Jun 30, 2011

. .MY SWEETIE PIE. . .

Assalamualaikum . . kita bertemu kembali dalam rancangan . . 'Tak kenal maka tak cinta, dah kenal jangan nak mengada-ngada'. . .

Berangan nak jadi pengacara mcm FAFAU konon . . .SASAU bolehla . . .wah sangat melampau . . Cik Mida Midot memang begini yaa . . entah kenapa . . mungkin akibat terlampau sibuk dan tiada kehidupan normal .kesian . . . ni yang banjir ni .. . udah udah . . nanti tsunami pulak . .
untunglaaa ada orang sayang . . memang la untung . . .siapa nak rugi . . . kan kan . . . yela yela . .saya lah yg jiwang , sayalah yg romantik , saya la yang apa lagi . . COMEL .. ?
TERIMA KASIH ALLAH . . .kekalkanlah kecomelan ini dan jatuhkanlah cintaku kepada insan yang melabuhkan cintanya kepada-MU. . .(ayat Iran)
Okay . . ada lagi siapa yaa . . awak yg tengah baca ni . . mcm mana yee saya nak letak semua gambar org yg saya sayang . mmg takkan pernah muat laa sebab saya terlampau penyayang sehingga semua orang yg menyayangi sayang saya ,saya akan sayang mereka kembali . . .termasuklah binatang yg comel-comel mcm kucing tu . .. . .

dan lagu ini untuk kamu-kamu semua . .Keluarga saya yang besar tu . . .Cikgu-cikgu saya yg BAIK HATI . . . kawan-kawan yang SETIA . . . adik , abang , pak cik , mak cik . datuk , nenek . dan tak lupa kepada CINTA HATI SAMPAI MATI yg saya tak tahu awak siapa , kat mana , buat apa . .tapi saya tahu AWAK untuk SAYA .. . . weeeee:D

SIARAN TERGENDALA SEBENTAR .tak tahu apa msalah blogger ni .cittt.



Jun 29, 2011

Saya seorang yg MULTI PURPOSE . .

Sejak entri yang lepas . . saya menjadi seorang yg sangat sibuk dan multi purpose . . . secara jujurnya . . saya memang la sangat bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan . dalam kelas mmg 110% fokus . tapi kepenatan membuatkan . . .keterbatasan dalam beberapa perkara . . mind telah set supaya menumpukan sepenuh 200% tumpuan terhadap pelajaran setelah selesai segala urusan ini . .bermakna minggu depan la . . Jadi berilah semangat kat saya yee . agar dapat mencapai cita-cita saya yg menggunung tu . .

Dan minggu lepas , sangat sibuk dengan aktiviti koperasi . .bukan pelancongan tetapi Hari Koperasi Sekolah . . .
Mula dengan perasmian . . .Cik Mida telah diamanahkan untuk menjadi ketua untuk persiapan pentas pada hari tersebut . . Pentas yg bertemakan 1Malaysia . .dan tema hari koperasi pula1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1. . jadi berdasarkan tema yg ada dan barang yg telah dibeli dengan Cikgu Pijah dan Atikah . . .inilah sikit rupanya kan . .
dan ini adalah kolam yg dihasilkan oleh KAMI yee .KAMI . . sangat berkerjasama .. . bau dia mula-mula mmg tak boleh tahan .dah lama-lama dah okay . .mula-mula kitorang wonder juga mcm mana rupanya kan . akhir sekali . . kalau tengok dari jauh mmg lawa . . . tapi bila tengok dekat-dekat . .comot mcm sayaa .hee
Ini lah tempat pameran kami . . dengan kekreatifan yg ada Cikgu Pijah siapa buat pelamin lagi tahu . . . ini gambar PKS . . .
esoknya ada SUKANEKA pulak . . best join budak-budak form 1 ni semuanya comel-comel . .
time tu jugak ada pertandingan FUTSAL . .BAKAT SMKGS ni . .aku nak join dan sebenarnya ramai suruh aku join tapi persoalan yg aku tak tahu nak jawab 'apa bakat aku' . hahah . .
dan hari yg sama aku join kursus FOTOGRAFI yg best dan buat aku belajar better skill untuk tangkap gambar . . .*dan 'junior hot' kat situ .heheheh
Masa yg ditunggu-tunggu KARNIVAL JUALAN KOPERASI . .memang superb ahh .tak expect sambutan dia gila meriah . . .dan the best part is aku orang pertama yg datang sekolah hari jadah apa aku pun tak tahu . . aku ingat dorang ye ye la nak datang awal . . last-last aku yg terlebih awal . . serius penat gila hari tu dah petang aku dah gila tak larat sampai tidur terus dalam pejabat koperasi . .haaa. .

