Aug 31, 2011

SAYA SAYANG KUCING :D

Raya kedua,
#Ingat nak studi .last-last pukul dua petang keluar pukul 9.30 malam baru sampai rumah .
#masa tu dah penat , dah kenyang .
#Niat nak studi terkubur begitu shaja , tapi tadi masa kat rumah mak cik sempat la buat kerja BM sikit .

Saya memang suka kucing . sangat suka . pernah ada kucing tapi dibawa lari orang .sedih .pernah ada tapi mati .sedihsedih . pernah nak bela masa kecil dulu tapi ibu tak bagi .
Nanti kalau dah ada rumah sendiri saya nak bela kucing je .
Impian saya satu hari nanti dapat pergi ke SPCA .tempat kucing terbiar , saya nak jaga kucing-kucing tu sampai jadi cantik comel !

Kalau saya ada kamera yg mahal saya akan tangkap gambar kucing dan apa-apa sahaja sebanyak-banyaknya .
Geram tengok kucing ni , comel dan gebu dan cantik dan comelll sangat !
Rasa macam nak bawa balik jea .

Tapi kucing ini bertuan . Tuan dia baru je berumur 3 tahun .ala comel jea .
nama tuan dia: MIA (anak kakak sedara saya .means anak buah saya .hehe) . 
nama kucing ni MERAH .hehe .
Kucing pun dah sama besar dengan dia .

#dan satu lagi binatang yg sangat comel .kalau cukup duit saya nak beli binatang ni .
Sebab saya ingat nak beli Hamster haroro yg comel tu . tapi telah dilarang .jadi . . 
Saya nak beli binatang ini 'Sugar Gliders' namanya .
Tapi harganya mahal namun, kerana sayang ku turutkan jua .haha.(tengah kumpul duit)

*Mia pun ada sugar gliders namanya 'BOBOY' .(lupa nak tangkap gambar sebab sugar gliders ni suka duduk dalam kain . suka tempat gelap . .)* tak senonoh punya mida lepas salam orang je terus tengok sugar gliders makan epal .ou sangat comel .Tergoda I .:)

#okaybye :)

Day Nie:10 Ways to Win Your Heart.

#Lagi beberapa minit saya akan log out sepantas kilat yang mungkin dah mengemas rumah secepat yg boleh seterusnya membaca buku seboleh-bolehnya .

10 Ways to win my HEART :

#1 Buat saya TERSENYUM dan TERGELAK bila saya rasa nak menangis macam kanak-kanak.

#2 Elakkan penipuan yang boleh membawa kebencian dan bencana. 
Penipuan yg membawa kebaikan dibenarkan . "Sesungguhnya . . kebenaran itu lebih manis dari penipuan"

#3 Menangi HATI AYAH saya dulu kemudian . 
tiada jalana susah untuk memenangi hati saya.

#4 Tepati JANJI
"Sesungguhnya orang yg memungkiri janji itu MUNAFIK" . Jadi jangan berjanji kalau tak mampu untuk menepatinya sebab peluang hanya sekali.

#5 Buy me A BIG BEAR . 
(okay ini hanya untuk orang tertentu )

#6 Selalu TERSENYUM
Senyuman anda mampu menceriakan hidup saya .memey arr ;p

#7 Terima saya seadanya . 
Ouh , saya sangat sangat dan sangat tidak suka dihukum tanpa dinilai.

#8 LISTEN TO MY STORY and NEVER GET BORED OF IT.
Kalau tak awak takkan pernah mampu memenangi tempat di carta hati saya.

#9 TRY HARDER and HARDER.
Kalau apapun saya buat silalah bersabar .sebab ianya BERSEBAB . Dan kalau awak rasa awak betul-betul nak , tak kira betapa kuat saya tolak awak teruslah bertahan .(kecuali lah awak memang bukan untuk saya) . Percaya pada takdir dan masa .Dan tolong yaa kalau saya suruh tunggutunggu jelah .kalau saya kata jangan tunggu janganlah .kalau saya kata tak mahu tak mahulah . Kalau saya kata saya nak tunggu .well .saya betul-betul tak tipu !

#10 Sentiasa ada untuk SAYA saat SAYA memerlukan .
Sentiasa walaupun .
*masa kunci rumah saya hilang .
*masa saya bergaduh dgn orang yg saya sayang.
*masa saya tengah rambang mata nak shopping .
*masa saya rasa nak makan SUNDAE CORNETTO .
*terutama masa semua orang tiada bersama saya .

Okay cukup 10 :) 
#Bila saya kata saya sukakan awak saya betul-betul maksudkannya , 
Bila saya cakap sesuatu percayalah sebab saya memang tak pandai menipu . .
dan terakhir . .
Kalau mahu percaya jangan curiga , Kalau mahu curiga jangan percaya.

HAPPY MERDEKA DAY :)


Selamat Menyambut Kemerdekaan yg ke-54 !
Malaysia oh Tanah Airku sudah 54 tahun!
Sejahterala Malaysiaku !
Malaysia dihatiku !
Saya sayang MALAYSIA!
Saya anak MALAYSIA .saya BANGGA !

#okay raya satu hari .sekarang masa untuk BACA BUKU!


Aug 30, 2011

CINTA MUKA BUKU SAYA :D

#Hari ni ku lihat ramai betul jejakajejaka kacak kelihatan segak berbaju melayu , bersamping dan bersongkok .Sangat sedap mata aku melihat . Cuma tak mampu nak lihat lebih-lebih .teeettt . mata jaga mata.

