ni longgar jadi beranilah nak pakai .kalau tak aiseyhhman , tak mahu dah pakai kebaya yg menyerlahkan segala ketulan lemak di badan . Okay saya perlukan diet .
saya tahu ! ~

Sampai jee semua tanya : Kain mana.?? [bukan aku tak pakai apa-apa eh .aku pakai seluar ;) ]
Aku : alahh , sekalisekala apa salahnya . Ah , taknak aku pakai kain naik motor . menambahkan dosa mata korang je nanti .

Rumah Nasrullah ;D 
Pergi dengan sedara aku , dah sampai sini .sedara aku tah kemana , aku tah kemana. dia dengan membe dia , aku apa lagi ikut jela lelaki-lelaki sejati ni . 

#Sejati tak sejati . cuba lihat mereka berbaju melayu bersamping malah bersongkok lagi . Gila kau tak tertawan nyah ! okay .aku je tak .
Gila kau nak jatuh hati dengan kawan baik yg aku dah anggap macam abang sendiri . Ouhh kalau ditakdirkan yeee~ tak tahu lah nak cakap apa .

#Tapi okay apa . Sekurang-kurangnya mereka ni taat pada agama . cuba tengok gambar ni .
Masa ni kami singgah dekat Masjid Saad Abi Waqas . Raya raya jugak solat jangan lupa ! okay jangan tanya kenapa saya takde . jawapannya : #saya perempuan jadi tak solat dengan mereka .
#patutla tunggu dalam kereta lama .ingat buat apa rupanya posingposing . aiyooo~  sabor jela .memey ar~
yang penting REAL MAN tak tinggal solat ;)

Okay gambar ini dan seterusnya adalah gambar yg akan menimbulkan kontroversi .ayoyoyo ~ 
Takde apalah sebenarnya . Kita kawan dan kita cool~

Rio:Mi nanti dah upload gambar kau tukar DP FB gambar kita tau .
Saya:Haaa, baiklah Rio . (tapi tadi tukar kejap jee .hikhik) 
Saya kelihatan sangat pendek dan gemuk bila bergambar dengan Jejaka Idaman Malaya nih .hahah :D

Okay Tuan Punya Kamera :) Terima Kasih Mi sudi nak upload gambar aku ! ni yang sayang kau ni !haha .

Okay baiklah masa berlalu . Nak study Kimia . aish kalaulah soalan kimia semudah lagu 
' Kimia' mesti saya LULUS dengan cemerlang . Takpe kali ni saya akan buat betul-betul dan terbaik ;) 

menyelit : okay saya dapat jumpa lagi sorang Mak Su ! gembiranya hati . lain kali lain hari kita cakap masa zaman kanak-kanak terindah saya dan mereka yg saya sayang.
 
#akhir kata terima kasih Tuan-tuan Kedaung semua yaa . sayang kamu semua . Dengan harapan ukhuwah persahabatan ini terus terjalin walaupun kita dah mulakan hidup baru nanti .ouhh terharunya :'/ Cuma hargai saja masa ini ;D.



Sep 19, 2011

PERUT AKU BERJAMMING :D

#sedap tak lagu baru kat blog saya . ada rasa macam Rendang Pedas Perak tak .? atau rasa bersalah .? Mida rasa keinsafan dengar lagu tu . sangat menginsafkan .

Hari ni sayaa menjawab paper biology dengan sakit perut yang teramat sangat ! ouchhh! seksa gila , dibuatnya hujan rahmat turun mencurah dan dibawah kipas yang berputar laju membuatkan perut aku bukan saja kecut malah berjamming lagu 'Dirty Dancer' .

Dalam keadaan yang sangat menyakitkan aku gagah kan jua hati aku dan terus ligat berfikir . takpe perut sakit kepala tak sakit masih boleh berfikir  , tapi perut sakit tak senang hati , bila tak senang hati aku rasa mcam nak lariii~



#masa kat SMKA Kuala Selangor . HKS Negeri 2011 . okay aku je yg posing .kentot betul tapi aku memang suka gambar candid .
sebabnya : ada cerita disebaliknya . sebab kadang-kadang gambar posing macam terlalu kaku kerana asyik mencari kesempurnaan . :)

Sejenak masa berlalu tiba-tiba aku teringin nak makan Sundae Cornetto . terbayang sudah kesedapan coklat nya ditambah dengan chochalate chips dan kacang rangup .aiseyyyhhhman . meleleh .  dan nikmatnyaaa fuhhh menjilat lidah ;p

#tinggal satu lagi kertas doktor biologi . 3 kertas pak cik Fizik dan 3 kertas nenek KIMIA :P

Sep 18, 2011

Nama saya ASMI ASMIDAR.