inilah gambar time nak masuk rumah hantu . . jap aku kat belakang tuuu dengan geng adik-adik PKS aku . . haa , serius masuk dalam gelak-gelak . . sebab apa , sebab hantu tu semua budak PKS juga .well know sangat lah kan sebab geng kitorang . . lagipun , rumah hantu ni pun jalan nya kitorang yg buat mula-mula . .cuma last-last tu je kitorang tak take part sebab banyak kerja lain nak buat .

Hari yg sama aku karaoke 2 lagu untuk budak-budak PKS . . dan sejak tu tiba-tiba ramai pula budak SMKGS add aku kat FB dan antara sebab lain . . aku juga yg jadi pe'annoucer' dan pe'promoting' gerai-gerai hari tu kat pentas dataran tu . . .
Kejayaan yg besar buat koperasi dan kek coklat saya laris terjual*mak saya yg buat . .(sebab sibuk sangat tak dpat nak tolong) .takpela yg penting kek tu habis kan . . . .booth pandu puteri yg sepatutnya aku jaga pun tak terjaga juga . .makan pun lambat . .tak sempat nak round2 . . serius busy wee. .
dan KLIK SINI . .kalau rajin nak tengok lah kan . .
Hafizah,Cik Mida& Jujue
Dan lepas sambutan Hari Koperasi Sekolah . ini Hari Koperasi Negeri pulak . .dekat SMKA Kuala Selangor . baru je berlangsung semalam . .serius best . .pukul 6.30 pagi dah bergerak dah . . .pergi sekolah tu untuk amik anugerah . .perasmi pula Timbalan Menteri KPDNKK . .
yeahhh ,they are the best thing had ever happened in my life . . . . ini masa nak tengok UWIE and the geng main FUTSAL lah ni . . . Syida mmg pandai tangkap gambar serius . . last sekali dapat no.4 okay lah tu kan . . .yg paling lawak kan adalah 'pemain negara' yg tak main futsal tu amik hadiah . . .nama tak boleh disebut sebab nanti dia merajuk . . piraahhh . dah la lupa birhtday kita , dah tu tipu kita pulak tu . . . cakap kita SS lagi . tengok la . . mmg lah kita sakitkan hati awak budak!
Petanque tak dapat nombor . . . PPKKS . .dapat nombor dua . . .ia mengecewakan sebenarnya sebab cara pengadilannya mmg langsung tak adil .. .haih , kesian dorang . .takpe we are the really CHAMPION laaa . . . .pirahhhh . . . siapa pemenang nombor satu . . .? orang yg tak sepatunya menang .FULL STOP.
Best gila lepak dengan dorang ni , dalam bas , kat luar . .semua la . .almost the time . dlam bas . .part paling best time karaoke .COOL tak? cool gila . . . aku dapat nyanyi part yg last-last sebab uwie ngn shazree karaoke lagu jiwang sepuas-puasnya . .
yg paling SYOK . . pengetua pun karaoke sekali . ! gila gempak seyhh . .
pengetua siap cakap lagi kat aku ."dah last-last baru kita nyanyi lagu rancak" . . .haih , mmg tak puas . . . pengetua sangat memahami sebab tahu kitorang tension kan . .
TERIMA KASIH PENGETUA . .

dan tak lupa kek coklat yg mida buat . . . habis tahu 1.5kg . . . .itu yg best tu . . .
Ini dia cikgu KAMI ,NUR SHAFEZAH MOHD FAUZI a.k.a Cikgu Pijah a.k.a Cikgu Zaza . .
mmg kalau dalam PKS mmg seorang tu akan dapat banyak nama atau gelaran . .
cikgu yg sentiasa bersa-sama kami dalam susah dan senang .the best teacher ever . .
TERIMA KASIH cikgu . .

