GO HARIMAU MALAYA (Rakyat MALAYSIA .Bacalah sebagai KESEDARAN SIVIK kita BERSAMA)

Assalamualaikum .Hai , bertemu lagi kita dalam rancangan 'Obses Terhadap Nazmi Faiz Mansor ' . ehh , chhoop! 
Amaran:Blog ini bukan blog bola walaupun penuh dengan entri bola .haha. 
Ala , ada orang suka tengok lelaki Korea , cerita Korea jadi tulislah pasal Korea . Ada pulak orang minat fesyen jadi tulislah pasal fesyen .Kesimpulan , 'We are what we write' kan ? Lagipun bola ni kan tengah isu semasa . watlek dah.xXD


Nampak tak yg memakai jersi no.21 tu ? Tak nampak .?? pun takpe biar aku sorang je tengok dia .huahua .jokejoke :D Tengoklah tengok . Hari ni gambar skuad Harimau Malaya/ Harimau Muda memenuhi ruang Sukan muka belakang sekali 3 akhbar utama kat Malaysia.BH, Metro dan Kosmo .cool tak?
Bila aku sanggup beli semua surat khabar dan majalah yg ada gambar Nazmi Faiz Mansor itu bermakna aku ditahap keobsesan melampau . kisah ? tak :P 
jap , Subhanallah hebatnya ciptaanMu dan anugerahMu kpd hambaMu :) Segala puji hanya bagi Allah .
jangan lupa tuh ^^


Apa pun semua tahukan malam ni malam penentuan siapa pemilik 'Ibu' kepada segala pingat emas SukanSea2011 Palembang . dan yg paling penting Malaysia menentang Indonesia (tuan rumah) .Perlawanan ini pastinya penuh kontroversi . Mesti ada cyberwar tak kira lah siapa menang atau siapa kalah .tapi nak dengar tak pendapat aku ?nak dengar, dengar dialukan . 


Pertamanya , Menang Kalah adat pertandingan. mana boleh semua nak menang kan. kalau macam tu bukan pertandingan la namanya. Jadi menang atau kalah aku tetap bangga jadi Anak Malaysia dan bangga dengan kejayaan atlet-atlet Malaysia . Tapi opkos la kita lagi bangga dengar lagu Negaraku berkumandang di negara orang kan. lagi-lagi kalau dapat Emas Bola Sepak :D


Keduanya, bab hormat dan menghormati ni . okay siapa tak marah kalau bendera atau lagu negara kebangsaan kita dihina . cuba kalau org buat macm tu kat bendera dan lagu kebangsaan kau mcm tu . matinya sungguh-sungguh kau nak Ganyang Malaysia ni kan . Benda ni simple je kalau nak dihormati belajar menghormati . Janganlah radikal dan kurang sopan sangat . Sebelum orang hilang rasa hormat kat kita ,hormat lah orang lain .dan kepada rakyat Malaysia terutamanya , 'Biar orang buat kita , jangan kita buat orang' .walaubagaimanapun , hal ini bukanlah hal kecil yg boleh dipermainkan . Semestinya menimbulkan perasaan marah rakyat Malaysia .Aku pun marah.Tapi Malaysian-malaysian semua .kita tak payah la buat macm tu juga , kalau kita buat sama lah taraf kita macam mereka .jangan letak otak kat kepala lutut. Dakwah pun dengan cara lembut dulu .barulah berkesan . kesimpulan , Jangan disimbah minyak diesel atas api yg membara sebab nanti api makin besar dan asap dia makin hitam sudahnya muka kita hitam sekali kan .kalau tak ,bau diesel sikit sebanyak mesti melekat .Faham dok ?


