Jul 29, 2011

INDAHNYA CINTA (CERITA DUA)

Hari Jumaat datang lagi . .Sekejap benar waktu itu berlalu . Hari tu cerita satu kisah Nabi Adam dan Siti Hawa . .Kali ni kita pergi jauh sikit . bercerita tentang BIDADARI SYURGA :)

Si Yatim dan Ainul Mardiyah.

"Benarkah Allah membeli diri dan harta orang Islam dengan bayaran syurga?"tanya seorang anak muda kepada Abdul Wahid.

Anak muda itu berusia lima belas tahun dan baru shaja menjadi anak yatim piatu. Dia adalah pewaris tunggal seluruh harta yang ditinggalkan.

"Ya, benar!"

"Sekiranya begitu , tuan menjadi saksi saya sekarang menjual diri dan harta saya kepada Allah ,"kata anak muda itu dengan mata bersinar-sinar.

"Tajam mata pedang itu terlalu berat bagi saudara yang masih terlalu muda. Saya bimbang, sekiranya saudara tidak mampu menghadapinya dan tidak terdaya meneruskan perjalanan itu ," kata Abdul Wahid. Tangannya mengusap kepala anak muda di sebelahnya.

"Saya menjualkan diri dan harta ke jalan Allah bagi mendapat ganjaran syurga dan sya lemah?"

Anak muda itu menggelengkan kepalanya beberapa kali sedang mereka yang lain menumpukan perhatian kepadanya dan Abdul Wahid. Dia kembali menoleh dan merenung tepat ke wajah Abdul Wahid. "Saksikanlah sekali lagi saya menjual diri dan harta ke jalan Allah!"

Tiba-tiba, anak yatim itu bingkas bangun meninggalkan majlis para pejuang sehingga semua hadirin tertanya-tanya sesama sendiri."Ke mana pula perginya?"

Buat seketika, menghilangkan diri . Abdul Wahid meneruskan perbincangan mereka semula. Sebentar kemudian anak muda yang berusia lima belas tahun itu muncul semula dengan membawa harta peninggalan orang tuanya.

"Inilah harta yang saya miliki."

Orang ramai yang ada di situ mula mengeremuni mereka.

"Saya simpan sebilah pedang dan seekor kuda supaya dapat turut ke medan perang!"

Abdul Wahid dan sekalian yang berada di situ terpegun mendengar kata-kata anak muda belasan tahun itu. Beliau menerima pemberian anak yatim itu sebagaimana yang diiginkan. Selepas itu , majlis pertemuan itu berakhir.

Pagi Isnin yang dinanti tiba. Abdul Wahid menarik kudanya ke halaman sambil menunggu anak buahnya. Tiba-tiba , Abdul Wahid mendengar satu suara lembut memeberi ucapan salam dibelakangnya. Beliau tersentak.

"Oh! saudara benar-benar bersedia ke medan perang?"

Laungan Allahu Akbar mula bergema memecah sunyi pagi Isnin menandakan pasukan tentera Islam berangkat ke medan perang. Deretan kuda para pejuang bergerak meninggalkan kota itu perlahan-lahan. Sanak saudara dan sahbat handai mengiringi mereka sehingga ke hujung kota.

Sepanjang perjalanan , anak muda itu ringan tulang. Dia membantu menyediakan makanan , memerah susu kambing dan memasak bagi para pejuang yang rata-ratanya sebaya usia ayahnya. Dialah satu-satunya pejuang termuda di kalangan tentera Islam. Pada siang hari , dia berpuasa manakala pada malamnya dipenuhkan dengan berzikir dan membaca kitab al-Quran.

Akhirnya , perjalanan mereka yang berhari-hari itu tiba di sempadan Rom. "Kita berkhemah di sini!" jerit Abdul Wahid memberi arahab kepada tentera-tentera Islam.

Pada suatu pagi , tiba-tiba , anak muda itu berlari-lari ke khemah Abdul Wahid. Dia duduk sambil tercungap-cungap di samping Abdul Wahid. Beliau dikelilingi beberapa orang tentera lain. "Oh , dengarlah apa yang mahu saya ceritakan ini."

Wajanya kebingungan. "Sebentar tadi saya bermimpi didatangi seorang lelaki tua dan dia mengajak saya menemui Ainul Mardiyah!"

"Bertenanglah , anak muda. Ceritakan dengan jelas mimpi saudara itu ," kata Abdul Wahid sengaja meluangkan masanya bagi mendengar cerita anak muda itu.