kan aku ada cakap kitorang pergi sini untuk ambik anugerah kan . . . tahu apa anugerah yg kitorang dapat . .
satu:KOPERASI TERBAIK DAERAH GOMBAK 2011
dua:KOPERASI TERBAIK KATEGORI TURNOVER TERTINGGI NEGERI SELANGOR 2011
tiga:KOPERASI TERBAIK NEGERI SELANGOR 2011
terima kasih SKM(Suruhunjaya Koperasi Malaysia)
Kami ni tengah menunggu anugerah koperasi 6 BINTANG . daripada ANGKASA . mintak-mintak dapatlah kan . . .
aktiviti last sekali akan aku sertai 9 dan 10 Julai ni . . Hari Koperasi Negara dekat PUTRAJAYA. Insya-Allah . .

Okay lah . .itu sahaja buat masa ni . saya mengejar masa petang ni ada latihan perbarisan rumah ungu dengan budak form1 dan form 2 . . busy tak .? busy kan . . .tak pela . MULTI PURPOSE .memandangkan komputer kat rumah dah okay .yeahhhh SUKA . jadi matlamat pertama nak siapkan kerja kursus ADD MATH .next week nak hantar . . .dan bermulalah BATTLE untuk SPM . . . .
okay SEMOGA HARI yg INDAH semua . . .

Jun 21, 2011

BAWA DIRI . .dan DISENANGI .

Dah la semalam tak pergi sekolah .hari ni datang sekolah tiba-tiba jadual dah tukar .belum cukup sadis lagi tu . .penat aku menulis draft nak tulis entri kat blog ni . . .dan akhirnya dengan baiknya . . . .kertas tu tertinggal dekat rumah .dan kesudahannya . .kena perah otak balik ingat apebenda nak tulis . .

Ouh yaa .aku nak jadi ahli motivasi sekejap . . tak la sehebat Dato' Dr.Fadzilah Kamsah . .tapi bolehlah agak suam-suam kuku . .jadi panduan kan kan . .yang baik kita kongsi , yang tak baik kita jadikan pengajaran . . .
Semua orang ada kawan baik . . macam aku juga . .dulu apa-apa jee dengan kawan baik aku . . tapi satu masa kita akan sedar dan mendapat kesedaran bahawa kita bukan nya selalu dengan kawan baik kita tu . . dan kebenaran yang paling benar ialah . . . .kita akan ada hidup masing-masing . . .bawa haluan masing-masing dan itulah gunanya BERDIKARI . . .

Aku . . .sekolah rendah ada satu group kawan baik yg sangat baik . .tapi sekarang semua dah sekolah lain-lain . . jumpa pun time raya . .(at least jumpa kan okay la tu ) .masa kat asrama . . SAMER even 3 bulan .pergh . . . .dia punya pengalaman for the life time . . terima kasih pada Filza Aqilah yg sentiasa menemani saya . . tapi . .still ada benda yg kena buat sendiri . . masuk SERI KERAMAT 8 bulan . . .nasib ada kawan baik masa kecik sampai besar jumpa balik . .dan 2008 . . inilah dugaan paling besar which is . aku pindah SMK GOMBAK SETIA yg aku sayang sekarang tanpa aku kenal sesiapapun kat sini . . everything on my own . . .

dan itu tak lah berapa penting sebenarnya . .sebab itu adalah SEJARAH . . . yg penting apa yg kita pilih untuk jadi sekarang . . . sekarang . apa yg aku pilih still ada kawan baik dan berkawan dengan sesiapa sahaja . . . tetapi aku boleh bawa diri aku kemana sahaja . . dan dengan sesiapa pun aku bergaul . . dan pilihan ini adalah pilihan yang paling tepat aku pernah buat .ecehhh . . .