#Hari ini ku lihat gadis-gadis ayu bebaju kurung , kebaya atau apa-apa saja tapi sedap mata memandang.

#Hari ini hari yg ku nantikan yg paling berharga adalah pelukcium penuh kasihsayang dari ibu dan ayah ku .Bahagia sungguh ku rasa.Saat ini aku juga bersimpati pada mereka yg sudah kehilangan ibu bapa .

#Hari ini aku dapat bertemu , bersua muka dengan orang-orang yg sudah bertahun aku tak jumpa .

#Hari ini ku lihat kawasan tanah perkuburan Taman Ibu Kota begitu ramai sekali orang .sayangnya .aku terlupa nak ambil gambar .




cinta muka buku oleh Najwa Latiff, saja gediks nak cover .memey arr .^^

kecewa nih adik lelaki aku yg bujang tak balik balik lagi .*macam takde makbapak pulak.

#entri ni spontan je , entri MERDEKA RAYA dah didelete atas sebab-sebab tertentu .
alang-alang update jela .
Okay teruskan beraya ^^.

Aug 29, 2011

KALAU AKU SUKA (Edisi MENGARUT)

Assalamualaikum .

mesti semua orang tengah sibukkan .sibuk shopping .sibuk kemas . sibuk memasak .
Mida punya kuih raya semua dah siap , jemputlah datang rumah .Shopping pun dah setel , jadi duduk rumah kemas-kemas .itupun dah last trip , takde benda sangat dah . Jadi bolehla Raya dan Studi dengan senang hati :)

Jadi memandangkan musim ni musim raya .Mida nak menjiwang sikit boleh .? :D


#Kalau aku jatuh cinta , aku harap masa tu aku dah habis SPM :D
#Kalau aku jatuh cinta , aku mahukan seseorang yang selalu buat aku tersenyum
#Kalau aku jauh cinta , aku mahukan seseorang yang akn terima aku seadanya.
#Kalau aku jatuh cinta , aku mahukan seseorang yang matang .
#Kalau aku jatuh cinta , aku mahukan seseorang yang boleh aku jadikan sahabat dan teman .
#Kalau aku jatuh cinta , biarlah ia direstui .
#Kalau aku jatuh cinta , biarlah kerana Allah .
#Kalau aku jatuh cinta , aku harap ia kekal selamanya :)


#Aku suka seseorang. .

#Kalau aku jawab panggilan dia lebih dari jam 12 tengahmalam .
#Kalau aku online FB aku tengok wall dia.
#Kalau dengar nama dia aku akan tersenyum
#Kalau aku suka melawan cakap dia.
#Kalau aku bagi sesuatu kat dia.
#Kalau aku suka cari gaduh dengan dia .;p
#Kalau aku nyanyikan lagu untuk dia.


*Dan kalau aku betul-betul suka .
#Aku takkan pernah cakap aku sayang dia .
#Aku takkan pernah buat baik depan dia.
#Aku takkan pernah memuji kelebihan dia depan orang.
#Aku takkan luahkan perasaan aku.
#Aku takkan pernah pandang dia lebih dari lima minit .haha
#Aku harap dia pun suka aku dan mulakan langkah :D

#okay sekian entri mengarut di pagi hari :) Terusterus la lakukan apa yg sedang anda lakukan .

Aug 26, 2011

Ucapan RAYA :)

okay .menggeliat sekjap :)

Tak sampai seminggu seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri .
Mesti semua dah dalam mood raya :mengemas , buat kuih , shopping sakan, balik kampung.
Mesti semua dah tak sabar nak dengar pengumuman raya dari Pak Cik pemegang cop mohor raja-raja Melayu kan.
Mesti ada yang nak suruh anak bulan beranak cepat-cepat .hihi


Bila nak raya semua orang mula sibuk ,
Ada yang di dapur , ada yang di ruang tamu ,.
yang tengah masak , yang tengah berkemas , 
Ada juga yang sedang membeli-belah.

Bila nak raya mulalah dengar lagu raya , 
Mestilah lagu P.Ramlee , Sudirman , Saloma dan SITI :)
Masa tu semua saluran tivi tayang wayang free,
Semua saluran tivi buat slot sendiri.

Bila nak raya satu kemestian, 
Pulang ke kampung untuk bersama keluarga tercinta,
Bersyukurlah bagi mereka yg masih mempunyai keluarga ,
Berhati-hatilah ketika di jalan raya , 
Kata PM "Usah jadikan leburaya launtan pusara tak bertanda".
Semoga selamat perjalanan pergi dan balik hendakNya.

Bila nak raya ,
sanak-saudara berkumpul , bertemu melepas rindu ,
Mungkin ada antaranya yg jarang sekali bertemu , 
Saat ini yang jauh didekatkan , yang dekat bermaafan .
Terbayang suasana yang indah .
Kanak-kanak dengan bunga api, remaja dengan mercunnya , orang tua dengan lemang dan rendangnya.
Masing-masing bergembira menyambut hari kemenangan , masing-masing penuh dengan keceriaan .

Tapi ada juga yang berduka
Ada juga yang bersedih ,
Ada juga yang kehilangan ,
Ada yg di perantauan ,
Ada juga yg tidak berkemampuan . .
Namun hidup perlu diteruskan .


Ramadhan berlalu pergi , datangmu DIRAI , pergimu DITANGISI,
Entah dapat atau tidak untuk merasakan RAMADHAN tahun hadapan .
Bulan mulia dan penuh keberkatan . .
Satu bulan kau hadir kini kau pergi . Semoga dapat kita bertemu lagi.