"Begini , saya dibawa oleh lelaki tua itu ke sebuah taman yang indah di tepi sebuah sungai. Banyak gadi-gadis cantik di situ. Mereka memakai berbagai-bagai jenis perhiasan yang berkilauan. Saya memeberi salam dan bertanya siapakah antara mereka bernama Ainul Mardiyah? Salah seorang daripada mereka bersuara, menyuruh saya terus berjalan di taman yang seterusnya. Taman yang saya temui itu lebih indah terletak di tepi sebatang sungai susu. Gadis-gadis lagi soalan yang sama. Mereka menggelengkan kepala dan menyuruh saya ke taman berikutnya.

Saya berjalan lagi sehingga tiba di sebuah taman yang lebih cantik di tepi sebatang sungai anggur. Gadis-gadis di situ lebih cantik malah memakai perhiasan yang sungguh indah. Saya bertanya soalan yang sama . Salah seorang daripada mereka memeberitahu mereka hanyalah pelayan-pelayan Ainul Mardiyah. Terus berjalan hadapan . Mereka menyuruh saya terus melangkah. Akhirnya, saya tiba di sebuah khemah yang diperbuat dariapda permata yang berlubang. Ada seorang gadis cantik berdiri di tepi khemah itu. Dia tersenyum kepada saya lalu menjenguk ke dalam khemah dan berkata , 'Suami kamu sudah sampai.

Kemudian , saya dipersilakan masuk ke dalam khemah itu. Di dalamnya, ada seorang gadis yang sungguh cantik. Tidak dapat saya gambarkan kecantikannya. Dia dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang berkilauan. Gadis itu adalah Ainul Mardiyah. Dia berkata, 'Selamat datang suamiku , pertemuan antara kita semakin hampir."

"Apakh yang berlaku seterusnya?" tanya salah seorang tentera yang tekun mendengarnya.

"Saya segera mendekatinya dan ingin memeluknya tetapi dia menolak lembut. Katanya , 'Bersabarlah kerana kamu masih hidup di dunia, tetapi malam ini saya menunggu kamu berbuka puasa bersama-sama."

"Oh , saya tidak sabar bertemu dengannya semasa berbuka puasa lewat petang ini!" kata naka muda itu lagi.

"Bersabarlah," kata Abdul Wahid sambil mengusap kepala anak muda itu.

"Musuh Allah sudah muncul!" jerit pengawal yang bertugas menghentikan cerita anak yatim berkaitan dengan mimpinya.

Abdul Wahid segera memeberi arahan sebagaimana yang dirancangkan. Beliau memang terkenal dengan bijaknya menyusun strategi perang. Anak muda yatim itu tidak mahu ketinggalan."Inilah peluang untuk saya sertai."

"Allahu akbar!" laungan pembakar semangat kalimah agung mula kedengaran di pihak tentera Islam beberapa kali .Ia saling bersahut-sahutan memebuatkan tentera mula meremang bulu roma!

Tiba-tiba , sebatang panah singgah ke dada anak muda yang menjual harta dan dirinya itu. Dia tidak mampu lagi menghayun pedang . Tali kudanya perlahan-lahan terlepas daripada genggaman tanganya. Tangannya semakin terkulai lemah. Darah mula menghambur keluar.

"Oh!" Abdul Wahid memacu kuda ke arah anak muda itu . Wajahnya pucat seolah-olah tidak pernah berhadapan dengan situasi kematian.

"Allahu akbar!" serentak bergema menandakan berakhirnya sebuah peperangan . Semua para pejuang berkejaran mendapatkan Abdul Wahid dan anak muda yang masih di ribaanya itu.

"Minum air ini!" kata Abdul Wahid mendekatkan bekas air ke bibir anak muda itu.

Anak muda yang cedera parah berlumuran darah itu menggelengkan kepala. Suaranya tersekat-sekat berbisik menuturkan sesuatu. "Saya. . mahu. . .meneruskan puasa dan . . . berbuka puasa. . Ainul Mardiyah!"

Sebak Abdul Wahid mendengar kata-kata anak muda yang disayanginya itu. Dipeluknya dengan linangan air mata yang mengalir tanpa henti . Tentera-tentera Islam turut murung dan berkata hiba. Namun , pemuda yang semakin tenat itu merenung wajah orang yang dimuliakan olehnya lalu melontarkan senyuman indah. Bibirnya berusaha menuturkan sesuatu.

"Terima kasih kerana. . .memeberi. . . peluang kepada saya. . .bagi menyertai peperangan ini sehingga saya diberitahu menjualkan diri dan harta saya itu berhasil dan amat menguntungkan."

Abdul wahid dan tentera-tenteranya tidak terdaya menahan sebak. Air mata mengalir deras memebalas senyuman anak muda yang semakin tenat di ribaanya apabila renungan mata itu tidak bergerak lagi. Hanya bibirnya bergerak lemah melafazkan , "Lailahaillah. . ."

"Innalillahi wainna ilaihi roojiuun. ."Abdul Wahid merangkul kuat tubuh anak muda kesayangannya itu.