Sebelum saya menarik selimut dan membaca doa tidur saya nak kongsi tentang nama saya .nama penuh ASMI ASMIDAR binti ZAINAL RASHID . #mida tu panggilan manja . midot tu tambahan semata.

#Nama saya tidak tergolong dalam kata ganda penuh atau tunggal walaupun ada pengulangan nama ASMI di situ .
#Bukan juga ada kena mengena dengan watak Fauziah Ahmad Daud dalam cerita 'Ali Setan' .
#banyak panggilan selalu orang panggil tapi . Mida atau Kakak panggilan oleh keluarga tercinta . My real BFF panggil saya Amie . Dan kebanyakannya akan panggil saya Asmi atau Asmidar tak termasuk gelaran yg pelikpelik orang kasi kat saya .

entri ni khas untuk pengetahuan am tentang asal usul nama saya :)

saya memang sangat gebu masa kecilkecil ^^

#nama saya telah diberi oleh ayah saya yang bernama Zainal Rashid . Ayah orang yang bertanggungjawab memberi nama kepada anak perempuan sulungnya ini :)

#Asmi . 
-saya selalu tertanya apakah maksudnya . .
-satu hari saya telah memunggah bukubuku yang berada dalam rak di rumah arwah opah .
-saya terjumpa satu buku nama-nama indah islam .dan dalam helaian buku itu 
-saya terlihat satu lipatan .  .
-pada lipatan itu ada tertulis nama Asmi .(ada tanda -)
#yang bermaksud : Alangkah indah pandangannya :)

bila dah besar jiwa kacau . aiseyyhhman .hehe

#Asmidar:
-saya masih tak tahu maksudnya .
-tetapi satu hari ayah ada beritahu . . 
-Asmidar nama penyanyi okestra El-suraya . 
-dari situlah Ayah ambil nama saya sebab dulu masa zaman okestra el-suraya semua orang dengar lagu mereka 
-youtube search : mohon dan pinta , harta dunia , pinta dan doa . 
-arwah opah pun suka lagu mereka . saya pun suka :)
#patutla saya suka menyanyi .

#dan itulah nama saya dari dunia sampai la akhirat nanti :)
*nama saya Asmi Asmidar :) Awak macam mana tahu tak siapa yg bagi nama awak.? apa maksudnya .?

KENTOT dikhalayak ramai sangat tidak SOPAN :)

Mata semakin layu menuntut masa rehat yang diperlukan .Malam semakin gelap menandakan dah lebih jam 12.30 tengah malam .dan aku masih tertanya tentang mimpi semalam .

Mimpi . ? Betapa kuatnya pengaruh mimpi yang boleh membuat seseorang itu berkhayal dalam dunia realiti . MIMPI penngaruh psikologi terbesar dalam hidup seseorang dan percayalah kerana hidup anda diselubungi tanda tanya hanya kerana mimpi .jengjengjeng .

Kalau tanya aku mimpi apa . ofkoz la aku tak nak bagi tahu .hihi malu . ^^ tapi bukan mimpi basah .teettttt.

okay .bye MIMPI sekejap lagi kita jumpa lagi .i konpem i mesti dapat persoalan baru .


okay saya rindu dengan mereka . bukan mereka je . mereka-mereka .ramai lagi . gambar ni yang terpilih malam ni . gambar beberapa bulan yang lalu . ouh Tuhan , sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita.

#kami memang suka bergosip macam ni .bukan mengumpul dosa cuma kami suka berkongsi pahala ;)
#masalah , kami kongsi dan selesaikan bersama . 
#tekanan kami rasa bersama . 
#lepak tepi jalan pun bersama . 
#makan tak hengat dunia , tengok badminton jerit sampai takde suara , bermaharajalela kat sekolah tu macam sekolah tu kami yang punya . 
#the kentots , kedot , 'L', .saya rindu !
#akhir sekali  kalau anda pandai cuba teka saya yang mana .

*habis trend 'untunglaa' , 'kentot' la pulak . hailaa .dunia oh dunia ;D

Sep 16, 2011

MIDA RINDU ;/

Perasaan rindu ini menyinggah dan menebal ketika raya tahun ni saya berjumpa kembali dengan Mak Yang dan sepupu saya yg dah 5 tahun tak jumpa.lama kan . Takdir telah mempertemukan kami kembali.
dan setelah saya dapat berbual kembali walaupun melalui Facebook dengan satu-satunya Mak Su saya .

