CINTAILAH AKU HANYA KERANA ALLAH SWT :)

Assalamualaikum ..
 its been a few day ..since my last entry ..Saya tak membaca , saya tak keluar rumah, saya tak berapa sihat ..jadi saya rasa ada beberapa saluran wayar kat otak saya dah mula tersumbat .saya kehilangan idea kekontangan inspirasi .semuanya rasa kosong rasa hilang ~ Tak tahu kemana ..tapi hari ni saya cuba gapai balik apa yg hilang tu .okay . Kadangkadang kita perlukan masa untuk bersendiri :)


Hari ni Alhamdulillah .Allah masih memberi saya satu hari lagi untuk hidup dan menjadi khalifah dimuka bumi ini :) Semuanyaa  berjalan seperti hari Ahad yang biasa buat saya ...sehinggalah satu video yang telah membuatkan saya mahu menulis kembali dan meluahkan rasa yg terpendam dalam hati ....
Heyyy wait ..ini bukan video saya ..obviously :) Ini video hak milik MissDena :) seorang blogger seperti saya juga yang tak pernah tahu apa kan berlaku pada hari esok atau hari mendatang atau beberapa tahun akan datang ...Tiada siapa tahu . Awak tahu ? Ouh yaa esok awak nak pergi kerja pukul 8pagi .tapi awak tahu masa awak pergi tu tiba-tiba hujan turun ke ...tiba-tiba kereta awak rosak ..tiba-tiba apa-apa laa .awak tak tahu kan ? saya pun tak tahu sebab kita hanya merancang , dan yang menentukannya ALLAH :) Allah Maha Besar :) Satu-satunya Tuhan yg layak disembah :)


Tapi kan.. saya ada satu perasaan .perasaan fitrah yang dirasai oleh semua makhluk Allah dimuka bumi ini .Perasaan yang dianugerahkan bagi setiap makhluk di muka bumi Allah SWT . apa? CINTA :) Kerana cinta lah kita menjadi manusia .. Hebatnya rasa cinta itu sehingga mampu membuatkan saya berubah dalam sekelip mata . Berubah ke arah lebih baik .. Kerana terlalu kagum dengan cinta Allah ...Hanya kerana buku 'Kisah Cinta 99 Kekasih Allah' ...pandangan saya terhadap Cinta terus berubah ..dan satu malam saya mimpi satu benda yg pelik sangat yg semua orang takut tapi Ayah kata .Takpe ia sesuatu yg baik >Alhamdulillah :)


Dan hari-hari saya berlalu seperti biasa ..kadang hujan kadang panas .tiba-tiba ada ribut ...tak sedar bila masa timbul pula pelangi ..dan matahari bersinar dengan barakahnya ...Tapi tiap malam sebelum saya tidur ...Saya akan fikirkan tentang perasaan itu .perasaan Cinta dan Rindu . Mungkin saya terlalu muda untuk berkata-kata tapi ia tak pernah salah kan :) Lagipun saya hanya fikir waktu sebelum saya tidur sahaja bukanlah 24/7 sampai segala kerja tak jadi :) Cinta pada Allah dan Rasul tetap nombor satu ..Cinta pada AyahIbu yang melahirkan dan membesarkan tetap takkan mampu ditandingi :) Tapi cinta pada Kaum Adam ..pada insan bergelar lelaki masih lagi tercebis di hati ..Setiap malam hampir setiap malam .. Rasa rindu akan datang menjengah ..Setiap malam itu juga saya akan dihantui dengan soalan Siapakah yang aku rindu ini ? Dimanakah dia? Apa yg sedang dia buat ? dan soalan itu kekal tanpa jawapan hingga keesokan hari ..malam ni dan esok hari..dan terusterus begitu sampai satu saat saya yakin Allah akan mempertemukan saya dengannya ..dan saat itu segala persoalan akan terjawab .Dan saya yakin orang itu adalah pemilik tulang rusuk kiri saya ini :) 


Saya tak tahu siapa dia ..kat mana dia .. mungkin orang yg saya tak pernah kenal atau orang yang ada depan mata .segalanya bukan ditangan saya tapi segalanya ketentuan Allah SWT .Jadi setiap saat kini saya impikan bahawa pemilik tulang rusuk kiri saya adalah seorang lelaki yg terbaik untuk saya ..Seorang lelaki yang mampu membuat jantung saya berdegup kencang dan mata saya tertunduk malu saat dia merenung mata saya..Kerana sehingga saat ini tiada lelaki yang mampu berbuat saya menjadi sedemikian :) Saya tak harapkan dia semulia Nabi Muhammad SAW , atau setampan Nabi Yusof a.s atau mempunyai suara merdu seperti Nabi Daud a.s ..Hakikatnya tetap sama Hawa diciptakan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s ..dan saya cuma berharap awak mampu menjaga dan melindungi saya dengan sepenuh hati awak  ..Saya juga hanya mahukan seorang yg mampu menjadi Imam dalam solat saya dan membimbing saya ke jalan Allah SWT agar kami dapat bersama sehingga ke Syurga .(saya juga tak sesempurna Siti Khadijah atau Balqis atau Siti Aisyah )
Saya hanya mahu pertemuan yg diredhai , hubungan sebagai kekasih yg diberkati dan cinta yang HALAL buat saya . Sebab itu saya sabar untuk menunggu saban hari :) Saya yakin dengan jodoh Allah SWT :) 
Jadi oleh itu ,Saya kan berdoa setiap hari agar Satu hari nanti kita akan bertemu dalam keberkatan ..dan sebelum saat kita dipertemukan saya akan berdoa agar awak sentiasa dilindungi Allah SWT :)


(sebab tu saya tak pernah jeles bila tengok couple depan mata saya ..dan tak sedih hidup single macam setengah org yg meroyan mcm nak gila ...saya lebih jeles jika ada seorang Lelaki yg melamar awak dgn cara yg betul dan betulbetul mahu menjadikana awak teman hidupnya)
p/s : Bercinta lepas kahwin must be much more awesome and full with barakah :) everything Halal :) 



Comments

Popular Posts