Motif utama sebenarnya saya mula bermotivasi ini adalah kerana . . . jeng jeng jeng . .
ada sorang adik kesayangan saya ni . . .dia tanya mcam mana dia nak jadi seorang yg boleh bawa diri tak kira kemana saja dia pergi . . .dengan siapa pun . . .dan sebagai kakak yg sangat prihatin ni mida nak cakap ni mcm mana . . .hope its helping la kan .hee

  • Be confidence .ni penting ni . kalau kita terlalu rendah diri susah tahu nak bergaul dengan orang .
  • Jangan terlalu fikir apa orang lain cakap tentang kita.Persetankan mereka , dengan terlalu memikirkan apa orang lain cakap tentang kita sebenarnya kita mendorong diri kita untuk jadi orang lain.
  • Jangan terlalu membandingkan diri kita dengan orang lain .Everyone is PERFECT on their way .
  • Ingat perkara-perkara kat entri INI .kalau ingat benda ni konpem selalu tersenyum manis je .
  • Be strong . hidup ni bukan hitam dan putih je but full of rainbow colour . . so be strong no matter what happen.
  • Berkawan dengan semua orang .tapi ingat satu benda ni .'The only person you can trust is yourself'
  • Sayangi diri kita . 'Love yourself first then everything falls into line'
  • The most important thing is BE YOURSELF sayang :)

dan sebenarnya bukan mudah untuk melakukan perubahan macam ni contohnya dari seorang yg mempunyai kawan baik yg sentiasa bersama yg dah mcm BELANGKAS kepada seorang yg sangat INDEPENDENCE dan disenangi semua. . .kena banyak bersabar . .dan antara beberapa perkara yg akan berlaku adalah :
  • sangat sensitif .
  • mudah terasa walaupun terhadap benda-benda yg kecik .
  • sangat mudah menitiskan airmata.
  • mula menjauhkan diri dengan orang lain .

Takpe semuanya sementara .biarkan mereka bertanya . . .dan tertanya . . .semua tu akan berlalu .biar masa tentukan . .dan . . . .bila segalanya going right . . .. . you will realize how strong you are . .dan ingat tau meluahkan tak semestinya dapat meringankan . .menyelesaikan jalan yg terbaik . always remember what you have. .anggaplah setiap yg berlaku adalah perkara yg terindah dalam hidup kita dan hanya kita je yg merasakannya . . .jadi always love your life okay . . . .macam lagu-lagu Miley Cyrus :)
*nanti akak kasi akak punya quote kat Qila okay :)peluk lah akak bila-bila Qila nak .

SELAMAT MENGEJAR PELANGI SAYANG :)
Kak Mida sayang semua .Hug :)


Jun 14, 2011

Dan bila aku . . . . .

"Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu , dalam dada ku harap hanya dirimu yang bertakhta"-RAPUH
*Safwan my classmates yg selalu nyanyi lagu ni . .then dia suruh aku cari lagu ni . .selagi tak cari nanti selagi tu dia tanya . . . .okay Safwan aku dah dengar, boleh kita nyanyi sama .hehe :)

Result exam perlukan peningkatan . .sangat . . .menuntut segala komitmen dan perhatian terhadap pelajaran . . SPM makin dekat . .segala harapan semakin jelas . . .usaha yang gigih diperlukan . . .
ayah ibu , cikgu , adik-adik
menjadi pembakar semangat . . . semuanya terletak ditangan aku . . . .dan selebihnya ku serahkan pada-Nya . . .
Terlalu banyak pengorbanan yang harus dilakukan . . . .
Sampai satu tahap . . .kebahagiaan diri sendiri . . . bagi insan yg bergelar aku . .kebahagiaan orang yang aku sayang sudah cukup. . senyuman orang yg aku sayang . . .itulah kebahagiaan sebenar aku . . . .

Entah apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya . .aku pun . . . tak tahu . . .
"Ketenangan ada dalam diri . Kenali diri sendiri dan kita akan jumpa ketenangan yang dicari"

"Put the past behind you , so you can move on"


  • Hidup perlu diteruskan . . .apa yang dah berlalu tak penting . . yang penting apa yang kita pilih untuk jadi sekarang . . .semuanya terletak pada kita . .
  • Kadang-kadang benda yang kita tak rancang adalah lebih berguna daripada apa yang kita rancang.
  • Setiap perkara yg berlaku dalam hidup aku menjadikan aku seorang yang lebih baik . .