Yaa .bila kita rasa rindu itu bermakna waktu berlalu dan nikmatilah waktu bersama mereka yang tersayang kerana waktu itu akan berlalu dan sampai waktu kita akan rindu .namun waktu itu takkan mampu diulang kembali. 

Gambar yang atas tu gambar saya dengan arwah atuk . itu masa saya kecil-kecil.

Gambar yang bawah tu pulak gambar dengan arwah opah . Saya sangat sayang arwah opah saya .masa kecil opah jaga saya masa pantang .
mida takkan lupa .
#kenangan seminggu duduk dengan opah kat kampung tahun 2005.
#masa mida jaga Opah 2 minggu kat Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping tahun 2006 .
Kenangan yg takkan Mida lupakan sampai bilabila .

Opah mida rindu ;/

Ini gambar masa saya kecil-kecil .umur 6 tahun .masa ni dekat rumah lama.saya paling hujung kanan . yang lain adikadik saya :)
#Mereka semakin membesar dan memanjang.
Saya tak ingat bila tapi gambar ni ada saya dipangku oleh Mak su . dikelilingi oleh sepupu-sepupu saya . batu 17 padang asam .

#Every moment is precious don't ever waste it . ;/ tak tahan nih sobsob T__T

SEMANIS KURMA versi Mida BUKAN SEPAH .

Hello peeps .entri ini adalah entri karat versus kasih sayang . 

Semalam secara kebetulan saya ditakdirkan untuk menonton rancangan bual bicara SEMANIS KURMA . dulu masa dulu mula tu adalah tengok sekarang jarang dah tengok .sebenarnya rancangan ini bagus sebagai motivasi diri .

Kebetulan dan ditakdirkan topik semalam tentang 'DENDAM SEMALAM' .macam kena kat batang hidung sendiri .

Tapi saya mahu tegaskan yaa saya bukanlah seorang yang berdendam .yaa memang bukan walaupun keturunan Bugis orangnya garang-garang belaka . 

Saya seorang yang mudah memaafkan tapi sukar melupakan .bak kata pepatah Sekali kena , dua kali tahu . 
Segala benda yg terjadi saya pasti ianya bersebab , berhikmah dan memberi pengajaran . Tidak kiralah baik atau buruk .
Jadi setiap pelajaran yang saya belajar saya simpan dalam kotak memori dan kotak hati serta saya kepilkan sebagai cebisan hidup di antara setiap tajuk dalam cerita hidup saya . Dan saya akan pastikan ending setiap cerita takkan sama dan kesalahan yang sama takkan berulang  . 

#Pernah tak anda merasakan anda tidak mahu sesuatu itu berulang kembali tapi kerana Tuhan mahu menguji perkara itu tetap terjadi (perkara yg kita tak mahu) . 
Kali pertama ia memberi pengajaran , dan jika berlaku lagi bermakna ia menguji kesabaran . jadi bersabar dan bertabahlah :>


point yang paling penting ialah : SYURGA tempat orang yang berkasih sayang , NERAKA tempat mereka yg memutuskan silaturrahim . 

Memberi kemaafan adalah perkara terindah , kerana beban yg kita pikul akan rasa terlepas jika kita memaafkan . 
Namun ada perkara yg lebih baik dari kemaafan iaitu BERLAPANG DADA . iaitu kita mampu TERSENYUM , BERSALAMAN dan MEMBERI SALAM .dan Allah menjanjikan kemanisan iman jika kita berlapang dada ..


okay ini adik bongsu saya yg bernama Afizul Amin . dia memakai rantai dan cermin mata saya yg telah dia punggah ketika saya berkemas . Amin amin , dah la takde gigi :D (gambar hiasan semata tiada kene mengena dengan entri  )


#Jika kemarahan kita pada seseorang lebih dari 4 setengah minit . itu bermakna DENDAM :) 

ORANG KETIGA DALAM HATINYA .

Happy Malaysian Days :D

Okay malam ni saya nak minta maaf kalau ada salah dan silap . sebab entri kali ini memerlukan tukul dan baldi sebagai persediaan awal . Sebab saya dah mula mengarut dan mula berdrama swasta yang mamapu membuatkan anda menyampah dengan saya .

#I do almost everything by myself . I go almost everywhere alone . And I always be so independent . 
Sehingga saat ni saya telah dirasuk untuk tiba-tiba merasakan saya perlukan seseorang . .

