Saya Tak Menangis Tengok Ombak Rindu x)

Assalamualaikum ~ Ada orang tak ? hehex) Silalah masuk , buat lah macam rumah sendiri . xDokay saya merepek :)


Yeahhh ! Semalam Atila dah habis paper dan dah balik dari Ampangan ~ So , apa lagi terus ajak dia keluar..
Atila : Amie aku dah balik .SPM is over . dah sampai rumah .
Aku: Okay . Tahniah ~ Jom keluar esok Ombak Rindu .
Atila: Asal off phone ?
Aku : Battery aku habis .hehehxD jap aku On .(Aku memang malas nak charge phone xD)


Gila eksaited nak jumpa Atila dan nak tengok Ombak Rindu ~ Nak tengok apa yang orang duk kata pasal sekotak tisu tak cukup dan yeye suruh aku pergi bawa baldi ...Lepas tu , aku eksaited gila nak jumpa Atila sebab dah setahun lebih dah tak jumpa ...Yela sekolah jauhjauh ;) Banyak gila benda nak cerita ,nak gossip dengan Tila ;) hehe


Pagi tadi sebelum pergi ingat nak suruh adik aku hantar . Tapi dia tak bangun lagi ..
Aku:Amiii~(gaya kejutkan orang tidur) Kau boleh tolong hantar aku sampai LRT ?
Ami: emmm...emmmmm.
Aku :Boleh ke tak ?
Ami:emmmmm~
Sudahnya aku kena naik teksi -,- Sampai je LRT Taman Melati jumpa Tila dengan adik dia.Terus pergi Wangsa Walk Mall . Tiket pukul 11.20AM Sold Out -,- pukul 2.00PM ada ,tapi asingasing dan kat bawah . Ombak Rindu yg berombak punya pasal ambik lah juga .
Yeahhh .thats my Best Friends Forever Atila Abd Rahman :) hehe .Hai Tila ...Are you reading my blog . I Love You babe n_n ...
Pukul 11.30 dah ada kat WWM ..tapi tiket pukul 2petang . Apa mahu buat . Window Shopping .yes window shopping while talking and gossiping ~ Semuanya nak diceritaaa ~ Biasalah perempuan sama perempuan .
Tila suka sangat Cookie Monster biru ni okay .so siapa yg  minat kat Tila boleh lah sogok dia dengan  Cookie Monster ni .hehexD
okay . Alhamdulillah ;p
Okay masa untuk BerOmbak Rindu ~
Omaigodomakkau~ Subhanallah indahnya ciptaan Allah ...Aaron Aziz hensem sangat okay ~sangat ~ rasanya part Aaron masa mula-mula tu gila lah ayat dia .semua benda keluar ...Asyik nak marah jeee~ Orang period muntah pening pun nak marah, terukteruk ` hahaxD Lepas tu , mula lah part sweetsweet candy tu . Abang ~panggil apa Abang~ (haa okay itu Nora Elena) ...Bila sampai part Siti Jamilah aka Mila (entah apa aku tak tahu atau watak Lisa Surihani) mulalah ....'Nak kahwin juga nak kahwin juga tak kira tak kira 'sambil hentakhentak kaki (hentak kaki tu aku tambahtambah je).. Okay honestly Azizah Mahzan melakonkan watak Mak Hariz dgn baik sekali sbb apa ~ sbb aku menyampah tengok mak dia ~ sekian :P dan dan aku suka watak Bront Palare sebagai Mail ~ okay watak kecil tapi berkesan ~ Bila dengar soundtrack cerita itu ~ Sangat terkesan okay ...
kalau orang tanya aku aku nangis ke? Jawapannya TAK ..Cerita ni best tak :Best la tapi lagi best kalau aku ingat apa yg aku baca dalam novel tu ~ sebab aku lupa semuanya. Sedih tak : Okay paling sedih masa Hariz menangis . okay itu sangat sedih .Kenapa aku tak nangis sebab aku ada cara terbaik untuk mengelakkan diri dari menangis . iaitu pejam mata tarik nafas dan okay no tearss .hehexD Okay kesimpulannya berbaloi tak ?:Berbaloilah ;)


Ada beberapa perkara yang ligat bermain di fikiran aku dari masa tengok wayang tu sampai la sekarang iaitu: Kalau aku jatuh cinta satu hari nanti ..Aku harap lelaki tu seorang yang akan jadi pelindung buat aku ..Aku harap lelaki tu sanggup terjun sungai semata-mata nak cari benda yang aku sayang jatuh dlm tu .Aku harap lelaki tu akan menangis dengan IKHLAS untuk aku dan kerana dia sayangkan aku . Aku harap lelaki tu akan   mencuba untuk memberitahu satu dunia yg dia sayangkan aku walaupun atas layang-layang .hahahXD




Bak kata kawan Hariz tu : Sebagai perempuan apa lagi aku mampu buat selain menaruh harapan . 
Kata Budi Blogger Boy pulak : Manusia dan Harapan tidak dapat dipisahkan .
dan kata aku : Serahkan lah segala harapan sebagai doa kepada Allah SWT :)


Dan akhir sekali benda yg paling terkesan buat aku adalah ...Orang kata air mata perempuan adalah kelemahan lelaki . Tapi bagi perempuan , perempuan seperti aku...Air mata lelaki yang aku sayang ...setiap titisan air mata keikhlasan yg jatuh adalah kekuatan bagi aku :) 


p/s : Aku tak tahu siapa dia . siapa pemilik tulang rusukku yang akan melindungi ku dan menyayangiku tapi aku hanya mampu berdoa agar Tuhan selalu menjaganya untukku dan menyampaikan salam rindu ku sampailah satu saat ~ saat aku akan dipertemukan dengannya :) Amin ~

Comments

ila said…
part yg plg sedih mmg mase hariz mnangis tu.

eh kite pon x nangis tgk ombak rinduu.
ehehe
MIDA MIDOT said…
@ila
ehh samalahh ~ touching kan tengok~
e`one said…
tidak berkesempatan untuk menonton ombak rindu ~~ huhu.. :'(

Popular Posts