Tiba HARI RAYA . .datangnya AIDILFITRI ,
Rai lah dengan penuh kesederhanaan , 
Laungkan takbir , bacakan tahmid , sebulan puasa telah disempurnakan,
Bersyukurlah dan pujilah TUHANMU . .
Bermaafan lah sesama insan , sucikan hatimu, bersihkan jiwamu .
 Jangan lupa pada yang tiada , 
juga pada yang tak berupaya .

Sambil berkunjungan , maniskan senyuman . .
Kurangkan manis dalam makanan , 
Walau ada banyak air berkabornat , 
Walau ada banyak kuih-kuih manis . .

Akhir ucapan . .
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI . MAAF ZAHIR &BATIN . 
#Kalau ada yang terasa hati , tersalah kata , tercuit mana-mana . .segala TER yang tak sengaja atau sengaja minta dimaafkan.
#Kalau ada termakan dan minum minta dihalalkan .
#Kalau ada duit lebih boleh lah hulur-hulurkan .sedekah :)hehe
#Kalau tak bayar zakat fitrah lagi pergilah bayar .:)
#Akhir kata . . .Salam Lebaran .dari hamba yang hina ini .Moga hadir sinar kebahgiaan .

SEBELUM TAKBIR BERKUMANDANG,
SEBELUM AJAL MEJEMPUT,
IZINKAN AKU ,
MEMOHON AMPUN DAN MAAF DARIMU .
Ikhlas daripada:Mida Midot a.k.a ASMI ASMIDAR :)

PERCUBAAN SPM :)

Cuti raya sama dengan cuti study week sebab lepas cuti terus TRIAL .
Setara NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN.
Tak boleh nak raya sangat .
#Masa nak makan konfem ingatkan HOMEWORK yg bertimbun  .
#OLE-OLE MASA RAYA katanyaa~


#Doakan saya BERJAYA .AMIN~

Resipi Rahsia Bersama MEREKA yang TERSAYANG :)

Semalam hari 'last' sekolah sebelum cuti raya (macam cuti study week je) . Naik raya TRIAL .oeemmgeee .(nanti mahu scan itu jadual masuk sini).

Iftar sekali lagi bersama dengan Cikgu Pijah(cikgu ayu) . . dan Atikah , Syida , Ruqayyah . dah habis makan baru Azliana dengan Aqilah datang :) 

Iftar di #Resipi Rahsia(SECRET RECIPES) , Plaza Idaman .
#dah solat baru makan.
#dah kenyang tangkap-tangkap gambar pulak.
#dah tu makan kek pulak .
#dah tu bergelak tawa dalam kereta .(hihi)
#dah tu balik .dan selama seminggu takkan berjumpa .
#GONNA MISS YOU ALL >A LOT!

Ini saya dan cikgu Pijah .ayu tak ayu tak .? 
#TERIMA KASIH Cikgu .
#Sungguh JASAMU akan ku kenang .
#Segala MAAF ku POHON sempena lebaran yang bakal tiba :)
#TERIMA KASIH lagi dan lagi :)
#Kami akan menunggu nasi minyakmu .hehe :)

They are !
#Sebulan kami bersama eh , pembetulan SETAHUN !
#Tiada yang lain hanya MEREKA .
#The best thing that ever happened in my LIFE.
#Kami dah lalui setahun bersama .
#Bulan RAMADHAN telah merapatkan kami lagi dan lagi.
#Semalam sedih tak dapat peluk sebelum balik :( (sebab dalam kereta)
#Semalam hari yang TERBAIK buat KAMI .
#Sebulan tak renggang . SEMINGGU terpaksa berpisah .
#Akan merindui kamu semua .SANGAT !
#JAGA DIRI.
(tak lupa another 3 .Adun , Nadzim , Adib)

#walau kamu jauh di mataku jangan aku hilang dlm kabus.
#saat kamu semua mengingati jangan aku terus kau lupakan .
#kerana aku sentiasa mengingatimu.
#kerana aku sentiasa menyayangimu.
#HANYA KAMU SEMUA :)

Biar jauh di MATA tapi dekat di JIWA .

Aug 25, 2011

JANGAN LUPA NAMAKU.(Edisi JANGAN MENANGIS)

Assalamualaikum w.r.t .

Entri khas edisi 6pagi ini adalah secara spontan.tiada rancangan tentangnya .Semalam terpaksa tidur awal akibat rasa sakit yang tidak dapat dibendung. Kepala terasa berat , menahan rindu yang tak tertahan membuat aku menitiskan airmata yang telah lama terbendung . .dan saat itu ia tak mampu dibendung . .mengalir tanpa henti . . dan terus mengalir hingga terlenanya aku dalam kesakitan dan kerinduan.

Eh! kenapa ni EMOnya Mida .pasti ramai yang akan bertanya .Saat itu aku dah tak mampu menjawabnya lalu aku berdiam diri tanpa sepatah kata.
IZINKAN aku meluahkannya hanya untuk kali ini.

Saat ini aku mula mahu mengalirkan airmata kembali . .tapi aku tak mampu .tak mampu untuk meluahkannya sehingga saat ini . .arghhh! sakitnya pedihnya . Tak mampu untuk dirasa .untuk diungkap .terlalu payah~

Kata hikmah seorang Ayah: "Jangan mengadu pada manusia , manusia tak dapat buat apa-apa .Mengadu pada Allah .Yakinlah padaNya cepat atau lambat"

Saat itu aku tersentak . Aku mengadu padaNya , tanpa henti .(TERASA HINA SAAT ITU).Ayah TERIMA KASIH. Namun kata-kata itu juga tak mampu untuk membendung rasa rindu ini . .aku tak tahu bila terciptanya perasaan ini . Kerana semua yg hadir hanya berlalu pergi .Semuanya berlalu pergi , saat itu aku sedar benarlah TIADA apa YANG KEKAL DI DUNIA ini semuanya SEMENTARA dan PINJAMAN semata.
'Saat kau sudah tidak suka, pulangkan pada penciptaNya'. .

