PEMAIN HARIMAU MUDA :) FINAL SUKAN SEA 2011 :)

Assalamualaikum :) Hai awak-awak . Saya gembira ni dah habis paper add math tadi .fuuhhh lega .Lega sebab tadi saya dah buat sehabis baik :) Puas hati dan segalanya kini saya berserah di tangan Tuhan . 9paper akan datang 3 subjek akan datang lebih mencabar dan fuhhhh~ berpeluh dahi nak cakap .hehe . Fizik , Chemistry dan Biology . jyeahhhh~ Fighting Mida!!


Okay ,saya akan terus update entrientri tentang skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda .sampailah saya dapat life saya balik .hehe . Malangnya lah kan , sebab esok ada paper Fizik malam ni tak dapat tengok Harimau Muda lawan dengan Syria .fuhh~sedih . Game kat Bukit Jalil malam ni LIVE kat RTM dan AstroArena pukul 8.45malam.


Satu Malaysia dah tahu . Merekalah hero-hero Malaya yang telah berjaya membuktikan Malaysia BOLEH!! dan maruah rakyat Malaysia bukan mudah diperkotakkatikkan ! Sampai hari ni dah habis lagi demam bola ! haha . Demam kat Nazmi Faiz ? haaa .makin ramai yg minat dia .tapi sebagai pemain bola sepak .tak boleh lebih-lebih .Ingat ! Dia dah ada awek .hehehe.


Anyway sebenarnya Mida nak tulis pasal semua pemain Harimau Muda yg kita banggakan . sikit jelah secara ringkas . . setakat yg aku tahu . Tak aci lah kan kata penyokong Harimau Muda tapi cerita pasal Nazmi Faiz jee .eh , Nazmi Faiz tu lain okay . hahaha. anyway , klik kat nama Nazmi Faiz nanti terus pergi kat fanpage dia .anyway Im really sure yang ni real punyaa .Like okay :DD