Entri ni hanya sekadar nukilan hati seorang gadis yang rapuh hatinya . . .tabah orangnya . . .dan kental jiwanya . . . . .

logiknya:Kalau kita tengok satu-satu cerita . . .kita mesti tahu ending dia konpem happy . .atau hero mesti menang kan . .tapi apa yg buat suatu jalan cerita menarik bukan endingnya . . tetapi jalan ceritanya . . . cara cerita itu berakhir bukan pengakhiran ceritanya . . . . . .
(yang penting bukan sampai ke titik itu tetapi proses untuk sampai ke titik itu.yang hanya kita je tahu nikmatnya)

Jun 13, 2011

ITU DIA ANAK MAMI MAI KL.:)

Okay . . jari dah mula menari jadi kena secepat yang mungkin . . . .wahhh sempat ker ni hehhhhh . . yela masa tak menunggu . . nak cepat ni . . nak tengok Nora Elena . . minggu ni last tu . .jahat ouh Yvonne tak sukanyaaa . . . . mula la berhiperbola . . .

okay.ingat tak Mida ada cakap pasal PKS atau Pelancongan Koperasi Sekolah tu kan kan . . .so , baru dapat gambar ni . ni yg terus nak updated ni . . Hari tu kami jadi HOS .TAMU:SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI. .Hari kedua kami bawa dorang melawat KL sampai la Shah Alam . jadi mida antara hos yang mengikuti lawatan tu . . .soooo, ini highlight sepanjang program tu . .*gambar banyak tak jadi . . ni pun Mida letak gambar yg kira ada Mida jerla kan . .HAHA namapun blog Mida Midot .:)
Masa kat Menara Kuala Lumpur . . .Mida dan badut-badut ni dan jugak dear adik Jujue yg comel .heehee
Kalau dah ada lampu kat pokok-pokok ni apa lagi kan . .. . confirm-confirm la kat i-city yang tengah TOP sekarang ni . masa ni tak lawa sangat sebab tengah renovate . .tempat salji tu pun rosak . . .Bulan Julai ni kat i-city banyak event tau . .JOM pergi sana . . .
*SHOWDOWN 2011 pun buat kat sana (tiba-tiba rindu Abil Arshad :( )
Memang banyak gambar ngan Jujue hari ni . .Best sangat . Jujue pun blogger juga macam Kak Mida juga . . love you la dik :) untuk semua adik-adik yg lain pun .love you all.
Haaaaa . bukan gambar porno , hanya gambar seronok-seronok . kesian Farid kena buli . .masa kejadian jam 3 pagi . . nak tahu tak Farid sedar jam berapa . . . ? 5.30 pagi . .

Ini kat dalam bilik ERT kat sekolah . .malam last Mida , Jujue , Tika , Farid , Shazree , Syahir , Cikgu Pijah and Cikgu Fred . .tidur dalam bilik ni . konon nak tidur setengah jam jee . . . .pukul 4 nak bangun kemas dewan . .last2 semua terlajak . . .5.30 pagi baru bangun .semua ada port tidur masing2 . . .(balik jer rumah terus rindu masa nak melepak , merepek , bergossip dengan dorang . ) korang ROCK laa!
okay . malam kebudayaan jadi pagi kebudayaan . .macam biasa pengantinnya . . .Kak Arinah dengan Syafie Naswip . . .nasib la Syafie ni sporting . . .heeetengok dah filem Nur Kasih The Movie .? Syafie jadi Jamal dalam cerita ni . .

hari ni mida jadi pengapit . .BEST . . . .dan time ni juga la Mida buat persembahan . . .lagu KAU ILHAMKU dengan ITULAH SAYANG . . . syok habis la . . (sayang korang)
dan . THE END . . berakhirlah 3 hari 2 malam punya aktiviti . . .tengok Bola pun terpaksa dikorbankan . . yes BARCA menang ! hahaha . .

itu jerlah nak kongsi go to go :) jangan lupa tinggal jejak yee . . :)

HIPERBOLA:tiba-tiba saya terindukan seseorang ini selepas tertengok gambar dia . .takpe tak kesah . . .When you too close with someone everyone will think you have something with him . .at the end nothing happen . . . .sebenarnya benda tu menyedihkan .but PEOPLE COME and PEOPLE GO . PEOPLE GONNA COME SOME MORE. .so chill relax lepak sudah :)