'Saat kita terlalu leka dan alpa , Allah berhak mengambil nikmat itu kembali' . Dan saat itu masa lalu yang amat aku rindukan terlalu jauh buat ku .Masa depan yg aku tak tahu apa yg tertulis hanya mampu ku lalui dengan hati yang tabah walau penuh duri.

Andai mampu ku ungkapkan rindu ini padanya , pada mereka semua . Pada insan-insan yg aku sayang !
Saat ini mendengar nama mereka saja sudah mampu buat aku mengalirkan airmata . 
Jika aku sakit itu tanda aku merindui seseorang.

Lagu ni cukup bermakna .OST RAMADAN TERAKHIR(malam ni last).

Walau aku tiada bersamamu jangan lupa , lupakan namaku.
Walau aku tiada di sisimu jangan lupa, lupakan namaku kerana aku mengingatimu.

Andai aku bisa bertemumu dengan senyum ku tadahkan syukurku.
Andai aku bisa menyentuhmu airmata pasti deras gugur kerana aku merinduimu.

Yakin pada ALLAH , cepat atau lambat.
#Semoga rindu ini akan terlerai dan saat itu aku pastikan aku memuji hanya NAMANYA .ALLAH.

Aug 23, 2011

Day Eight: 10 of Your Favourite Songs

10 Favourite songs:#secara jujurnya . Saya tiada lagu SPESIFIK yang saya minat .
#Kalau satu-satu lagu tu best saya akan dengar sampai saya boring .

Jadi sebab terlalu banyak lagu dalam dunia ni . .Saya telah SHUFFLE lagu dalam henset , jadi mana yang keluar . . .itu lah jawapannya .PEACE^^

10 of Your Favourite Songs:

#1 UNFAITHFUL-Rihanna

#2 LAST FRIDAY NIGHT(t.g.i.f)- KATTY PERRY

#3 DON'T GIVE UP -Auburn

#4 PENAKUT- Yuna

#5 ALL ABOUT HIM- Auburn

#6 TERRIBLE THINGS - Mayday Parade

#7 SABARLAH SAYANG - Sad Anngry Babies

#8 CRAZIER - Taylor Swift

#9 ALWAYS BE THERE- Maher Zain

#10 PUTUS - Melda Ahmad.

###Dan lagu yang paling saya suka adalah lagu yang seseorang nyanyikan untuk saya . 
*Tak kisah lagu apa pun .
*Tak peduli selunak mana suaranya.
*Tak penting jika dia bermain gitar salah chord atau nyanyi pitch larik.
*Yang penting .
#Dia ikhlas nyanyikan lagu itu untuk saya.
#Dan lagu untuk KHAS untuk SAYA. :)

Aug 21, 2011

OH LELAKI! (The MAN i GOT CRUSH on .opss~)

Selamat menunaikan solat terawih .


Kejadah lagi sekali . .aku tulis pasal artis kat dalam blog ni . . Artis LELAKI pula tu . .Memang aku tak 'setia' . Kan dah cakap im not that kind of person yang OBSESS pada manusia . . sekati aku la nak minat siapa pun . .kau mampu .? kau tak mampu nyah . . .:p


*bukan senang tahu nama nak masuk dalam blog ni .#hanya orang spesel je mampu.


SHERSON LIAN .
#Seorang CHEF SELEBRITI . .Okay tak boleh lawan CHEF WAN tahu .(chef main gitar.? gila cool)
#Saya baru nak berkenalan dengan dia hari ni .#5Rencah 5Rasa punya pasal .(saya menebalkan muka tanya pakcik GOGLE pasal mamat ni .huahua)
#Dia sempoi (okay saya memang suka LELAKI yang SEMPOI)
#Dia pandai masak (kalau dapat laki macam ni , serius senang hidup)
#Dia bukan bangsa MELAYU .tapi dia fasih berbahasa melayu .(itu sangat COMEL)
#Kehenseman dia tak penting tapi . . cara dia buat saya tertarik nak tulis pasal saya dan bagitahu kat seluruh dunia pasal dia .
#dan LAST but NOT LEAST . . saya telah mencuba salah satu resepinya . .iaitu AGAR-AGAR COKELAT (yang sedang disejukkan didapur)


QUSYAIRI RAZALI.
#Dari dulu dari cerita BLOGGER BOY , DESTINASI BAJET . . saya sudah tangkap minat dekat dia .
#Masih lagi seorang yang SEMPOI .(again .sungguh mudah saya tertarik pada lelaki yang SEMPOI)
#Seorang yang nampak kesopanan dan budi bahasanya .( Lelaki seperti mampu menawan hati mana-mana Ayah untuk membuat menantu)
#Seorang yang berbangsa MELAYU dan fasih berbahsa INGGERIS.(ciri-ciri lelaki seperti ANWAR HADI yang mampu buat hati wanita cair seperti air batu)
#Walau orang katakan dia bersama YUNA.(saya suka melihat mereka berdua .hehe)
#Dan last but not least .Qi Razali i would like to meet you ^^'


