TAHNIAH HARIMAU MUDA! (NOTA EKSKLUSIF:no.21)

Yaayyyyy.Hoorrayyyy.ALHAMDULLILAH. TERIMA KASIH ALLAH :) 
Tahniah ! 
Tahniah diucapkan kepada pasukan HARIMAU MUDA ! Tahniah buat Ong Kim Swee dan anak-anak buahnya . Tahniah . Seluruh rakyat Malaysia amat berbangga di atas kejayaan anda. 
(macm la Ong Kim Swee nanti baca blog aku.haih, sedih betul .haha)




Kan gambar Nazmi Faiz lagi .maaf la semua . maaf dia sangat comel dan charming sehingga mampu menakluki Facebook ,Twitter dan Blog saya terutamanya .Anyway , ini gambar masa lawan Indonesia haritu bukan malam ni punya yaa ;)


Hari ni semua bersungguh .saya pun siap pakai jersi hitam kuning saya walaupun tak ori .hehe. 
Pukul 8 malam dah cop tempat duduk depan tivi . 
Nampaknya malam ni Nazmi Faiz Mansor bukanlah pemain kesebelas utama macam selalu .
Banyak yg dirombak oleh jurulatih pasukan Harimau Muda ini. Thamil Arasu dan K.Gurusamy pula menjadi pemain kesebelas utama .(ouh memang sedih tak dapat tengok Nazmi)
Baru 5 minit permainan bermula skuad Indonesia telah berjaya menjaringkan gol. baru 5 minit rileks dulu takpe awal lagi . .Dengan kesungguhan dan semangat yg tinggi Harimau Muda berjaya menjaringkan gol penyamaan pada saat-saat terakhir separuh masa pertama .
Sepakan dari Baddrol Bakhtiar berakhir dengan tandukan Asra :) masa ni aku dah menjerit dah , melompat sampai terseliuh lah kaki .nasib baik sikit je .


Masuk separuh masa kedua .Yeayy  , Nazmi masuk . Nazmi masuk . Nazmi masuk .ouh lega~
Tapi sampai kesudah kedua-dua pasukan seri satu sama 1-1. jadi masa tambahan diberikan .
Nampaknya kedua-dua pasukan sama hebat
Saya suka tengok pasukan Malaysia bermain ouh sangat professional , Fakri Saarani nampak muka hati kering gila , Irfan cool macam selalu mungkin nasib dia tak berapa baik malam ni sebab dia bnyak kali dapat shoot sayangnya tak masuk . Baddrol Bakhtiar walaupun dikasari namun dia tetap tetap cool ! Dan satu-satunya pemain Indonesia yg saya respect Diego . dia nampak professional . Tapi masa tambahan masih tak cukup .Masih sama hebat .
Pasukan pertahanan kita sangat bagus Muslim Ahmad tidak diragui lagi , Fadhli Shas , Mahali Jasuli gandingan yg hebat :)
Apa yg menentukan PENALTI . nampaknya kini ia bergantung pada takdir , kecekapan Gol Keeper dan rezeki . Semua menanti dengan debaran dan doa .Cehhh :)
Alhamdullilah , sepakan terakhir Baddrol Bakhtiar telah menobatkan kita(MALAYSIA) sebagai JUARA .Sebagai pemenang Pingat Emas 'Ibu' segala pingat ,iaitu pingat emas sukan bola sepak .
Semestinya rakyat Malaysia cukup gembira dan bangga dengan kejayaan mereka .Tak lupa juga Khairul Fahmi Che Mat yg cekap. ouh gadingan , corak permainan dan kerjasama mereka cukup baik . 
Sekali lagi TAHNIAH buat pasukan HARIMAU MUDA kerana berjaya mempertahankan pingat emas bola sepak 2009 dan kini 2011. Semoga Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari dan Wan Zaharul Nizam cepat sembuh yaa .kesian Izzaq bertongkat.
Menang Kalah adat pertandingan BOLA itu bulat :)


AMARAN :Ini EKSKLUSIF :) hanya untuk yg MEMAHAMI.
Tak lengkap entri saya kalau takde cerita ekslusif pasal Muhd Nazmi Faiz Mansor. Oh Nazmi .Awak nak tahu tak dalam sekelip mata awak jadi trend worldwide di Twitter . Sedia maklum kini semua orang tahu awak pemain termuda dalam skuad Harimau Muda  iaitu sebaya dengan saya . dan saat kami semua sibuk  ambil SPM ,study awak jadi wakil negara .awal-awal lagi saya dah kata awak COOL !
lagilah bila Malaysia dah menjadi JUARA bagi sukan bola sepak SukanSea 2011 dan awak salah seorang pemainnya .(Midfield pulak tu) semua mata tertumpu kat awak .Semua perempuan bercakap pasal awak dan saya salah seorang darinya . Semua nak jadi kekasih hati awak .


Saya akui awak memang comel , rambut awak tu yg paling menawan , gaya awak pass bola ada yg samakan awak macam Kaka , macam Silva(MC) dan ramai lagilah .awak tengok la sendiri kat twitter . Penuh dengan mana Nazmi itu , Nazmi ini , Nazmi hebat , Nazmi skip SPM . betul saya tak tipu ~


Tu pun kalau awak sempat tengok la kan .mesti awak penat dan perlukan rest .training lagi tu . banyak komitmen awak kan .saya boleh bayangkan .
Saya mungkin digelar dan dah dikenali sebagai Die Hard Fan of Nazmi Faiz .tapi saya tak kisah tapi saya bangga. Mungkin kalau awak baca awak kata saya desperate atau kemaruk .biasa dah~ Tapi sekarang awak dah jadi public figure dah popular .dulu mungkin hanya org yg terdekat , keluarga , atlet sekolah sukan Bukit Jalil , kawan je yg kenal awak tapi sekarang satu Malaysia .satu Asia Tenggara kenal awak . Semua pun sekarang nak minat kat awak lagi-lagi girls baya kita-kita ni.yelah .biasalah tu kan ~
Dan oleh itu sekarang saya jelous .haha (itu kelakar) .nasib baik awak hanya pemain bola sepak yg tak kenal saya .Kalaulah awak ade awek mesti awek awak bangga , family awak tak yah cakaplah kan .untung ada anak macm awak. 
Dan dan . apa pun .saya akan minat awak selama yg saya boleh .ahakss :) walaupun 
Mak saya kata:Banyak lagi lelaki lain kat dunia ni selain awak . 
tapi buat sementara waktu ni , awak seorang je yg saya nampak .haha .(kemaruk kan) dan awak awak sangat comel .masa ambik gold medal tadi .haha ...terimalah 
Muhd Nazmi Faiz .nampaknya kehidupan awak akan berubah selepas ni :) dan saya tak peduli apa orang kata .Peace ~  Mungkin satu hari nanti awak akn jumpa seseorg yg minat awak mungkin dari bola sepak , mugkin juga dari mana saya tak tahu. tapi semoga awak BERJAYA dan terus mengukir nama di arena bola sepak ni:)
(Minat je pun . obses sikit , tapi ada je org lain yg obses juga kat dia .watlek dah)
Tahniah juga kerana telah menawan Blog , FB , Twitter dan mimpi saya .hee :DD


Sekali lagi TAHNIAH buat SKUAD HARIMAU MUDA atas kejayaan ANDA ! TAHNIAH !! Semoga selamat kembali ke Tanah Air :) Kami doakan keselamatan anda semua HERO-HERO MALAYA :)

Comments

Popular Posts