Ong Kim Swee -Jurulatih Pemain Bola Sepak Kebangsaan B23.
“They don’t respect you, they don’t respect our flag, they   don’t respect our King and they don’t respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about. We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds. We showed them how it is done.”-ONG KIM SWEE
Khairul Fahmi Che Mat (1)- Penjaga Gol Skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya . semua tahu dia berasal dari Kelantan .nama panggilan Apek (tengok mata la). Sejak menjadi penjaga gol pasukan Harimau Malaya pada kejohanan piala AFF hari tu macam-macam kontroversi melanda Apek . tapi apapun Apek masih lagi hebat ! walaupun sekarang dia lebih TOP dari artis kat Malaysia ni.
Baddrol Baktiar(10)- (penjaring gol terbanyak Harimau Muda sukan sea: 4)Kapten pasukan Harimau Muda .Nickname Bad . Asal Kedah . Baddrol Bakhtiar juga hebat dan hensem .ahakss . yaa .tengok jelah rembatan nya . memang layak la dia dilantik menjadi Kapten . Seorang yg sangat professional wlaupun cuba dicederakan 'pihak lawan' banyak kali masa Final Sukan Sea 2011 .
Syahrul Azwari Ibrahim (18) - Penjaring Gol tunggal Malaysia pada perlawanan menentang Indonesia hari tu. posisi Striker . final SukanSea hari tu Syahrul Azwari tak trun sebab cedera .anyway dia baru je berumur 18tahun .tak kurang hebat juga penangan dia . asal Kelantan.
Mohd Irfan Fazail (7)-Posisi Midfield . Ouh dia ni memang COOL apa-apa pun dia senyum jee .hehe .asal Johor . Tengok cara dia main .kalau lah nasib dia baik masa Final haritu konfem Malaysia akan menang tanpa masa tambahan .
Ahmad Fakri Sa'arani (13)- posisi striker dan sayap kanan .asal Kelantan . ngehh .Penjaring gol tunggal Malaysia menentang Myanmmar dan dialah yg mejaringkan gol yg melayakkan Malaysia ke Final .heeh , janganlah kutuk dia .korang ni masa bagus pujipuji dah tak bagus kejikeji. Dia bukannya tak bagus sepanjang game dia main dengan BAIK tahu ! cuma mungkin dia penat dan nasib tak menyebelahi dia .kau org inagt senang nak main 120minit tu . dah jangan kejikeji dia !
Mohd Muslim Ahmad (24)-posisi centre back,striker. Salah seorang pemain Harimau Muda yg menjadi kegilaan ramai gadis diluar sana.Betul! aku tak tipu ! Asal Terengganu . huih , tak boleh disangkal lagi kehebatan dia menjaga benteng pertahanan .Dah la tinggi hensem pulak tu ! memang cool ! Dan ada ke patut Syazmir kata: Dia boleh jadi model seluardalam .tak senonoh nye Mir -,- .haha
Fandi Othman (17)- Left Back, sayap kiri .Asal Johor . Haaa, Fandi Othman ni kau jangan mainmain . bisa dia tu hebat jugak tahu !Ramai juga peminat dia ni .
Mohd Asraruddin Putra Omar (6) -posisi left centre back , sayap kiri . okay salah seorang pemain yg boleh tahan lah hensemnya . dan paling membanggakan Asra lah yg telah menyamakan kedudukan gol kita dengan Indonesia pada separuh masa pertama final hari tu . Asra cakap dlm TV3 semalam"Makan tanah jugak la" .haha
Mohd Fadhli Shas (4)- posisi centre back .haaa ini sama negeri lahir dengan saya Perak ! atenya satu kampung yee kite . hehehe. Eh , di bahagian pertahanan Fadhli Shas memainkan peranan yg penting juga tahu! Kalau tak kerana barisan pertahanan yg kuat . senanglah lawan nak masukkan gol .Jangan kate orang perak ni tak hensem ! Ayah i hensem tau .haha .tetibe ~
Izzaq Faris Ramlan (12)- posisi striker . Sedia maklum yg Izzaq tak main masa Final SukanSea sebab kecederaan kat lutut . Izzaq memang kontroversi tapi dia tak kurang hebatnya.sepanjang sukan sea dia jaringkan dua gol untuk Malaysia . sampai bertongkat mcm teruk jee . Hope cepat sembuh yaa^^
Mahali Jasuli (2) -posisi right back. Ini anak Selangor . heee . Salah seorang barisan pertahanan yg memainkan peranan penting !Salah seorang yg telah menjaringkan gol masa penalti dengan Indonesia hari tu.
K.Gurusamy (15) -posisi MidField . Juga nak Selangor .heey , jangan pandang K.Gurusamy sebelah mata okay . Dia ni antara yg berpengalaman . masa Sukan Sea 2009 di Laos pun dia juga yg main . so , wlaupun beberapa game SukanSea2011 dia bukan kesebelasan utama tapi sebenarnya dia hebat.
A.Thamil Arasu (9)-posisi forward. Anak Selangor lagi . pun hebat juga membantu kawan-kawan dia yg lain . Dia cool gila bergandingan dengan K.Gurusamy .
Yong Kuong Yong (19) -posisi Midfield ,winger. Ini anak Negeri Sembilan . Memang hesem muka chinesse kan .sebelum ni dia main untuk KL .ini kali pertama dia mendapat kepercayaan untuk mewakili skuad kebangsaan :) His good :)
Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria(8) -posisi winger .Salah seorang penjaring gol Malaysia menentang Kemboja di SukanSea2011 . malangnya Kecik tercedera dan tak dapat teruskan permainan kesian dia .
Muhd Nazmi Faiz Mansor (21) -posisi Midfield. umur 17 tahun .Ini anak Kuala Lumpur .pemain paling muda dlm skuad Harimau Muda .Dia skip SPM dan akan mengambil SPM pada tahun hadapan. 2008-2011 bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil . (itu pasal lah dia dpt kelonggaran) . Pertama kali mewakili skuad negara ke SukanSea2011 .okay dia telah mendapat kepercayaan Ong Kim Swee beberapa kali kerana tlah menjadi kesebelasan utama .tapi kebanyakan game separuh masa kedua 60minit gitu mesti Nazmi Faiz diganti dgn org lain .yela dia muda lagikan . Masa final pulak, dia tak disenaraikan sbgai kesebelasan utama tapi dia turun waktu separuh masa kedua . okay kalau nak cerita pasal dia meleret la.cerah masa depan dia dlm sukan bola sepak .itu je kesimpulannya.
Mohd Zubir Mohd Azmi (3) - Hampir terlupa saya . sebab saya nampak Zubir ni masa Final je .sebagai pertahanan . pun antara peranan yg penting :)


Rasanya itu jelah pemain Harimau Muda yg bermain untuk Malaysia di Sukan Sea 2011 Palembang . Yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia . Teruskan menyokong mereka okay :) Alhamdulillah .Subhanallah Segala puji hanya bagi Allah .bakat kurniaan Allah ini harap dapat mereka gunakan dengan sebaiknya :)
Kalau nak tahu lebih klik kat nama mereka .nanti ke link en.wikipedia yaa . Saya minat mereka jee .MU,MC ,Liverpool ke Arsenal .maaf saya tak layan .kecuali kalau dia lawan dengan Malaysia .hehe
Maaf kalau tersalah info .boleh lah KLIK SINI dan SINI :)


GO HARIMAU MALAYA !GO HARIMAU MUDA! MALAYSIA BOLEH!!

Comments

Nur rozaina azlin said…
assalam..nak tanye,,blog awk cantik la..cmne awk buat?boleh ajar x? =)