BAKI ZAINAL
#Mungkin dia tak sehandsome dan sekacak atau secharming SHERSON LIAN atau QI RAZALI atau SHARNAAZ AHMAD .
#Tapi dia punya style yang buat saya tertarik.
#Budi Bahasa dan kesopanannya(persis AZNIL HJ NAWAWI)
#Dan apa yang paling menarik tentang LELAKI INI ialah dia boleh cakap dalam 3 BAHASA dengan fasih . BM , BI dan MANDARIN .
#Last but not least . .I will never get bored eventhough you are in every programme tv i watch .hehe



KIM JONG KOOK.
#Dalam ramai-ramai lelaki KOREA yg menjadi PUJAAN GADIS MELAYU di MALAYSIA . .
#Satu-satunya yang mampu buat saya terbeliak mata tengok adalah . . .KIM JONG KOOK .
#Baru je kenal dia beberapa hari yang lalu . . (RUNNING MAN punya pasal)
#Salah satu ciri yang buat saya tak pejam mata dan ternganga lihat . .OTOT BADANNYA.
#tiada lain hanya ototnya  . .
#dan juga kematangannya .hehe
#Lat but not least . .KIM JONG KOOK oppa no matter what HAHA or GARY do . .NO matter what JAE SUK HYUNG and SUK JIN says . . You still the STAR (awww~)

#ANWAR HADI masih dalam senarai .
#SHARNAAZ AHMAD juga (Saya suka dia berlakon jadi QAUSAR dalam KASIH ALIA .Saya tak suka tengok bila dia jadi jahat)

#Kesimpulannya mereka mempunyai ciri-ciri LELAKI IDAMAN saya :) ciri paling penting untuk menawan hati SAYA ialah dengan MENAWAN HATI AYAH SAYA .huhu^^

***Pokokpangkalnya Mereka hanya manusia biasa dan lelaki biasa yang punyai kekurangan dan kelebihan . .Mereka tidak sempurna tapi memenuhi ciri-ciri PRINCE CHARMING yang saya impikan . Dan paling penting sekali mereka masih CIPTAAN ALLAH SWT .oleh itu , SUBHANALLAH .Hebatnya ciptaanMu YA ALLAH .SEGALA PUJIAN HANYALAH BAGIMU.

HUJUNG MINGGU (Edisi LAGI SEMINGGU nak RAYA)

Selamat Berhujung Minggu :)
*Ucapan raya .? nanti la awal lagi nih .masih menyusun kata :)

Hari Ahad , 21 Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadhan .
Jadi lebih dan kurang seminggu lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri .
Bagi kanak-kanak macam (saya) hari raya adalah antara hari yang ditunggu-tunggu . .Hari untuk dapat duit raya , hari untuk bergembira , hari untuk makan puas-puas tak payah sorok-sorok .(eh , bukan saya)

Bagi remaja(macam saya) tahun ni tiada istilah 'RAYA' selagi belum habis SPM .#tambahan pula lepas RAYA TRIAL .ou , tidak-tidak .Kuih ALMOND LONDON akan bertukar jadi buku ADD MATH yg boleh buat anda cirit-birit tak tidur malam.

Bagi orang tua(macam ibuayah pakcikmakcik) fikir macam mana nak bagi duit raya kat anak-anak buah . .fikir kena berjimat-cermat walau dapat bonus sebab nak balik kampung , nak service kereta , nak beli baju liplapliplap untuk anak-anak, nak beli langsir polkadot dan pinggan bunga-bunga.

Bagi orang yang benar-benar memahami erti RAYA . akan menangisi pemergian RAMADHAN .Akan bersederhana menyambut Aidilfitri kerana ramai yg hidupnya tiada beza raya atau tidak , kerana bagi mereka dan nyatanya HARI RAYA paling BESAR buat UMAT ISLAM adalah HARI RAYA AIDILADHA .ini kerana .

Hari Raya Aidilfitri .Takbirnya hanya 1 hari sahaja.
Hari Raya AidilAdha.Takbirnya selama 3 hari jadi . Fikirlah sendiri :)

#Ini gambar masa  jamuan PKS haritu . Mana mungkin saya memakai selawa ini hanya kerana membasuh KUALI di dapur rumah .*Mungkin masa Raya sebab tak sempat tukar baju orang dah datang rumah , mungkin masa kenduri arwah , mungkin juga masa pergi open house rumah MAKCIK-MAKCIK :)

Aktiviti sebelum RAYA : (memandangkan raya makin dekat)
*Masa untuk membuka buku KEK dan biskut . (bukan buku BIO)hehe
*Masa melakukan aktiviti pembersihan . (masa untuk ketuk dan membebel adik-adik "Aku dah kemas kau buat sepah balik . .blalaal~)
*Masa untuk aku jadi KETUA RUMAH .haha .(time ni Ayah atau Ibu dah tak kisah dah )

Kalau tanya pasal shopping . .hampir semua dah settle dah seminggu puasa . .Cuma nak tunggu beli baju kurung je ni . .Nak meronggeng duatiga hari sebelum raya . .Nak bersesak-sesak kat JALAN TAR .(masa tu rumah dah kemas dah).(nak mengelak dari kena kopek bawang .hihi) (tak senonoh punya anak dara)

#penutupkata:Saya akan mengemas segala benda , *saya tak kisah , *memang HOBI saya , saya akan membasuh segala periuk kuali senduk pinggan mangkuk , *saya tak kisah , *itu memang dah kerja saya (melembutkan tangan), 
Saya akan makeover segala balang kuih Ibu saya (dia pun  turut sama) , 
Saya akan masak apa sahaja
Saya akan potong segala benda kunyit lengkuas daging ayam kacang panjang . .
segalanya suruhla saya akan buat dengan rasa senang hati dan tanpa rungutan .
Tapi . . . .Jangan suruh saya potong bawang merah .itu saya tak mampu ! Menahan pedihnya mata hingga sakit kepala .tolonglah bakal ibu mertua HARAP MENGERTI .:)(jangan reject saya hanya kerana ini*haha GURAUAN )
. Tiada ibu MERTUA cuma IBU KU dan NENEKKU :DD hehe

