KAMI TETAP BERDIRI TEGUH DEMI WIRA SUKAN NEGARA (MALAYSIA tewas ditangan SYRIA)

Kami tetap berdiri teguh . Demi wira sukan negara . Semangat juang kami teguh . Go MALAYSIA !




Huyyyooo . Tengok tu muka Nazmi main bola kental tak kental .Bila dah dalam padang kan semua benda kosong ,fikir pasal game jeeee .tengok muka pun tahu wei . lagipun takkan korang tak pernah bersukan .kalau org bersukan jadi wakil sekolah ke hape ke faham lah maksud aku .hehe


Semalam aku tak fokus sangat tengok game Malaysia lawan Syria sebab Fizik wei hari ni Fizik .Alhamdullilah dapat lah juga jawab . nak tahu tak komen jujur aku .Fizik lagi susah dari Add Math beb betul .sekian .haha


Tengok lah jugak kan .tipu aku tak tengok .haha .
First sekali , apa lagi yg aku nampak .Muhd Nazmi Faiz Mansor la . nampaknya malam tadi mereka pakai jersi bukan nombor dan nama mereka . contoh Nazmi memakai jersi no.12 .
ramai yg tak turun semalam . Fadhli Shas demam panas . ouh Fadhli Shas semoga cepat sembuh sebelum Ahad .Amin . Pemain Syria ? hei , nama pun orang Arab gila kau tak hensem ? hidung mancung ,tinggitinggi , putih lagi . memang hensem .hahaha.


Nampak sangat wei , pemain Harimau Muda kita kepenatan .kalau ikut memang tak boleh main pun kurang dari 48jam . tapi nak buat macam mana Malaysia punya pasaii . hampahampa punya pasai .aku punya pasai duk gila kat bola sepak .kalau depa kalah jee kutuk maki . tapi itu bukan aku yaa.adalah setengah rakyat Malaysia ni . adalah bukan kau org lain .haha Tapi kalau menang dapat RM30 ribu sorang . haaa , dia tak kongsi pun kat kita .nak buat apa kongsi ngn kita , siapalah kita? setakat jerit kat depan tivi ,kedai mamak pakai jersi Malaysia bukan dorang kenal pun .Aku duk tulis pujipuji ni pun bukan dorang baca tapi sebab apa kita masih menyokong mereka? Sebab kita ANAK MALAYSIA !! okay keluar topik sat.
Kesimpulan dari  game semalam , ni JUJUR yaa takde unsur biass . Memang bola banyak dimainkan kat bahagian tengah . Nazmi , Wan Zack , Nazmi , Wan Zack dua nama tu jee yg aku dengar si pengulas tu sebut . bila sampai kat striker patah balik ke tengah lepas tu ke belakang balik . Dan sudahnya Syria jugak yg GOLL~Banyak cubaan yg dilakukan Wan Zack Haikal tapi tak berjaya . Nazmi cuba sekali pun tinggi sangat pulak . Fakri pun cuba .A.Thamil Arasu dengan K.Gurusamy mcm semua tak menjadi pula semalam .Lucky us ada Khairul Fahmi . Hero Malaya ni tak boleh disangkal lagi .memang gelaran HERO untuk dia .




Anyway , aku tertanya lah kan why lahh Wan Zack ni tak ikut pergi Jakarta .haiyaaa , kalau tak mesti aku minat kat dia .hahaha^^ Memang lah dia hensem . betul aku tak tipu . Tapi kesian dia semalam kan . dia cedera ,mungkin belum baik sepenuhnya tu yg asyik jatuh jee . kesian aku tengok kesian .Tapi semangat dia fuuhhhh~ . credit juga kepada Pemain Harimau Muda yg lain .! tetap bersemangat walaupun penat . Ni kali pertama Nazmi main full time .selalu separuh masa kedua dia dah diganti dengan org lain .maybe semalam sebab dia mmg bagus .lepas tu banyak pemain kita yg tak boleh main . 


Tapi takpelah kalah dengan Syria dari Indonesia . Tak de lah macam jadi bahan sangat kan .sebab dorang pun dah penat dan paling menyejukkan hati . paling menyayukan dan paling aku suka tengok bila pemain Syria sujud syukur meraikan gol pertama mereka dan juga kemenangan mereka . Ya Allah , Subhannallah .sejuknya hati tengok dah la hensem sujud syukur lagi tu . Semua sujud sekali pulak tu . Korang nampak tak ? Lepas ni pemain Harimau Muda yg beragama Islam tu contohilah mereka .sejuk hati tengok . yg baik yg elok kita jadikan teladan apa salahnya kan .


Keputusannya , Malaysia tewas ditangan Syria 2 gol berbalas kosong . jadi pemain Harimau Muda kena berusaha kuat lagilah untuk perlawanan hari Ahad ni menentang Bahrain jika mereka mahu bermain di sukan Olimpik London 2012 Julai . Insya-ALLAH .Malaysia BOLEH ! Sekarang semua pun dah bangga sarung jersi Harimau Muda walaupun dalam bilik jee . Semua pun rakyat Malaysia bersatu kerana bola sepak ! Ini mungkin juga titik permulaan kegemilangan dan kebangkitan  pasukan bola sepak negara kita :)




 dan kesian saya  , page views pasal Nazmi Faiz dah lebih seribu malangnya lah kan Muhd Nazmi Faiz bukan salah seorang darinya .oh sedih .heheeh;D



Comments