>walaupun sekejap . .
>bersama-sama berjalan kaki dengan saya waktu tiada siapa yang nak ambil dan hantar saya .
>bersama-sama belajar dan berjaya bersama saya .
>text dan call saya bukan pada setiap masa .
>teman saya waktu saya kempunan nak makan SUNDAE CORNETTO dan aiskrim yg sewaktu dengannya.
>menyanyi duet dengan saya waktu berkaraoke bersama tidak kira di SUPERSTARRR atau di persembahan sekolah atau di kenduri kahwin :)
>yang mahu bergambar bersama saya dan print gambar itu dan simpan dalam dompet dia .
>yang berani bersalaman dengan ayah saya ,berbual dengannya dan melayan kerenah adik-adik saya.
>yang akan menemani saya ketika saya memerlukan .
>yang akan membantu saya memasak bersama-sama .
>yang akan sentiasa merindui senyuman saya .
>yang mencintai dan mengagumi kekurangan dan kelebihan saya.
>yang PENYABAR .
>yang tak kuat merajuk sebab saya tak pandai pujuk orang.
>yang tahan sindiran .
>yang tiada batasan untuk saya bercerita tentangnya di blog ini.
>yang selalu mengingatkan saya kepada Allah.
>yang tak kisah kalau saya comot . 
>yang tidak mendorong saya ke arah zina hati.
>yang menghormati saya dan kaum sejenis .
>yang akan memperkenalkan saya kepada kawan-kawan dan keluarganya bahawa saya cinta hatinya.
dan , 
>yang menjadikan saya orang ketiga dalam hatinya selepas Allah , Rasul dan Ibunya :)


ada rasa nak muntah tak .? sudah ku katakan sediakan baldi awalawal .ouh tak saya bukan terdesak atau kemaruk yaa .jangan pernah lupa Jodoh itu RAHSIA ALLAH :)

#im picky , choosy but im ugly , fatty , shorty but im honest . So , will you love me for that .?

Sep 14, 2011

TERDESAK :Jawatan Kosong :)

trial status : tinggal lagi 3 subjek bersamaan 9 paper . :D 'apa yang penting daya usaha' . .I will do my very best . 
"Saya tak perlu buktikan apa-apa pada sesiapa . Saya buat perkara yang saya suka ."  #belajar rajin-rajin .do your best .one day became a SUCCESSFUL PERSON and be the change you want in the world girls ! dedicated to the comots ME :)

Sangat terdesak .Jawatan KOSONG :
*untuk seorang yang mahir dalam subjek additional mathematics. .
*seorang yang boleh menerangkan pada saya apa gunanya segala konsep integrate , dy/dx segalaa .
*gaji :tidak disediakan . tempat tinggal :sendiri . pengangkutan :sendiri . 
(Jika berminat sila hubungi saya dengan segera sebelum SPM bermula .) 


#WE ALWAYS LOVE PEOPLE WHO IGNORES US , and IGNORES PEOPLE WHO LOVES US .

Sep 12, 2011

Jauh Perjalanan , Luas Permandangan .

Semalam . .jauh mida berjalan . sampai Nilai .kering tak .? 
#Kalau saya ada kereta dan boleh bawa kereta tak perlu saya  menunggu Kura-kura Tanah Melayu yang sangat lambat tu . ouh penantian satu penyeksaan .

Jauhnya Mida pergi Nilai , pergi mana .? rumah siapa .?
Rumah Aunty Azah :) Mak Abang B . its mean mesti la mida jumpa Abang B sekali kan . yeee~ .

#Best dapat jumpa aunty azah the owner blog Nothing but Something .hehe. cool tak .
#Best dapat jumpa kucingkucing aunty yg comel tu .
Saya dan Aunty Azah yang sangat baik hati . (dapat juga peluk cium dari aunty ) .
#Kau mampu nyah .? ;p
Mida pergi dengan adik . Ina . dah janji dengan dia nak bawa jalan . Jauh derr bawa dia pergi jalan . 
Mula-mula dia diam jee dah lelame . .. . . aku pulak yg jadi loner .haha .
#TERIMA KASIH banyak-banyak KASIH aunty :)
last but not least . mestilah balik takkan nak duduk sana sampai tak balik balik .itupun nasib baik Abang B nak amik dari KTM dan hantar balik .Terima Kasih yaa awak .
tunggu KTM pukul 6.30 petang baru sampai . sampai KL Sentral dah pukul 8 . . 
Balik pergi Jaya Jusco kejap terus balik rumah . . . tengok Twilight Eclipse .premiere kat Star Movie .(sengal itupun nak gitau) 

#tak sempat keluar dengan Kak Suri .
#tak bawa balik kucing pun .yela naik KTM susah . nantila nanti pas SPM kalau dah ada 'kawan' atau sendiri yg boleh bawa kereta (wahh nokk , cita-cita)

*dan tercipta lah suatu anganan : ' I already have someone that can be my Jacob but i did'nt find any Edward but im not Bella' :P

TIRED AND SICK !