###Semoga anda sentiasa bergembira walau apapun aktiviti yang anda lakukan .cuma jangan bergembira main mercun sudahla :) TAKE CARE :DD

Aug 20, 2011

Day Seven:10 Important People

#this could be my entry with most pictures ^^'
10 Important People:Terlalu ramai orang yang penting untuk saya(There are too many because everyone that i LOVE is important to me .Love is about giving .Apa guna syok sendiri . ?)

#Mereka insan yg saya sayang .#They can't never be replaced.#Tanpa mereka siapalah saya.#Nangis dan Tawa saya hanya kerana mereka.

#1 IBU & AYAH.
*Mereka yang melahirkan, membesarkan dan mendidik saya.
*Mereka bukan sahaja penting tapi terlalu penting.
*Tanpa mereka tak lahirlah saya ke dunia.
*Memang saya tak mampu bayangkan hidup tanpa mereka.
*Walau ribuan ucapan TERIMA KASIH aku ucapkan tak sama dengan apa yang telah mereka berikan .Walau ribuan ringgit aku berikan takkan terbayar segala yang telah mereka lakukan untukku.
*The only people in the world that know me so WELL.
*Tanpa REDHA mereka tiadalah redha ALLAH :)
(iloveyou Ibu Ayah )

#2 My FAMILY.
*termasuk semua adik-adik , sepupu-sepupu , pakcikmakcik , ayah angkat- ayah angkat , kakak-kakak, abang-abang ,nenek-nenek atuk-atuk saudara.Ouh , terlalu ramai mereka untuk disebut . Ami , Ayu , Ijul , Wadwad,Ina,Ikin, Amin.
*Ramainya mereka .tak terbilang dengan jari .yang BERTAHUN tak jumpa .yang TAK PERNAH JUMPA .
*Revealed picture zaman kanak-kanak :)



#3 Pelancongan Koperasi Sekolah members :)
*Dari permulaan yang sangat AWKWARD
*Telah menjadikan kita satu group yang AWESOME dan every second with you guys are WONDERFUL.
*Mereka adalah perkara terbaik pernah jadi dalam hidup saya .
*The people that I cry and laugh with .(tak pernah tak pernah mereka meninggalkan saya saat saya susah)
*Aqilah , Atikah, Azliana , Syahidatul , Ruqayyah, Ehsan , Atika Sari , Hafizah , Umi, Mafika , Hafiza ,Ridwan , Syarifuddin, Amir , Arif ,Julyana , Izzat , Hazim , Shazree , Zuhri, Nadzim , Adib , Muzaffar, Adun , Kak Arinah , Kak Efah , Kak Risu , Azfar, Cg Inche (MAMA) , Cg Pijah , Cg Fred , Cg WMZ &Syahir.

#4 My CLASSMATES (SEJAHTERA)
*2 tahun bersama .terlalu banyak KENANGAN TERINDAH .
*berpanas , bersejuk . .semua bersama .
*Dan aku doakan kejayaan kita BERSAMA juga :)
#5 Dear GALLANT:)
*Syazmir , Hafiz , Luqman, Faiz , Naimi , Nazmi , Zul , Azri , Fauzi , Faizal , Syuhadak , Hosri , Bhemeesh , Satrio, Epul , Ardi, Zikri.
*Siapa mereka .? Merekalah PENDOKONG SETIA saya .PEMBAHAN SETIA . PELAWAK SETIA .PENASIHAT SETIA .
*Kenapa saya sorang je perempuan.? Kata Syazmir:Sebab kali pertama dia tengok saya dia kata saya lain dari perempuan yang lain . (Itu terbukti hanya saya je yang mampu GET ALONG dengan mereka tidak kira apa pun situasi dan perbualan kecuali keadaan tidak mengizinkan)
*Setiap kali ada saya , setiap kali ada LELAKI bersama saya ada KONTROVERSI .
*Sayalah Ustazah , sayalah tempat rujukan kalau nak cari aweks , kalau ada masalah cinta sebab itu mereka perlukan SAYA .hehe
#6 KAWAN-KAWAN saya.
*Ex SKTP , SRATP batch '01-'06 .
*SAMER Jan-Mac '07 .(3 bulan tapi penuh makna.Ada tak ingat saya lagi .?)
*SMK Seri Keramat Mac-Nov '07. ( Takkan lupakan korang semua sampai bila-bila pun terutama sekali hari TERAKHIR aku sekolah)
*2BES, 3OP . . .
*Sesiapa je yang kenal minah ni :)

#7 CIKGU-CIKGU saya.
*Dari TAKIS Taman Permata sampailah saya di tingkatan lima ni .
*Sumber INSPIRASI dan KEJAYAAN.

#8 FOLLOWERS saya.
*SILENT READERS.
*LOYAL READERS.
*Anda semua juga penting tahu !

#9 Mereka yang BUAT SAYA TERSENYUM.
*Walaupun kita tak pernah jumpa .
*Walau kita jauh .
*Tapi jika awak mampu buat saya TERSENYUM itu bermakna awak CUKUP PENTING dan ISTIMEWA buat saya.

