INDAHNYA CINTA (CERITA SATU)

Kita mungkin acap kali dan mesti tahu cerita bagaimana Nabi Adam dan Siti Hawa dibuang ke BUMI. Tapi kita mesti jarang untuk tahu bagaimana mereka BERKAHWIN . .jadi . .Saya kongsi ini agar kita mengetahui KISAH CINTA AGUNG yg jarang kita dengar ini agar kita mengetahui . .

PERNIKAHAN AGUNG

Nabi Adam hidup bersendirian di syurga, menikmati keindahan taman-tamannya.Beliau merasakan seperti sesuatu yang kurang. Tanpa meluahkan perasaan sepi , Allah yang maha tahu menyediakan seseorang sebagai teman baginya.

Semasa Nabi Adam lena di tempat beradu , Allah mengarahkan malaikat mencabut tulang rusuk di sebelah kiri badan Nabi Adam secara perlahan-lahan supaya beliau tidak mengalami kesakitan.

Dengan kuasa Allah yang maha berkuasa, apabila disebut 'Kun', maka jadilah yang dikehendakinya. "Kun!" Tercipta seorang manusia yang diberi nama Hawa, berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam. Wanita yang sempurna kecantikan rupa paras dan budi pekertinya. Dia adalah manusia kedua diciptakan Allah bagi menjadi teman Nabi Adam.

Sebaik sahaja Nabi Adam bangun daripada tidur , beliau mendapati seorang gadis jelita berda di sampingnya sambil tersenyum manis. Beliau lantas bertanya , "Siapa kamu?"

Gadis jelita itu tunduk malu. "Saya diberi nama Hawa. Saya diciptakan bagimu," Hawa menjawab tersipu-sipu.

Tutur kata Hawa yang diciptakan Allah dengan penuh kelembutan dan sopan santun terus memikat hati Adam.Lalu berputik rasa cinta di hati dua manusia yang tinggal di syurga itu.

Nabi Adam mengerti. Hawa diciptakan bagi menemaninya di syurga. "Marilah dekati saya, " Nabi Adam bersuara.

"Saya malu. Sekiranya kamu menghendaki saya , kamulah ke mari," balas Hawa dengan sopan.

Nabi Adam tidak merasakan kesalahan baginya mendekati Hawa yang sememangnya diciptakan hanya baginya. Beliau bangun mendekati Hawa dan menghulurkan tangannya.

Tiba-tiba , satu suara menegah beliau daripada terus mendekati Hawa. "Tahanlah dirimu. Pergaulan kamu dengan Hawa belum halal kecuali dengan mahar dan nikah."

Pada hari Jumaat yang ditetapkan , Allah menikahkan pasangan syurga itu , disaksikan oleh para malaikat dan bidadari di bawah sebatang pohon syurga bernama Syajarah Thuba. Para bidadari menaburi pasangan pengantin syurga itu dengan mutiara-mutiara yakut yang bergemerlapan. Kemudian mereka mengiringi pasangan itu ke sebuah istana indah yang menjadi kediaman mereka di syurga.

Nabi Adam mendekati isterinya , tetapi Hawa menolak daripada disentuh. "Mana mahar saya?"

Nabi Adam bingung mendengar soalan Hawa. Beliau menadah tangan . "Apakah yang perlu saya berikan sebagai mahar kepada isteriku? Adakah ia emas atau permata ?"

"Bukan," balas suara ghaib itu.

"Adakah saya mesti berpuasa , bersembahyang dan berzikir ?" Nabi Adam bertanya.

"Bukan. Mahar Hawa adalah berselawat sebanyak sepuluh kali kepada Nabi Muhammad." Kemudian Hawa menerima maharnya lalu menghulurkan tangan menyambut suaminya. Berpadulah kasih sayang antara mereka dan mereka menikmati di syurga bersama.

Allah berkata kepada Nabi adam seperti dalm surah al-Baqarah ayat 35, "Tinggallah kamu di dalam syurga bersama isterimu serta makanlah dan nikmati apa sahaja yang kamu inginkan , tetapi janganlah kamu berdua dekati pohon ini kerana apabila kamu dekatinya ia membuat kamu menjadi zalim."

Inilah percintaan dan perkahwinan pertama yang berlaku dalam sejarah manusia. Satu pernikahan agung yang disaksikan oleh para malaikat dan bidadari syurga. Hiduplah sepasang kekasih yang penuh cinta di dalam syurga sehingga beberapa jangka waktu yang ditetapkan oleh Allah.


notakaki:Insya-ALLAH .Mulai minggu ni setiap hari JUMAAT .Kalau tiada kekangan . Mida akan updated banyak cerita CINTA KEKASIH-KEKASIH ALLAH lagi . .

(credited to:INDAHNYA CINTA KISAH-KISAH KEKASIH ALLAH :EZZE RAHMANI)

Comments

nynamysarah said…
teruskn buast entry mcm niyh taww ! :)
cahayabintang said…
suke baca entry ni.. thanks mida for sharing.. ;)