MUHD NAZMI FAIZ MANSOR(DAH ADA BUAH HATI la jadi SELAMAT JALAN KEOBSESAN) :D

Okay .fine .hai korang semua . Ramai orang dah tahu aku ni 'Hard Die Fan of Nazmi Faiz' . . yela , semua googlesearch pasal dia masuk dalam aku punya blog  . . haha .Kesian korang .mesti rasa nak muntah kan lepas baca setiap entri pasal bola ada cerita pasal Nazmi Faiz .oh tidak. Dah latu semua entri panjangpanjang lak tu .habis penuh dengan nama Nazmi Faiz jee .dan sekarang aku rasa nak booo~ diri sendiri . .sebab obses gila dengan 'rakan' sebaya .huahuahua .lawak kan aku .tahu dah :D


Dan entri aku yg sebelum ni , telah mendapat ramai gila viewers .setakat petang tadi aku tengok 555 page views .kental tak kental .Hanya kerana dia sekarang dah bergelar Malaysian Boys. Dan antara isi kandungan entri yg panjang lebar tersebut . .saya mahu konfemkan tentang Nazmi Faiz ni ada aweks ke tidak . .
Dan thanks . .baru tadi aku baca comment dari Nurul Ainaa . yes .nampaknya betullah dia dah ada awekss~ Aku rasa semua dah tahu . Nadia Ismail . heboh dah kat twitter. okay awek dia memang comel . Lucky you babe~ . oh Terima Kasih Nurul Ainaa. awak memang telah membantu saya :) terima kasih terima kasih nanti saya belanja awak gula-gula hacks .hihi.gurau:) Membantu saya dari terus-terusan perasan dah bertambah obses dan mungkin akan menyakiti hati   orang lain . dan macam yg saya tulis dlm entri sebelum ni juga .Saya perlu menjaga batas dan tahap keobsesan saya dari mengundang sebarang rasa tidak senang oleh mana-mana pihak .(wahh statement kau mcm artis)


Betul lah cakap Ibu:Ramai lagi lelaki kat dunia ni. patutlah Ibu tak nak doakan saya jumpa dgn Nazmi Faiz .rupanya Ibu dah tahu Nazmi dah berpunyaa .ish  Ibu ni kenapa tak bagitahu awalawal .hahah~
jadi oleh itu dengan rasminya Saya Asmi Asmidar mengumumkan Muhd Nazmi Faiz Mansor telah terkeluar dari kedudukan pertama di 'Carta Hati' .wargghh , sedihnya . . .sedih tak tengok drama aku? haha
nampaknya lepas ni Nazmi Faiz bukanlah lagi Sumber Inspirasi .hanyalah sekadar pemain bola sepak yg saya kagumi dan juga rakan sebaya yg ohsem .hehe (masih lagi memuji) Wei , aku minat dia lagi lah tapi dah tak obses sangat kot .sekelip mata boleh jadi obses banyak kepada obses sikit kan .hebat tak aku? haha.kau mampu? Sumpah aku kelakar wei! 


Yaa .byebye Muhd Nazmi Faiz . huarrgggh~ nak buat macam mana saya kenal awak lambat sangat . Itulahkan dunia ni sfera tapi kita tak dapat jumpa awal-awal dulu .haha .maknanya takde jodoh la tu (sengal nya aku) .Bukannya byebye apa .byebye kat keobsesan je .entri aku semua yg aku dah taip panjang-panjang tu aku nak delete .takde masa .lagipun semua tu aku tulis sebelum aku tahu dia ada aweks . jadi sekarang memandangkan awak dah ada aweks .Takdelah lagi entri yg MENGUNDANG .haha. dan ada lah lagi kot pasal awak mugkin hanya sebab Game Bola .tak mungkin lebih dari tu .macam sebelumsebelum ni sebab ia mengundang rasa malu dan bodoh kpd diri saya sendiri .(statement jujur) . Setialah dengan aweks awak .tapi jangan lupa eh .Gelaran sebagai 'ketua fan club' masih lagi saya bersedia untuk terima .hikhik .mana tahu lepas ni kita boleh jadi kawan ke kan . kan rakan sebaya lagipun saya ni memang senang nak kamcing dgn budak lelaki so jangan risau lah .heheh. 


Kecik tak nampak silalah klik gambar untuk tumbesaran .hehe .

Kan dah cakap entri Nazmi leading . pecah rekod .baru post satu hari entri tu . .Cool tak dia .cool kan .Terima Kasih la yeahh bagi sesiapa yg sudi baca blog saya dan segalanya tentang keobsesan dan kemarukan  saya terhadap Muhd Nazmi Faiz Mansor pemain HarimauMuda berjersi no.21 . .Lepas ni terusteruskanlah sudikan diri anda baca blog saya .  Terima Kasih yg like , yang follow nanti saya follow balik .Terima Kasih lagi dan lagi .


Jadi nampaknya lepas ni saya akan kembali kepada Sumber Inspirasi yg dulu .yang duduk satu dewan periksa dengan saya .hehe .yang ala , yang tu . yang suka motor dengan kamera tu .upsss .mampus la aku .yang ni sumpah tak boleh bagi tahu sebab dia bukan public figure cuma budak sekolah saya .kalau budak sekolah saya yg kenal dia tahu matilamati . .Nanti dia cakap saya GILA pulak . Anyway , blog saya ni sangt lah gatal! Setiap kali cerita pasal lelaki je .amekkaw , tulis pasal budak '15 tahun tu' satu sekolah tahu , tulis pasal 'budak tu' satu batch tahu , sekarang tulis pasal Nazmi Faiz satu Malaysia tahu ! Ouh sangat bahaya .Bahaya buat diri sendiri dan hbungan saya dgn orang itu.Mahunya ada ke patut hubungan saya dgn anu bin polan boleh renggang hanya kerana dia pemes diblog saya .oh tidak .Sejarah takkan berulang walaupun kebanyakan nya memang berulang !


Okay .cukup dah cukup .Angau ke langau boleh pergi khidmat anda terhenti di sini .huahuahua . Dan kepada pasukan Harimau Muda .Semoga Berjaya Menentang Syria  dalam siri kelayakan Olimpik .Go Harimau Muda GO!! Teruskan perjuangan yaa :) Harumkan lagi nama Malaysia di persada DUNIA .cheeewahhh.


kbai.

Comments

Lelaki Ini said…
hahahahahah!
kesian awak!
adeyh2
saya tmpg simpati!


dah followed blog nieyh!
Anonymous said…
hai akak..cantiklah blog nie..ayt akk pun best2 jer...:)

Popular Posts