#10 Mereka yang SAYA SAYANG.
*Walau awak tak tahu saya sayang awak .
*Walau hubungan kita tak serapat isi dan kuku .
*Walau awak mungkin pernah melukakan hati saya.
*Walau saya pernah rasa tak dihargai .
*Anda masih penting untuk saya :)

#Okay siap entri yang penuh gambar dan panjang .Tahniah bagi sesiapa yang sanggup baca sampau habis .Anda HEBAT.

Notasayang:Selamat Hari Lahir Buat AUNTY AZAH .Pelukcium dari Mida .Semoga sentiasa dalam RAHMATNYA .(Amin~) #aunty juga penting buat saya :)

Aug 19, 2011

JODOH ITU RAHSIA ALLAH (Part7:PERKAHWINAN dan UJIAN )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Terkadang aku tertanya sendirian , kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku ? Kenapa hidup ini sering rumit? Malah kenapa juga hidup ini sering tidak menjadi kenyataan sama seperti yang kuimpikan? Lalu jawapan itu kutemui pada kata-kata seorang ustaz dalam sebuah kuliah agama , "Kerana saat itu kehendak kita belum diredhai-Nya."

"Wahai anakku! Janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit.Ingatlah , tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu kan menjadikan kita sakit." 
(Wasiat Luqman Hakim)

. ."Perkahwinan itu bukan kita cari yang sempurna, tetapi cari orang yang boleh buat kita sempurna. Saling melengkapi, itulah fungsi sebuah rumah tangga. Kita tak boleh mengharapkan bakal suami itu sempurna dalam segala hal. Apabila telah terserlah kekurangan di sana-sini, mulalah masing-masing mencari jalan keluar . Silap-silap terjadilah penceraian. Jangan cinta pada kelebihanya sahaja , tetapi cintai juga kekurangannya. Sebab kekurangan itulah yang membezakan dia dengan yang lain.Belajar untuk mencintai setiap kekurangan dia, barulah hidup bahagia."

Pesanan Rasullulah SAW kepada puterinya Fatimah , Jika kamu mahu suami kamu sayangkan kamu selamanya di dunia dan akhirat , buatlah lima perkara ini. Nescaya suamimu akan bertambah sayang padamu sampai bila-bila.
5 perkara :
#1 Melayan suami dengan baik tidak kira siang atau malam.
#2 Meminyakkan dan menyikat rambut suami.
#3 Menggunting misai suami.
#4 Menyikat janggut suami.
#5 Memotong kuku suami.

"Dalam kita melangkah . . . .terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat. Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri. Mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita mejahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah yang tersasar daripada keikhlasan."

"Aku suka penyakit kerana ia menjadi penebus dosa-dosaku , dan aku suka miskin kerana menyebabkan tawaduk kepada Tuhanku , dan aku suka mati kerana rindu kepada Tuhanku" (Adu Darda)

Kadangkala ujian Allah itu berupa kifarah , untuk menghapus dosa-dosa kita. Tetapi , lebih daripada itu , ujian ini sebenarnya untuk mennguatkan iman kita. Sakit itu sebenarnya nikmat. Satu pengampunan dosa daripada Allah.Ada sabda Rasullulah , siapa yang pada waktu malam dia mengalami kesakitan, kemudian dia bersabar dan redha dengan ketentuan Allah , terkeluar dosanya seperti ketika dilahirkan ibunya.

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti akan mati. Cintailah siapa saja yang kamu sayangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenagan (Ibnu Abbas)

#perkongsian ilmu di hari JUMAAT :)

**credited to Novel 'STANZA CINTA':NURULL HALAWATI

RUNNING MAN (Edisi Hiburan)

Hye peeps . Terima Kasih kerana sudi jadi loyal readers GUA . .bertuahnya ada readers yg setia seperti kamoo. .Nak kenal boleh .? ^^'

Umum mengetahui peminat K-POP merata sekarangkan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan . (tak kurang hebatnya juga Malaysia ada M-POP #kesian kena kutuk ) pheeww~

Aku secara jujurnya bukanlah jenis obsess pada manusia . .Walau sehebat mana pun manusia itu lebih hebat PENCIPTANYA . .jadi . . .kalau nak puji dan mengagungkan biarlah kita mengagungkan PENCIPTANYA YANG MAHA HEBAT .#Subhanallah.

(lebih kepada jenis yang LAYAN jee dan ambil tahu)

Itu hanyalah santapan dan pembuka selera .Menu utamanya ialah . . .tadi balik sekolah .
Ingat nak tunggu kat koperasi . .lepas tu jumpa Qila.
Qila:Qila nak balik dulu pukul 2 karang baru Qila datang .Kak Asmi nak ikut .?
Saya:Boleh juga(daripada duduk kat koperasi tu menunggu sorang-sorang)

Sampai rumah Qila . .
Qila:Nak sambung tengok Running Man .semalam Qila tengok sampai pukul 1 blalalalal~
Saya:Running Man .? Apakah .?
Qila:Dia variety show Korea .
Saya:Ouhhh~


12.40 tengahhari - 2petang . . .
masa tengok . serius cakap gelak memang tak hengat punya .serius mereka ni #comel #kelakar .
(lepas juga stress)

*Sebab apa lepas stress kalau gelak .sebab masa kita gelak kita dah tak ingat dah masalah kita .
jadi kalau ada masalah . .Janganlah buat benda seperti #tonton cerita sedih lelehleleh nangisnangis . #mendengar lagu yang mendayudayu tahap untuk tidur malam punya lagu .