Rohnya terbang menemui Ainul Mardiyah yang menunggunya untuk bersama-sama berbuka puasa. Mereka mendongak ke dada langit yang semakin berubah kemerah-merahan seolah-olah mengiringi pemergian seorang yang amat dicintai.

#Indahnya ganjaran kepada mereka yang berjihad ke jalan Allah .

*creditedto:Indahnya Cinta:KISAH-KISAH KEKASIH ALLAH.(EZZE RAHMANI)*

Jul 22, 2011

INDAHNYA CINTA (CERITA SATU)

Kita mungkin acap kali dan mesti tahu cerita bagaimana Nabi Adam dan Siti Hawa dibuang ke BUMI. Tapi kita mesti jarang untuk tahu bagaimana mereka BERKAHWIN . .jadi . .Saya kongsi ini agar kita mengetahui KISAH CINTA AGUNG yg jarang kita dengar ini agar kita mengetahui . .

PERNIKAHAN AGUNG

Nabi Adam hidup bersendirian di syurga, menikmati keindahan taman-tamannya.Beliau merasakan seperti sesuatu yang kurang. Tanpa meluahkan perasaan sepi , Allah yang maha tahu menyediakan seseorang sebagai teman baginya.

Semasa Nabi Adam lena di tempat beradu , Allah mengarahkan malaikat mencabut tulang rusuk di sebelah kiri badan Nabi Adam secara perlahan-lahan supaya beliau tidak mengalami kesakitan.

Dengan kuasa Allah yang maha berkuasa, apabila disebut 'Kun', maka jadilah yang dikehendakinya. "Kun!" Tercipta seorang manusia yang diberi nama Hawa, berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam. Wanita yang sempurna kecantikan rupa paras dan budi pekertinya. Dia adalah manusia kedua diciptakan Allah bagi menjadi teman Nabi Adam.

Sebaik sahaja Nabi Adam bangun daripada tidur , beliau mendapati seorang gadis jelita berda di sampingnya sambil tersenyum manis. Beliau lantas bertanya , "Siapa kamu?"

Gadis jelita itu tunduk malu. "Saya diberi nama Hawa. Saya diciptakan bagimu," Hawa menjawab tersipu-sipu.

Tutur kata Hawa yang diciptakan Allah dengan penuh kelembutan dan sopan santun terus memikat hati Adam.Lalu berputik rasa cinta di hati dua manusia yang tinggal di syurga itu.

Nabi Adam mengerti. Hawa diciptakan bagi menemaninya di syurga. "Marilah dekati saya, " Nabi Adam bersuara.

"Saya malu. Sekiranya kamu menghendaki saya , kamulah ke mari," balas Hawa dengan sopan.

Nabi Adam tidak merasakan kesalahan baginya mendekati Hawa yang sememangnya diciptakan hanya baginya. Beliau bangun mendekati Hawa dan menghulurkan tangannya.

Tiba-tiba , satu suara menegah beliau daripada terus mendekati Hawa. "Tahanlah dirimu. Pergaulan kamu dengan Hawa belum halal kecuali dengan mahar dan nikah."

Pada hari Jumaat yang ditetapkan , Allah menikahkan pasangan syurga itu , disaksikan oleh para malaikat dan bidadari di bawah sebatang pohon syurga bernama Syajarah Thuba. Para bidadari menaburi pasangan pengantin syurga itu dengan mutiara-mutiara yakut yang bergemerlapan. Kemudian mereka mengiringi pasangan itu ke sebuah istana indah yang menjadi kediaman mereka di syurga.

Nabi Adam mendekati isterinya , tetapi Hawa menolak daripada disentuh. "Mana mahar saya?"

Nabi Adam bingung mendengar soalan Hawa. Beliau menadah tangan . "Apakah yang perlu saya berikan sebagai mahar kepada isteriku? Adakah ia emas atau permata ?"

"Bukan," balas suara ghaib itu.

"Adakah saya mesti berpuasa , bersembahyang dan berzikir ?" Nabi Adam bertanya.

"Bukan. Mahar Hawa adalah berselawat sebanyak sepuluh kali kepada Nabi Muhammad." Kemudian Hawa menerima maharnya lalu menghulurkan tangan menyambut suaminya. Berpadulah kasih sayang antara mereka dan mereka menikmati di syurga bersama.

Allah berkata kepada Nabi adam seperti dalm surah al-Baqarah ayat 35, "Tinggallah kamu di dalam syurga bersama isterimu serta makanlah dan nikmati apa sahaja yang kamu inginkan , tetapi janganlah kamu berdua dekati pohon ini kerana apabila kamu dekatinya ia membuat kamu menjadi zalim."