Dan akhir sekali , Indonesia Malaysia . dua-dua negara Islam kan .kata serumpun .siapa pun menang janganlah sampai gaduh-gaduh maki maki sesama saudara Islam . kau fikir eh , pelajar kita ada yg belajar kat sana , pelajar mereka ada yg belajar kat sini . Nenek Moyang kita ada asal dari sana , macam aku aku keturunan Bugis . Apa lagi ? Penyanyi dia buat konsert kat sini , penyanyi kita buat konsert kat sana. Pelakon dia berlakon kat sini , pelakon kita jadi hero kat sana. Dan mungkin ada kalangan kawan kita makayah dia asal dari Indonesia . Jiran kau , bibik kau . mesti ada orang Indonesia kan .macam kawan baik aku dulu ada bibik orang Indonesia , dari dia sekolah tadika bibik dia hantar dia pergibalik sekolah , masak untuk dia . dan aku pun turut ada tumpang kenangan dengan bibik dia .kitorang pangil Cik Aton.dia baik , dia dtg sini nak cari rezeki untuk anak-anak dia kat kampung .Itu yg baik .Tapi kalau yg tak berapa baik tu duk rogol , bunuh anak orang sesuka hati sebab itu pilihan hidup dia .Orang Malaysia pun ada je 'Bapak 'makan' anak sendiri' .Apa yg membezakan kita ? warna kulit? sama je lebih kurang je . agama? majoriti Islam . takkanlah sebab BOLA kita boleh gaduh sesama umat Islam . kalau orang kafir tengok dia gelak je tahu ! Gelak tengok orang Islam bergaduh hanya kerana bola .kau ada tengok MU dengan Arsenal gaduh pasal bola adaada? kalau ada aku tak tahu sbb aku tak minat tgok dorang tak ambil port pun .Jadi takperlulah kita bergaduh hanya kerana bola .Kau fikir.fikir baik-baik . 'Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua'.


Jadi, nak emo kejap je yeahh .lepas tu tak payah nak ber'perang' pulak.
Apa yang penting . Skuad Harimau Malaya ! Teruskan perjuangan . Kuatkan fizikal , mental . Doa banyak-banyak ,doa KAMI 27Juta rakyat Malaysia mengiringi perjuangan anda semua . Jangan risau kalau Stadium Gelora Bung Karno penuh warna merah NZ Curry House, Wangsa Maju penuh BLACK and YELLOW .kedai mamak yg ada skrin besar , flat rumah org bujang , kampung-kampung .penuh dengan sorakan dan semangat HITAMKUNING ! percayalah !


Sedia maklum , Syahrul Azwari , Izzaq Faris Ramlan , Irfan Fazail , Mohd.Fandi Othman dan Wan Zaharul Nizam Wan Z. cedera .3 pemain Izzaq , Fandi , Wan Zaharul maybe tak turun malam ni . sebab kecederaan kat lutut . tonggak utama tu .Syahrul Azwari dgn Irfan pulak tak tahu lagi mcm mana . Takpe kita ada KFCM , Fakri , Asra. Pemain simpanan kita ada Thamil Arasu , K.Gurusamy , Yong Kuong Yong yg tak kurang bisanya . harap semua pemain yg diturunkan malam ni dapat mempersembahkan permainan yg menarik dan prestasi yg membanggakan . Corak permainan dan usaha yg penting . Kalau usaha cukup baik pun sudah membanggakan Malaysia . Walaupun Baddrol Bakhtiar konfem tak turun . sebab 2 kad kuning ! 
Emas emas ! Insya-allah !! Ayuh Harimau Malaya mengaum sekuatnya ! Skuad Ong Kim Swee hebat (malam nih Ong Kim Swee boleh berada kat bhgian teknikal)! nanti balik naik kapal terbang khas , balik hotel kat sana naik Barracuda .mesti best kan ? syokklaaa~ heeexDD


Go go Harimau Malaya HARIMAU MUDA  .!! Go NAZMI ! Go NAMI ! MALAYSIA BOLEH ! NAZMI BOLEH !.haha (sukasuka aku je) keobsesan saya terhadap awak sudah ditahap tidak dibendung .Silalah baca blog saya . Waahhhh , berangan je ! Takpela . Saya tetap sokong awak ! Good Luck ! Gold Medal for sure yaaaa!!!!


Jom malam ni ramai-ramai siapa yg ada jersi pakai jersi walaupun tengok sorang-sorang dalam bilik mcm aku . Nak keluar mmg tak lah kan .Adik-adik aku nak join tengok mmg aku HALAU awal-awal .buat ganggu konsentrasi je ,tak reti tengok bola nak tengok bola .soalan paling bengap :' Gol kita yg mana?' . weyh , jwapan aku senang: 'kau blah , kacau je .aku nak tengok pun tak senang ! tak reti tengok tak payah tengok esok kau baca je paper tulis siapa menang senang' . hahaxDD


GO HARIMAU MALAYA! 

Comments

Like ur post sist,.

setuju dengan anda,.
kita tak boleh saling hina karena bola,.

tahniah harimau muda,.^_^

semoga pertandingan-pertandingan berikutnya bisa menjalin hubungan silaturahmi yang lebih baik,.

saya mewakili warga negara Indonesi minta ma_up jika ada saudara-saudara kami yang menghina negara anda,.^_^

Popular Posts