Saranan saya: Buat sesuatu yang mampu buat kita tersenyum dan tergelak kalau tengah 'down' . .carilah sumber inspirasi dimana-mana. ALAM SEMESTA luas .KEJADIAN ALLAH ini ada sebabnya.

#Kesimpulannya .kalau saya rasa 'down' saya akan tengok variety show  KOREA . tak kisahla #Star bell Challenge#Strong Heart #2days1Night .Janji sesuatu yang mampu membuatkan saya tersenyum kembali dan tak rasa hidup ini hanya HITAM dan PUTIH :D

Day Six: 10 Items You Can't Live without .

10 items:### Act takde lah sampai mati takde benda-benda ni.
*tapi tanpa benda-benda ni agak susah lah juga aku nak hidup .^^'

10 Items I CAN'T live without :

#1 Al-Qur'an dan Hadis
*Rasullulah SAW bersabda:"Ku tinggalkan kamu dua perkara (wasiat), tak lah kamu tersesat selagi kamu masih berpegang padanya iaitu , Kitab Allah (Al-Qur'an) dan Sunnah Rasul-Nya."

#2 Handphone( CAMERA)
*camera tu yang penting sebenarnya walaupun kualitinya tak la sehebat DSLR yang beribu-ribu tu at least . . .ada benda yg still aku boleh rakam dan simpan as memories :)

#3 BANTAL BUSUK .
*yess .itu dia .benda yg aku SAYANG dan aku tak boleh TIDUR tanpanya . .Bantal itulah peneman setia aku selama 17 tahun ni . .kau mampu nyah .?;p

#4 Blog ku BUAH HATIKU :)
*aihh , kalau takde FB ke Twitter takpe lagi kalau takde BLOG mahu meroyan aku tak senang duduk dibuatnya.

#5 PRINSIP :)
*ya .tanpa PRINSIP mungkin aku tak mampu berdiri seteguh ini dan sekental serta sekering ini .Teguh pada pendirian Insya-allah selamat :)

#6 BUKU .
*tak kisahlah buku apa .Novel ke , buku teks BIO ke . .apa-apa bahan bacaan . .akan jadi bahan rujukan kedua selepas al-Qur'an (Tiada kata lebih indah dari KALAM ALLAH) . .Dengan membaca seseorang itu akan menjadikan seseorang itu lebih baik (itu yang aku aplikasi .orang lain tak tahu la)

#7 MONEYmoney . .
*Mereka selalu berkata 'Money not everything , but everything need money' . .Selagi kita bersyukur diatas nikmatNya, tidak KUFUR . .dan infakkanlah harta kita ke jalan Allah .(Lebih mulia orang KAYA yang dermawan itu dari orang MISKIN yg beramal)

#8 SHAWL.
*Kalau boleh memang semua jenis pattern and colour shawl nak beli tapi BERSYUKUR :) Alhamdullilah :)

#9 EYELINER
*Ini je dah cukup dah tak payah nak pakai bedak sampai 13inci .cukuplah tu BE YOURSELF .(photoshop kan ada~)

#10 Perfume atau DEODORANT.
*tak wangi tak mahu la keluar  .hihi^^'

***okay sekian .Zzzzzzzz

Aug 18, 2011

SECRET's OF MAN (Edisi MENGARUT)

Secrets of man la KONONnya . .YANG ADOO~ 
*adik aku yang tulis kat atas kertas time aku tengah menulis blog dengan kusyuknya dia memekak sebelah mencarut @#$$^@&&! apa pun tak tahu ..
PROFIL BELIAU:
Umur:16tahun
Status:Tidak ke SEKOLAH(macam sekolah tu bapak dia punya)
Mood:Tengah gaduh dengan aweks pukul 5pagi onwards.

Tips-tips yang dia bagi .katanya secrets of MAN la sangat~

-BENDA YANG LELAKI TAK SUKA-
#1 Jangan terlalu mengongkong.
*marah sebab aweks dia 24/7 text and call then nak jumpa hari-hari.

#2 Jangan selalu merajuk.
*sebab aweks dia sikit-sikit merajuk.HAHA

#3 Kalau BALAK (kayu balak di hutan) marah pujuk jela (Jangan tunjuk EGO/KERAS KEPALA)
*mesti aweks jenis yg degil .huahuahu.

#4 Mesti faham dia.
*kesian .tidak difahami yee dik .kuangkuang.

#5 Jangan selalu bersangka buruk dengan dia. (belajar AKHLAK darjah enam HUSNU ZHON *bersangka baik)
*Hahaha.(kejadah sampai dia suruh aku coverkan dia sebab dah kantoi ada aweks lagi sorang)

#6 Kalau dia merokok (kadang-kadang) BIARKAN.
*Mesti selalu kena bebel .NO KOMEN ~

#7 Lelaki tak suka perempuan yang gelak kuat-kuat.
*ini memang common la kan tapi dah sayang kesah apa kan .huahuahua.(sebelum kahwin , depan mak mentua kesah la kan .bila dah beranak-pinak . .kentut berbunyi berbau pun 'nobody's care'.

#8 .. . . .  . . . . .

#9. . . . . . . .. . . 

#8 dan #9 aku serius tak faham tulisan dia .macam cacing kerawet yang duduk dalam perut bumi .

***ada dua lagi tips dia bagi cara-cara untuk cari boifi dan tips untuk lelaki mengorat.(hampeh budak nih , sekolah tak mahu pergi pandai pulak jadi pakar motivasi . . Pandai tapi . . .dotdotdot. .#kalau nak fall in love fall in love je tak payah pakai tipstips ni JODOH di tangan TUHAN)