Inilah percintaan dan perkahwinan pertama yang berlaku dalam sejarah manusia. Satu pernikahan agung yang disaksikan oleh para malaikat dan bidadari syurga. Hiduplah sepasang kekasih yang penuh cinta di dalam syurga sehingga beberapa jangka waktu yang ditetapkan oleh Allah.


notakaki:Insya-ALLAH .Mulai minggu ni setiap hari JUMAAT .Kalau tiada kekangan . Mida akan updated banyak cerita CINTA KEKASIH-KEKASIH ALLAH lagi . .

(credited to:INDAHNYA CINTA KISAH-KISAH KEKASIH ALLAH :EZZE RAHMANI)

Jul 3, 2011

SAYA TRANSFORMERS(EDISI KHAS SUKAN)



Umum mengetahui serentak 1MALAYSIA beertarikh 2 JULAI dijalankan acara 1SUKAN 1MURID 1MALAYSIA . . .
dan sekolah tercinta SMK Gombak Setia pada hari yang sama juga buat sukan tahunan . . jadi , tahun ni entah kenapa dan mengapa . (mungkin sebab tahun akhir) aku dengan rajinnya . .join larian 1MALAYSIA ni(antara sebab lain .nak kumpul sijil). .dan sebab utama . .nak tambah perencah semangat untuk PEBARISAN rumah sukan . . .
gila kentang tak kentang . .latihan cuma seminggu . .raptai cuma sehari . . dan semuanya mcm telur dihujung tanduk(walllaweyh) *ayat buku . . .
Dan berbekalkan keyakinan kepada diri sendiri yg hakikatnya tak pernah memimpin pasukan kawad . . .ALHAMDULLILAH kejayaan dapat dicapai !
okay. pagi-pagi dah lari . .alahaii , pusing satu sekolah je jep . . dalam 1.5km . . mmg berkurun .last sekali lari masa form2 .dan sejak tragedi dengan BUDAK RAGBI!! (yg dah kena bubar.) .aku dah tak mahu lari lagi .dan disebabkan . .semua budak ragbi tu dah takde . . dan aku pun dah matang . . .. jadi aku berlari untuk suka-suki . . ..
Sebelum hari raptai . Mida lah 'komanden' nye kan .memandangkan aku yang paling TUA kan kan . . .dengan bantuan budak-budak BOMBA(rumah ungu juga) . .pandai lah jugak budak-budak form1 ngn form2 ni kawad . .paling tidak tahulah mana kiri mana kanan kan . . .tapi selepas dihitung hisab . .AMIRUL SYAFIQ telah dilantik menjadi komanden (menganga cek nak bagi comand kat 70 orang .dah tu pegang sepanduk lagi)*OUH tak SANGGUP.
okay . ini adik-adik form 3 dan form 4. . kecuali Tika form 2 .yg sebelah aku tu .itulah maksud Transformersnya . .lepas lari aku terus tukar baju . . kalau tak tranformers , POWER RANGERS boleh bertukar-tukar . . .
si comel tettt tu SHAHRIL . .(okay nak cakap jujur .aku suka tengok cara dia, kena redha dia adik). pemegang bendera bertauliah NAZZ. .(yg sepatutnya bendera ini dipegang oleh SYAFIE NASWIP).yang paling COMOT tu . .berkawad pakai baju kurung . style kan ,haha . MIDA namanya . .sebelahnya ATIKA SARI . penjaga MASKOT kami(AIZAT ADNAN). .dan last sekali AMIR yg mmg degil . . dorang ni semua sangat lah MANJA tahu!!
okay .saya sangat berbangga dengan kejayaan ini . . .SANGAT!semua budak rumah ungu juga .mereka sangat komited .walau kena marah dengan 'MAK TIRI' yg GARANG ni .still mereka sayang saya!! nak tahu AKAK sayang korang semua . . .takkan lupa moment ni sampai bila-bila . .akk tak ingat semua nama korang but kalau korang terserempak akak tegurlah yee .!!yang penting mereka sangat comel , sangat comel , sangat comel , sangat baik dan sangat bekerjasama!!tak lupa CIKGU HAYATI AR .yang banyak menyokong kami!!dan adik 3 orang ni . . tanpa dorang saya mungkin takkan rasa nikmat ini iaitu NOR HAFIZAH , UMI SALMA dan NOR ATIKAH SARI!!
yee . .bertambah lagi 'ADIK-ADIK' saya.
notanotty:untuk SHAHRIL .Insya-ALLAH tahun depan seboleh yg mungkin akak akn datang tengok korang .supaya SHAHRIL boleh tgok akak lagi okay . .dan awak SHAHRIL!! tolonglah! tolong jaga DIRI awak!!awak MUDA lagi jangan sia-siakan peluang yg awak ada.!jaga diri awak baik-baik tahu budak. .jangan degil!