Im always said ' Don't play game with girl who can play better' .

Tapi kali ini aku cakap terusterang . . 
#Aku penat .
#I dont want play any kind of game anymore . 
#Im tired and sick .
#Its too long .
#It just a little of to much .
#It not important anymore .
#I dont care anymore how it feel and I dont even want to know about that .
Im dying inside. so so on .
#and now its fully empty .
#its eye opening and heart closing .
#Dude , im serius .

* . . . . jika kamu mengetahuinya. . . .

SENYUMAN itu .

12 hari bercuti . masa untuk kembali ke sekolah .
#Aku tak kira berapa hari aku tak jumpa dengan kau .
#Dan aku tak peduli atau peduli .aku tak tahu .
#yang pasti hari pertama sekolah .aku datang dengan satu misi iaitu ulangkaji untuk trial .
#Tiba-tiba aku nampak kau .dengan secara tak sengaja . 
#Kau senyum kat aku . 
#Okay ini pertama kali kalau kau sedar .
#Aku pula buat tak tahu toleh kiri toleh kanan tanpa membalas senyuman kau tu . 

*satu aku tak tahu apa sebenarnya aku rasa kat kau .
*dua kau lain daripada lelakilelaki yg aku pernah kenal sebelum ni .
*tiga kenapa kemana saja aku pergi ada kau dan kenapa kau dan aku saling terpandang,
*empat kalau kau tahu lagu tu yang aku nyanyi tu untuk kau . tapi kau tak toleh kat aku pun walau sekalipun masa tu .seumbang ke suara aku .
*lima aku selalu tertanya apa yang kau fikir pasal aku baik ke buruk ke .
*enam aku selalu tertanya kenapa aku mimpi kau , mimpi yg selalunya pelik .
*tujuh , lapan , sembilan dan sepuluh . aku ada buat satu lagu untuk kau . kalau kau nak dengar nak tahu apa yang aku tulis . berdepan dengan aku , cakap sesuatu yg serius dan bukan benda yg tak seharusnya kau cakap dengan aku .
#kbai.

My Real 'BOYFRIENDS' .

Selamat blogger-blogger semua .sejak trial .saya sudah mengabaikan blog ni sudah agak lama .yaa tengah trial .

Rayaraya .#negara orang lain raya setakat solat sunat hari raya je .kat Malaysia je raya sampai sebulan tak habis . dah jadi adat .

Cuti raya seminggu sempat pergi 5 rumah . Sebab rumah saya sentiasa penuh . memang takde masa nak keluar tapi meriah .

Bila anak-anak pak cik datang .
Sekali 7 orang tambah 3 tambah 8 yg kat rumah lagi .lepas tu ada lagi 2 ada lagi 4 . . kalau dapat kumpul semua sekali .huih , memang kena tumbang sekor lembu . #seronok nihh!

#okay ucapan terima kasih kepada mereka  yang sudi memeriahkan rumah Cik Mida . hihi. hensem tak mereka . yaa mereka memang lelaki-lelaki Melayu terakhir yg kalau ada kenal dengan mereka mesti nak buat jadi bakal suami .
#yang mampu membuat kita ketawa .
#yang tak pernah ambil kesempatan ke atas kita .
#paling penting yang boleh menjadi IMAM kita :) (susah tau nak jadi spesis mereka yang makin pupus nih)
Memandangkan yang nak datang bukan bakal suami atau kekasih hati .macam nilah rupanya aku . :D hehe
My real 'BOYFRIENDS' okay .bukan kekasih hati tetapi kawan lelaki .
to be honest .
#berkawan dengan lelaki lebih mudah dari berkawan dengan perempuan walaupun saya seorang perempuan . Mereka adalah kawan sejati .

Cik Zura : Mida tu semua kawan kau ke .?
Mida: A'ah . dorang lah yang selalu lepak kedai makcik makan nasi ayam petangpetang sama-sama .
Cik Zura: Dasyat kau .
Mida:Hehehe . kawan dengan lelaki macam mereka senang . tak leceh tak sakit .hahaha.